BAB 11

Romance Completed 29586

Zya menatap cermin di hadapannya yang memantulkan imejnya yang sudah siap berbaju kurung mengikut bentuk tubuh bewarna putih suci. Cukup sempurna Andaman Cik Lin jurusolek pada majlis perkahwinannya. Ibunya Datin Zahnita yang menemaninya tadi terpaksa beredar ke bawah dan meninggalkannya sendiri di dalam bilik.

Sepanjang itulah dia mengelamun dan teringatkan Faheed. Kerinduaannya pada lelaki itu semakin menyesakkan. Dia membayangkan Faheed akan beraksi seperti watak hero yang akan menyelamatkan heroinnya kerana terpaksa berkahwin dengan pilihan keluarga. Jauh sungguh angan-angan Zya padahal jika benar Faheed masih memerlukannya sejak sebulan yang lalu seharusnya Faheed sudah muncul di depannya. Bukan baru sekarang untuk membuat kerja gila!

Tiba-tiba telefon miliknya berbunyi. Zya mencapai telefonnya di atas tilam dan sebuah mesej di terima dan di baca.

‘Zya, kalau awak yakin yang jodoh awak adalah saya, awak datanglah kat belakang taman rekreasi dekat taman ni. Saya tunggu awak di situ–Faheed’

Berdebar-debar dada Zya tatkala membaca isi mesej tersebut. Entah! Hatinya merasa lapang apabila memikirkan Faheed masih ingat padanya. Sejam lagi? Sejam lagi sebelum majlis akad nikahnya. Zya meneguk liur. Dia menuju ke balkoni dan menghalakan pandangannya kearah taman rekreasi yang tidak jauh dari rumah agam Datuk Ziyad.

Zya tersenyum apabila dari jauh wajah yang dirinduinya itu berdiri dan turut merenungnya. Tapi macam mana dia nak keluar. Belum pun sempat dia berfikir tiba-tiba bahunya di pegang.

“Hahh!”

Jerit Zya sambil menggosok dadanya dek terkejut.

Hiyyan tersenyum sinis.

“Awak buat apa kat sini??”

Tengking Zya.

“Awak nak lari?”

Soal Hiyyan menduga. Zya meneguk liur dan mengunci mulut.

“Awak masih ada masa untuk lari. Saya takkan paksa awak.”

Jawab Hiyyan bersahaja. Di renungnya lelaki itu yang turut sama sudah berpakaian sedondon sepertinya. Cuma songkok saja bila dikenakan lagi.

‘Segak..’ sempat hati Zya memuji.

“Boleh ke saya lari?”

Tanya Zya dengan nafas yang sudah tidak teratur. Hiyyan seperti dapat menghidu apa yang sedang cuba dia lakukan.Hiyyan ketawa kecil dan mengangguk.

“Betul ni?”

Tanya Zya benar-benar inginkan kepastian.

Hiyyan mendekati Zya dan semakin merapatkan jarak antara mereka. Wajahnya di dekatkan ke wajah Zya hinggakan berdiri bulu tengkuknya dengan lagak Hiyyan.

“Awak boleh lari kalau awak betul-betul pasti yang seekor semut dan lawan enam ekor gajah!”

Bisik Hiyyan sebelum wajahnya di jarakkan kembali.

‘Seekor semut enam ekor gajah?’

Zya tidak mengerti. Yang dia tahu secara common sense memanglah amat mustahil seekor semut nak lawan dengan enam ekor gajah.

Dia merenung Hiyyan tajam sebelum bersuara.

“Apa maksud awak? Lagi satu, kenapa awak beria sangat nak kahwin dengan saya? Awak kaya. You have everything but why me?”

Anak mata Zya yang hening menancap wajah Hiyyan memohon sebuah jawapan yang pasti. Dia rasa soalan itu wajar apatah lagi dengan situasi mereka.

“Maybe, everything I want. It starts from you.”

Hiyyan mengukir senyum manis sebelum berpaling dan keluar dari bilik itu. Zya kembali menghalakan pandangannya pada taman rekreasi yang tidak jauh dari situ bila dia terlihat 3 orang bodyguard berbadan besar sedang menjaga setiap pagar di rumah agam itu dengan wajah yang cukup ketat.

Zya meneguk liur dan apabila dia melihat ke taman rekreasi tadi susuk Faheed sudah tiada. Zya mendongkol geram bila Hiyyan cepat menghidu sebelum dia bertindak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience