BAB 15

Romance Completed 29586

Hiyyan teringat akan perbualan dengan ayahnya di bilik Datuk Ziyad sebelum dia turun makan malam bersama isterinya tadi.

“Ayah masih tak faham kenapa kau nak kahwin dengan perempuan tu?”

“Dia bukan perempuan tu, dia ada nama. Aznirul Zya binti Datuk Azlan.”

Sengaja Hiyyan menekan nama Datuk Azlan sedikit kuat supaya ayahnya ingat akan nama itu sambil tangannya menarik selimut menutupi tubuh ayahnya yang hendak tidur. Datuk Ziyad terbatuk kecil. Menahan sesak mendengar nama itu.

“Kau tak cintakan dia kan?”

Tanya Datuk Ziyad sedikit keras. Dia seakan hampir dapat menghidu apa yang sedang anaknya lakukan itu. Mengahwini Aznirul Zya dan membawa seluruh keluarga mereka mendiami rumah agam miliknya untuk apa??

“Kali ni dah kali kedua saya terpaksa mengaku yangs saya memang tak cintakan dia. Dulu depan Mama sekarang depan Ayah.”

Beritahu Hiyyan bersahaja.

“Kau kena ingat Hiyyan, segala apa yang ayah ada sekarang adalah atas usaha ayah sendiri. Kau, jangan sekali-kali memusnahkannya. Kalau tak…”

Datuk Ziyad masih berusaha bercakap dengan nada yang terputus-putus.

“Ayah nak musnahkan saya. Ayah sanggup ke?”

Balas Hiyyan sengih.

“Kan elok kalau saya ni anak angkat dan bukan anak kandung ayah. Tak lah saya rasa terhina sangat kalau dalam tubuh saya ada darah pembunuh.”

Terjegil anak mata Datuk Ziyad mendengar kata-kata Hiyyan yang agak berani itu. Hiyyan ketawa sinis.

“Kalau ayah nak bunuh saya pun, saya tak kisah. Tapi lepas saya selesaikan apa yang ayah dah lakukan suatu masa dulu. Ye ayah?”

Sinis Hiyyan pada Datuk Ziyad yang sudah memandangnya tajam.

“Kau anak tak guna, Hiyyan!”

“Ayah tidurlah. Rehat cukup-cukup.”

Ujar Hiyyan sambil melangkah meninggalkan bilik ayahnya itu. Tidak mahu mengendahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience