Chapter 37

Romance Series 27651

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik rawatan dibuka. Semua memandang ke arah tetamu yang datang untuk melawat Qistina. Satu susuk badan yang tegap masuk ke dalam bilik rawatan.
Tangannya dihulur kepada Farhan untuk bersalam. Farhan menghulurkan tangan untuk bersalam. Namun, dirinya terkejut.

"Apa pulak tujuan dia datang ke sini? Entah-entah dia nak apa-apakan isteri aku ke?"Farhan mula rasa curiga.

"Assalamualaikum semua."Roslan memberi salam kepada semua yang ada dalam bilik itu.

Muka Farhan dan Professor Alisyah terkejut. Mereka memandang satu sama lain.

"Apa khabar aunty?" Roslan menyapa Professor Alisyah.

"Ba... Baik..."gugup Professor Alisyah. Professor Alisyah terus mengingat kematian suaminya apabila berjumpa dengan Roslan. Roslan lah menyebabkan kematian suaminya. Kalau Roslan tidak berdendam dengan Tengku Azman, sekarang Tengku Azman masih hidup.

Roslan mengalihkan mata ke arah Qistina. Terlihat susuk tubuh yang Roslan betul-betul kenal.

"Kamariah!!"nama bekas isterinya meniti di bibirnya.

"Dia buat apa kat sini?"fikir Roslan.

Kamariah terperanjat berjumpa Roslan kat situ. Air matanya bertakung. Rindunya tidak dapat terungkap. Tidak tahu bagaimana nak tunjuk betapa rindunya terhadap insan yang tercinta.

"Kenapa dia datang ke sini? Macam mana dia tahu Qistina kat sini?"Kamariah berfikir. Hatinya kuat mengata untuk memeluk dan meluahkan segala perasaan rindu dekat bekas suaminya, Roslan. Namun, Kamariah sedar. Dia di tempat awam. Dia dikelilingi oleh orang.

Roslan hanya berdiri kaku. Tidak ada sebarang reaksi di mukanya bila bertembung dengan bekas isteri.

**********************************

"Encik Farhan, your wife's condition is getting better and stable now. Baby dalam kandungan pun sihat. The baby is moving alot. Quite active. Tak sabar nak tengok dunia luar la tu."berseloroh Doktor Indra selepas memeriksa Qistina.

Qistina terharu mendengar tentang keadaan bayi sulungnya. Perasaan apabila pergerakan bayi dan tendangan bayi buat pertama kali memang tidak dapat digambarkan. Inilah saat-saat terindah bagi seseorang ibu mengandung.

"So, how Encik Farhan? Can we proceed to caesarean section? If you and your wife is okay with it, we can proceed tomorrow. As it seems Qistina's condition is getting better now."terang Doktor Indra.

"How sayang? Sayang setuju untuk caesarean section?"soal Farhan.

Terus Qistina mengangguk. Sebenarnya Qistina tidak sabar untuk menyambut kelahiran anak sulungnya.

"Sayang setuju abang. Sayang tak sabar."jawab Qistina sambil senyum. Senyuman penuh dengan kegembiraan.

"Baik Encik Farhan. Kalau macam itu, nurse will give you some forms. Please fill it. Tomorrow morning will be the operation."kata Doktor Indra dan mengorak langkah ke arah pintu untuk keluar dari bilik.

"Abang, where is ibu, mama and ayah?"tanya Qistina kepada Farhan.

"They went back ready sayang. You were sleeping when they were going back home."balas Farhan sambil memotong buah epal untuk Qistina.

"Abang, thank you so much. Thank you sebab taking care of sayang. I knew you are too tired taking care of me."Qistina menggenggam jari jemari suaminya.

"You are my life sayang. I'm nothing without you sayang. You are my world after my mom."kata Farhan. Tangannya mengusap perut Qistina.

"Tomorrow will be our most memorable day. We are going to welcome our junior."

Farhan dan Qistina tidak sabar untuk menyambut kelahiran anaknya. Selama sembilan bulan dia mengandung, Qistina mengalami banyak dugaan dan cabaran. Farhan selalu berteman Qistina selama sembilan bulan mengandung.


**********************************

"Maaf yang tak mungkin Indah" lagu Adira bermain. Kamariah yang menonton televisyen di rumahnya mengambil telefon bimbitnya. Nama pemanggilnya tertera di dada telefon bimbitnya.

"Roslan."Muka yang tak bermaya itu terus menjadi ceria bila tengok nama yang dirindunya.

"Assalamualaikum."Kamariah terus memberi salam.

"Waalaikumsalam. Awak buat apa?"soal Roslan kepada Kamariah. Otaknya ligat berfikir apa tujuan Kamariah melawat Qistina pagi tadi.

"Tak de buat apa-apa. Tengok TV je. Awak? Awak dah makan?"

"Dah. Saya nak tanya awak. Awak buat apa jumpa Qistina? Nak buat apa pula kali ini? Awak tak serik ke dengan balas dendam awak, Kamariah?!"Roslan tidak dapat menahan rasa amarah terhadap bekas isterinya.

"Awak, sabar boleh tak? Dengar apa yang saya nak cakap dulu."Kamariah mula bicaranya. Kamariah tahu Roslan salah sangka apabila Roslan jumpa dia di hospital pagi tadi.

"Saya pergi jumpa Qistina pagi tadi. Saya dapat tahu yang Qistina perlukan darah secepat mungkin. Kumpulan darah saya sama dengan kumpulan darah Qistina. Itu yang saya derma. Saya tak sampai hati tengok keadaan Qistina macam itu."mencerita Kamariah.

"Ni salah satu rancangan awak untuk balas dendam kan. Apa muslihat awak kali ini Kamariah?"Roslan bukan nak tuduh Kamariah. Tapi hatinya enggan terima yang Kamariah sudah berubah.

"Awak, percayalah. Saya dah tak berdendam lagi dengan Qistina. Saya ikhlas tolong dia." Roslan mendengar esakan Kamariah.

"Saya tak akan mudah percaya dengan awak Kamariah. Banyak kali saya percaya cakap awak. Tapi awak tak pernah berubah. Macam mana kali ini awak harap saya percayakan awak?"soal Roslan.

"Awak. Tolong maafkan saya. Saya tahu. Saya pernah membuat awak sakit hati dengan saya. Disebabkan saya awak kena pukul dengan Farhan. Tapi saya betul-betul dah berubah awak."kata Kamariah bersungguh-sungguh.

"Dah lah Kamariah. Saya tak tahu saya boleh percaya awak untuk masa ini ke tak. Apa-apa pun saya nak awak tak kacau Qistina lagi. Kalau saya tahu awak kacau dia lagi, mampus awak! Faham!"kata Roslan dan mematikan taliannya.

Tak sempat Kamariah bersuara, Roslan terus mematikan talian. Air matanya bergugur.

"Ya Allah. Apa saya perlu buat lagi? Orang yang percayakan saya selama ini dah tak percayakan saya. Saya tahu. Saya sedar. Apa yang saya buat selama ini kepada Qistina ialah salah, berdosa. Tapi kali ini saya ikhlas tolong Qistina. Harap satu hari nanti Roslan akan tahu yang saya sudah berubah. Walaupun saat itu saya tak hidup."Kamariah berucap. Baju bekas suaminya diambil dari almari. Dipeluk dan tidur di atas katil.

**********************************

"Sayang, abang nak tanya. How you know Kamariah? Setahu abang, abang tak bagitahu nama dia pun masa abang kenalkan Kamariah dekat sayang."bersoal Farhan.

"Kamariah is my ex Personal Assistant abang. Dia dah resign beberapa bulan lepas. Tiba-tiba abang cakap dia yang derma darah. Itu yang sayang terkejut. Bila tanya Kamariah macam mana dia tahu yang sayang memerlukan darah, dia cakap one of my staff, Elice yang bagitahu dia."bercerita Qistina.

"Okay. Baik. Sayang tidur lah. Esok dah nak operate. I will go back first. Abang perlu tolong umi to pack baby things for esok."kata Farhan dan mencium ubun-ubun isterinya.

"Okay abang. Drive safe. I will wait for you tomorrow. I want you to be with me during operation tomorrow. Sayang tak berani untuk hadap operation seseorang esok."Qistina sempat berpesan kepada Farhan.

"I will be here sebelum operation sayang. Your operation is at 10am. I will be here at 8am. You have a rest sayang. Abang gerak dulu. Good night."

Qistina memandang ke arah pintu bilik rawatan sehingga bayang suaminya hilang. Hatinya berdebar apabila berfikir pasal caesarean esok. Dalam masa yang sama, dia berdoa agar Qistina dapat melahirkan zuriatnya dengan selamat. Esok akan menjadi hari yang penting dalam kehidupan Qistina dan Farhan. Satu hari bersejarah dalam kehidupan mereka selepas hari perkahwinan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience