Chapter 27

Romance Series 27651

"Apa macam Tan? Dah siasat? Any important updates?" soal Farhan selepas sambut huluran tangan Tan.

"Yes Tuan. Nombor yang selalu mesej tuan itu daftar atas nama Roslan bin Kasim."bagitahu Tan.

"Roslan bin Kasim? Macam saya kenal je nama tu." kata Farhan sebaik sahaja dengar nama Roslan.

"He is ex owner of Megah Construction."tambah Tan lagi.

"Ex owner of Megah Construction!" terkejut Farhan.

"Alright Tan. Thanks for the information. Saya nak awak siasat lagi. Apa kaitan dia dengan Qistina."arah Farhan.

"Baik Tuan."

**********************************

"Nombor yang mesej aku nombor Roslan. Kenapa dia nak ugut aku guna Qistina?" Farhan berfikir.

Flashback.

"Aku tak sangka kau khianat aku!" jerkah Farhan.

"Mana ada bro? Aku tak buat apa-apa." nafi Roslan.

"Tak buat apa-apa kau cakap! Kau tengok ni!"Farhan melemparkan beberapa helaian kertas atas meja.

Roslan terkejut.

"Macam mana dia tahu semua ni?"fikir Roslan.

"Aku ingat kau ni baik orangnya! Aku tak sangka kau sanggup membelot aku. Rupa-rupanya kau lah bunuh ayah aku!" Farhan tumbuk muka Roslan.

"Berapa lama aku kena kerja bawah ayah kau? Aku pun nak hidup mewah lah! Ayah kau dah tua! Sepatutnya ayah kau mesti serahkan company ni pada aku. Tapi dia buat apa? Dia nak serahkan company ni kat kau! Dia tunggu sampai kau habis belajar! Ingat aku ni apa? Bodoh ke? Syarikat ni bangun bukan atas usaha ayah kau seorang je! Titik peluk ayah aku pun ada dalam syarikat ni! By right, aku kena take over syarikat ni! Bila aku tanya ayah kau, orang tua tu tak nak bagi syarikat ni kat aku! Tu lah aku bunuh ayah kau! Puas?" kata Roslan dan menolak Farhan.

"Syaitan kau!!" jerit Farhan dan terus tumbuk muka Roslan.

"Dah Farhan. Lepaskan dia!" jerit Professor Alisyah.

"Aku akan pastikan syarikat kau ni tutup!" Farhan memberi amaran dan keluar dari syarikat Megah Construction.

Megah Construction pun telah ditutup dalam masa 6 bulan. Roslan masuk penjara selama 10 tahun atas kesalahan yang telah dibuat.

End of flashback.

**********************************

"Adakah Roslan balas dendam pada aku pasal 10 tahun dulu? Dia menggunakan Qistina sebab nak meranakan kehidupan aku ke?" Farhan mula berfikir.

"Ya Allah. Tunjuklah petunjuk kepada hambamu. Apa saya perlu buat? Kenapa Roslan kena balik dalam hidup saya lagi? Tak cukup lagi ke dia bunuh ayah saya? Apa dia nak lagi?" tanya Farhan sendiri.

"Aku kena buat sesuatu. I should take actions against Roslan. Aku tak nak dia gunakan Qistina untuk balas dendam kat aku. Cukup lah sekali aku hilangkan orang yang saya sayang." Farhan mula memikirkan cara untuk selamatkan Qistina.


**********************************

"Sayang, buat apa tu?" Farhan masuk ke dapur dan memeluk Qistina dari belakang.

"Masak Nasi Arab untuk Birthday baby. Dah siap masak pun. Mana abang pergi pagi-pagi? Tak kejut sayang pulak tu?" soal Qistina.

"Abang ada hal tadi. Itu yang abang keluar. Sayang tidur lena. Tak sampai hati untuk kejutkan sayang. Jom sayang. We eat first. Abang lapar."Farhan tolong Qistina untuk menyusun pinggan dan lauk di atas meja.

"Sayang. Did you know anyone named Roslan?" Farhan mula soal Qistina. Mana tahu Qistina kenal Roslan.

"Roslan? Tak ada abang. Kenapa? This is first time I heard this name." balas Qistina.

"Tak ada sayang. Abang tanya je."

"Abang, macam mana abang tahu sayang pergi Pavilion semalam?" soal Qistina. Sejak pagi dia fikirkan pasal ini.

"Aduh! Apa aku kena jawab ni? Tak akan la nak cakap orang yang dia tak kenal, musuh aku yang send gambar dia."Farhan gumam dalam hati.

"Abang. Hello!" Qistina tepuk kuat peha Farhan.

"Sakit sayang!"jerit Farhan.

"Tahu pun sakit. Fikir apa tu? Where is the answer?" tanya Qistina lagi.

"Answer? Oh. Kawan abang. Terserampak sayang kat Pavilion. Dia yang cakap. Baru abang tahu yang sayang pergi situ."jawab Farhan tanpa gugup. Kalau dia gugup, mesti Qistina syak kan.

"Okay." Qistina tak tanya lanjut pasal semalam.

**********************************

"Tan, saya nak awak jadi bodyguard untuk isteri saya. Make sure you always with her. Ke mana dia pergi, awak ikut. Saya tak nak orang lain kacau isteri saya." arah Farhan.

"Alright tuan."balas Tan.

"Ini payment awak. Kalau ada apa-apa yang mencurigakan terus call saya. Don't let Qistina knows that you are following her, understand?" Farhan memberi arahan.

"Understood Tuan."

Telefon Farhan berbunyi. Nama umi tertera di telefon bimbit.

"You may go now." arah Farhan dan mengangkat panggilan uminya.

"Assalamualaikum Umi. Ada apa call Farhan?"

"Waalaikumsalam. Umi nak jumpa Farhan sekarang. Come to house now." kata Professor Alisyah dan matikan talian.

"Kenapa dengan umi? Bunyi macam serius je. Ada yang tak kena." tanpa melengahkan masa Farhan bergerak untuk jumpa Professor Alisyah.


**********************************

"Why you asked me to come umi?" tanya Farhan sejurus masuk ke rumahnya.

"Tengok ni." Professor Alisyah serahkan sampul berwarna coklat.

"Astaghfirullahalazim" diucap oleh Farhan. Gambar-gambar yang ada dalam tangannya diletak di atas meja. Farhan duduk tanpa berbicara dengan uminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience