Chapter 22

Romance Series 27651

"Selamat pagi, Puan. Today is the last day Miss Amelia working here. Hari ini kita ada celebrate majlis perpisahan sekali dengan Bachelorette party for Miss Amelia. Puan, nak join tak?" tanya salah seorang staff Qistina.

"Selamat pagi. Pukul berapa nak celebrate ?" tanya Qistina.

"We planned to celebrate after working hours, 5pm."jawab staff yang bernama Elice.

" Kejap ye. Saya confirmkan my schedule dulu." Qistina menekan butang intercom.

'Ye puan?" menyoal Kamariah.

"Masuk bilik saya sekejap." arah Qistina.

"Baik puan."

"Hish perempuan ni. Suka-suka je arah orang. Geram aku!" marah Kamariah sambil ambil iPad.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk" kata Qistina.

"Puan? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Kamariah.

"Lepas pukul 5, saya ada apa-apa meeting tak?" Qistina terus bertanya Kamariah.

"Tak ada puan." jawab Kamariah.

"Okay. Elice, I will join you guys, then."kata Qistina sambil mengambil telefon bimbitnya.

"Baik puan. Akak Kamariah nak join kami tak?" tanya Elice kepada Kamariah.

"Ke mana ye?"

Elice menceritakan plannya. Kamariah fikir sekejap. Sebenarnya dia janji dengan Roslan untuk keluar makan malam.

"Aku dah janji dengan Roslan. Macam mana eh? Kalau aku join harini, maybe aku boleh la dapat tahu banyak pasal Qistina. Aku boleh rapat dengan dia." Kamariah berdiskusi dalam hati.

"Akak?" Elice menepuk bahu Kamariah.

"Ah... Ye?" Kamariah blur.

"Akak nak join kami tak? Sebab Puan Qistina pun join harini. Jom lah akak. Mesti best." ajak Elice.

"Ye la. Saya join ye nanti."jawab Kamariah.

"Lantak lah Roslan. Hari lain pun boleh pergi makan malam. Balas dendam aku lebih penting dari suami aku." Kamariah monolog dalam hati dan keluar dari bilik Qistina.

"Assalamualaikum abang."Qistina memberi salam kepada Farhan.

"Waalaikumsalam sayang. Ada apa call abang? Sayang rindu abang ke?" usik Farhan.

"Hish abang ni. Mana ada sayang rindu abang?" Qistina memuncungkan bibirnya.

"Betul? Abang ingatkan sayang rindukan abang tadi." ada nada sedih dalam suara Farhan.

Qistina serba-salah. Qistina memang rindukan Farhan. Agaknya dah sebulan mereka tak meluangkan masa bersama. Mereka terpaksa meluangkan banyak masa dalam urusan kerja.

"Alah. Sayang gurau je. I miss you so much abang. It has been one month we didn't spend time together. Last we spent our time well is during our honeymoon." Qistina tidak dapat menahan sebaknya.

"Sayang, why your voice tone changed ? Tadi abang dengar okay je. Kenapa sekarang macam dah nak nangis?" risau Farhan.

"Tak la abang. Sayang emo sikit. I miss those precious time that we spent together. Bila kita boleh spend time together,abang?" tanya Qistina.

Kadang-kadang Qistina fikir yang dia mengabaikan suami. Tak buat tanggungjawab sebagai isteri betul-betul. Tapi, Qistina syukur sebab dapat suami yang memahami dirinya. Walaupun pertemuan pertama mereka memang menyakitkan, tapi kehidupan selepas berkahwin memang memberi kesinaran dalam kehidupan Qistina.

"How if after abang settlekan projek di Pulau Pinang bersama dengan Riduwan dulu. After that we go for our second honeymoon." balas Farhan sambil senyum. Farhan teringat momen bersama Qistina di Maldives.

"Okay abang. As you wished. Abang settlekan projek abang dulu. Sayang called abang to ask permission." Qistina memberitahu kenapa dia memanggil Farhan.

"Permission for what sayang?"

"Harini last day of Amelia, one of my staff. Celebrate farewall and bachelorette party for her together with other staffs. Sayang ingat nak join sekali, boleh abang?" Qistina meminta izin suami.

"What time and where?"menyoal Farhan.

"After 5pm at Fuego at Troika Sky Dining. But sayang rasa sayang akan pergi Pavilion dulu. Nak beli hadiah untuk bakal pengantin baru."bagitahu Qistina.

"Okay sayang. Be careful. But must be at home before 10pm." memberitahu Farhan.

"Baik abang. I will be home before 10pm. Thank you." balas Qistina.

"Welcome sayang. Sayang pergi Pavilion kan, beli lingerie sexy tau!" usik Farhan.

"Abang! Pervert! Mana abang tahu jual lingerie sexy kat situ?" soal Qistina. Dia sendiri tak tahu mana jual baju-baju seksi macam itu. Suami dia tahu pulak!

"Abang tahu la. For your information, abang beli baju tidur yang abang bagi sayang at Maldives tu kat Pavilion. Ada banyak lagi tau. Tak pe la. Nanti abang belikan untuk sayang, eh."usik Farhan lagi.

"Abang, malulah! Lebih baik sayang pergi buat kerja daripada layan usikkan abang ni. Kalau saya layan usikkan abang, tak akan ada kesudahannya. Muka sayang pun dah merona merah." jawab Qistina.

"Garangnya isteri abang. Tak pe. Nanti abang tahu la macam mana nak layan sayang." kata Farhan.

"Dah la abang. Sayang got to go. See you tonight at home. Love you" jawab Qistina.

"Alright sayang. Take care and love you too." Farhan putuskan taliannya.


**********************************

Qistina dan rakan pejabatnya menyambut majlis perpisahan dan Bachelorette party untuk Amelia.

"Thank you so much, puan. Sebab sudi hadir untuk majlis perpisahan dan Bachelorette party Amelia." Amelia mengucapkan terima kasih kepada Qistina.

"No need thanks Amelia. You are such a good staff in my organization. I will miss you so much." kata Qistina dan memeluk Amelia.

Semua yang hadir mengambil gambar buat kali terakhir. Semua staff yang berkhidmat di Maju Holdings sukakan Qistina. Layanan Qistina terhadap pekerjanya memuaskan hati pekerjanya.

"Riduwan?" panggil Qistina bila menghampiri kereta bersama dengan Kamariah.

"Siapa pula dia ni? Setahu aku nama suami dia Tengku Farhan. Dia ni siapa pulak?" Kamariah menunjukkan minat untuk tahu siapa Riduwan.

"Qis, apa kau buat kat sini?" soal Riduwan bila bertoleh ke belakang.

"Ada parti untuk staf aku. Aku join la sekali." kata Qistina.

Lagu "Kisah ku inginkan" mula berbunyi dari beg Carlo Rino Qistina.

"Ye abang. Sayang dah nak gerak."kata Qistina dan mematikan taliannya.

"Okay Riduwan, Kamariah. Saya gerak dulu. Jumpa kau next time Riduwan. Kamariah see you tomorrow." Qistina meminta dirinya.

"Siapa pula Riduwan ni? Apa hubungan Qistina dengan Riduwan? Nampak macam rapat je." Kamariah mula memikirnya.


**********************************

"Sayang, abang akan pergi ke Pulau Pinang for one week." bagitahu Farhan.

"Ye ke? Bila abang pergi?" soal Qistina.

" Esok."jawab Farhan.

"Okay abang. I will help you to pack your things. I will miss you." Qistina memeluk Farhan dengan erat.

"Me too sayang." Farhan mencium ubun-ubun Qistina.


**********************************

"Rupa-rupanya Riduwan tu kawan rapat Qistina. Boleh la aku gunakan dia dalam rancangan aku." Kamariah senyum dengan penuh bermakna.

"Kenapa badan aku ni rasa penat sangat? Tak larat nak bangun ni." Qistina bercakap sendiri.

Dah beratus kali Farhan suruh Qistina tinggal di rumah ibu bapanya. Tapi Qistina membantah. Kata tak nak menyusahkan mereka. Farhan terpaksa mengalah dan meninggalkan Qistina seorang di rumahnya.

Qistina gagahkan dirinya untuk bangun dari katil. Tiba-tiba kepalanya rasa berat dan matanya berpinar. Qistina terus merebahkan dirinya di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience