Chapter 29

Romance Series 27651

Farhan menunaikan solat isyak. Songkok dibuka dan sejadahnya dilipat. Barang-barang yang bertaburan di atas lantai dikemas oleh Farhan.

Farhan masuk ke dapur dan membuka peti sejuk. Ayam yang sudah dicincang dikeluarkan. Bahan-bahan untuk masak bubur ayam disediakan oleh Farhan. Dalam setengah jam, Farhan siap masak bubur ayam.

"Sayang, bangun. Makan bubur ayam ni sikit. Abang dah masak untuk sayang." Farhan kejutkan Qistina perlahan.

Qistina membuka matanya. Matanya merah dan bengkak. Hati Farhan sakit bila tengok keadaan isteri tercinta. Qistina bertindak sebegitu disebabkan kecuaian dia. Namun, tidak boleh buat apa-apa. Sudah terlambat.

"I will feed you, okay sayang? Sit properly first. Make yourself comfortable." Farhan meletakkan bantal di belakang Qistina untuk selesakan kedudukannya.

"Open your mouth sayang. Kalau panas, bagitahu abang." Farhan mula suapkan bubur. Air mata Qistina mengalir perlahan.

"Sayang, jangan fikir pasal benda itu lagi. Kan abang dah cakap, abang selalu dengan sayang biar apa-apa pun jadi. Jangan nangis lagi. Nanti baby kita pun akan ikut perangai nangis ni." Farhan terus menyuapkan bubur ayam kepada Qistina.

Qistina memandang Farhan. Dalam hatinya rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Allah atas kurniaan suami yang tercinta kepadanya. Kalau lah orang lain di tempat Farhan, sudah tentu Qistina menjadi janda sekarang. Peristiwa petang tadi diulang balik di otaknya.

"Kenapa ni sayang? Kenapa sayang menangis?"risau Farhan.

Qistina hanya diam membisu. Tak sanggup untuk mengeluarkan sepatah kata dari mulutnya. Pandangan mata dihala ke arah meja. Beberapa keping gambar bersepah di atas meja. Farhan turut pandang gambar yang ada di atas meja.

"Ya Allah. Macam mana Qistina boleh jumpa gambar-gambar ini? Bukan ke aku letak di dalam laci di bilik mini pejabat aku?"gumam Farhan dalam hati.

"Mana sayang jumpa gambar-gambar ini? Sayang masuk ke dalam bilik mini pejabat abang?"tanya Farhan. Bukan Farhan nak marahkan Qistina. Sebolehnya Farhan tak nak Qistina jumpa gambar-gambar itu. Tak sangka Qistina akan masuk ke bilik mini pejabat dan buka lacinya.

"Kenapa abang rahsiakan benda ni? Bukan ke abang cakap there should be no any hides between us?"soal Qistina. Soalan Farhan tidak dijawab.

"Abang tak nak sayang stress pasal ni. This is not important sayang. Bukan abang nak rahsiakan dari sayang."Farhan pujuk Qistina.

Qistina berdiri. Semua barang-barang di atas meja ditolaknya. Habis semua barang hiasan pecah. Kacanya terkena jari Qistina.

"Sayang, calm down. Jari sayang luka ni. Berdarah." Farhan menarik tangan Qistina untuk pergi ke dapur. Ingin mencuci dan mengubatkan lukanya.

Qistina enggan untuk ikut Farhan ke dapur. Tangannya ditarik kasar. Hatinya tak puas melepaskan perasaannya. Perasaan marah, jijik, sedih semuanya dicampur.

"Sayang!" Farhan jerit dan mencekak pinggang. Farhan sedar luka di hati Qistina amat dalam. Tapi itu bukan kesalahan Qistina. Itu semua perangkap seseorang. Dengki seseorang untuk musnahkan mahligai cinta mereka.

"Don't stubborn! Follow abang! Jangan sampai abang mengheret sayang!" Farhan memberi arahan kepada Qistina.

"Biar la abang. Biar! Biar sayang ni mati! Abang tak akan faham perasaan sayang. Perasaan sayang bila tengok gambar-gambar ini. Sayang rasa diri sayang jijik. Walaupun perkara terkutuk tak berlaku betul-betul, muka sayang yang ada dalam gambar itu abang. Sayang rasa maruah sayang dipijak." Qistina bersandar di dada sasa Farhan. Segala tangisannya dilepaskan oleh Qistina.

Farhan diam membisu. Ini lah yang ditakut oleh Farhan. Entah bagaimana Farhan lupa untuk kunci lacinya. Kalau lacinya dikunci, pasti Qistina tak akan jumpa gambar-gambar itu.

"Ceraikan sayang abang. Abang tak perlu hidup dengan sayang. Abang terlalu baik. Sayang bukan orang yang sesuai untuk abang." Qistina mula membebel.

"Apa yang sayang mengarut ni? Abang tak percaya pun gambar itu. Abang tahu you are not in that photos. It has been editted. Dah lah sayang. Jangan fikir bukan-bukan. Abang percayakan sayang. Abang tak akan lepaskan sayang. Abang nak sayang dan anak-anak kita yang bakal lahir selalu dekat dengan abang. Please jangan macam ni sayang. Ini semua fitnah." Farhan memeluk erat.

**********************************

"Sayang. Sayang."panggil Farhan.
Qistina kembali ke realiti setelah dengar suara Farhan. Qistina memandang Farhan. Farhan tengah mengaulkan bubur ayam dalam mangkuknya.

"Open your mouth sayang."

"Abang dah makan?" Qistina menyoal selepas sesudu bubur telah ditelan.

"Abang, makan nanti. Sayang makan dulu. You should eat on time. Sayang perlu jaga diri sendiri and our little charm." senyum Farhan.

"I'm sorry abang. Sayang tak dapat nak mengawal diri sayang. Bila sayang tengok gambar tadi, sayang rasa dunia ni gelap. I can't see those photos." Qistina meluahkan segalanya.

"Dah sayang. Jangan fikir pasal tu lagi. Abang dah suruh detektif abang untuk siasat. I will take care of it. Abang nak sayang jaga-jaga lepas ni. Abang nak sayang tahu Nurul Qistina buah hati Tengku Farhan dunia dan akhirat. Hanya kematian yang dapat pisahkan kita."berkata Farhan.


**********************************

"Nur Kamariah binti Nazrul!"jerit Roslan sebaik masuk ke dalam rumah.

"Kenapa jerit-jerit ni? Awak ingat saya ni pekak ke?"Kamariah jerit kembali.

Pang! Pang!

Dua tamparan dihinggap di pipi Kamariah. Muka Roslan merah padam.

"Kenapa dengan awak ni? Tampar orang ni kenapa?"Kamariah menyoal sambil menggosok pipinya. Pipinya terasa perit bila terima tamparan yang begitu kuat dari Roslan.

"Awak tanya apa awak buat? Saya dah nasihat banyak kali dekat awak kan! Jangan ganggu Qistina lagi kan! Kenapa awak degil sangat? Kenapa awak mesej bukan-bukan kepada suami dia?"jerit Roslan. Rambut Kamariah ditarik sekuat hati!

"Sakit awak! Lepas lah!"meronta Kamariah. Sakitnya tuhan sahaja tahu. Ini lah kali pertama Roslan menaik tangan kepada Kamariah.

"Pasal awak, saya yang kena pukul. Saya yang dipersalahkan. Orang tak percaya saya walaupun saya dah insaf! Selama ini saya bagi sangat muka dekat awak. Lepas ini saya tak akan bagi awak muka!" Roslan tolak Kamariah. Kamariah hilang pertimbangan dan jatuh bawah. Dahinya terkena bucu meja. Darah pekat mengalir di dahi Kamariah.

"Hei! Awak dengar sini! Baik awak lupa dendam awak itu. Jangan pandai-pandai balas dendam dekat Qistina! Qistina tak bersalah! Faham!"jerit Roslan depan muka Kamariah.

"Tak mungkin! Saya tak akan lepaskan Qistina itu! Dia yang membunuh Zarif!"jerit Kamariah sekuat hati.

Roslan hilang sabar. Beberapa tamparan diberi oleh Roslan. Bibir Kamariah pecah.

"Baik. Awak tak nak lepaskan Qistina kan! Dengar sini! Mulai hari ini saya tak perlukan isteri yang enggan dengar arahan saya. Tak hormat saya sebagai suami. Awak keluar dari rumah saya. Saya akan failkan penceraian kita di mahkamah. Nur Kamariah binti Nazrul saya ceraikan kau dengan talak satu!" Roslan melafazkan talak terhadap Kamariah. Kamariah terkedu. Dia tak sangka suami yang cintakan dia sepenuh hati sudah ceraikan dia.

Adakah Kamariah akan berubah? Adakah Kamariah akan lupakan perasaan balas dendam terhadap Qistina? Mampukah Farhan dan Qistina hidup bahagia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience