Chapter 18

Romance Series 27651

Qistina turun ke dapur untuk menyediakan sarapan untuk Farhan. Hari ini Farhan akan bermula kerja seperti biasa. Seperti diminta oleh Farhan, Qistina membuat french toast dan teh tarik. Farhan tak suka makan sarapan yang berat. Alasannya mudah mengantuk kalau ambil sarapan berat.

"Abang." Qistina mempelawa Farhan bila tengok Farhan turun dari biliknya.

"Good Morning sayang. Dah prepare sarapan?" menyoal Farhan.

"Dah. Jom. Makan dulu abang. As you requested here is your french toast."

"Thanks sayang. As usual sedap. Air tangan isteri abang ni memang tak boleh dilawan" puji Farhan.

"Sayang, are you sure want to stay alone here?" risau Farhan. Walaupun area perumahannya high security, Farhan tetap bimbang keselamatan Qistina.

"Yes abang. Don't worry. I will be fine and safe here" pujuk Qistina.

"Okay la macam itu. Kalau ada apa-apa terus call abang, tau! Take care sayang. Abang gerak dulu."

"Take care too abang." Qistina meraih tangan Farhan lalu mencium.

"Assalamualaikum ibu. Sihat?" Qistina memanggil ibunya.

"Waalaikumsalam. Ibu sihat. Qis macam mana? Farhan sihat?" soal Professor Shakira.

"Qis sihat ibu. Abang pun sihat. Ayah sihat?"

"Ayah sihat je. Farhan mana? Farhan layan Qis baik tak?"

"Dia kerja. Dia jaga Qis baik, ibu. Dia sayangkan Qis sangat-sangat." kata Qistina.

"I know Farhan will take care of my daughter very well. So Qis, sayang suami kamu tak? Ke benci Farhan lagi?" tanya Professor Shakira.

"Mesti la Qis sayang dia. Kalau Qis benci dia, suara Qis tak la happy macam ni."jawab jujur Qistina.

"Kalau macam itu, tak lama lagi ibu boleh timang cucu dah."usik Professor Shakira.

"Ibu ni. Kalau ada rezeki, adalah itu."kata Qistina dan berborak dengan ibunya.


**********************************

Indah Berhad.

"Tengku. Wakil dari Permai Holdings dah sampai. He is waiting at meeting room. Shall we go now, Tengku?" tanya Amira.

"Yeah, sure."

"Good Morning." ucap Farhan bila masuk ke dalam bilik meeting.

"Good Morning." balas wakil dari Permai Holdings.

"Eh! Tengku Farhan!"

"Riduwan. Glad to see you here." balas Farhan sambil bersalaman dengan Riduwan.

"Tak sangka pulak. Semalam jumpa kat Mydin. Harini kat pejabat pulak. Kecilnya dunia." kata Riduwan.

"Yes. Duduk la." pelawa Farhan.

"Thanks Tengku." Riduwan mengucapkan terima kasih.

"No need panggil Tengku, kalau kita berdua je. Panggi Farhan je. Can we start our meeting?"

"Okay Farhan." balas Riduwan.

Farhan dan Riduwan berbincang tentang projek yang bakal bermula di Pulau Pinang tak lama lagi. Meetingnya mengambil masa lebih kurang 2 jam.

"Thank you Farhan. Your plan is very creative and I'm impressed. I hope we can collaborate and complete this project. I heard kerja yang Farhan buat, semuanya mesti berjaya." Riduwan berkata.

"Hopefully can finish this project successfully." balas Farhan.

"Okay Farhan. If there is nothing to discuss, I shall make my move first." Riduwan meminta dirinya.

"That's all for now. If have anything, I will call you." balas Farhan sambil menepuk bahu Riduwan.

"Okay Farhan. Saya gerak dulu." Riduwan gerak dari Indah Berhad. Riduwan kagum dengan cara layanan Farhan. Walaupun Farhan seorang yang berjaya dalam perniagaan, kaya-raya tapi tak sombong langsung.


**********************************

Farhan balik rumah awal. Baru sehari tinggalkan isteri, dah mula rindu.

"Sayang, I'm home. Where are you?"

"Awalnya abang balik. I'm at kitchen, abang." Qistina separuh jerit.

"Masak apa tu?" soal Farhan sambil memeluk Qistina dari belakang.

"Laksa" jawab pendek Qistina. Dia sibuk mengaulkan kuahnya.

"Wow. Laksa. Tak sabar nak rasa." balas Farhan.

"Abang, fresh up first. Baru makan. Busuk!" halau Qistina.

"Halau abang ye. Tak pe! Nanti sayang kena balas balik dekat abang." kata Farhan dan mula melangkah ke bilik.

"Balas balik apa?" Qistina tak faham apa yang dimaksudkan oleh Farhan.

"Sayang. Abang dah mandi. Can we eat? Abang dah tak boleh tunggu la." Farhan duduk di kerusinya.

" Yes. You can. Here is your laksa. Baca doa dulu."

Farhan dan Qistina makan laksa. Farhan tambah lagi. Memang sedap! Farhan menolong Qistina untuk kemaskan meja makan dan cuci pinggan.

"How was your day abang?" menyoal Qistina sambil melabuhkan punggung sebelah Farhan.

"Everything went well sayang. Abang jumpa Riduwan harini." Farhan menceritakan semua kepada Qistina.

"Baguslah macam tu." Mula-mula Qistina takut Farhan tak suka dan salah sangka hubungan Qistina dan Riduwan. Tapi, Farhan tahu hubungan antara mereka tidak melebihi sebagai seorang kawan. Lagipun Farhan tahu Qistina bukan perempuan yang menipu.

"Sayang, abang ingatkan nak buat makan malam kat rumah kita. How? Are you okay with my idea?" tanya Farhan.

"Sayang pun ingat nak buat makan malam, abang. I'm okay je with makan malam plan. Sayang masak, okay? Bila kita buat?" tanya Qistina.

"This Saturday? Our flight to Maldives on Sunday evening."bagitahu Farhan.

"Okay la abang. Kita nak jemput siapa?"

"Umi, mama, papa. Sayang jemputlah kawan sayang. Abang akan jemput Afiq and his wife." cadang Farhan.

"Kalau macam tu, sayang jemput Nabihah dan Riduwan, boleh?" Qistina meminta kebenaran Farhan. Mana tahu Farhan selesa ke tak kalau ajak Riduwan dan Nabihah.

"Can sayang. No problem."balas Farhan sambil meletakkan kepala di atas riba isterinya. Qistina mula picitkan kepala Farhan.

"Sayang, do you want to continue your Master?" soal Farhan.

"Master? For now tak nak la abang. Sayang nak fokus rumahtangga kita dulu."

"Are you sure? Doing Master kan one of your dreams." Farhan masih ingat alasan yang diberi oleh Qistina masa bantah untuk berkahwin dengannya.

" Yes. But for now we hold dulu, abang"

"Okay. Abang tak nak paksa sayang. Bagitahu abang bila sayang nak sambung Master."

"Baik." kata Qistina dan sambung picitkan kepala Farhan.


**********************************

Hari Sabtu pun tiba. Encik Kamaruddin, Professor Shakira, Professor Alisyah, Afiq, Aliza (isteri Afiq), Riduwan dan Nabihah berkumpul untuk makan malam di rumah Farhan. Qistina masak nasi minyak, ayam masak merah, telur rendang, puding mangga dan cocktail buah. Semua makan bersama. Memang happy la Farhan dan Qistina.

"Babe, siapa dia? Yang cakap dengan Farhan?" soal Nabihah kepada Qistina.

"Kau tak ingat dia ke? Riduwan la."

"Biar betul kau ni. Riduwan yang budak nerd tu ke? He is totally different now babe." Nabihah pandang Riduwan yang sibuk bercakap dengan Farhan tanpa berkelip.

"Woi! Cuci mata ke tu? Kalau dah berkenan, bagitahu cepat." usik Qistina.

"Mana ada? Aku tenggok je la"jawab Nabihah.

**********************************

"Farhan, papa nak cakap sikit." Encik Kamaruddin mula perbicaraannya.

"Ye pa?"

" Mana Qis?" soal Encik Kamaruddin.

"Qis kat situ. Teman Nabihah. Ada apa pa?" tanya Farhan.

"Macam ni Farhan. Kesihatan papa kadang-kadang okay, kadang-kadang tak. Kalau boleh papa nak Qis untuk ambil alih syarikat papa. Sebelum papa bincang dengan Qis, papa bincang dengan Farhan dulu." Encik Kamaruddin bagitahu tujuannya.

"Farhan okay je pa. Kejap, Farhan panggil Qis. Kita bincang terus, pa."

" Sayang, sini kejap." panggil Farhan.

"Ye abang?"

Farhan menceritakan kehendak Encik Kamaruddin. Farhan faham tentang kesihatan ayah mertuanya. Encik Kamaruddin bukannya muda lagi. Lagipun kesihatan pun bukannya sihat sangat.

"Qis, tak tahu banyak pasal business abang. How I can take over the company?" bimbang Qis.

"Abang akan tolong sayang. Papa pun akan tolong sayang juga. I know my wife can be a good leader." Farhan memberikan sokongan.

"Yes Qis. Ayah akan tolong Qis. Boleh Qis ambil alih syarikat papa?" Encik Kamaruddin harap sangat Qistina setuju dengan cadangannya. Syarikat ialah nyawa kedua bagi Encik Kamaruddin. Encik Kamaruddin bekerja keras untuk membangunkan syarikatnya.

"Kalau macam itu, okay ayah. I will take over our company after back form Maldives." Qistina tahu Farhan akan menolong dia. Qistina juga sedar bagaimana ayahnya berusaha untuk bangunkan syarikatnya.

"Terima kasih banyak-banyak Farhan, Qis." Encik Kamaruddin bersyukur kerana Qistina bersetuju untuk mengambil alih syarikatnya.

"Tak perlu ucap terima kasih pa. Farhan dah anggap papa sebagai ayah Farhan." Encik Kamaruddin memeluk Farhan erat.


**********************************

Semua yang datang ke makan malam sudah pun balik. Farhan tolong Qistina untuk kemaskan rumah.

"Sayang, dah kemaskan baju untuk seminggu?" soal Farhan sambil baring sebelah isterinya.

"Dah abang." balas Qistina. Qistina penat sangat. Dalam masa yang sama, Qistina berasa gembira sangat. Makan bersama keluarga dapat mengeratkan hubungan antara ahli keluarganya.

Tak sampai 10 minit, Farhan mendengar bunyi dengkuran Qistina.

"Dah tidur pulak, dia." Farhan membetulkan pembaringan isterinya dan mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang.


**********************************

"Aku nak kau siasat lagi pasal Nurul Qistina. Dia kerja mana. Aku nak details ni ASAP. Boleh tak?"

"Boleh. Tak ada hal. Berapa payment I?"

"RM 2000."

"Okay. I akan siasat dan bagi you information dalam seminggu lagi."

Panggilan dimatikan.

"Nurul Qistina! You wait for my arrival in your life." gelak perempuan misteri itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience