Chapter 20

Romance Series 27651

"Selamat pagi, Puan Qistina. Hari ini ada sesi temuduga untuk jawatan PA kepada Director,puan." bagitahu Amelia kepada Qistina.

"Selamat pagi. Awak je la handle interview itu. Pilih calon yang sesuai untuk jawatan PA."kata Qistina dan masuk ke dalam bilik.

"Hello. Saya Kamariah. Saya datang sini untuk hadir sesi temuduga untuk jawatan PA."

"Marilah masuk." ajak Amelia.

Amelia membuat sesi temuduga untuk semua calon yang dihadiri. Seramai 12 orang hadir untuk sesi temuduga itu.

Tok!Tok!Tok!

"Masuk" arah Qistina.

"Puan, I already conducted interview session. 12 of them were attended the interview. Among those 12 candidates, I think this candidate suits for this position"kata Amelia dan menyerahkan butiran calon yang dipilihnya kepada Qistina.

"Alright then. Ask her to join tomorrow."balas Qistina dan sambung buat kerjanya dalam komputer.

"Baik puan."jawab Amelia dan keluar dari bilik Qistina.

"Assalamualaikum. Boleh saya cakap dengan Puan Kamariah?" soal Amira dalam talian.

"Waalaikumsalam. Ye saya. Cik ni siapa?" soal Kamariah.

"Saya Amelia, dari Maju Holdings. Tahniah cik. Cik dipilih untuk jawatan PA kepada Director. Esok pagi pukul 9 masuk kerja ye." kata Amelia.

"Baik, terima kasih." Kamariah mematikan taliannya.

"Akhirnya, aku dapat kerja itu. Senang untuk aku melaksanakan rancangan aku. Jumpa kau esok, Qistina."cakap Kamariah sendiri.

"Siapa yang call?" tanya Roslan, suami Kamariah.

"Adalah. Kenapa awak kisah?" balas Kamariah.

"Saya suami awak!' jerit Roslan.

"Suami!" senyum sinis Kamariah.

"Saya tanya siapa call?" marah Roslan.

"Saya dapat kerja di Maju Holdings." jawab Kamariah acuh tak acuh.

"Kerja? Buat apa awak nak kerja? Tak cukup ke apa yang kita ada sekarang?" tanya Roslan.

"Saya kerja bukan sebab nak duit." kata Kamariah.

"Buat apa awak nak kerja?' tanya Roslan lagi.

"Nak balas dendam. Cukup!" jerit Kamariah.

"Awak nak kerja di Maju Holdings. Apa kaitan dengan dendam awak?"bingung Roslan.

"Qistina lah Director kat Maju Holdings.
Saya lah PA kepada perempuan tak guna itu!" balas Kamariah.

"Cukup lah Kamariah! Lupa lah semua balas dendam awak tu. Belajar terima hakikat." nasihat Roslan.

"Awak diam! Awak jangan nak nasihatkan saya! Saya akan balas balik apa yang Qistina dah buat!" jelas api kebencian dalam mata Kamariah.


**********************************

"Puan Qistina, she is your new PA." Amelia memperkenalkan Kamariah kepada Qistina.

"Selamat pagi. Masuk bilik saya." arah Qistina kepada Kamariah.

"Selamat pagi puan." ucap Kamariah.

"Duduk la. Saya nak cakap sikit" kata Qistina.

"Saya rasa awak tahu job scope awak. Jadi saya tak perlu lah explain dekat awak. Just saya nak ingatkan awak, saya kerap lupa. So, keep on updating and reminding me." berpesan Qistina.

"Baik puan. Saya akan menurut apa yang puan cakap." balas Kamariah.

"Wei perempuan! Kau tunggu untuk masa kau! Aku akan mulakan rancangan aku!" monolog Kamariah dalam hatinya.


**********************************

Ting!Ting!

iPhone milik Farhan berbunyi menandakan mesej baru masuk dalam aplikasi WhatsApp.

"Nombor siapa ni?" fikir Farhan dan membuka mesejnya.

"TENGKU FARHAN! Kau jangan jadi bodoh! Isteri kau NURUL QISTINA bukan perempuan macam kau fikir! Be aware! Buka mata kau tu! Dia tipu awak hidup-hidup."

"Siapa pulak ni? Berani memburukkan isteri aku. Kau rasa aku akan percaya kau? Aku tahu lah pasal bini aku. Tak payah jaga tepi kain orang lain!" balas Farhan.

"I know about you sayang. Saya tak akan senang-senang percaya apa orang lain cakap." omel Farhan dan sambung buat kerjanya.

"Hish mamat ni! Kata anti-perempuan. Tapi dia tak percayakan pasal apa yang aku cakap pasal isteri dia. Tak pe! Biar rancangan pertama aku ni gagal. Aku akan jalankan rancangan aku yang lain. Aku akan buat hidup kau merana, Qistina." Kamariah berkata sambil merenung tajam ke arah bilik Qistina.


**********************************

"Babe, boleh tak kau teman aku pergi Pavilion?" ajak Nabihah.

"Aku kena minta izin suami aku dulu. Give me 5 minutes. Nak pergi pukul berapa?" menyoal Qistina.

"Since kau dah jadi Director, aku tahu lah kau busy sangat. So, we go at night. After Maghrib, boleh?" kata Nabihah.

" If lepas Maghrib, aku rasa suami aku pun join kot. Tak pe la. Aku tanya dia dulu. Kau selesa tak if Farhan joins us?" tanya Qistina.

"Aku okay je. No problem, babe." jawab Nabihah.

Tok!Tok!Tok!

"Come in." jemput Qistina.

"Puan, here is coffee for both of you." Kamariah hidangkan air kopi.

"Mana tea lady? Kenapa awak yang buat?" soal Qistina.

Qistina tidak suka bila orang lain buat kerja yang bukan termasuk dalam job scopenya.

"Tea lady kita cuti harini,puan. Emergency leave. Dah ada tetamu, itu yang saya buat coffee. Bukan susah pun. Instant 3 in 1 kan. Senang je nak bancuh."Kamariah berpura-pura jadi baik. Dia masuk ke bilik Qistina bukan untuk hidang kopi tapi untuk perhatikan siapa yang berada di bilik Qistina.

"Owh! Terima kasih" ucap Qistina.

"Sama-sama puan." Kamariah beredar dari bilik Qistina.

"Qis, siapa tu?" soal Nabihah.

"My PA." jawab Qistina.

"Your PA? Tapi aku nampak macam dia ada muslihat pada kau."luah Nabihah.

Dari tadi, Nabihah tak rasa sedap hati bila Kamariah masuk ke dalam bilik Qistina. Entah kenapa hati dia kuat menyatakan ada benda tak elok akan terjadi dekat Qistina.

"Muslihat apanya babe? Aku baru je kenal dia. Selama 2 minggu dia kerja kat sini, dia okay je. She do all her tasks properly. Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan."kata Qistina.

"Babe, aku just nak warning kau. Jangan percayakan semua orang dengan mudah." Nabihah memberi nasihat kepada Qistina.

"Ye la, ustazah Nabihah." Qistina senyum.


**********************************

Pavilion Kuala Lumpur.

Qistina dan Nabihah sampai ke Pavilion dahulu. Farhan sertai mereka lewat sikit kerana ada urusan kerja yang perlu diselesaikan.

"Eh Riduwan. What a surprise? You joined us, tonight?" Qistina terkejut melihat kelibat Riduwan bersama Farhan.

"I asked him to join us sayang. At first he refused. Abang la pujuk dia. Kebetulan kami ada urusan kerja kat area sini. Abang tak sangka Riduwan ni pemalu orangnya." kata Farhan.

"Ye ke? Kalau abang nak tahu Riduwan seorang nerd waktu sekolah dulu. Pakai spec bulat lagi, tangannya penuh dengan buku, kan Bihah?" buli Qistina.

Nabihah menjeling Qistina. Dia dari tadi senyap je. Yang si Qistina ni kenapa nak masukkan nama dia dalam perbincangan ni?
Terus mata Riduwan dan Nabihah bertembung.

Dup!Dup!Dup!Dup! Jantung Nabihah berdegup kencang bila bertembung mata dengan Riduwan. Riduwan pun berasa perasaan yang sama. Nabihah cepat-cepat melarikan mata dari terus pandang Riduwan. Farhan dan Qistina hanya memandang Riduwan dan Nabihah.

"Sayang, abang tengok Nabihah dan Riduwan memang serasi" kata Farhan.

"Ye abang. Sayang pun rasa macam itu."setuju Qistina.

"Dah! Jom! Tak lama lagi aku dapat rasa nasi minyak kot." kata Qistina dan mengheret Nabihah untuk masuk ke dalam restaurant Sushi King.

Farhan hanya menggelengkan kepalanya apabila tengok kelakuan Qistina. Riduwan hanya senyum.

"Jom bro." ajak Farhan dan masuk ke dalam restaurant Sushi King.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience