Chapter 26

Romance Series 27651

Qistina membuka penutup botol air yang diberi oleh Kamariah untuk minum. Kamariah menunggu untuk saat Qistina menjerit kesakitan. Tiba-tiba telefon Qistina mendering.

"Aduh! Siapa pula panggil dia masa ini? Aku tak sabar nak dengar jeritan perempuan ni. Biar mandul terus!" Kamariah gumam dalam hati.

"Abang." Belum sempat Qistina bercakap, Farhan marahkan Qistina.

"Sayang! Kat mana sekarang? Sayang cakap dekat abang pergi meeting je kan? Yang sayang pergi Pavilion kenapa? Ada abang izinkan sayang?" Farhan meninggikan suara. Bahu Qistina terhinjut bila dengar suara Farhan marah. Air mata Qistina mengalir perlahan.

"Abang, sayang minta maaf. Sayang bukan nak tipu abang. Tolong jangan salah faham, abang. Sayang minta ampun." Qistina tak dapat tahan tangisan. Nabihah memeluk bahu Qistina. Nabihah bingung dengan apa yang berlaku antara Qistina dan Farhan.

"Abang nak sayang balik rumah sekarang! Now!" Farhan terus mematikan taliannya.

"Qis, kau okay ke tak? Apa yang berlaku sebenarnya?" Nabihah turut rasa sebak bila tengok Qistina menangis.

"Apahal dengan minah ni? Aduh! Minum lah air ni cepat. Aku tak sabar lah! Aku nak kandungan kau gugur! Kebahagian kau musnah!!" monolog Kamariah.

"Farhan, dia marah aku, Bihah." Qistina mula cerita.

"Kenapa dia marah kau?"tanya Nabihah.

"Aku tak bagitahu Farhan yang aku datang sini." jawab Qistina sambil merenung lantai.

"Kau tak minta izin dengan suami kau?" Nabihah separuh jerit.

Qistina menggelengkan kepalanya. Nabihah mengeluh.

"Kau ni kan Qis. Memang patut suami kau marah tadi. Sebagai isteri, kau sepatutnya minta izin sebelum keluar. Yang kau pandai-pandai keluar ni kenapa?"marah Nabihah.

"Aku nak surprise kan suami aku, itu pun salah ke?"

"Niat kau tak salah Qis. Cuma cara tu yang salah. Kau ni dah bersuami. Patutnya kau kena bagitahu Farhan dulu yang kau pergi Pavilion. Dah, jangan nangis. Kau balik rumah sekarang. Suruh PA kau balik naik Grab. Banyak je Grab area sini." kata Nabihah dan pergi untuk tolong Qistina angkut barang yang baru dibelinya.

"Puan, tak minum pun air tadi. Minum la dulu." Kamariah cuba untuk memujuk Qistina untuk minum air.

"Tak apa Kamariah. Saya balik dulu. Awak balik naik Grab. Maaf saya tak dapat hantar awak balik." Qistina bergerak laju.

"Hish! Hampir-hampir plan aku nak jadi! Siapa lah yang call perempuan tu! Disebabkan call tu lah plan aku tak jadi! Tak guna!" Kamariah jerit dan menghentak kakinya. Semua yang berada kat situ memandang Kamariah selepas mendengar jeritan.


**********************************

Qistina sampai ke rumahnya. Kereta milik Farhan ada di garajnya. Jantung Qistina berdegup kencang.

"Ya Allah. Saya tahu saya salah. Saya bukan berniat nak tipukan suami saya. Saya nak bagi dia kejutan. Harap Farhan tak marah."kata Qistina dan keluar dari kereta. Pintu rumahnya dibuka.

"Assalamualaikum." Qistina memberi salam. Namun, salamnya tidak dijawab.

Qistina nampak Farhan sedang menonton televisyen. Farhan tidak mengendah pun Qistina. Apatah lagi nak pandang Qistina yang sedang berdiri di sebelah.

"Abang." panggil Qistina lembut.

Farhan hanya membisu. Dia tak nak membuka mulutnya. Takut perasaan marah akan menyebabkan perkara lain yang terjadinya.

"Abang. Sayang minta maaf." Qistina minta maaf sambil memegang dua tangan sasa Farhan.

Farhan menarikkan tangannya keras. Qistina tersentak dengan cara layanan Farhan. Selama berkahwin, Farhan tak pernah berkelakuan kasar dengan Qistina. Inilah kali pertama.

"Abang." Qistina cuba meraih tangan Farhan.

"Enough Qistina!" jerit Farhan.

Tak ada lagi panggilan sayang. Panggilan sayang digantikan dengan nama Qistina.

"Sampai hati abang. Selama ni abang tak pernah pun panggil sayang dengan nama sayang. Hari ni abang panggil guna nama sayang. Abang ada janji dengan sayang tak akan tinggikan suara." Qistina menangis semahu-mahunya.

Farhan senyum sinis. Farhan tak suka bila orangnya mengingkari arahan dan janjinya. Tak kisah siapa pun orangnya.

"Awak ada ikut apa yang awak cakap ke? Tak kan? How you can expect me to do what I have told you before?" Farhan cuba untuk menahan suaranya.

"I know abang. Sayang minta maaf. I won't do like this anymore. Please abang." Qistina mendekatkan Farhan dan memeluknya.

Farhan membalas pelukan Qistina. Bukan Farhan nak mengawal Qistina. Qistina boleh buat apa sahaja. Cuma Farhan risau dengan keselamatan Qistina. Dengan situasi sekarang.

"Kenapa sayang tak bagitahu abang? Abang dah pesan dengan sayang kan." Farhan cuba pujuk isteri.

"Sorry abang. Sayang tak berniat untuk tipu abang. Sayang nak bagi abang surprise. Sebab itu sayang pergi Pavilion." Qistina bagitahu tujuan kenapa dia pergi Pavilion.

"Nak bagi surprise kat abang?" Farhan soal balik Qistina.

"Yes." jawab Qistina.

"Kenapa nak surprise kan abang?"

"Esok kan birthday abang." Qistina bagitahu Farhan.

Baru Farhan teringat esok hari jadi dia.

"Dah lupa lah tu. Tu lah dah 30 tahun kan. Dah tua." ejek Qistina.

"Sayang!"jerit Farhan dan menggelitik isterinya.

**********************************

"Abang. Abang. Bangun." Qistina mengejutkan suaminya.

Lepas je Farhan tidur, Qistina membuat kek red velvet.

"Ada apa sayang? Tidur la sayang. Abang penat ni." Farhan menarik pinggang Qistina.

"Abang, bangun please." Qistina cuba lagi.

Farhan membuka mata perlahan-lahan. Matanya tak mampu dibuka.

"What's the time sayang? Why you haven't sleep? Come tidur sayang." Farhan menepuk tempat tidur Qistina di sebelahnya.

"Abang!"jerit Qistina. Terkejut Farhan bila dengar suara isterinya tinggi.

"Ada apa sayang?"geram Farhan.

Ikut sayang. Qistina menarik tangan Farhan dan turun bawah. Ruang tamunya dihiasi dengan lilin, balon dan bunga rose. Suasananya romantik.

"Happy Birthday abang."mengucap Qistina dan menyuruh Farhan untuk meniup lilin yang dicucuk dalam kek.

Farhan terkedu. Dia tak sangka Qistina sanggup buat kek malam itu seseorang. Walaupun penat, Qistina sanggup buat untuk menggembirakan Farhan.

"Thank you so much sayang. I'm really surprised. Abang tak sangka sayang sanggup buat macam ini untuk abang. I know you are tired. I don't know how to express my feeling now." Farhan memeluk dan mencium bibir Qistina.

"Abang, I have another surprise for you." kata Qistina.

"Surprise lagi? Apa dia?"

Qistina meraih tangan Farhan dan meletak di atas perutnya. Farhan tidak mengelipkan matanya apabila Qistina berbuat begitu.

"Sayang! Is it true?" air mata jantannya gugur. Farhan tak boleh percaya yang dia akan bergelar bapa tak lama lagi.

"Yes abang. Sayang mengandung. It has been 7 weeks. We are going to be parents." kata Qistina.

Farhan memeluk Qistina dan melepaskan tangisannya. Farhan berdoa agar rumahtangga mereka kekal hingga ke jannah. Farhan bertekad untuk menyelesaikan masalah itu dengan secepat mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience