Chapter 39

Romance Series 27651

"Assalamualaikum." dengar satu suara garau di telefon bimbitnya. Kamariah terkejut mendengar suara garau itu.

"Sampai bila dia nak marah aku? Kenapa susah sangat untuk dia maafkan aku? Aku nak buat apa lagi untuk awak maafkan aku Roslan? Aku dah penat pujuk awak."merintih Kamariah dalam hati. Kamariah buntu. Kamariah tak tahu cara untuk memujuk Roslan lagi.

"Waalaikumsalam. Kenapa call?"tanya Kamariah.

"Sedih ke tengok orang lain timang cahaya mata?"bertanya sinis Roslan.

"Buat apa saya nak rasa sedih awak? Saya rasa happy. Happy sebab Qistina selamat bersalin. Baby pun selamat." menjawab Kamariah. Sebenarnya, Kamariah berasa gembira apabila Qistina selamat bersalin.

"Kau tahu tak kenapa kau tak ada anak? Kau tak ada anak sebab dosa awak. Dosa yang awak tanggung. Inilah balasan Allah kepada awak!"jerit Roslan selepas mendengar jawapan untuk soalan dia tadi.

Kamariah terkedu. Air matanya senangnya bergugur. Hatinya rasa sakit apabila mendengar apa yang dikata oleh Roslan tadi. Kamariah tak sanggup terima yang Roslan bercakap sebegitu.

"Sampai hati awak kan. How you can talk like this Roslan? Saya pernah ajak awak untuk pergi check kan. Awak yang tak nak. Sekarang tuduh saya yang bukan-bukan."

"Betul kan apa yang aku cakap. So, bila kau nak bagitahu semua perbuatan jahat kat Farhan dan Qistina?" Roslan berdalih. Roslan tak nak sentuh pasal hal anak lagi.

"Bila tiba masa. Saya janji. Saya akan berterus terang dengan Farhan dan Qistina. Awak tak perlu risau."jawab Kamariah lemah.

"Bagus lah. Lepas tu nak buat apa?"soal Roslan. Hatinya berharap Kamariah akan memujuk Roslan untuk kahwin semula.

"I will go far away from everyone."

"Apa? Hari tu beria-ria ajak aku untuk kahwin semula. Sekarang dah tak nak kahwin ke?" Roslan hairan. Kenapa tiba-tiba Kamariah menjawab sebegitu.

"Awak carilah jodoh yang sesuai untuk awak. Saya tak nak awak tanggung segala dosa saya. Saya tak layak untuk awak. Saya tak boleh bagi awak zuriat." Kamariah bukan tak nak bersama dengan bekas suaminya semula. Tapi, percakapan Roslan mengenai dosa dan soal anak memusnahkan harapan untuk bernikah semula dengan Roslan.

"Kau rasa aku tak akan dapat perempuan lain ke? Hei! Kau kena ingat! Aku ni tak ada apa-apa kurang lah! Aku ni berpendidikan tinggi, ada perniagaan sendiri and kaya. Aku akan dapat isteri yang lebih baik dari awak!"jawab Roslan angkuh.

"Bagus lah. Pergi lah cari orang yang sesuai dijadikan isteri untuk awak. Jangan lupa ajak saya ke majlis awak nanti ye. Dah. Saya ada kerja untuk buat. Assalamualaikum."talian dimatikan oleh Kamariah.

"Ya Allah. Kalau ni semua balasan untuk dosa yang saya sudah buat, saya terima. Biar Roslan cari kebahagiaan dia. Saya tak akan kacau dia lagi. Betul jugak cakap dia. Aku ni tak dapat lahirkan zuriat sebab dosa aku selama ini."Kamariah menangis teresak-esak. Perbualan dengan Roslan masih terngiang-ngiang di telinganya.

"Ya Allah. Apa aku dah buat ni? Kenapa aku tersasul cakap macam tu dekat dia? Sebenarnya sindir dia bukan motif aku. Kenapa aku tak dapat mengawal baran aku kalau cakap dengan Kamariah? Aku tahu Kamariah. Awak mesti terasa dengan apa yang aku cakap. Sumpah. Aku tak tahu kenapa aku bercakap macam tu. Maafkan aku Kamariah." Roslan bercakap sendiri. Apabila teringat perbualan tadi dengan bekas isteri, hatinya berasa sedih. Sedih memikirkan perasaan bekas isterinya sekarang.


**********************************

"Abang, baby macam mana?"menyoal Qistina kepada Farhan. Selepas bersalin semalam, Qistina tidak mampu untuk mendukung anaknya untuk masa lama. Perutnya berdenyut-denyut. Tidak dapat menahan sakitnya.

"He is sleeping sayang. How are you? Still rasa sakit?"

"Sakit. Tapi boleh tahan lagi. Bila sayang boleh discharge abang? Nak balik rumah lah abang. Dah lebih seminggu kan sayang kat sini. Rindu rumah. Homesick!"Qistina merindukan rumahnya. Perasaannya berbeza tinggal di rumah dan di hospital.

"InsyaAllah esok. Kalau sayang okay, doctor will discharge you tomorrow, sayang."jawab Farhan.

"Abang ada bawa makanan untuk sayang. Makan dulu. Abang hidangkan, okay?" Farhan mengambil bekas makanan dari plastiknya. Umi dan mak mertua sudah masak makanan pantang buat untuk isterinya.

"Abang suap boleh?"pinta Qistina.

Farhan mengangguk sambil senyum. Ni satu perangai Qistina yang Farhan suka. Kalau boleh Qistina akan menyuruh Farhan untuk menyuap setiap hari. Manja betullah Qistina.


**********************************

"Bihah, awak kenal ke penderma darah kepada Qistina?"Riduwan bertanya kepada bakal isterinya, Nabihah.

"Kenal. Kenapa awak tanya? Awak jangan nak mengada eh! We are going to be married in one month." Nabihah menjeling Riduwan.

"Ya Allah. Otak awak ni kan! Ada ke saya cakap saya suka dia? Ada ke saya cakap saya nak kahwin dengan dia? Tak ada kan. Yang awak nak fikir sampai ke situ ni kenapa?"bebel Riduwan. Geram dengan Nabihah.

"Tak. Tiba-tiba je awak tanya pasal dia. Tu yang saya shock."tersengih Nabihah.

"Apa-apa je lah awak ni. Answer me first. Awak kenal donor tu?"soal Riduwan lagi.

"Kenal. Kenapa?"

"Apa nama dia?"bertanya Riduwan lagi.

"Kamariah."jawab Nabihah pendek.

"Kamariah! Jadi betullah sangkaan aku. Dia tu kakak kandung arwah Zarif. Kakak kawan baiknya sendiri."monolog Riduwan dalam hati.

"Awak? Kenapa ni? Tadi beria-ria tanya pasal Kamariah. Sekarang diam ni kenapa?"Nabihah menepuk tangan Riduwan.

"How you know her?"

"She is ex PA Qis."Nabihah berasa pelik.

"Kenapa dengan dia ni? Dia kenal Kamariah ke?"berfikir Nabihah.

"Awak kenal dia ke Riduwan?" Nabihah terus bertanya.

Riduwan hanya mengangguk. Peristiwa pengebumian arwah Zarif teringat semula.

"Aku akan membalas dendam Qistina! Betina itu lah punca kematian awak Zarif! Akak janji! Akak akan meranakan kehidupan Qistina."

"Adakah Kamariah balik ke sini untuk membalas dendam? Kalau betul, Qis dalam bahaya. Apa aku perlu buat? Lebih baik aku jumpa dengan Farhan. Farhan selaku suami harus tahu pasal Qis. Pasal musuh Qis. Hanya Farhan dapat selamatkan Qis. Sebelum Kamariah berbuat apa-apa dekat Qistina."Riduwan mengambil keputusan untuk berjumpa dan memberitahu pasal Kamariah kepada Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience