Chapter 16

Romance Series 27651

"Sayang, are you okay?" menyoal Farhan selepas beberapa minit.

"I'm okay abang." menjawab Qistina. Namun, nada suara sedih.

"Sayang, rumah abang tak jauh. We can visit ibu dan ayah whenever sayang nak. Okay?" Janganlah macam ni. Abang risau tengok sayang sedih macam ni. Senyum la sikit."memujuk Farhan.

Qistina mengesat air mata. Dia sedih kerana tinggalkan ibu bapanya. Selama 24 tahun, Qistina tak pernah tinggal jauh dari orang tua dia. Inilah kali pertama Qistina tinggalkan ibu bapanya. Alasan utama Qistina menolak tawaran meneruskan pembelajaran di luar negara pun disebabkan dia tak nak tinggal jauh dari ibu bapa. Tapi, apakah dayanya. Sekarang situasi dah berubah. Status perkahwinan pun dah berubah dari bujang kepada sudah berkahwin. Qistina tetap kena mengikut suaminya. Sekarang, suami juga orang yang penting dalam kehidupan.

"Sayang, kita singgah rumah umi sekejap. Kita pergi rumah kita lepas jumpa umi, ye." kata Farhan.

"Abang ada rumah ke?" soal Qistina tiba-tiba.

"Yes sayang. Dah dua tahun abang beli rumah itu" balas Farhan.

"Sayang ingatkan we stay together with umi."

"No la sayang. Umi tak bagi kita tinggal di sana. Umi nak bagi kita privasi."kata Farhan sambil senyum nakal.

Qistina faham maksud di sebalik senyuman nakal Farhan.

"Gatal eh abang" Qistina tampar kuat peha Farhan.

"Alah! Gatal dengan isteri sendiri pun. Bukan dengan perempuan lain. Ke sayang nak abang tackle perempuan lain?" usik Farhan.

Qistina menjeling Farhan. Perempuan mana suka suami tackle perempuan lain?

"Jangan la pandang abang macam itu sayang. Abang gurau je pun. Abang janji. Sayang lah cinta pertama dan terakhir abang. No one can replace your place in my heart. Hanya kematian boleh pisahkan kita." bertutur Farhan.

Qistina terus memeluk Farhan dengan erat.

"Apa pulak abang cakap macam tu? Sayang nak hidup dengan abang buat selama-lamanya."jawab Qistina sambil mengeratkan pelukannya.

"Abang tahu sayang. But abang nak sayang tahu jugak hanya sayang dalam hati abang ni. Dah. Sayang peluk abang puas-puas dekat rumah nanti. Abang nak drive ni. Kalau tak, abang risau jadi lain pulak." usik Farhan.

Qistina mencebik dan merenggangkan pelukannya. Pandanganya dihala ke luar. Farhan hanya bersenyum. Farhan tahu Qistina cintakan dia.


**********************************

"Aunty."ramah Qistina masa masuk ke dalam rumah milik Professor Alisyah.

"Qis. Apa khabar? Apa pulak panggil aunty lagi? Panggil mama. Dah jadi menantu pun." Professor Alisyah meraih kedatangan anak dan menantunya. Professor Alisyah mengajak Qistina masuk ke dalam rumah. Dari pagi Professor Alisyah menunggu untuk kedatangan anak dan menantunya.

"Ye la. Sorry mama." tersengih Qistina.

"Umi nak ajak menantu umi je ke? Ni? Farhan? Macam mana?" soal Farhan.

"Masuklah sendiri. Nak kena ajak ke?" balas Professor Alisyah.

"Kenapa? Abang jealous ke?" soal Qistina. Saja nak tengok reaksi suami.

"Ye! Abang jealous!"kata Farhan lalu menarik tangan Qistina untuk duduk di sebelahnya.

"Dengan isteri pun nak jealous ke, Farhan" Professor Alisyah menggelengkan kepalanya.

Sebenarnya, Farhan bukan jealous tengok hubungan dan layanan antara umi dan isterinya. Farhan gembira tengok kegembiraan dalam wajah uminya.

"You guys talk first ataupun ni Farhan bawa Qistina ke bilik kamu. Tunjuklah rumah kita kat dia. Umi dan bibik akan sediakan makanan." Professor Alisyah meninggalkan Farhan dan Qistina di ruang tamu.

"It's okay mama. Let me help you" tutur Qistina dan bangun untuk tolong Professor Alisyah.

"No problem, Qis. Go with Farhan. Farhan, bring Qis and show our house." arah Professor Alisyah.

"Jom sayang."tangan Farhan melingkari pinggang ramping Qistina.

Qistina hanya mengikut Farhan.

"Sayang, this is our room. If we stay here, we will use this room."terang Farhan.

Bilik Farhan besar dan luas berbanding dengan bilik Qistina. Bilik suaminya bersih dan kemas. Macam bilik perempuan.

"Sayang. Come here"panggil Farhan ke arah katil.

"Ye abang?"

"Duduk sini. Come" Farhan suruh Qistina duduk di sebelahnya.

"Sayang, esok abang cuti. Lusa abang dah start kerja. Sayang nak duduk seorang di rumah kita ke or nak pergi rumah ibu? Kalau sayang nak pergi sini pun abang tak kisah. After work, I will come and fetch you."soal Farhan. Farhan risau akan keselamatan isterinya.

"Sayang pun kerja jugak kan?"

"Sayang nak start kerja lusa ke? Why not sayang masuk kerja lepas our honeymoon? Kalau sayang terus duduk rumah, jaga abang pun, abang tak kisah. Abang lagi suka." Farhan mencium tangan isterinya.

"Alah boring duduk rumah seorang. Apa kata sayang masuk kerja lepas our honeymoon? Sayang tak nak duduk lama-lama kat rumah, abang. Lagipun sayang kerja dengan abang je. Kalau rindu terus boleh jumpa abang." Qistina menyandar di dada Farhan.

"Farhan! Qis! Mari makan! Umi dah prepare!" dengar suara umi memanggil.

"Alah! Baru nak abang sweet-sweet dengan sayang. Umi dah kacau. Tak pe lah! Nanti abang sweet-sweet dengan sayang. No one will disturb us" kata Farhan sambil cium pipi Qistina.


**********************************

"Qis, thank you so much sebab kahwin dengan Farhan." Professor Alisyah ucapkan terima kasih.

"Kenapa pula mama nak ucap terima kasih pulak? Dah jodoh mama. Qis akan cuba untuk jadi isteri yang terbaik untuk Farhan. Mama doakan untuk kami, ye"

"Mama akan selalu doakan untuk kamu berdua. Jom. Pergi depan. Farhan seorang kat depan tu."

"Ni Farhan, Qis. Cepat-cepat bagi umi cucu tau. Dah lama tak dengar bunyi baby kat rumah ni." kata Professor Alisyah selepas duduk depan anak dan menantunya.

"Farhan tak ada problem umi. Umi tanya menantu umi. Dia nak anak sekarang ke? Manalah tahu nak romance dengan suami yang handsome ni ke." gurau Farhan.

Qistina mencubit peha Farhan.

"Aauchhh! Sakit sayang!"jerit Farhan.

"Kenapa ni?" tanya Professor Alisyah. Padahal Professor Alisyah nampak Qistina cubit peha Farhan.

"Tak adalah Umi."balas Farhan sambil menjeling Qistina. Sakit tau cubitan Qistina!


**********************************

"Ni ke rumah abang?" menyoal Qistina. Bukan apa. Rumah Farhan tiga tingkat. Memang tak sanggup nak tinggal seorang di rumah ni. Kalau siang tak pe. Kalau malam, tak berani.

"Rumah kita sayang." Farhan membetulkan Qistina.

"Jom masuk."ajak Farhan.

"Abang. Besarnya rumah." Rumah Farhan dilengkapi dengan semuanya. Dari ruang tamu sampailah tingkat 3. Semuanya lengkap.

"Yes. Sayang tak perlu membersihkan rumah. Everyday maid akan datang dan bersihkan. You just sit and do whatever you like, okay?"

"Okay abang. Jom mandi dulu. Lepas tu kita masak sama-sama." Qistina meraih tangan Farhan.

"Mandi bersama ke?"bisik Farhan. Merona merah muka Qistina.

"Hish. Abang ni! Malulah sayang!" Qistina terus lari naik tangga.

"Sayang careful. Jatuh nanti. The first room at the right is our room!" laung Farhan dari bawah.

Farhan dan Qistina menyediakan makanan dan menjamah makanan malam bersama.

"Abang, where is my nasi lemak?" Qistina tuntut janji dia.

"Abang will cook tomorrow sayang. Today kan tak sempat." jawab Farhan sambil menonton televisyen.

Qistina ambil alat kawalan dan tutup televisyen. Qistina geram bila Farhan tak pandang dia masa bercakap.

"Why sayang? Why you off the television?" soal Farhan tak puas hati. Suaranya masih dikawal. Farhan tak suka dikacau kalau dia menonton rancangan kegemarannya.

"Sayang tengah cakap dengan abang. Tapi abang tak layan sayang pun" Qistina mengadu. Air matanya bertakung.

"Tak layan? Abang kan jawab sayang." Farhan menaikkan dagu isterinya. Farhan terkejut tengok air mata isterinya bertakung.

"Kenapa pulak dia nangis? Aku tak marah pun. Apa salah aku buat?" Farhan memikirnya.

"Sayang, why crying? Abang ada sakitkan hati sayang ke?"

"No"

"Then?"

"Sayang, sakit perut." kata Qistina dan masuk ke dalam bilik.

Farhan kejar isterinya.

"Sayang, kenapa ni? Why are you sensitive?" soal Farhan pelik.

Farhan pelik. "Kenapa tiba-tiba Qistina sensitif? Bukan ke orang cakap perempuan mengandung yang sensitif." Farhan khusyuk fikir pasal itu. Farhan tak perasan yang Qistina dah pun naik katil untuk tidur.

"Sayang, jangan tidur dulu. Answer me first." pujuk Farhan lagi.

"Sayang kan cakap tadi. Sakit perut." adu Qistina sambil menarik comforter hingga paras dada.

"Sakit perut? Sayang tak makan pedas pun,kan. Kalau sakit sangat jom pergi klinik." gelabah Farhan.

"Abang. Sayang senggugut. Sayang period." geram Qistina.

Biasalah. Kalau perempuan period, mesti mood swing, kan.

"Ye ke. Abang ingatkan gastric tadi."kata Farhan lalu pergi ambil minyak angin.

"Come. Abang sapukan minyak angin. You will feel better."

Farhan menelan air liurnya apabila tengok kulit isterinya putih itu.

"Control yourself Farhan. Kalau kau buat hal, tak pasal kena pelempang dari bini kau. Mood tak baik isteri kau tu. Next time je la. Harini tak ada rezeki." monolog Farhan dalam hatinya sambil sapukan minyak angin di perut Qistina.

"Thank you abang."kata Qistina dan pejamkan mata untuk tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience