Chapter 41

Romance Series 27651

Tengku Hakimi bin Tengku Farhan. Inilah nama putera sulung Tengku Farhan dan Nurul Qistina. Suasana rumah milik Farhan riuh-rendah. Encik Kamaruddin, Professor Alisyah, Riduwan dan Nabihah bersembang di ruang tamu.

"Farhan, dah daftar nama cucu papa?"bertanya Encik Kamaruddin.

"Dah pa. Baru je Farhan balik lepas urus pendaftaran nama cucu pa ni."kata Farhan dan mengelus pipi anak lelaki itu.

"Mana Qistina umi?"soal Farhan. Dari tadi tak nampak batang hidung isterinya.

"Qis dalam bilik Farhan. Just she took her shower. Mama tolong Qis untuk urus semua keperluan dia. Ni, umi nak mandikan baby."kata Professor Alisyah dan mendukung Hakimi.

"Baik umi. Bro kau minum lah air tu dulu. Aku jenguk isteri kesayangan aku dulu."Farhan mengenyitkan mata dan mengorak langkah ke bilik tetamu.


**********************************

"Sayang."bertegur Farhan sebaik masuk ke dalam bilik tetamu.

"Ye abang. Macam mana semua dah selesai?"soal Qistina. Professor Shakira tengah menyarungkan stoking ke kaki Qistina.

"Alhamdulillah sayang. Everything went well. Biar Farhan yang pakaikan mama."berkata Farhan dan mengambil stoking dari tangan ibu mertuanya, Professor Shakira.

"Okay Farhan. Mama pergi ambil makanan untuk Qis ye. Awak nak apa-apa? Nak air tak? Baru je pulang kan."bersapa Professor Shakira.

"Tak apa mama. Farhan still kenyang lagi. Pagi tadi kan Farhan makan nasi lemak. Cooked by nasi lemak specialist, Puan Shakira. Dua pinggan pulak Farhan makan pagi tadi."kata Farhan dan menengok Qistina.

Qistina memuncungkan bibirnya. Dah lah dia dalam masa pantang. Suaminya pulak mengusik dirinya.

"Qis! What are you doing? Tak baik buat macam tu. He is your husband."tegur Professor Shakira.

"Ma...mana ada Qis buat apa-apa ibu? I just stare my handsome suami ni." Qistina berpura-pura. Macam dia tak buat apa-apa.

"I looked what you did just now Qis! Don't you dare to lie to me!"marah Professor Shakira.

Professor Shakira tidak suka akan perangai anaknya. Sebagai seorang isteri, kena menghormati suaminya. Tak baik mengejek suami.

"Sayang, dengar cakap mama. Tak baik memuncungkan bibir. Have to respect me as your husband."berceramah Farhan.

"Abang lah! Ada ke patut abang kena cakap yang ibu masak nasi lemak? You know right I love nasi lemak ibu. You the one started first. Ibu pulak marahkan Qis. Disebabkan Qis under confinement, abang making me to feel craving for my mummy's nasi lemak."ujar Qistina tidak puas hati.

"Dah. Ibu keluar dulu. Farhan jangan lupa pakaikan stoking itu. You guys continue argue. But remember, gaduh manja tu boleh. Jangan sampai gaduh itu jadi lebih rumit."sempat Professor Shakira berpesan dan keluar dari bilik itu.

Professor Shakira gembira melihatkan keakraban anak dan menantunya. Sejujurnya, Professor Shakira risau. Risau untuk mengkahwinkan Qistina dengan Farhan. Semasa Professor Alisyah membawa hajat untuk menjodohkan Farhan dengan Qistina, Qistina bertentang. Professor Shakira takut macam mana Qistina dapat menjadi isteri yang solehah kepada Farhan. Tapi, InsyaAllah. Tidak ada perkara yang ditakuti berlaku.

"I will wear you socks sayang."Farhan berdiri di hadapan Qistina.

"No need. I can wear myself."Qistina cuba mengambil stoking dari tangan Farhan. Rasa tidak puas hati dengan suaminya belum hilang lagi.

"No! A big no! I will wear you the socks. Show me your feet. Jangan sampai abang tarik kaki sayang."ugut Farhan. Muka yang mengukir senyum itu terus bertukar jadi tegang.

Qistina terus berdiam. Kalau Qistina terus melawan, nanti keadaan akan jadi lagi serious. Qistina meluruskan kakinya di atas katil. Badannya bersandar di kepala katil.

"Good!"Farhan bertutur sepatah.

"Sayang! Sayang! I know how to shut your mouth sayang."mengumam Farhan dalam hati.

"Done."

"Thank you."ucap Qistina nak tak nak.

"Ikhlas ke tak ni?"soal Farhan. Muka Qistina masih tegang. Farhan menarik nafas dalam.

"Fine. Abang minta maaf. I thought to kidding you. Abang tak ada intention pun nak buli or sakitkan hati sayang." Farhan memohon maaf dekat Qistina. Walaupun baginya apa yang berlaku tadi bukan satu isu yang perlu bergaduh. Bagi Farhan, Farhan tidak bersalah. Dia cuma nak mengusik isteri. Tapi, isterinya anggap usikkan itu serious. Mungkin emosi isterinya terganggu sebab baru lepas bersalin.

Selepas meminta maaf, Farhan mengangkat kaki untuk keluar dari bilik tetamu. Farhan sedikit kecewa dengan Qistina.

"Abang."panggil Qistina. Farhan menghentikan langkah dan memandang Qistina yang bersandar di kepala katil.

"Come here."memanggil Qistina.

"Why sayang?"Farhan menghampiri Qistina. Tangannya mengusap rambut isterinya. Qistina memeluk pinggang Farhan dengan erat.

"I'm sorry abang. I should not behave like that. I was stress abit. Sorry." Qistina mendongak kepala untuk pandang muka Farhan.

"It's okay sayang. Abang tak ambil serious. Abang faham. Sayang pun baru je bersalin. Belum seminggu pun."Farhan mengucup ubun-ubun Qistina.

"Ibu will bring food for you. Finish it okay. Be good girl. Riduwan and Nabihah are here. Kesian Nabihah. She is waiting for you so long. I will send her here. Spend some time with her. Okay?" Farhan senyum. Farhan tahu. Hubungan antara Qistina dan Nabihah bukan setakat seorang kawan. Ia melebihi hubungan kawan. Hubungan Qistina dan Nabihah boleh dicakap sebagai hubungan adik beradik.


**********************************

"Nabihah, Qistina is waiting for you. Dia dalam bilik kat hujung itu." Farhan menunjukkan bilik tetamu.

"Alright. Awak saya jumpa my BFF tau. Don't disturb me."kata Nabihah dan mengangkat punggung untuk jumpa Qistina.

"Yelah. Bila nak jumpa BFF, terus lupa saya."kata Riduwan.

"Bro, jom kita cakap kat luar."ajak Farhan dan bawa Riduwan ke luar.

"Ada apa bro? Kau nak cakap apa kat aku? Semalam dengar bunyi macam serious je." Farhan memulakan perbicaraannya.

"Actually bro. Aku nak cakap pasal..."belum sempat Riduwan bercakap dengan Farhan, mereka mendengar suara seorang memberi salam.

"Waalaikumsalam" Riduwan dan Farhan menjawab salam serentak.

"Encik Farhan, Puan Qis busy ke? Boleh saya jumpa Puan Qis? Saya datang sini untuk lawat Puan Qis dan baby."kata tetamu itu.

"Yes. She is inside. Masuk lah. Kejap ye bro. Aku tunjuk dia bilik Qistina."Farhan membawa masuk tetamu ke dalam rumahnya.

"Kamariah? Ya Allah, kenapa dia datang ke sini?"curiga Riduwan.

**********************************

"Kamariah. Sihat?"soal Professor Shakira sebaik nampak Kamariah. Professor Shakira memeluk dan mencium pipi Kamariah.

"Alhamdulillah sihat ibu. Ibu sihat? Aunty sihat?"bersapa Kamariah. Kamariah mencium tangan Professor Alisyah.

"Kami sihat."menjawab Professor Alisyah lalu mencium pipi Kamariah.

"Ni ibu. Kamariah ada masak sup ikan haruan untuk Puan Qis."Kamariah menghulurkan bekas sup itu kepada Professor Shakira.

"Terima kasih Kamariah. Susahkan kamu je."

"Tak ada apa-apa susah ibu. Kamariah dah anggap Puan Qis sebagai adik Kamariah sendiri."

Qistina terharu mendengar apa yang dikata oleh Kamariah. Qistina dan Nabihah keluar dari bilik untuk duduk di ruang tamu.

"Akak Mariah."panggil Qistina.

Kamariah memandang Qistina. Air matanya mengalir perlahan. Mengenang kembali arwah adik kandungnya. Zarif selalu memanggil Kamariah sebagai akak Mariah. Sekarang Qistina pula memanggil guna nama itu. Selepas kematian Zarif, tiada sesiapa memanggil Kamariah dengan nama singkatan itu.

"Puan."

"Panggil Qis aje akak. Tadi akak yang kata akak dah anggap Qis sebagai adik kan. Ada ke mana-mana akak panggil adik dengan panggilan puan?"menyoal Qistina.

Kamariah menggelengkan kepalanya. Pipi Qistina dicium oleh Kamariah.

"Dah Qis. Kata nak duduk dekat ruang tamu kan. Jom pergi duduk. Akak, jom lah join sekali dengan kami."ajak Nabihah dan menarik tangan Kamariah.

"Ye. Duduk dulu lah Kamariah. Bersembang dulu. Saya dan ibu menghidangkan makanan dulu. Makan sini tau."kata Professor Alisyah dan masuk ke dalam dapur. Professor Shakira pun ikut besannya.

Dari jauh Farhan dan Riduwan mendengar segala perbualan Kamariah.

"Bro, Kamariah ni baik orangnya kan."komen Farhan.

"Ya Allah. Betul ke Kamariah datang sini dengan hati yang baik? Ke dia pura-pura?"rasa curiga itu masih ada dalam hati Riduwan.

"Jom semua. Makanan dah hidang kat meja. Makan dulu."memanggil Professor Shakira untuk menjamah makanan tengah hari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience