Chapter 31

Romance Series 27651

"Aku akan suruh ibu aku untuk meminang kau secepat mungkin."ujar Riduwan.

"Apa!" terjerit Nabihah.

Terkejut Nabihah apabila dengar apa yang dicakap oleh Riduwan. Farhan dan Qistina turut terkejut.

"Bro, kau serious ke?"soal Farhan inginkan kepastian dari Riduwan.

"Ye. Sorry Bihah. Seriously aku cakap, aku bukan seorang yang romantik. I'm straight forward. Kalau kau sudi nak jadi isteri aku, aku akan suruh ibu aku untuk meminang kau."tutur Riduwan.

"Baik. Aku sudi jadi isteri kau."balas Nabihah.
Riak wajahnya berubah kepada agak kecewa.

"Babe, kau betul ke ni? Fikir betul-betul sebelum ambil keputusan. Don't rush."nasihat Qistina.

"I'm serious Qis. Aku sudi jadi isteri Riduwan. Walaupun nampak luaran dia garang. Aku tak kisah pun pasal tu. Yang penting hati dia. Kalau hati dia baik, aku okay je."kata Nabihah.

Qistina hanya senyum dan mengangguk setuju. Betul apa yang Nabihah kata. Kalau rupa sahaja cantik, hati busuk tak guna jugak. Hati lebih penting berbanding dengan rupa seseorang.

*********************************

Qistina mengemaskan katilnya untuk tidur. Badannya berasa penat sangat. Penat layan tetamu. Kaki pun bengkak macam kaki gajah.

"Sayang, dah kemas katil?"tanya Farhan.

"Dah abang. Kejap ye. Sayang sarungkan sarung bantal dulu. Tolong ambilkan comforter dari almari itu abang. Take the thick one. Sayang rasa sejuk sangat."Qistina menyuruh Farhan.

"Kalau sejuk, peluk lah abang. Badan abang kan panas. If you still not feel hot although you hug me, I can make you hot. Don't worry."usik Farhan.

Qistina tidak mengerti apa yang dicakap oleh suaminya. Qistina cuba fahamkan apa yang dimaksudkan oleh Farhan. Selepas beberapa minit, barulah Qistina faham maksud tersirat Farhan. Qistina menjeling Farhan. Farhan pula senyum nakal.

"Abang ni! Gatal lah!" Qistina membalingkan bantal ke muka Farhan.

Farhan yang sibuk ketawa itu tidak sedia untuk mengelakkan bantal yang dibaling oleh isterinya. Bantalnya kena tepat-tepat di muka.

"Aduh sayang. Abang gurau je la. Mari sini. Abang nak urut kaki sayang." Farhan menuju ke arah Qistina. Pimpin tangan Qistina untuk duduk di atas katil. Kaki isterinya diangkat dan diletak di atas riba Farhan.

"Bengkak sangat la kaki sayang. Next time you don't have to do any works. Biar abang yang buat. I will hire a maid soon. It will be easy for us. Sayang fokus anak kita dan syarikat. Kerja rumah semua pembantu yang buat. Abang tak nak sayang penat urus semua sendiri." Farhan bercakap sambil urut kaki Qistina.

Qistina hanya memandang Farhan tanpa berkelip mata.

"Sayang. Mengelamun ke? Abang tengah cakap ni. Sayang diam je. At least tell something."Farhan berhenti mengurut kaki dan memandang isterinya.

Mata mereka bertembung. Qistina memegang kedua-dua pipi Farhan dan mencium bibir suaminya. Bibir mereka berpisah selepas beberapa saat. Air mata Qistina bergenang masa membuka matanya.

"Sayang, kenapa nangis ni? Sayang sakit ke? Sakit perut ke? Atau abang urut kuat sangat? Cakap sayang. Kenapa diam je?" gelabah Farhan. Farhan bangun dan mendekati meja solek untuk mengambil kunci kereta. Dompetnya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Jom sayang. We go to clinic. Kita check. Abang risau tengok sayang nangis ni." Farhan menghulurkan tangan untuk membantu Qistina untuk bangun.

Qistina menyambut huluran tangan Farhan tapi tidak menganjak dari tempat berdirinya. Farhan menarik tangan Qistina untuk bergerak namun Qistina mengeraskan badannya.

"Sayang, kenapa ni? Cuba bagitahu abang. Don't make me panic sayang. I'm worried." Farhan meninggikan suara terhadap Qistina. Farhan tak dapat mengawal diri apabila Qistina tidak menjawab apa-apa yang ditanya.

"Abang marahkan sayang ke?" Qistina menyoal bila dengar suara Farhan tinggi.

"Yes! Abang marah. Sayang tahu kan abang tak suka berdiam bila abang tanya sesuatu. Yang sayang diam dari tadi kenapa? Buang tabiat ke? Or testing my patience?" Farhan tengking Qistina.

Air mata Qistina mengalir. Tak sanggup membuka mulut untuk bercakap dengan Farhan. Mukanya ditunduk. Tak berani untuk bertembung mata dengan Farhan.

Farhan menghelakan nafas berat. Hatinya tiba-tiba sakit bila tengok air mata Qistina. Bukan dia sengaja marahkan Qistina, Qistina yang buat perangai. Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba Qistina berdiam tanpa berbicara dengan Farhan. Suami mana yang tak risau bila isterinya kelihatan sedih dan muram? Bila tanya, tak nak layan.

"So, you don't want to open your mouth and talk single word right? Fine. Abang give up. Abang tak nak paksa sayang."ujar Farhan dan menghampiri katilnya. Badannya direbah atas katil dan memejamkan matanya.

"Qis, apa dah jadi kat kau? Dari tadi kau berdiam ni kenapa? Suami kau tak buat apa-apa yang sakiti hati kau kan. Kesian dia. Kau la penyebab suami kau hilang mood. Pergi pujuk dia"Qistina monolog sendiri.


*********************************

"Mak, Riduwan nak cakap sikit. Riduwan nak mak pinangkan Nabihah. Riduwan nak kahwin dengan Nabihah."bagitahu Riduwan kepada Puan Halimah.

"Kamu dah bersedia ke Riduwan? Mak bukan tak nak pinangkan Nabihah untuk kamu. Mak tak nak Riduwan kahwin dengan anak dara orang tapi dalam hatinya ada perempuan lain." Puan Halimah tahu yang Riduwan cintakan Qistina sepenuh hati. Dari zaman sekolah lagi.

"Mak, jangan risau. Riduwan dah terima takdir. Riduwan dan Qistina tak ada jodoh. Qistina dah bersuami. Dah nak ada anak dalam dua bulan lagi. Riduwan gembira tengok Qistina gembira dengan Farhan. Memang mereka berdua serasi mak. Nabihah pun tak ada kurangnya. Riduwan suka dengan Nabihah. Riduwan cintakan Nabihah mak. InsyaAllah kami akan hidup bahagia mak. Mak jangan risau ye." Riduwan memujuk ibunya.

"Baik la macam itu. Mak tak kisah Riduwan nak kahwin dengan siapa. Mak cuma nak anak mak ni hidup bahagia dengan isteri dan anak-anak. Mak akan pergi pinangkan Nabihah untuk Riduwan secepat mungkin."kata Puan Halimah. Puan Halimah bersyukur sebab Riduwan sudah bersetuju untuk kahwin.


*********************************

"Farhan, mana Qis? Tidur lagi ke?"tanya Professor Shakira apabila melihat kelibat menantunya.

"Ye mama. Dia tidur."balas Farhan.

Professor Shakira dan Encik Kamaruddin perasan riak muka Farhan yang sedikit muram.

"Farhan, are you okay? Pa tengok Farhan macam mood out je." Encik Kamaruddin memulakan bicaranya. Puan Shakira hanya menjadi pemerhati.

"Farhan okay pa."Farhan jawab pendek. Kopi dalam cawannya diambil dan dijamah.

"Farhan, mama can feel there is something wrong. What happen? You and Qis gaduh ke? Bukan mama and papa nak intrupt dalam rumahtangga Farhan dan Qis, kalau ada yang kami boleh bantu, we will help you."kata Professor Shakira.

"Qis ada buat Farhan sakit hati ke?"soal Encik Kamaruddin. Encik Kamaruddin tahu tentang perangai anak tunggal itu.

Farhan hanya menggelengkan kepalanya. Farhan tak nak bagitahu tentang hal rumahtangga kepada orang tuanya. Air muka isteri kena jaga oleh seorang suami.

"Tak pe Farhan. Mama dan papa tak nak paksa Farhan untuk bagitahu apa yang dah jadi. Cuma mama nak nasihat kalau Qistina buat perangai jangan marahkan dia sangat dan ambil hati. Kadang-kadang mood ibu mengandung kita tak boleh dijangkakan. Kadang-kadang baik, kadang-kadang tak. Pembawakan budak memang macam tu la. Sabar ye Farhan."nasihat Professor Shakira kepada menantunya.

"Okay mama. Jangan risau. Farhan okay je. Makan la mama, pa."kata Farhan dan menuangkan air kopi ke dalam cawan bapa mertuanya.

Selepas bersarapan, Farhan masuk ke dalam bilik tidur. Farhan membawakan mee goreng dan air kopi untuk Qistina. Walaupun Farhan terasa hati dengan kelakuan Qistina malam tadi, dia tetap ambil perhatian tentang kesihatan isterinya. Mungkin macam Professor Shakira cakap tadi, perangai ibu mengandung tak boleh dijangkakan.

"Abang!!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience