Chapter 36

Romance Series 27651

"Awak?"tercengang semua di luar bilik rawatan Qistina. Mereka tidak pernah berjumpa dengan penderma darah itu.

"Siapa dia ni?"Encik Kamaruddin bertanya kepada isterinya, Professor Shakira. Encik Kamaruddin cuba mengingat penderma darah itu. Setahu dia, dia tak pernah jumpa penderma itu dalam mana-mana majlis ahli keluarga. Dalam otaknya, cuba memikirkan semua muka-muka sepupu Qistina. Namun, muka penderma itu tidak muncul dalam otak fikirannya.

"Sha pun tak tahu abang. Ni lah kali pertama Sha jumpa dia ni."kata Professor Shakira. Professor Shakira memandang penderma itu tanpa berkelip mata. Farhan dan Professor Alisyah setia memerhati Encik Kamaruddin dan Professor Shakira. Harap Encik Kamaruddin dan Professor Shakira kenal penderma itu.

Penderma itu menghampiri mereka. Tangannya dihulurkan kepada Professor Alisyah dan Professor Shakira untuk bersalam.

"Assalamualaikum. Saya Kamariah. Saya lah derma darah untuk Puan Qistina."bertutur Kamariah selepas menyalami kedua-dua wanita itu.

"Waalaikumsalam. Terima kasih banyak-banyak Kamariah sebab menderma darah. Kami terhutang budi dengan kamu. Kalau lah kamu tidak derma darah, kemungkinan besar kita hilang Qistina."air mata Professor Shakira bertakung apabila bercakap dengan Kamariah. Professor Shakira tidak boleh membayangkan bagaimana keadaannya sekiranya tidak ada penderma yang nak derma darah untuk Qistina.

"Awak, thank you so much for donating blood for my wife. Awak membantu untuk menyelamatkan Qistina dan anak saya. Saya tak tahu macam mana nak balas pertolongan awak."Farhan berasa bersyukur apabila ada orang sanggup dermakan darah untuk isterinya.

**********************************

Roslan memandang kosong siling rumahnya. Fikirannya memikirkan tentang Kamariah. Tiada apa-apa berita dari Kamariah sejak dari hari itu. Sebarang panggilan pun tidak diterima daripada bekas isterinya. Sungguh dia merindukan Kamariah. Tapi Roslan terpaksa untuk membuat sebegitu untuk mengubahkan Kamariah dari menjadi jahat. Sekaligus menyelamatkan Qistina daripada balas dendam Kamariah.

Bagi Roslan, apa yang telah berlaku kepada bekas isteri ialah takdir. Takdir yang telah ditulis oleh Allah. Kita hanya manusia biasa. Kita tidak mampu untuk mengubah takdir tuhan. Kamariah perlu belajar terima takdir. Ketentuan Allah. Namun, Kamariah tidak peka tentang itu. Pada Kamariah, Qistina yang bersalah seratus peratus dalam kemalangan arwah adik kandung, Zarif.

Kamariah seorang yang sopan, penyayang dan seorang yang tidak suka menyusahkan orang lain. Tetapi dalam soal Qistina, Kamariah berubah. Hanya balas dendam menguasai diri Kamariah. Itu yang menyebabkan Kamariah bertindak sebegitu tanpa memikirkan Tuhan.

Roslan mengenang balik saat-saat terindah bersama bekas isteri, Kamariah. Roslan berjumpa Kamariah pertama kali di sebuah pusat membeli-belah di Penang. Roslan ke Penang atas hal kerjanya. Roslan pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli barang yang dipesan oleh adik.

Semasa khusyuk memilih barang yang dipesan oleh adik, tiba-tiba badannya terasa langgar seseorang. Terbuntang matanya apabila orang yang salah langgarnya seorang perempuan. Perempuan yang berbadan kurus, tinggi, berkulit cerah, mata berbentuk hazel dan ada lesung pipit apabila senyum.

"I'm sorry Mr. Saya tak perasan awak kat belakang saya." Kamariah meminta maaf.

"Tak apa cik. No problem."balas Roslan. Degupan jantung semakin kencang apabila bertembung mata dengan Kamariah.

"Cik, can we have coffee together? If you are comfortable."Roslan mengajak Kamariah untuk minum bersama. Desakan ibunya mula berlayar dalam fikirannya.

"Bila along nak kahwin? Along nak cari jodoh atau mak yang akan cari jodoh untuk kamu!" desakan itu mula terngiang-ngiang di telinga Roslan.

Kamariah fikir sejenak. Terus mengangguk untuk mengikut Roslan untuk minum kopi. Kamariah tertarik dengan Roslan. Sejak dari hari itu, hubungan Kamariah dan Roslan menjadi rapat. Selepas beberapa bulan berkawan, akhirnya Roslan bersedia untuk mengajak Kamariah untuk kahwin.

"Kamariah, kita kahwin."berkata Roslan.

Kamariah mengangguk setuju. Kamariah sudah berjatuh cinta sejak hari pertama berjumpa dengan Roslan.

Mereka pun berkahwin. Namun, tidak dikurniakan anak. Lama-lama ibu Roslan tidak berkenan dengan menantunya, Kamariah. Disebabkan tidak dikurniakan anak walaupun sudah berkahwin dua tahun. Semakin hari, ibu Roslan melayan Kamariah sebagai seorang hamba.

"Awak, apa kata kita pergi check? Kalau ada apa-apa, kita ambil rawatan. Saya nak sangat ada anak. Darah daging kita." Kamariah meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya.

"Awak, kenapa ni? Tiba-tiba ajak nak check bagai? Sayang, kan saya dah cakap, kalau ada rezeki, kita akan ada anak. Kalau kita tak ada zuriat masa ini, maksudnya kita belum ada rezeki. Awak janganlah fikir bukan-bukan."memujuk Roslan. Roslan faham akan perasaan Kamariah.

"Awak tak faham perasaan saya, Roslan."

"Sayang, cuba cerita dekat saya. Apa dah jadi? Kenapa awak nangis ni?"Roslan bertanya Kamariah. Roslan mula rasa ada sesuatu yang terjadi antara Kamariah dan ibunya.

"Tak ada apa awak. Saya cakap je. Kita dah dua tahun berkahwin. Tapi tak ada anak. Itu yang saya ajak awak pergi check."kata Kamariah. Kamariah tak nak untuk mencerita bagaimana ibu mentuanya melayaninya kepada Roslan. Kamariah tahu kalau dia cerita dekat suami, mesti akan berlaku pergaduhan antara anak beranak. Kamariah tak nak merumitkan keadaan lagi. Cukup lah dia seorang yang tanggung.

Roslan kembali ke alam nyata. Roslan suka semuanya pasal bekas isteri. Cuma sikap balas dendam lah dia tidak suka. Roslan tahu apa yang terjadi kepada arwah adik kandung Kamariah. Sudah banyak kali Roslan menasihati Kamariah. Namun, Kamariah enggan mendengar nasihat Roslan.

"Aku harap sangat Kamariah. Awak akan berubah. Saya akan nikah awak kalau awak melepaskan sikap balas dendam awak pada Qistina."monolog Roslan.

Baru dia ingat perbualan Kamariah dalam telefon. Qistina ditahan di wad.

"Perlu ke aku jenguk Qistina? Aku dah sedia ke untuk berjumpa dengan Qistina dan Farhan? Apa-apa pun aku kena jumpa Farhan. Berapa lama aku dan Farhan jadi musuh macam ni? Memang sah aku yang bersalah dalam hal lepas." Roslan mengambil keputusan untuk menjernihkan hubungan antara Farhan dengan dirinya.

**********************************

"Encik Farhan, you can see your wife now. Puan Qistina dah sedar."jururawat membagitahu Farhan. Farhan setia duduk di luar bilik rawatan Qistina dari pagi. Tidak putus berdoa dalam hati.

Encik Kamaruddin, Professor Shakira, Professor Alisyah dan Kamariah sedang berbual di kafe hospital. Singgah di kafe untuk minum-minum. Mereka ajak Farhan, tetapi Farhan menolak. Farhan inginkan Qistina berjumpa dengan Farhan dahulu setelah Qistina sedar. Itu yang Farhan setia tunggu di luar bilik rawatan.

Telefon bimbit Encik Kamaruddin berdering. Encik Kamaruddin menjawab panggilan dari Farhan.

"Yes Farhan? Okay. We are coming now."nampak bersinar muka Encik Kamaruddin selepas menerima berita mengenai Qistina.

"Ladies, dah habis bergosip ke? Jom naik atas. Qistina dah sedar. Farhan baru call."panggil Encik Kamaruddin. Baru beberapa jam Kamariah berkenalan dengan dengan ibu bapa Qistina dan Farhan, hubungan mereka terus menjadi rapat. Kamariah selesa bergaul dengan ibu bapa Qistina dan Farhan. Kamariah teringat akan arwah ibu bapanya.

"Alangkah bestnya kalau ibu bapa aku masih hidup. Semuanya dah tinggalkan aku. Aku dah berseorangan sekarang."air mata Kamariah bertakung.

"Come Kamariah. Kita lawat Qis. Qis sure will ask who donated her blood."ajak Professor Shakira.

"Yes ibu."terus Kamariah menjawab. Kamariah baru sedar yang dia terpanggil Professor Shakira dengan panggilan ibu.

"I'm sorry aunty. Saya teringat arwah ibu bapa. Itu yang saya terpanggil aunty as ibu."kata Kamariah.

"Kamariah, walaupun kamu tak panggil aunty dengan panggilan ibu, aunty dah anggap Kamariah macam anak aunty." Professor Shakira memeluk dan mencium dahi Kamariah. Air mata Kamariah dan Professor Shakira gugur. Akhirnya Kamariah dapat peluang untuk merasakan kasih sayang dari seorang ibu selepas beberapa tahun.

"Terima kasih Ya Allah. Akhirnya aku dapat juga rasa kasih sayang seorang ibu walaupun bukan ibu kandungnya sendiri." Kamariah bersyukur dalam hati.

**********************************

"Sayang, how are you feeling?"menyoal Farhan sejurus masuk ke dalam wad Qistina. Rasa bersyukur sebab isterinya sudah sedar.

"Fi... Fine...a...ab...bang..." Qistina berjawab lemah. Badan rasa lemah saat itu. Tangannya mengusap perlahan perut yang memboyot itu. Hatinya berasa tenang apabila Qistina dapat tahu kandungannya selamat. Qistina bertanya tentang keadaan kandungannya selepas dia sedar kepada jururawat yang bertugas.

Farhan duduk di sebelah isterinya. Mencium ubun-ubun isterinya. Air matanya bergugur.

"Abang, kenapa nangis? I'm fine. Baby pun fine. Don't worry,okay. My man should not cry."bertutur Qistina perlahan. Qistina memandang mata Farhan. Mata milik Farhan merah disebabkan nangis dan tidak cukup tidur.

"I love you sayang. Abang tak nak kehilangan sayang and our baby."

"I love you too abang. InsyaAllah sayang bersalin selamat nanti."pujuk Qistina.

"Abang, mana ibu, ayah and mama?"soal Qistina. Matanya meliar mencari kedua-dua ibu bapa dan ibu mentuanya.

"They went to cafe to have a light breakfast."jawab Farhan.

"Abang, siapa donate darah?"

Sebelum Farhan hendak menjawab soalan Qistina, pintu biliknya dibuka dari luar. Melihat kelibat Encik Kamaruddin, Professor Shakira, Professor Alisyah dan Kamariah masuk ke dalam bilik rawatan Qistina.

"Here she is. She is the one donate blood to you sayang."Farhan memperkenalkan Kamariah kepada Qistina.

"Kamariah?"Qistina terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience