Chapter 14

Romance Series 27651

Tiga buah khemah dipasang di hadapan rumah Qistina. Rumahnya dipenuhi dengan saudara-mara. Ibu ayahnya sibuk melayan saudara-mara yang menghadiri majlis perkahwinan anaknya, Nurul Qistina.

Sekejap lagi Nurul Qistina akan menjadi isteri kepada Tengku Farhan. Qistina duduk termenung di biliknya. Mukanya disolek nipis oleh jurumekap. Baju pengantinnya warna putih yang dihias dengan corak bunga kecil menggunakan manik. Baju pengantinnya direka khas untuk Qistina oleh Farhan.

"Babe! You look so gorgeous. BFF aku dah nak kahwin sekejap lagi. Excitednya aku. Jom. Kita ambil selfie dulu." ajak Nabihah.

"Qis." panggil Professor Shakira.

"Ibu. Masuklah." jemput Qistina.

Nabihah menyalam Professor Shakira.

"Bila sampai Bihah? Aunty tak nampak pun"sapa Professor Shakira.

"Baru je sampai aunty" jawab Nabihah.

"Duduklah Bihah. Temankan BFF kamu."kata Professor Shakira sambil memandang anaknya.

"Qis. Anak ibu cantik sangat malam ni. Ibu nak pesan jaga suami betul-betul Qis. Taat pada suami. Layan suami elok-elok. Jangan melawan. Jaga pertuturan kamu. Ibu tak sangka anak ibu dah besar, dah nak kahwin sekejap lagi."tutur Professor Shakira sambil menangis.

"Jangan nangis ibu. Qis pun nak nangis ni. I will be like you advised. Janganlah nangis ibu."pujuk Qistina sambil memeluk ibunya erat.

"Dah. Don't cry both of you. Bihah yang tengok pun nak nangis. Ni Qis, make up kau dah nak hilang. Aunty, jangan nangis."pujuk Nabihah.

"Yela! Yela! Ni Bihah. Bila kamu nak kahwin? BFF kamu dah nak kahwin sekejap lagi." menyoal Professor Shakira.

"Belum jumpa jodoh lagi aunty. Harap-harap dapat jumpa jodoh sebelum Bihah jadi tua"berseloroh Nabihah.

Qistina dan Professor Shakira gelak mendengar jawapan Nabihah.

"Kira, Tok kadi dan pengantin lelaki dah sampai. Mereka tunggu untuk pengantin perempuan." kata Encik Kamaruddin.

"Cantik anak ayah. Ayah harap Qis jadi isteri yang solehah ye nak." kata Encik Kamaruddin dan mencium anaknya.

"Jom lah turun" pelawa Professor Shakira.


**********************************

Tengku Farhan yang duduk bersila di hadapan tok kadi nampak segak dan tampan.

"Tengku Farhan bin Tengku Azman, aku nikahkan dikau dengan Nurul Qistina binti Kamaruddin dengan mas kahwinnya RM30 ribu tunai."

"Aku terima nikahnya Nurul Qistina binti Kamaruddin dengan mas kahwinnya RM30 ribu tunai."

"Sah?"

Sah! Sah! Sah! Kini Nurul Qistina sah menjadi isteri kepada Tengku Farhan dengan hanya sekali lafaz.

Tengku Farhan mendekati Nurul Qistina untuk memakaikan cincin.

"Tunjuk jari kamu,nak." kata Professor Shakira.

Qistina menunjukkan jari cincinnya kepada Farhan untuk memakaikan cincin. Qistina menyalami tangan suaminya selepas Farhan memakaikan cincin. Farhan mencium dahi isterinya, Qistina. Professor Alisyah sangat gembira. Professor Alisyah memeluk menantunya. Akhirnya, kehendak untuk menjadikan Qistina sebagai menantunya menjadi kenyataan.

"Sayang, cantik sangat dalam baju pengantin ni" bisik Farhan kepada Qistina.

Qistina menunduk malu.

Jurugambar mengambil gambar pengantinnya. Banyak pose dibagi oleh pengantinnya. Qistina berasa selesa bergambar dengan Farhan. Dah sah jadi suami. Buat apa nak malu,kan.

Majlis perkahwinannya habis dalam pukul 10.30pm. Kebanyakkan saudaranya telah balik ke rumah.

"Qis. Buat apa kat sini?" tanya Professor Shakira bila nampak anaknya di dapur.

"Qis turun untuk minum air, ibu. Haus." jawab Qis.

"Dah! Dah! Cepat naik ke bilik. Suami kamu tunggu itu. Tak elok buat suami tunggu untuk isteri. Ingat tak pesanan ibu tadi? Ke dah lupa?" marah Professor Shakira.

"Nampak macam halau Qis, ibu."merajuk Qistina.

"Naik ke bilik sekarang!" arah Professor Shakira.

Qistina menghentak kakinya tanda protes dan meninggalkan dapurnya.


**********************************

Qistina membuka pintu biliknya.

"Mana dia ni? Tak nampak batang hidung dia pun." gumam Qistina sambil mencari suaminya.

"Bahhhhh!"

"Opocot! Hantu!!" terus Qistina melompat ke katilnya.

Farhan ketawa terbahak-bahak.

"Sayang-sayang. Ingatkan sayang seorang yang berani. Tak takut! Rupa-rupanya kuat melatah, eh!" gelak Farhan.

"Ah! Gelak lagi! Gelak!" Qistina memuncungkan mulutnya.

"Seronoklah kenakan saya kan."merajuk Qistina.

"Merajuk la pulak isteri saya ni." Farhan mendekati Qistina.

Muka Qistina terus menjadi merah. Qistina menoleh ke arah lain. Dia malu tengok Farhan dalam keadaan macam itu.

"Kenapa tengok tempat lain? Kenapa? malu?"bisik Farhan dekat telinga Qistina.

Wangi sabun dari badan Farhan menggelorakan naluri kewanitaannya. Qistina pejamkan mata. Qistina merasakan Farhan ciumkan dahinya. Cepat-cepat Qistina membuka mata.

"Kenapa tak pakai baju?" tanya Qistina.

"Kenapa? Sayang tergoda ke?" soal Farhan.

Qistina menolak Farhan dan terus berlari ke bilik air.

"Aduh! Malunya aku!" Qistina menutupkan muka.

Qistina keluar dari bilik air. Farhan sibuk membuat kerja dalam laptopnya.

"Farhan."panggil Qistina.

Farhan memandang Qistina. Inilah kali pertama Farhan tengok Qistina tanpa tudung. Rambutnya panjang dan bau losyen Victoria's Secret membuat Farhan tergoda. Farhan menarik tangan Qistina. Qistina menghilangkan keseimbangan dan duduk di peha Farhan. Farhan mendekatkan bibirnya ke arah bibir Qistina. Bibir mereka bertaut lama. Farhan dan Qistina membuka matanya perlahan selepas nafas mereka kembali normal.

"Farhan." panggil Qistina

"Hmm." balas Farhan.

"Saya" Qistina menghentikan perbicaraannya saat jari Farhan diletak di atas bibirnya.

"Mulai saat ini, sayang panggil abang, boleh? Nampak hubungan kita lagi erat." kata Farhan.

Qistina hanya mengangguk.

"A... Abang... Nak Qis tunaikan tanggungjawab Qis harini ke?" sejak tadi perkara ini bermain di fikiran Qistina.

"Ye!" jawab Farhan serius.

Terus wajah Qistina berubah.

"Sayang, kenapa nampak takut? Macam ni. Abang tahu sayang belum sedia. Sayang take your time. Abang akan tunggu. I won't force you,okay? Don't worry" Farhan menjawab perlahan.

Qistina bersyukur. Bukan dia tak nak tunaikan tanggungjawab. Cuma Qistina rasa ianya terlalu awal. Qistina tahu ianya berdosa kalau mengelak suami bila minta bersama. Mujurlah Farhan memahami Qistina.

"Ni sayang. Tidur dulu. Abang ada kerja sikit. Abang akan tidur sekejap lagi. Esok majlis persandingan kita. Kena tidur cukup-cukup supaya tak nampak letih." kata Farhan.

"Tak pe. Sayang tunggu abang. Lagipun sayang tak mengantuk lagi. Kita tidur bersama-sama." balas Qistina dan menemani suaminya malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience