Chapter 35

Romance Series 27651

"Abang, sayang harap abang dapat menjaga dan membesarkan anak kita. Sayang minta maaf. Sayang tak dapat bersama dengan abang. Sayang tak dapat membesarkan anak kita bersama. Selama sayang kahwin dengan abang, abang jaga sayang dengan baik. Layan semua kerenah sayang. Sayang nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada abang. Sebab pilih sayang sebagai teman hidup abang. Tapi umur sayang tak panjang. Sayang tak dapat hidup dengan abang lagi. Sayang pergi jauh dari abang. Sayang akan tunggu untuk abang di sana. Abang jaga diri. Sayang selalu cintakan abang. I Love You abang. Sayang pergi dulu ye abang."

"Sayang!!"meneriak Farhan. Farhan melihat persekitarannya. Kepalanya berdenyut-denyut. Tapak tangan diletak di atas dahi. Matanya dipejam.

"Ya Allah. Ingatkan betul tadi. Rupanya mimpi. Ya Allah. Ya Tuhanku. Tolong selamatkan isteri aku." Farhan menoleh ke kiri. Jam di atas meja diambil. Jam menunjukkan 5.15 pagi.

Farhan bangun dari katil. Menuju ke bilik air. Tuala yang tersidai diambil. Farhan membersihkan dirinya. Selepas 20 minit, Farhan keluar dari bilik air. Bersiap diri untuk menunaikan solat.

Selepas solat, Farhan bersedia untuk melawat Qistina. Farhan berharap sangat darah kumpulan B+ dapat secepatnya. Kalau nak selamatkan isteri dan anak, darah kena dapat cepat. Kalau lah Farhan darah kumpulan B+, mesti sekarang Qistina akan selamat. Tapi, apakan daya? Kumpulan darahnya AB.

"Farhan, sarapan dulu."ajak Professor Alisyah. Farhan telah balik ke rumah Professor Alisyah selepas dia menguruskan segala kehendak Qistina di hospital. Professor Alisya risau untuk tinggalkan anak lelakinya seseorang.

"Tak pe umi. I have to go to hospital. I want to see Qistina. Farhan tak boleh umi. Farhan tak boleh duduk tenang kalau tak jumpa Qistina. I have to look for donator as well. Farhan kena usaha untuk dapatkan donor untuk kumpulan darah Qistina. I don't want to drag time. Farhan takut Farhan akan hilangkan Qistina umi."tutur Farhan perlahan. Jarinya memicit kepalanya.

Professor Alisyah tidak tahu bagaimana memujuk anak tunggal itu. Farhan seorang yang penyayang. Farhan tidak mampu untuk menanggung rasa kehilangan orang tersayangnya. Peristiwa kematian suaminya masih segar di minda Professor Alisyah.

Farhan nyaris-nyaris hilang kewarasan apabila mendapat tahu kehilangan bapanya. Farhan dan arwah bapanya, Tengku Azman begitu rapat. Selepas kematian Tengku Azman, Farhan tidak mampu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa. Asyik terperap dalam bilik. Tidak bergaul dengan orang sekeliling. Hanya termenung dan senyap. Perwatakannya berubah dari seorang yang sosial kepada seorang yang pendiam. Disebabkan itu, Professor Alisyah menghantar Farhan ke US untuk menyambung pengajian Master selama tiga tahun.

"Umi faham Farhan. Tapi you have to take care of yourself also. InsyaAllah Qis dan cucu umi tak akan jadi apa-apa." Professor Alisyah memujuk Farhan. Professor Alisyah tahu Farhan tidak mampu untuk hidup tanpa Qistina. Qistina lah perempuan yang berjaya menawan hati Farhan.

**********************************

Seorang jururawat keluar dari bilik rawatan Qistina. Fail-fail mengenai kesihatan Qistina di tangan jururawat itu.

"Excuse me."

Jururawat itu menoleh ke belakang.

"Ye. Ada apa?"menyoal jururawat setelah memandang pemilik suara itu.

"Boleh tak saya tahu kenapa dengan patient dalam bilik rawatan ini?"

"Sebelum itu, boleh saya tahu awak ni siapa? Apa hubungan awak dengan dia? Sebab saya tak boleh bagitahu tentang keadaan kesihatan seorang pesakit kepada sesiapa sesuka hati. Kalau ada hubungan erat dengan pesakit, baru kami boleh bagitahu. Harap awak faham."terang jururawat itu.

"Erm. Saya sepupu dia."

"Owh. Sepupu. Patient ni dia mengalami pendarahan. Dia hilang banyak darah. Sekarang kami tengah tunggu untuk darah. Keadaan dia pun semakin merosot. Kesihatan baby pun turut menjejas. Kalau lambat dapat darah, kemungkinan besar ibu dan anaknya meninggal."cerita jururawat. Kepala digelengkan. Berasa sedih dengan keadaan Qistina.

"Kalau sudah dapat darah, boleh menyelamatkan Qistina dan baby?"

"InsyaAllah. Tapi kena dapat darah dulu. Kalau awak ada sesiapa yang kumpulan darah B+, tolong minta tolong mereka untuk derma."kata jururawat itu.

"Baik. Boleh saya lawat Qistina?"

"Maaf. Sekarang awak tak dibenarkan masuk. Pesakit masih tidak sedarkan diri. Dia tak boleh diganggu."jururawat tidak mengizinkan untuk melawat.


**********************************

Suasana di Hospital Sultanah Aminah sangat sibuk. Banyak pesakit tunggu untuk rawatan.
Farhan menurun dari kereta. Professor Alisyah turut ikut bersama. Professor Shakira dan Encik Kamaruddin menunggu untuk menantu dan besan di ruangan menunggu.

"Mama,Pa"Farhan menunduk dan mencium tangan ibu dan bapa mentua. Melabuhkan punggung di sebelah Encik Kamaruddin. Professor Alisyah pula mencium dan memeluk Professor Shakira. Mereka menunggu untuk pengawal keselamatan untuk membuka pintu utama. Pintu yang digunakan untuk masuk ke dalam wad Qistina. Mereka dibenarkan melawat pesakitnya dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.

"Farhan, any news about Qis?"menyoal Encik Kamaruddin. Dari tadi Encik Kamaruddin mencuba untuk berjumpa Doktor Indra. Namun, tidak dapat berjumpa dengan Doktor Indra. Doktor Indra terlalu sibuk dengan pembedahan. Doktor Indra merupakan salah seorang pakar wanita yang ternama di Hospital Sultanah Aminah.

"No pa. Farhan pun cuba mencari donor. Until now I haven't get any donors pa. Farhan dah minta tolong dengan kawan-kawan Farhan dan juga doktor-doktor yang Farhan kenal. Tapi masih belum dapat apa-apa khabar berita daripada mereka. I'm worried as time passes pa. Farhan takut Farhan akan kehilangan Qistina dan anak pa."Farhan meluahkan rasa risaunya. Sejak dari mimpi itu, Farhan tidak boleh berhenti berfikir yang bukan-bukan.

"Jangan fikir negatif Farhan. We all pray for the best for our Qis and the baby."Professor Shakira cuba menenangkan menantunya. Professor Shakira turut rasa risau akan keadaan Qistina.

Sedang mereka berbual, pintu utamanya dibuka oleh pengawal. Semua yang menunggu di ruangan menunggu itu bergegas masuk ke dalam. Farhan, Encik Kamaruddin, Professor Shakira dan Professor Alisyah turut masuk ke dalam. Mereka duduk di luar bilik rawatan Qistina. Mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik rawatan itu.

Seorang jururawat yang bertugas untuk menjaga Qistina keluar dari bilik rawatan. Doktor Indra juga keluar dari bilik rawatan selepas memeriksa keadaan Qistina.

Farhan menghampiri Doktor Indra untuk menanyakan keadaan isterinya. Kalau boleh dia nak berjumpa dengan Qistina. Begitu rindu dengan Qistina. Rindukan gelak tawa Qistina. Rindukan sentuhan Qistina. Rindukan pelukan Qistina.

"How's she doctor?"soal Farhan.

"She is getting better Encik Farhan. I'm still monitoring her condition. Kalau keadaan dia stabil, I advise you to agree for a caesarean section. As in record, due for Puan Qistina is left 1 week. Tapi memandangkan keadaan Puan Qistina, saya mencadang untuk caesarean section. Bukan apa, saya risau nanti Puan Qistina tidak mampu untuk tahan sakit kalau bersalin secara normal. Later her health condition might be get worse."menerangkan doktor Indra.

"Darah dah dapat ke doktor?"Encik Kamaruddin bertanya kepada doktor.

"Dah. Kami dah dapat donor."jawab doktor Indra.

"Sudah? Alhamdulillah. Boleh kami tahu siapa yang derma darah doktor?"Professor Shakira menyoal.

"Sepupu Puan Qistina."jawab jururawat yang menguruskan segala procedure untuk derma darah.

"Sepupu Qis?"semua bingung.

"Sepupu Qis yang mana satu?"pelik Encik Kamaruddin.

"Itu dia."jururawat itu menunding jari ke arah belakang. Semua menoleh ke belakang.

"Awak??"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience