"Doctor, how is my wife?"gelisah Farhan. Dia tak sanggup tunggu lama di luar bilik rawatan. Dari tadi berjalan sana dan sini. Otaknya asyik fikirkan keadaan Qistina di dalam bilik rawatan.
"Aunty! Uncle! Farhan!"Nabihah berlari ke arah meja Encik Kamaruddin dan Professor Shakira di mana mereka sedang duduk. Farhan pula baru meletakkan pinggan makanan untuk Qistina di atas meja.
"Ada apa Bihah? Boleh tak berjalan perlahan? Awak ni pengantin. Tak elok berlari macam tu. Apa orang kata nanti."Professor Shakira terus menegur Nabihah tanpa bagi sedikit peluang untuk Nabihah bercakap.
"Aunty! Qis."Nabihah cuba untuk meredakan diri dulu. Nafasnya tercungap-cungap disebabkan berlari tadi.
"Ada apa Nabihah? Kenapa dengan Qis? Mana Qis?"soal Farhan. Baru dia perasan yang isterinya tiada dekat meja makan.
"Qis pergi toilet Farhan. Nak mama teman. Dia tak nak. Dia pergi seorang."bagitahu Professor Shakira.
"Farhan, Qis pengsan luar tandas."akhirnya Nabihah bagitahu.
"Pengsan!"terjerit Farhan.
"Ye. Kainnya dibasah dengan darah lagi. Bihah takut. We should bring her to hospital."kata Nabihah dengan sekali nafas.
"Ya Allah! Qis."Professor Shakira dan Encik Kamaruddin tergesa-gesa masuk ke dalam rumah. Farhan sudahpun masuk ke dalam rumah sebelum Nabihah menghabiskan ceritanya.
"Sayang, bangun sayang."Farhan menepuk kedua-dua pipi Qistina. Namun, tiada pergerakan dari Qistina. Tanpa melengahkan masa, Farhan mencempung Qistina dan keluar dari rumah.
"Qis!" Professor Shakira, Encik Kamaruddin dan Nabihah mengikut Farhan apabila Farhan keluar dari rumah. Riduwan pula mengambil kunci kereta dan menghidupkan enjin kereta BMWnya.
"Get in bro. I will drive. Aku tak nak kau drive."arah Riduwan dan masuk ke dalam kereta. Farhan menurut kata Riduwan dan masuk ke dalam kereta Riduwan.
Farhan berasa semakin risau bila tengok aliran darah dari celah kelangkang Qistina. Secara spontan tangan mengusap perut Qistina. Tempat di mana anak mereka tinggal dan membesar selama sepuluh bulan.
"Sayang, stay strong. Please sayang. For me, for our baby."kata Farhan sambil mencium dahi isterinya. Air matanya tak sanggup ditahan. Akhirnya gugur jua.
"Bro, jangan risau. Tak akan jadi apa-apa pada Qis." Riduwan cuba memujuk Farhan. Riduwan dapat tengok betapa sayangnya Farhan terhadap Qistina dan anaknya.
**********************************
"Aku kena jumpa dia. Apa-apa pun jadi, aku tetap kena jumpa dia."bebel Kamariah sambil memandu keretanya.
"Tak ada sedikit pun rasa sayang, rindu pada aku ke? Kenapa dia tak rasa apa yang aku rasa?"berkata Kamariah.
Kamariah tiba di destinasi yang ditujunya. Kamariah bersedia dulu sebelum dia pergi untuk menekan loceng.
Ding! Dong! Kamariah menekan loceng di halaman rumah. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering.
"Hish! Siapa pula yang call masa ni."merungut Kamariah. Telefon bimbit diambil dari bagnya.
"Aduh! Dia ni! Call masa serius macam ni pula. Kenapa la tak call aku masa aku free?"
"Hello. Ada apa kau call aku? Aku busy la! Aku kat luar."jawab Kamariah nak tak nak.
"Aku ada berita pasal Qistina. Qistina admit kat hospital."kata pengintip upahan Kamariah.
"Apa?!!"terkejut Kamariah bila dengar berita yang baru dibagitahu oleh pemuda itu.
"Ya. Qistina tengah dirawat sekarang di hospital."kata pemuda itu lagi.
"Apa dah jadi?"tanya Kamariah.
"Ada budak kecil langgar dia tadi. Qistina terus pengsan."cerita ringkas oleh lelaki itu.
"Macam mana keadaan dia sekarang?"menyoal Kamariah lagi. Tak tahu kenapa. Tiba-tiba dia bayangkan Qistina dan anak dalam perutnya.
"Tak tahu lagi. Doktor belum cakap apa-apa. Tapi nampak macam keadaan Qistina serius."
"Hospital mana?"Kamariah ingin tahu.
"Hospital Sultanah Aminah."
"Okay. Kau update aku time to time."kata Kamariah dan memutuskan talian.
"Ya Allah. Kau lindungi la anak dalam kandungan Qistina. Jangan jadi apa-apa kepada baby Qistina."hatinya jadi sayu bila dengar berita mengenai Qistina.
"Baby je kena selamat? Macam mana dengan emak dia? Baby itu tak perlu emak ke?" Kamariah dengar suara lelaki di belakang dia.
Kamariah terkejut. Dia tak perasan yang Roslan berdiri di belakang dia. Roslan mendengar segala perbualan Kamariah tadi.
Soalan Roslan hanya dibiar sepi oleh Kamariah. Kamariah terus kepada tujuan dia datang ke rumah Roslan.
"Awak.." Kamariah mula bercakap. Namun, perbicaraannya dipotong oleh Roslan.
"Ada apa awak datang sini?"
"Kita nikah semula, awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak, Roslan." Kamariah bagitahu hajatnya. Kamariah rasa sunyi selama beberapa bulan selepas dia dan Roslan bercerai. Perpisahan Roslan tidak dapat terima oleh Kamariah. Selepas Zarif dijemput Ilahi, Roslan yang mengambil berat tentang Kamariah. Kamariah berasa dirinya dianggap penting oleh seseorang selepas peninggalan adik kandung.
"Awak datang sini untuk ajak saya kahwin balik dengan awak?"tanya Roslan.
Kamariah mengangguk laju. Air mata diseka dengan belakang tapak tangan. Kamariah tidak sanggup untuk meneruskan kehidupan tanpa Roslan. Roslan ialah orang yang sangat penting selepas Zarif.
"Saya akan nikah dengan awak. Tapi dengan dua syarat."bertutur Roslan. Muka Kamariah terus berubah ceria selepas mendengar yang Roslan akan nikah balik dengan dia.
"Saya akan buat apa-apa asalkan awak selalu ada di sisi saya selamanya. Saya tak sanggup hidup tanpa awak, Roslan." Kamariah mula menangis. Tangisannya tidak mampu ditahan.
Roslan senyum sinis. Mampukah Kamariah ikut syarat dia? Tapi, tak salah cuba kan. Mana tahu Kamariah mungkin ikut syarat yang Roslan ditetapkan.
**********************************
"Encik Farhan."panggil seorang doktor beragama Hindu.
"Yes doctor? Macam mana Qistina? Dia sihat tak? Baby okay tak?"Farhan tanya soalan sebaik berhadapan dengan doktor yang merawat Qistina.
Doktor yang bernama Indra membuka penutup muka. Doktor Indra cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk menceritakan keadaan Qistina kepada Farhan.
"Doktor! Doktor!"panggil Farhan. Farhan menjadi panik bila tiada balasan untuk soalan yang ditanya. Encik Kamaruddin menepuk bahu Farhan.
"Calm down Farhan. Let her talk first."berkata Encik Kamaruddin.
"Macam ni Encik Farhan. Puan Qistina mengalami pendarahan yang teruk. Banyak darah telah dihilang masa hentakan. We have to look for blood group B+. Kami tak ada blood group B+ sekarang. Management dah inform blood bank. Still cari donator untuk donate blood group B+. It will be better if we get fast. Lebih awal kita dapat darah, kita mampu selamatkan kedua-dua nyawa. In case we get the blood late, it will be difficult to save both of them."Doktor Indra menjelaskan keadaan Qistina.
"Ya Allah. Doktor, my group is B+. Can I donate my blood?"tanya Encik Kamaruddin.
"Boleh. Bila Encik derma darah akhir?"soal Doktor Indra.
"One month before."balas Encik Kamaruddin.
"I'm sorry Encik. Kalau nak donate, mesti lebih dari tiga bulan. Baru boleh derma kepada orang yang lebih memerlukan."terang Doktor Indra.
Encik Kamaruddin lupa pasal perkara itu. Seseorang hanya boleh derma darah selepas tiga bulan daripada bulan yang diderma.
"Doctor, you don't worry about money. I can afford how much the cost is. Please save my wife and my child. Please."menangis Farhan.
"Encik Farhan, please calm down. We will try our best to save both of them. Selainnya kuasa tuhan. I'm strongly encourage you to pray to God."menasihat Doktor Indra.
**********************************
Farhan duduk di atas sejadah. Air matanya mengalir perlahan. Baru lepas mengaminkan bacaan doa. Tempat di sisi dipandang sayu. Isteri tercintanya tak ada di sebelah.
"Sayang, I miss you. Abang nak sayang selalu ada di sisi abang. Abang tak nak kehilangan sayang dan juga baby kita."Farhan bercakap sendiri. Perbualan bersama Qistina tempoh hari main di otaknya.
"Sayang, buat apa tu?"Farhan menyoal dan duduk di sebelah Qistina. Tangan Qistina mengusap perlahan.
"Sayang teringin nak tengok album perkahwinan kita, abang. I miss those moments. Time kita berjumpa, our first date and so on."kata Qistina sambil memandang mata Farhan.
Farhan berkerut. Kenapa tiba-tiba Qistina tengok gambar perkahwinan.
"Abang, kalau sayang tak ada dengan abang satu hari nanti, abang cari pengganti yang sesuai untuk ganti tempat sayang. Jaga anak kita baik-baik. I know abang will be the best father to our child."bertutur Qistina.
"Sayang! Kenapa cakap macam tu? Abang tak suka. Stop talking like that! Sayang won't go anywhere without me! Kita akan membesarkan anak kita bersama-sama."Farhan bertegur Qistina.
"I'm sorry abang. I doesn't mean to hurt you. Tiba-tiba sayang rasa macam nak cakap je. Tu yang sayang cakap."Qistina meluahkan perasaan.
"Dah sayang. Abang tak nak sayang cakap lagi macam itu. I will do anything to save you. Walaupun nyawa abang jadi galang ganti, abang tak kisah."Farhan memeluk Qistina. Farhan dapat berasa ada perkara buruk akan berlaku kepada Qistina.
"Sayang, please don't leave me. Abang tak boleh hidup tanpa sayang."Farhan menangis. Entah kenapa, hatinya berasa tidak tenang. Risau akan kesihatan Qistina yang berada di hospital. Hatinya kuat mengatakan Qistina akan pergi jauh daripada dia buat selama-lamanya.
**********************************
Kamariah balik ke rumahnya. Dirinya dibersihkan. Baju kurung moden dipakai. Tudung berwarna kuning menjadi pilihannya.
Selepas bersiap, Kamariah bergerak untuk menziarah kubur adik kandungnya, Zarif.
"Zarif, akak datang ni."kata Kamariah dan duduk di sebelah kubur. Lama dia memandang batu nisan adiknya. Air matanya bertakung.
"Kenapa Zarif? Kenapa akak tak dapat mengecapi kebahagian dalam hidup akak? Apa yang akak buat ni salah ke? Apa akak perlu buat? Adakah akak perlu ikut dua syarat yang dicakap oleh abang Roslan?"soal Kamariah. Syarat yang dicakap oleh Roslan terngiang-ngiang di telinganya.
"Boleh. Saya akan ikutkan segala syarat awak asalkan awak nikah balik dengan saya."jawab Kamariah tanpa berfikir.
"Baik. Syarat pertama, awak kena lupa tentang rancangan balas dendam awak dekat Qistina. Biar dia hidup dengan kehidupan dia. Awak belajar menerima takdir. Kedua, saya nak awak mengaku apa yang awak dah buat untuk memusnahkan rumahtangga Qistina. Awak kena ceritakan semua rancangan jahat awak kepada Qistina dan suami dia, Farhan. Ini je lah dua syarat saya. Kalau awak setuju dengan syarat saya, saya tak kisah. Lepas awak dah buat apa yang saya suruh, saya akan nikah dengan awak. Macam mana?"Roslan memberitahu syarat dia kepada Kamariah.
Kamariah terkedu. Hendak berhenti balas dendam dekat Qistina? Tapi dia yang menyebabkan adik kandungnya meninggal. Kamariah hanya berdiamkan diri. Tidak mampu untuk membuat keputusan masa itu. Kamariah meninggalkan rumah Roslan tanpa berkata apa-apa.
Telefon bimbitnya berbunyi. Lamunan Kamariah diganggu. Kamariah menjawab panggilannya.
"Hello. Apa?! Qistina...!!!"
Share this novel