Series
28866
Beberapa hari kemudian, "Assalamualaikum Farhan." "Waalaikumsalam Lan. Ada apa? How are you?"tanya Farhan setelah menjawab salam Roslan. "Aku sihat. Kau? Macam mana Hakimi?" "I'm fine Lan. Hakimi sihat. Dia tidur. His sleeping time now."menjawab Farhan. "Farhan, kau free tak? Aku jumpa kau dengan Qis. Boleh?"soal Roslan. "Bila? Harini ke? Kami free je. Datang lah."ajak Farhan. "Baik lah. Aku datang petang ye. See you later Farhan. Assalamualaikum."Roslan memutuskan taliannya. "Sayang, abang akan pergi jumpa Farhan dan Qistina. Mesti awak tak dapat peluang untuk mencerita semuanya kan. Abang nak mereka berdua memaafkan awak. Itu je. Abang tak nak sayang tanggung dosa." Roslan bercakap sendiri. Sejadahnya diambil. Solat zohor ditunaikan. Sejak peninggalan Kamariah, Roslan terperap dalam bilik. Bilik itu satu tempat kenangan dengan Kamariah. "Abang ego sayang. Sepatutnya abang kena tegur sayang dengan cara baik. Abang tergesa-gesa menceraikan sayang. Abang melepaskan tanggungjawab. Abang gagal jadi seorang suami yang bertanggungjawab. Maafkan abang."merintih Roslan. Roslan mengeluarkan sampul surat berwarna putih dari lacinya. Dibuka dan dibaca. Roslan selalu membaca surat terakhir Kamariah setiap hari. Dua hingga tiga kali Roslan baca luahan hati Kamariah yang ditulis dalam surat itu dalam satu hari. ********************************** "Assalamualaikum."Roslan memberi salam. Kasutnya dibuka dan disusun di atas rak kasut yang terletak di luar. "Waalaikumsalam. Masuk lah abang."ajak Qistina. Roslan turut masuk ke dalam rumah Farhan. "Hakimi."Roslan memanggil dan mengelus pipi anak lelaki itu. Tiba-tiba peristiwa Roslan menyindir Kamariah mengulang semula dalam kotak fikirannya. Mukanya berubah sayu. "I have hurt you alot sayang."Roslan gumam dalam hati. "Lan, duduk. Kejap lagi Hakimi bangun tu. He strictly follow his schedule."ketawa Farhan. "Like his father."berseloroh Roslan. "Abang Roslan jemput minum air."Qistina meletakkan cawan yang berisi teh. "Thank you Qis." "Sama-sama." ********************************** "Farhan... Qis... Aku nak cakap sikit boleh?"menyoal Roslan setelah puas bermain dengan anak kecilnya. "Ye abang. Ada apa?" "Abang nak minta maaf bagi pihak arwah Kamariah."Roslan memulakan bicaranya. Farhan dan Qistina pelik. Mereka memandang satu sama lain. "Kenapa Lan? Maaf untuk apa?"tanya Farhan. "Kami tak faham abang."cakap Qistina. "Qis, awak ingat lagi Zarif?"Roslan menyoal. "Ye. Ingat."jawab Qistina pendek. "Disebabkan kematian Zarif, Kamariah berhasrat untuk membalas dendam dengan Qis. Yang hantar mesej fitnah atas Qis kepada Farhan, mengedit dan menghantar gambar-gambar yang tidak senonoh kepada aunty Alisyah semuanya kerja Kamariah." Roslan cerita semuanya kepada Farhan dan Qistina. Roslan tak nak untuk merahsiakan perbuatan Kamariah lagi. "Lan, we know about this."Farhan membuka mulut selepas Roslan menghabiskan ceritanya. Qistina pula hanya mengangguk kepala sambil menyusukan Hakimi. "How?" "Akak Mariah dah jumpa kami dan menceritakan semuanya sebelum jumpa dengan abang haritu."Qistina memberi jawapan untuk persoalan Roslan. "Yes Lan. Kamariah datang sini haritu sebelum jumpa dengan kau. Kamariah dah menceritakan semua perbuatan dia untuk balas dendam Qistina. Untuk memusnahkan rumahtangga kami."cerita Farhan. Sebelum Kamariah pergi jumpa Roslan di Kafe Unicorn 25, Kamariah berjumpa dan menceritakan semuanya kepada Farhan dan Qistina. "Kami dah maafkan akak Mariah. The situation made her like that abang. Abang tak perlu risau. Kadang-kadang masa membuatkan manusia sebegitu. Akak Mariah is such a nice person. Lovely person."air mata Qistina mengalir perlahan. "Thank you Farhan. Thank you Qis. Sebab sudi memaafkan Kamariah." Roslan senyum kelat. Hatinya berasa tenang. ********************************** Sebulan kemudian, Kenduri persandingan Riduwan dan Nabihah berlangsung di Grand Paragon Hotel, Johor. "Wow! Pengantin baru. Tak sangka babe. Kau dah kahwin. Be a good wife. Stop being act like a rowdy after this. Jadi isteri yang solehah tau!"Qistina menasihati kawan baiknya. "Amboi! Mulut kau ni tak ada insuran kan! When I act like a rowdy, Puan Qistina?"menjeling Nabihah. "Dah lah korang berdua ni. We are surrounded by guests. So, please behave. Qis ni pun! Kenapa mengusik Nabihah?"tegur Professor Shakira. "Saja je ibu. Ye lah. Lepas ni Bihah tak akan layan Qis dah. Dah ada suami. Kawan ni tak nampak dah." "Don't act lah Puan Qistina. I will always be there for you. No matter what the situation it is."Nabihah memeluk kawan rapatnya. "I know it babe. Aku gurau je lah tadi." "Mana Hakimi? My small boy?"tanya Riduwan. Dari tadi berdiri sebelah isteri. Setia menengok drama sahabat itu. "Bro, congrats." Farhan muncul dengan Hakimi. "Thanks bro. Hakimi." Riduwan mendukung Hakimi. Hakimi pulak seronok tengok Riduwan. "Aku berdoa rumahtangga kau kekal hingga ke jannah, babe. I really happy that you both get married." "Thank you babe." "Jom sayang. Kita pergi makan. Abang lapar ni." Farhan mengajak Qistina untuk menjamah makanan. Aroma nasi briyani kambing menusuk hidungnya. "Ish. Abang ni. Baru nak feeling dengan Bihah. Abang ni kacau lah."muncung bibir Qistina. "Jangan muncung! Abang kiss nanti!"bisik Farhan. Muka Qistina merona merah. "Qis, kenapa dengan muka kau?"sengih Nabihah. "Ke... Kenapa dengan muka aku?" "Merah macam tomato."jerit sedikit Nabihah. "Kenapa kau jerit? Aduh. Kau ni pengantin. Behave. We go and eat." Qistina meninggalkan pentas dengan menarik tangan suaminya. "Apa pulak abang ni? Buat malu je lah. Sayang malu tahu tak." "Abang just do like that. Muncung bibir tu lagi." "Abang!!" Qistina menghadiahkan cubitan dan menghampiri ibunya dengan mendukung Hakimi. ********************************* Selepas tiga tahun, "Bro, ni kad jemputan aku ke majlis perkahwinan." "What! Congrats Lan." Farhan mengambil kad jemputan. "Elice? Macam pernah dengar nama ni je." Farhan memikir. "She is working with Qis, Farhan." jawab Roslan. Roslan sudah agak, Farhan sedang berfikir pasal bakal isterinya. "Ye! Baru aku ingat muka dia." "Jangan lupa! Datang tau! Bawa Qis and Hakimi sekali. This is Kamariah's last wish. Aku harap Kamariah akan gembira." Roslan masih ingat permintaan terakhir arwah isterinya. Kalau lah Kamariah masih hidup, sudah mesti Kamariah dan Roslan bernikah semula. "Sure she will Lan. She will happy for you." Farhan menepuk bahu Roslan. "Dah alang-alang kau datang pejabat aku, apa kata kita pergi lunch? Dah lunch time kan. Sebelum tu nak ambil Hakimi dari rumah pengasuh and hantar ke rumah umi. She is missing her grandson."kata Farhan. "Boleh. Jom!" Roslan dan Farhan keluar dari Indah Berhad. ********************************** "Sayang, did you have any projects next week?"soal Farhan sambil berbaring sebelah Qistina. "No. Why abang?" "Can we go for a vacation?" "Vacation?"Qistina kerutkan dahinya. Pelik kenapa tiba-tiba suaminya ajak pergi vacation. "Yes. How? Can?" Farhan memandang Qistina tanpa mengelipkan mata. "Hmm. Why suddenly?"soal Qistina. "To spend time together. Dah lama kita tak spend time, kan." "Okay. We should inform to child care center." "Alright sayang. Nanti abang book ticket." "Where are we going?" "Secret!" ********************************** "Subhanallah. The sunset is too nice abang." Qistina berkata sambil menghayati suasana matahari terbenam di Kuching Esplanade, Sarawak. "Do you like it sayang?" "Of course abang. Thank you abang." Qistina meraih tangan sasa Farhan. "Welcome sayang. I always want my wife to be happy. No matter how much the cost is." "Hakimi, don't run. Nanti jatuh."tegur Farhan. Qistina pula terpegun melihat suasana di Esplanade. "Kita balik hotel sayang. Nak bersihkan diri and solat. After that we go out to eat. At night, we do project."Farhan memberitahu jadual untuk malam itu. "Project?" "Project buat baby!"menjawab Farhan selamba dan berlari. "Abang!!" Qistina gelak dan mengejar Farhan. *****TAMAT***** ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Author Note:- Bertamatlah cerita 'Cintamu'. Saya ingin memohon maaf sekiranya ada kekurangan. Saya harap semua suka cerita ini. Terima kasih untuk sokongan semua. Novel kedua saya bertajuk 'INSAF' akan upload dalam NovelPlus hari ini, sharp pukul 6pm. Stay tuned ye ;) Have a nice day everyone :) Love you all
Share this novel