Chapter 43

Romance Series 27651

Selepas seminggu,

"Luka kerna dusta yang kau berikan
Cinta yang dah tak lagi seindah kisah kita
Luka kerna dusta yang kau sembahkan
Aku kini jatuh dalam kehampaan"

Lagu Naim Daniel bertajuk Sembah dimainkan. Roslan yang tengah dibuai mimpi tidak mengendahkan panggilan itu. Telefon bimbitnya berbunyi lagi.

"Aduh! Siapa pulak yang kacau aku ni. Kalau sekali tak jawab, faham-faham je la. Ini tak! Teruskan telefon je."membebel Roslan. Roslan menjawabkan panggilannya tanpa melihat siapa pemanggilnya.

"Assalamualaikum awak. Awak sibuk ke?"menyoal Kamariah.

"Kalau seseorang tak angkat call, biar je la! Yang kau beria sangat call ni kenapa?"marah Roslan.

Kamariah binggung. Kamariah sendiri tidak tahu mengapa Roslan marahkan dia. Adakah menelefon Roslan suatu kesalahan?

"Maaf awak. Saya tak tahu awak ni sibuk. Ye lah. Hari ni kan hari Ahad. Awak kan cuti. Saya ingatkan awak free."kata Kamariah.

"Aku ni bukan macam orang lain. Fikir macam mana nak memporak-perandakan rumah tangga orang."balas Roslan dengan nada sinis.

Kamariah tersentak. Agak-agaknya bila lah Roslan nak percayakan Kamariah? Bila lah nak berbaik dengan Kamariah?

"Awak, saya dah malas lah nak layan awak. Asyik awak perli saya je. Kan saya dah cakap. Saya dah berubah. Tak pe lah. Kali ni saya rasa saya tak perlu nak pertahankan diri saya. Terpulang pada awak. Bila sudah tiba waktunya, awak akan percaya yang saya sudah insaf. Saya sudah berubah. Until then there is no point kalau saya cakap saya dah berubah eventhough you are keep on blaming me."kata Kamariah. Kamariah tidak tahu bagaimana hendak buat Roslan mempercayakan dirinya. Kalau Roslan sendiri tak nak percayakan Kamariah, walau apa-apa pun Kamariah cakap, Roslan akan menganggap semuanya bohong. Biar masa yang tentukan semuanya.

"Ada apa kau call aku? Aku nak tidur lah! Cakap cepat sikit!"merengus Roslan.

"Saya nak jumpa awak harini boleh?"

"Buat apa nak jumpa aku?"

"Saya nak jumpa awak sebelum saya pergi ke US. Boleh?"Kamariah berharap sangat untuk berjumpa dengan bekas suaminya sebelum berlepas ke US.

Roslan baru mengingat yang Kamariah akan berlepas ke US. Semahunya Roslan tak nak berpisah dengan Kamariah. Roslan tak nak Kamariah pergi ke US.

"Nak jumpa kat mana?"Roslan berbalas setelah tunggu beberapa minit.

"Nanti saya hantar location. Kita jumpa pukul 8pm boleh?"

"Hmm."jawab Roslan pendek.

**********************************

~Cafe Unicorn 25 ~

"Assalamualaikum awak. Sorry. I'm late. Lama ke awak tunggu?"Kamariah memberi salam dan menarik kerusi untuk duduk. Nafasnya tercungap-cungap.

"Waalaikumsalam. Yang kau tercungap-cungap ni kenapa? Awak kejar kereta api ke?"soal Roslan sebaik tengok muka Kamariah yang berpeluh.

"Tak. Saya jalan cepat-cepat. Kan dah lambat. Sepatutnya kita jumpa pukul 8pm. Sekarang dah 8.25pm. I'm late for 25 minutes."mencerita Kamariah.

"Did I angry on you for late ? Aku tahu lah! Kau ni memang tak punctual."

Kamariah tersengih. Tapi, dalam hatinya berasa sedikit gembira. Gembira sebab Roslan masih mengingat pasal dirinya.

"Kita makan dulu. Dah order ke?"soal Kamariah setelah berehat beberapa minit.

"Dah. I ordered your favorite waffle and apple juice."

"Thanks awak."

**********************************

"So? Kau nak cakap apa?"Roslan bertanya setelah usai menjamah makanan yang telah dipesan.

"Awak, saya akan pergi ke US lusa."Kamariah bertutur perlahan.

"So?"

"Saya nak minta maaf kepada awak. Maafkan saya untuk segala-galanya."

"Kau rasa mudah ke aku maafkan kau? Did you think what you have done is a simple thing? Disebabkan kau aku kena pukul dengan Farhan. Kau mempergunakan aku. Gunakan nama aku kan!"suara Riduwan naik satu oktaf.

"Ye. Saya tahu. Saya salah. Saya tipu awak untuk membelikan sim card baru. Saya mendesak awak untuk membelikan sim card baru dengan berdaftar atas nama awak. Saya tak pernah dengar cakap awak dalam urusan Qistina."Kamariah meminta maaf. Air matanya mengalir di pipinya. Bila mengingat apa yang dibuat dulu, Kamariah berasa dirinya sangat zalim. Tidak memikirkan dosa pahala. Berdendam sangat sampai menghancurkan mahligai cinta orang yang tidak bersalah.

Roslan hanya berdiam. Tidak tahu bagaimana bereaksi. Hendak memujuk Kamariah atau biarkan sahaja. Sejujurnya hatinya berasa sakit.

"Selama kita berkahwin, awak jaga saya dengan baik. Memenuhi segala keinginan saya. Tak pernah cakap tak boleh. You have been such a best husband to me. Tapi saya gagal jadi isteri yang baik untuk awak. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tidak mampu bagi awak zuriat. Kesian mak. Mak tak dapat peluang untuk melihat cucu sebelum dia menutup mata." Kamariah meluahkan semua yang terbuku dalam hatinya. Dia tak kuat untuk menghadam semuanya lagi.

Roslan hanya membiarkan Kamariah untuk bercakap. Biar Kamariah berasa tenang selepas meluahkan segalanya.

"Awak carilah pengganti untuk gantikan tempat saya. Macam awak cakap sebelum ini, awak akan dapat isteri yang lebih baik daripada saya. Sorry sebab awak tanggung semua dosa saya sebelum kita bercerai. Saya doakan semoga awak dapat peneman hidup yang baik. Dapat anak-anak yang solehah. Di mana pun saya berada, saya akan selalu berdoa buat awak."

Roslan menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Tak boleh ke kau tak pergi US?"soal Roslan.

"Saya dah dapat kerja kat sana. Saya tetap kena pergi sana."

"Kita nikah semula."akhirnya Roslan memberitahu keinginannya.

"Tak boleh awak. Saya tak nak awak tanggung dosa saya lagi. Awak carilah kebahagian awak. I'm not a good wife for you. Terima kasih sebab melayan saya baik semasa kita bercinta dan berkahwin. Dah lah awak. Saya nak gerak. Dah nak pukul 10pm. Take care okay. Saya berdoa awak bahagia selama-lamanya. Semoga awak dimurahkan rezeki. Assalamualaikum."Kamariah meninggalkan tempat itu tanpa menunggu balasan salam dari Roslan.

Roslan meraup kasar mukanya. Air matanya gugur.

"Kenapa Kamariah? Kenapa kau meninggalkan aku? Aku nak kau seorang je! Tolonglah jangan pergi US. Kita nikah semula. Pasal anak, kau jangan risau. Kita ambik anak angkat. Kita pergi check. Kalau ada apa-apa masalah, kita ambil rawatan. Awak sahaja boleh jadi peneman hidup saya sehingga akhir nyawa saya." Roslan menghantar mesej itu melalui aplikasi WhatsApp.

"Maafkan saya, awak. Saya tak boleh nikah dengan awak. Awak carilah perempuan lain. Awak mesti dapat perempuan yang baik, mampu jadi isteri yang solehah untuk awak."Kamariah membalas Roslan. Terus menekan butang 'off' di telefon bimbitnya. Kamariah tak nak mengubah fikirannya. Baginya, Roslan layak mendapat peneman hidup yang dua kali ganda baik daripada dirinya.

**********************************

"Abang, akak Mariah tu sebenarnya baik orang kan. Sayang tak sampai hati nak hantarkan akak Mariah ke US."Qistina memberitahu rasa sedihnya kepada Farhan.

Farhan yang tengah menukar pampers anaknya terus mengangguk kepalanya.

"Ye sayang. She is such a good soul. Let her go to US if she thinks that is good for her. Don't force her, okay?"Farhan memberitahu pendapatnya.

Qistina mengangguk. Menghampiri suaminya yang baru selesai menukarkan pampers anaknya, Hakimi.

"Erm... Abang."panggil manja Qistina.

"Nak apa sayang?"

"Nak duduk sini."pinta Qistina. Jari telunjuknya menunjukkan riba suaminya.

"Nak duduk sini?"pelik Farhan. Binggung dengan permintaan isterinya. Selepas beberapa minggu bersalin, inilah pertama kali Qistina minta sebegitu.

"Jap. Abang letakkan Hakimi dalam baby coat dulu."

"Come."ajak Farhan. Qistina terus duduk di atas riba suaminya. Tangannya melingkari leher Farhan.

"Sayang, are you okay?"

"Yes, I'm okay abang. Kenapa?"tanya Qistina.

"Tak. Tiba-tiba je cakap nak duduk atas riba abang."

"Yelah. Selepas SONshine kita lahir, abang mendukung Hakimi je. Manjakan Hakimi je. Tak nak layan sayang."mengadu Qistina. Bibirnya memuncungkan.

"Kes cemburu lah ni." Farhan menggelak.

"Ah! Gelak lagi! Hish tak suka lah!"geram Qistina apabila Farhan gelakkan dirinya. Terus berdiri.

Belum sempat Qistina mengorak langkah, Farhan menarik tangan Qistina. Akibat ketidakseimbangan, Qistina terduduk di atas riba Farhan semula.

"Sayang, you have to remember this everytime. You are my big baby. Hakimi is my small baby. You both are my heartbeat. If you both are not my side, nafas abang akan berhenti."

"Abang! Kenapa cakap macam itu! Sayang tak suka lah! Sayang nak abang selalu bersama dengan sayang and Hakimi. Don't ever talk like this next time."

Terus bibir Farhan mendarat di bibir Qistina. Ciumannya bertukar lebih rakus.

"I love you Nurul Qistina."

"I love you Tengku Farhan."


**********************************

"Innalillahiwainnailaihirojiun"
Farhan mengucap selepas menerima suatu berita yang sangat menyedihkan. Berita yang baru diterima buatkan dirinya sangat terkejut.

"Kenapa ni abang? What happen?"tanya Qistina. Qistina baru sahaja lepas mandi.

"Sayang, apa yang abang cakap sekarang ni, is a shocking news. Be strong."Farhan menarik nafas dan memberitahu berita yang baru diterimanya.

"What!!!" Qistina hampir tersungkur atas lantai. Kakinya berasa lemah apabila mendengar berita itu. Air mata dan Farhan yang meneman Qistina saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience