Chapter 30

Romance Series 27651

Sedar tak sedar kandungan Qistina sudah mencecah tujuh bulan. Majlis doa selamat untuk Qistina berlangsung di rumah Encik Kamaruddin. Saudara-mara terdekat telah dijemput untuk majlis doa selamat.

"Sayang, boleh tak jalan perlahan? Apasal jalan laju sangat? Sayang ni mengandung."tegur Farhan masa Qistina berjalan laju ke dapur.

"Sayang nak minum air. Hauslah abang. Abang kan busy sangat!"balas Qistina sambil memuncungkan bibirnya. Dari tadi Qistina menunggu untuk Farhan. Tapi Farhan sibuk melayan tetamu.

"Boleh je sayang panggil abang,kan? Kenapa sayang susah-susah jalan ke dapur ni? Duduk sini. I will bring you water." Farhan menarik kerusi untuk Qistina dan masuk ke dapur untuk ambilkan air.

"Babe, aku tengok sweet je Farhan layan kau. Sayang sangat dengan kau, kan."Nabihah memuji Farhan.

"Tengoklah suami siapa kan."balas Qistina.

"Amboi, berlagak nampak! Dulu, orang ni lah yang tak nak kahwin dengan Farhan. Kata dia bukan lelaki idaman dia. He is not loving guy, konon."perli Nabihah.

"Tu sebelum kami tak kenal dulu. Lepas kahwin la aku kenal siapa dia sebenarnya. The sweetest and loving side of him."kata Qistina sambil mengenyit mata kepada Farhan yang baru sahaja bawa air.

"Sayang goda abang ke? Hmm.. Kenapa kenyit mata ni?"bisik Farhan kepada Qistina.

"Mana ada sayang goda abang? I just wink at you."Qistina mencubit manja pipi Farhan.

"Excuse me. Tahu lah you guys romantic couple. Tolonglah pandang depan, belakang, sisi korang. Merana tau orang single macam aku ni." Nabihah membuat mimik muka sedih.

"Kalau dah rasa tak boleh tahan, kahwin la cepat."kata Qistina.

"Kalau dah ada calon, mesti la aku kahwin."mencebik Nabihah.

"Babe, macam mana dengan Riduwan? Aku tengok kau dengan dia serasi, kan abang."senyum Qistina.

"Hish kau ni kan! Dia nak aku ke?"soal Nabihah.

"Kau suka dia ke?"sedikit terkejut Qistina.

"Boleh la. Dia pun boleh tahan handsome jugak."tersengih Qistina.

"Riduwan." Farhan menyebut nama Riduwan perlahan. Tapi mampu didengari oleh Qistina dan Nabihah. Ketiga-tiganya terkejut dengan kehadiran Riduwan di situ.

"Masuk la Riduwan. Kenapa tercegat kat situ je?"Farhan mempelawa Riduwan untuk masuk ke dalam. Riduwan turut masuk ke dalam.


*********************************

Kamariah masuk ke dalam rumah di kampungnya. 2 beg besar dibawa masuk ke dalam rumah. Kamariah duduk di atas sofa sambil merenung halaman rumahnya. Baru sahaja dia balik dari mahkamah. Kini, Roslan dan Kamariah tidak ada hubungan halal.

"Zarif, ni rumah kita. Banyak kenangan akak dengan Zarif kat rumah ni. Sekarang akak dah tak ada siapa-siapa. Abang Roslan pun dah ceraikan akak. Akak seorang je sekarang." Kamariah menangis teresak-esak sambil duduk melutut.

"Ini semua sebab Qistina. Qistina tak guna tu!"Kamariah jerit seperti merasuk.

"Disebabkan kau, aku hilangkan Zarif. Disebabkan kau aku dicerai oleh suami aku. Sekarang aku dah jadi janda. Semua yang aku sayang dah tinggalkan aku. Ni semua sebab kau! Aku akan balas dendam. Aku tak akan berhenti tanpa meranakan hidup kau, Qistina." Kamariah mengepal tangan.


*********************************

"Riduwan, kau dengar apa-apa tak?" Qistina soal masa Riduwan menghampiri mereka.

"Hmm."jawab Riduwan.

Terus berubah wajah Nabihah. Farhan dan Qistina memandang satu sama lain. Kantoi la tu!

"Kau suka aku ke Bihah?"soal Riduwan.

Nabihah hanya berdiam dan menjeling Qistina.

"Aku tanya kau Bihah. Suka aku ke?"tegang wajah Riduwan.

Qistina dan Farhan terkejut dengar suara serius Riduwan.

"Bro, apahal kau ni? Serius je? Kau tak suka Nabihah ke? Kalau kau tak suka, cakap je. Jangan la strict macam ni"Farhan bersuara.

"Aku tak cakap pun aku tak suka dia,bro. Aku tanya dia betul-betul ke sukakan aku. Kot-kot lah dia main ke? Nanti aku yang kena tanggung sakitnya. Sakit putus cinta."jawab Riduwan.

"Bihah, Riduwan tanya tu. Jawab la."

"Aku sukakan kau, Riduwan."akhirnya jawab Nabihah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience