Chapter 32

Romance Series 27651

"Abang!" Farhan cepat-cepat melangkah ke arah Qistina. Dulang yang dibawa diletak atas meja kecil di sebelah katil. Lampu di atas mejanya dihidup oleh Farhan.

"Boo!"jerit Qistina semasa Farhan membuka lampu di atas meja.

"Sayang!"bergema suara Farhan di seluruh bilik. Qistina terkejut mendengar suara Farhan. Muka Farhan dah macam singa. Mukanya merah padam. Siapa tak marah kalau main sebegitu kan? Encik Kamaruddin dan Professor Shakira hanya memandang satu sama lain. Tidak mahu masuk campur urusan rumahtangga anaknya. Biar mereka yang urus hal rumahtangga sendiri.

"Abang."panggil Qistina lalu meraih tangan Farhan. Farhan hanya berdiri membatu. Tidak pandang muka Qistina. Ingatkan apa-apa serius tadi masa Qistina jerit. Rupa-rupanya Qistina tipu.

"I'm sorry abang. Sayang just main-main. I'm so sorry abang. Please."merayu Qistina.

Farhan tidak membalas isterinya. Hatinya sakit teramat. Kenapa tiba-tiba Qistina berubah? Makin hari, makin mengada.

"Abang." Qistina tak putus asa memujuk suaminya. Qistina sedar dia yang salah dalam hal ini. Qistina memegang kedua-dua tangan milik Farhan. Air mata Qistina bergugur.

"Abang, I promise sayang tak akan behave like this anymore. Sayang tak akan buat hal lagi. Please talk something. Please." Qistina merayu. Suaranya tersekat-sekat. Qistina berharap sangat Farhan akan melayan dirinya.

"So, you feel like how I felt yesterday right? Sayang ada fikir pasal abang? Sayang ada peduli abang? Tak ada kan? Macam ni kan semalam abang tanya, sayang ada buka mulut ke? No right?"akhirnya Farhan membuka mulut setelah lama berdiam.

"Sayang honestly don't know why I have behaved in such way abang. Suddenly mood swing. I hope abang understand."Qistina cuba pujuk Farhan.

"Padam muka kau Qis. Tu la kau. Kau harap semua fahamkan diri kau. Kau ada fikir pasal orang lain? Tak ada kan."sempat Qistina mengutuk dirinya atas kesilapan.

"Duduk. Makan mee goreng tu. Dah lambat. Sayang kena makan vitamin. Mesti baby lapar."dingin sahaja suara Farhan. Entah kenapa Farhan terasa hati dengan Qistina. Farhan sedar mungkin Qistina berkelakuan begitu sebab mengandung. Tapi dirinya tak dapat terima kelakuan Qistina terhadap dia.

Qistina hanya menurut kata Farhan. Qistina duduk di birai katil sambil menegakkan kaki. Kakinya bengkak. Tidak mampu berdiri dan berjalan lama. Badan pun cepat rasa penat.

Farhan mengambil pinggan mee goreng dan menyerah kepada Qistina.

"Nak abang suap, boleh?"pinta Qistina manja. Senyuman paling manis diberikan kepada Farhan dengan harapan hati Farhan cepat cair.

"Nak goda aku la tu. Ingat hati aku cair bila bagi senyuman manis. Haha! No way! Ni Tengku Farhan la! Hati Farhan ni tak mudah untuk dicairkan. I should maintain my ego!"gumam Farhan dalam hati.

"Makan la sendiri. Abang ada kerja."balas Farhan. Farhan inginkan nak bagi pengajaran untuk Qistina supaya tidak bertindak sebegitu. Walaupun Farhan seorang yang romantik, itu tak bermaksud dia akan terima semua tindakan Qistina.

Qistina mengambil pinggan dan merenungnya. Dia tidak sangka Farhan akan layan macam itu. Qistina mula ingat Farhan yang dahulu. Farhan sebelum dia kahwin. Farhan yang selalu marah. Farhan yang tidak suka senyum.

"Ya Allah. Janganlah suami aku berubah macam dulu. Saya tahu saya salah. Tolong hambamu ni, Ya Allah. Tolong lah lembutkan hati suami saya."doa Qistina dalam hati.

"Kenapa tengok aje? Makan la."Farhan kuatkan sikit suaranya. Biar isterinya tahu yang dia betul-betul marah.

"Lepas solat asar, we go back."kata Farhan dan bergerak ke arah pintu. Ingin keluar dari bilik Qistina.

"Abang. Sini kejap."panggil Qistina.

Farhan menghampiri Qistina tanpa berbicara.

"Can we go shopping? Kita beli barang baby,nak?"tanya Qistina sambil mengusap perut yang membesar itu. Senyuman diukirkan di bibirnya. Peristiwa di kliniknya diimbas kembali.

"Puan Qistina, are you ready for our scanning session?"meramah mesra pakar perempuan itu.

"Yes doctor."

"Okay. Let's see the baby's movement first."kata doktor dan meletakkan gel di atas perut Qistina.

Farhan memegang tangan Qistina dengan erat seperti tak akan melepaskan bila-bila. Matanya memfokuskan pergerakan anaknya.

"Abang, our baby is moving."Qistina bagitahu Farhan masa tengok anaknya bergerak dalam scanning machine itu. Air matanya mengalir perlahan. Tidak ada ungkapan yang sesuai untuk menerangkan perasaan ketika itu. Begitu juga untuk Farhan. Lagi dua bulan, mereka akan timang cahaya mata sulung.

"Okay Mr and Mrs Farhan, based on the result, we have identified that the gender of baby is boy."kata doktor kepada Qistina dan Farhan.

"Alhamdulillah. Sayang we are going to get baby boy soon."kata Farhan kepada Qistina.

"Alright, get ready after you are done with your breakfast."

Qistina kembali ke alam nyata selepas dengar arahan dari Farhan. Qistina terpinga-pinga.

"Apa abang?" Qistina bertanya semula.

"I said get ready lepas sayang dah makan mee goreng tu, faham?" Farhan tegas.

Qistina mengangguk kepala bererti faham. Manakala Farhan menggelengkan kepala.

"Apalah dah jadi dengan bini aku ni?" Farhan omel dalam hati. Takut cakap terus terang, nanti jadi perang dunia ketiga.

**********************************

"Aku nak kau ikut ke mana perempuan ini pergi. Update kat aku selalu. Ni upah kau." Kamariah hulurkan duit dan gambar Qistina kepada seorang lelaki.

"Baik. Aku akan buat macam kau suruh. Tapi ingat! Kalau aku terima apa-apa musibah dengan buat kerja yang kau suruh, kau kena bertanggungjawab! Faham?"kata pemuda itu.

"Okay. Aku akan tanggungjawab. Kau buat betul-betul!"arah Kamariah.

"Aku pergi dulu."pemuda itu meninggalkan Kamariah.

"Kau tunggu Qistina."Kamariah bercakap sendiri berserta dengan senyuman sinis.


**********************************

"Abang, we go to cotton-on kids nak? We shop there first."cadang Qistina.

Farhan hanya mengangguk dan fokuskan pemanduannya.

Mereka tiba ke cotton-on kids dalam 20 minit. Farhan dan Qistina memegang tangan dan berjalan menuju ke bahagian baju bayi.

"Abang, see this. So cute." Qistina mengambil satu set baju warna biru dan menunjuk kepada Farhan.

"Yes. It's so cute."Farhan membayangkan bagaimana bayi yang bakal dilahirkan oleh isterinya dalam dua bulan lagi.

"Can we take this?"soal Qistina.

"Can." jawab pendek Farhan.

Gambar Farhan dan Qistina yang membeli baju di cotton-on kids telah ditangkap dan dihantar kepada Kamariah. Pemuda yang telah diupah oleh Kamariah yang tangkap gambar mereka berdua.

"Kau seronok beli baju untuk baby kau eh Qistina. Tak pe. Biar kau rasa seronok dulu. Aku bagi kau masa sampai kau bersalin. Aku tak akan kacau kau sekarang. Aku hanya nakkan nyawa kau, bukan nyawa bayi kau. Bayi kau tak berdosa. Bayi kau harus hidup di bumi ini. Yang perlu mati ialah kau!"kata Kamariah sambil mengepal tangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience