Chapter 42

Romance Series 27651

Majlis aqiqah berlangsung meriah untuk Tengku Hakimi. Ramai tetamu jemputan hadiri majlis aqiqah. Saudara-mara dan sahabat perniagaan sebelah pihak Encik Kamaruddin dan Tengku Farhan menghadiri majlis di rumah Encik Kamaruddin.

Majlisnya tamat dalam pukul 10 malam. Semua tetamu jemputan bersurai. Hanya Roslan dan Kamariah ada di rumah Encik Kamaruddin.

"So, kau dah buat yang aku suruh?"soal Roslan kepada Kamariah.

"Kan saya dah cakap, saya akan bagitahu Farhan dan Qis. Jangan risau awak. Saya janji. Saya tak akan tipu awak."bertutur Kamariah sambil mendodoikan anak Qistina. Hatinya berasa tenang apabila mendukung bayi itu. Rasa kekurangan dirinya hilang saat mendukung Hakimi.

"Aku cakap dekat kau kan! Yang kau balas tanpa pandang muka aku ni kenapa? Dah tak suka tengok muka aku ke?"Roslan meninggikan suara. Roslan tidak suka kalau orang berbual dengan dia tanpa tengok mukanya.

"Maaf. Saya bukan nak kurang ajar dengan awak. Saya kan dodoikan baby. Itu yang saya tak cakap pandang muka awak."jawab Kamariah.

Roslan mencebik. Namun dalam hatinya, dia berharap sangat dia akan nikah semula dengan Kamariah. Sebaik sahaja Kamariah menceritakan semua perbuatan jahat dia, Roslan akan berkahwin dengan Kamariah semula. Sejujurnya, Roslan tidak membencikan Kamariah. Roslan cuma marah disebabkan perbuatan jahat Kamariah dulu. Kamariah lah satu-satunya permaisuri dalam hati Roslan.


**********************************

"Qis."panggil Kamariah.

"Akak. Masuk lah. Kenapa berdiri kat situ je?"ajak Qistina.

"Ni, akak ada belikan Hakimi beberapa baju. Ni hadiah akak untuk Hakimi. Akak akan pergi ke US dalam dua minggu lagi."Kamariah menghulurkan beg yang mengandungi beberapa helaian baju bayinya.

"Akak pergi US? Kenapa akak? Tinggal sini je akak. Kerja dengan Qis. Kerja balik PA Qis akak. Pasal gaji, jangan risau. Qis akan up kan gaji akak. Jangan pergi akak." Qistina terkejut mendengar yang Kamariah akan pergi ke US tidak lama lagi. Kamariah seorang pekerja yang baik. Rugi kalau melepaskan seorang pekerja seperti Kamariah.

"Tak pe Qis. Akak dah dapat kerja kat sana. Selama dua minggu yang ada ni, akak kerap datang sini. Akak tengok-tengokkan Qis dan Hakimi."Kamariah menyedapkan hati Qistina.

"Nah. Ambil lah beg ni." Dari tadi Kamariah menghulurkan beg itu. Qistina tidak menyambutnya. Terlalu terkejut dengan keberangkatan Kamariah ke US.

"Terima kasih akak. Terima kasih sebab belikan Hakimi baju-baju." Qistina mengeluarkan semua helai baju dan membelek satu per satu.

"Sama-sama Qis. Apa-apa pun Hakimi adalah anak adik akak jugak."balas Kamariah.

"Dah bagitahu semua pasal akak berterbang ke US?"soal Qistina sambil melipatkan baju-baju Hakimi.

"Belum. You are the first person I'm telling."jawab Kamariah. Otaknya berfikir adakah ni masa yang sesuai untuk bagitahu semua perbuatan dia terhadap Qistina dulu. Hatinya berdebar-debar.

"Macam mana aku nak mulakan? Dalam bilik ni pun, tinggal aku dengan Qis je. Kalau aku cerita semua kat dia, boleh ke dia maafkan aku? Boleh ke aku datang jumpa Hakimi dan lain-lain sebelum aku berlepas ke US? Ya Allah, Ya Tuhanku. Bagilah petunjuk kepada hambamu ini."Kamariah berdiam.

"Kalau lah Qis tak nak maafkan aku, aku sanggup terima. Aku tahu. Apa yang aku buat sebelum ni memang keterlaluan. Apa-apa keputusan Qis, aku akan terima sepenuh hati."ujar Kamariah dalam hatinya.

"Bismillah."doa dibaca dalam hatinya sebelum Kamariah bermula ceritakan semuanya kepada Qistina.

"Qis. Akak..."Kamariah memulakan bicaranya.

"Akak belum cakap yang akak pergi ke US kepada sesiapa lagi kan, jom pergi ruang tamu. I think everyone should be there. Inform everyone akak. So, when you are flying to US, no one will feel so bad. Semua akan biasakan diri yang akak akan terbang ke US awal."cakap Qistina dan bangun dari kedudukannya.

Kamariah hanya mengangguk. Qistina pula mendukung Hakimi.

"Akak nak dukung Hakimi?"tanya Qistina. Qistina ada perhatikan banyak kali. Kamariah suka meluangkan masa bersama dengan Hakimi.

Kamariah mengangguk dan mendukung Hakimi.


**********************************

Roslan dan Farhan mengemaskan meja-meja dan kerusi di bawah khemah. Kain yang digunakan untuk menghiaskan khemah dilipat kemas.

"Thank you Lan. Tolong aku khemaskan khemah. Jom. Kita duduk kejap kat sini. Sembang kejap."Farhan dan Roslan duduk di sebelah kolam ikan.

"So, Lan. How's everything going on?"soal Farhan.

"Everything?"Roslan tidak mengerti maksud Farhan. Farhan bertanya apa sebenarnya.

"Kerja kau, isteri kau, anak-anak kau. Kita kan dah lama bermusuh. Sekarang je kita berbaik kan. Ada banyak yang kita kena sembang."bertutur Farhan.

"Kerja aku, Alhamdulillah semuanya okay. Kalau kau nak, kita kerjasama dalam satu projek. I have one new project. Tapi partner tu masalah sikit. Kalau kau nak, kita buat sama-sama."menjawab Roslan.

"Boleh jugak. Kau datang ke pejabat aku. Kita bincang di sana. Sebab aku pun nak tengok planning projek semua."balas Farhan. Satay yang ada di atas meja kecil diambil dan dimakan oleh Farhan.

"How about your family?"soal Farhan lagi.

"Family..."Roslan berfikir.

"Nak ke aku cakap siapa bekas isteri aku?"fikir Roslan.

"Ye. Family kau."

"Aku dah bercerai Farhan. Aku tak ada anak-anak. Aku sebatang kera je."Roslan bersenyum kelat. Wajah Kamariah muncul di hadapan mata.

"Abang, abang Roslan. Jom masuk dalam kejap. Kamariah nak bagitahu something."ajak Qistina.

"Dia nak cerita semua depan semua orang ke?"mengumam Roslan dalam hati.

"Roslan, marilah kita masuk ke dalam. Nanti kita sembang, okay?"Farhan memasuk ke dalam rumah. Roslan pun mengikut Farhan dengan berat hati.

"Harap-harap tiada pergaduhan akan berlaku."


**********************************

Semua ahli keluarga berkumpul di ruang tamu.

"Ada apa Kamariah? Qis kata kamu nak cakap sesuatu." Professor Alisyah memulakan bicaranya.

"Kamariah akan berpindah ke US akhir bulan ni." Kamariah memberitahu semua.

"Apa?"terkejut Roslan.

"Kenapa dia tak bagitahu aku pasal dia pergi ke US ni? Kenapa dia rahsiakan daripada aku?"Roslan bercakap sendiri. Farhan yang berdiri di sebelah Roslan berasa pelik.

"Kenapa dengan mamat ni? Tiba-tiba terkejut? Ada apa-apa hubungan antara mereka ke?" Farhan mula berfikir.

"Aku macam pernah dengar nama Kamariah sebelum ni. Tapi dari mana? Kenapa baru aku teringat?"Farhan binggung.

Peristiwa memukul Roslan beberapa bulan lepas teringat kembali.

"Yes! Aku pernah dengar nama Kamariah dari mulut Roslan. Ada ke Kamariah ni isteri Roslan? I have to find answer for this."bertekad Farhan.

"Baik Kamariah. Ada dua minggu lagi kan. Come here frequently. Spend time with us. Remember, we are one family now."Professor Shakira bertutur.

"I will ibu. Kamariah akan kunjung sini. Belum puas main dengan Hakimi."


**********************************

Riduwan selesai menunaikan solat isyak. Badannya rasa sangat letih. Riduwan lantas berbaring di atas katil.

"Penatnya."Riduwan memejamkan mata. Tiba-tiba sesi perbualan dengan Kamariah tadi melayang di fikirannya. Matanya dibuka.

"Akak."panggil Riduwan.

Kamariah yang sibuk mengambil makanan menoleh ke belakang.

"Ye?"

"Akak, kenal saya tak?"menyoal Riduwan.

Kamariah berfikir. Setelah beberapa saat, kepala digelengkan oleh Kamariah. Itu menandakan Kamariah tidak kenal Riduwan.

"Saya Riduwan. Saya kawan arwah Zarif, akak."bagitahu Riduwan.

"Owh. Sorry Riduwan. Akak tak kenal awak pulak."

"Tak pe akak. Saya ada benda nak tanya akak. Boleh?"Riduwan terus kepada tujuannya.

"Boleh. Ada apa?"

"Apa tujuan akak sebenarnya?"soal Riduwan. Suaranya bertukar menjadi keras.

"Tujuan? Akak datang sini untuk hadir majlis aqiqah Hakimi. Kenapa?"jujur Kamariah.

"Datang ke majlis dengan hati yang baik atau hati yang busuk?" Riduwan bertanya sinis.

"Hati yang busuk? Apa maksud Riduwan?"Kamariah mula menaik angin. Tak ada angin, tak ada ribut, terus Riduwan bertanya soalan sebegitu kepada Kamariah.

"Akak tak payah berpura-pura. Saya tahu. Akak rapat dengan keluarga Qis untuk nak balas dendam dengan Qis kan? Saya masih ingat. Perjanjian akak dekat arwah Zarif."berterus-terang Riduwan.

"Ya Allah. Riduwan, memang betul. Dulu akak ada simpan rasa berdendam dekat Qis. Tapi bukan sekarang. Akak dah berubah. Percaya lah. Akak sumpah demi Allah."

Riduwan berfikir sejenak. Riak muka Kamariah seperti dia sudah menyesal atas perbuatan lepas.

"Betul akak dah berubah?"menduga Riduwan.

"Betul. Kenapa semua tak nak percayakan akak?"

"Semua? Siapa yang akak merujuk?"

"Bekas suami akak."jawab Kamariah lemah. Mukanya ditunduk.

"Tak pe akak. Saya percayakan akak."Riduwan percaya Kamariah. Hatinya kuat mengatakan Kamariah sudah berubah.

"InsyaAllah nanti suami akak akan percaya yang akak dah betul-betul berubah. Banyakkan berdoa akak."Riduwan menenangkan Kamariah.

"Terima kasih Riduwan. At least awak percayakan akak."

"Terima kasih Ya Allah. Terima kasih sebab mengubahkan Kamariah."Riduwan mengucapkan terima kasih kepada Allah dan kembali untuk meneruskan tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience