Chapter 23

Romance Series 27651

"Sayang, please attend my call. Berapa kali abang call ni, tak jawab langsung. WhatsApp pun tak balas. Mana sayang pergi ni?" Farhan risau dan jalan ulang alik dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan. Matanya terus melihat iPhone miliknya dengan harapan Qistina akan menelefon kembali. Namun, hampa. Farhan cuba panggil Qistina lagi. Tak ada orang yang menjawab panggilannya.

"Farhan, kau ada masalah ke? Aku tengok kau macam risau je? Ada masalah ke?" tanya Riduwan. Dari tadi Riduwan perhatikan Farhan. Farhan tak keluar dari bilik hotel sebab terlalu risau pasal Qistina.

"Qistina. Dia tak angkat call aku bro. Aku dah call banyak kali. WhatsApp pun tak balas. Aku risau bro. Aku suruh dia tinggal di rumah ayah dia, dia tak nak. Bila aku call tak jawab. Aku tak sedap hati la bro." jawab Farhan.

"Kau ada call pejabat Qis tak?" tanya Riduwan.

"Belum." jawab Farhan. Baru Farhan terfikir macam mana dia boleh lupa untuk panggil nombor pejabat. Kalau Qistina masuk pejabat mesti dia jawab panggilan.

"Call pejabat Qis bro." cadang Riduwan.

"Aku call sekarang." Farhan mendailkan nombor pejabat Qistina.

"Selamat pagi. Maju Holdings." bersapa receptionist dalam talian.

"Selamat pagi. Boleh saya cakap dengan Puan Qistina?"

"Puan Qistina belum masuk pejabat lagi, encik." balas receptionist itu.

"Belum masuk?" hairan Farhan. Qistina selalu masuk pejabat sebelum pukul 9 pagi. Harini dah pukul 11 pagi, kenapa Qistina belum masuk lagi? Qistina pergi mana? Apa yang jadi dekat Qistina?

"Okay. Thank you." Farhan meletakkan iPhone di atas meja.

"What happened Farhan?" tanya Riduwan.

"Qistina belum masuk pejabat,bro." Farhan picitkan kepala. Pening memikirkan tentang Qistina.

"Farhan, relax first. Mesti ada cara untuk contact dia, bro. We have important meeting at 11.30am. Sekarang dah pukul 11.15am. Jom kita attend meeting itu dulu. We think other alternative." pujuk Riduwan.

Farhan mengangguk lemah. Farhan tidak mampu untuk berfikir masa itu. Dia buntu. Dia ikut Riduwan ke meeting. Namun, Farhan tak dapat fokus dalam meeting. Otaknya hanya memikirkan tentang isteri kesayangannya.

"Farhan, kau ada call uncle Kamaruddin tak? Cuba call uncle. Mana tahu Qis ada pergi rumah orang tua dia ke?" Riduwan berkata selepas meetingnya tamat.

"Assalamualaikum pa." Farhan bagi salam.

"Waalaikumsalam Farhan. How are you? Macam mana kerja kat Pinang?" tanya Encik Kamaruddin.

"Farhan sihat. Kerja pun ongoing pa. Pa, nak tanya. Qis ada balik rumah tak?" Farhan terus kepada tujuan utama. Farhan tak sabar nak tahu pasal Qistina.

"Qis? Tak Farhan. Kenapa ni?" Encik Kamaruddin gelisah.

"Farhan call Qis dari pagi pa. Qis tak angkat pun. WhatsApp pun tak baca. Farhan dah call pejabat, staf kata Qis belum masuk pejabat. Farhan rasa tak sedap hati pa." Farhan gementar.

"Farhan don't panic. Pa akan pergi ke rumah Farhan. I will look for her at your house. Pa rasa Qis kat rumah." pujuk Encik Kamaruddin. Encik Kamaruddin faham akan perasaan Farhan.

"Thank you so much pa. I will look forward for your call, pa." Farhan membalas dan mematikan taliannya.


**********************************

"Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu." Qistina mengucapkan terima kasih kepada yang maha esa dalam hatinya.

"Qis, after this you must be very careful. Awal lagi itu. Make sure you eat on time. Take enough rest and the most important don't be stress. Understand?" Professor Shakira memberi petua kepada Qistina.

"Yes Ibu." jawab Qistina sambil senyum.

"Congratulations Puan Qistina. Puan mengandung 6 minggu." Ayat dari doktor asyik dengar di telinga Qistina.

"Ayah, Qis nak tanya. How ayah tahu Qis kat rumah? Macam mana ayah dan ibu boleh masuk rumah?" soal Qistina kepada kedua-dua ibu bapanya. Bila Qistina sedar, dia di hospital. Ibu dan ayahnya teman Qistina di hospital.

"Farhan. He called you many times Qis. Dia panik sangat. Dia call ayah dan tanya pasal Qis. Itu yang ayah dan ibu datang tengok kat rumah." Encik Kamaruddin menjawab soalan Qistina.

"Tapi macam mana ayah dapat masuk ke dalam rumah? Bukan ke Qis dah kunci pintu?"

"Farhan ada jumpa ayah dan ibu sebelum dia pergi ke Pinang. Dia suruh kami tengokkan Qis. Dia dah suruh kamu tinggal di rumah kita, kamu tak nak. Farhan tak nak Qis bersendirian bila Farhan pergi outstation. Dia terpaksa mengalah dengan kedegilan kamu. Farhan bagi ayah kunci pendua rumah. Sebab itu la kami dapat masuk ke dalam rumah. Tengok-tengok kamu itu dah pengsan. Sebabkan kamu, Farhan panik kat Pinang." membebel Professor Shakira.

Qistina hanya berdiam mendengar cerita dari ibunya. Qistina tak sangka Farhan menyayangi dia sebanyak ini. Qistina rasa bersalah sebab tak dengar cakap suaminya. Kalau dia dengar cakap Farhan, sudah tentu Farhan tak akan pening memikirkan apa yang terjadi kepadanya di Pinang.

"Ibu, did Farhan know about my pregnancy?" tanya Qistina.

"Tak tahu. Ayah belum call Farhan lagi." jawab Professor Shakira.

"Ibu, Ayah. Qis nak minta tolong. Jangan bagitahu Farhan dulu. Next week Friday is his birthday. Qis nak bagi surprise kat dia. Please, ibu ayah. Don't inform him." merayu Qistina. Qistina tak boleh bayangkan betapa gembiranya Farhan bila tahu dia akan jadi bapa tak lama lagi.

"Yela. Ayah akan tolong Qis. Tapi ayah nak Qis tinggal dengan kami sampai Farhan balik, how?" Encik Kamaruddin merisaukan keadaan anak dan kandungannya. Encik Kamaruddin tak nak Qistina tinggal seorang di rumah.

"Okay ayah."

**********************************

"Pa, how is Qistina?" Farhan menyoal Encik Kamaruddin seusai sahaja panggilannya dijawab.

"She is fine Farhan. Jangan risau. I will handover the phone to your wife." Encik Kamaruddin bagi telefon bimbitnya kepada Qistina.

"Assalamualaikum abang." Qistina memberi salam.

"Waalaikumsalam. Sayang pergi mana? Kenapa tak jawab panggilan abang? What happen to you?" tanya Farhan. Jelas nada suaranya risau.

" I'm sorry abang. Sayang tahu sayang menyusahkan abang. Sayang... Sayang..." gugup Qistina.

"Sayang kenapa?" Farhan tinggikan suara.

"Abang, kenapa marah?" soal Qistina. Qistina geram bila dengar Farhan meninggikan suaranya.

" I'm asking you what happen. Yang sayang gugup tu kenapa? Think about me sayang. How I will be here when you didn't answer my call, tak baca WhatsApp abang. Sayang ingatkan abang happy ke? Tak risau?" Farhan marahkan Qistina. Farhan sangat tertekan masa itu. Tambahan lagi bila Qistina tak menjawab soalan Farhan.

"Sayang pengsan." Qistina menjawab perlahan.

"Pengsan ? Macam mana sayang boleh pengsan?" soal Farhan.

"Stress. BP sayang rendah. Abang tak payah risau. Sayang okay. I will be staying at my parents home until abang come back." Qistina pujuk Farhan.

"Abang nak sayang take care of yourself. Three more days to go. I will be back to KL. Abang tak nak sayang masuk pejabat for three days. Abang nak sayang rest kat rumah. I will come and fetch you." Farhan menjawab.

"Okay abang. I will listen to your words." kata Qistina dan sambung berbual dengan Farhan.

"Abang, sayang tak sabar nak bagitahu sayang pregnant." Qistina berkata dalam hati sambil memegang perut yang masih kempis.


**********************************

"Aku nak kau buat macam aku suruh! Faham?" tanya Kamariah kepada lelaki yang memakai spec hitam.

"Faham. I akan buat macam you suruh. Tapi upah I mahal la kali ini. You sanggup bayar ke?" pemuda itu tanya Kamariah sambil senyum sinis.

"Kau tak tahu siapa aku lah. Pasal upah kau tak ada hal. Dalam ini ada RM 5000, advance kau. Selebihnya aku bayar kau lepas kau dah buat apa yang aku suruh." Kamariah menyerahkan sampul berwarna coklat kepada lelaki itu.

"Baik. Thank you so much." kata lelaki itu.

Roslan memandang kejadian itu dari jauh.

"Bila kamu nak berubah Kamariah? Kamu sedar tak apa yang kamu buat itu dosa? Kamu memusnahkan rumahtangga orang yang tak bersalah. Apa yang dah berlaku pada Zarif itu takdir." Roslan menggumam dan meninggalkan tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience