Chapter 11

Romance Series 27651

Farhan duduk di birai katil selepas menunaikan solat isyak. Farhan membuka songkoknya dan letak di atas meja. iPhone miliknya diambil oleh Farhan. Membuka galerinya. Folder "My Cherry" dibuka dan melihat gambar-gambar yang ada dalam folder tersebut.

"Why are you so cute?" tanya Farhan sambil senyum.

"Nurul Qistina! Kaulah perempuan yang berjaya buatkan aku jatuh hati buat pertama kali. Tapi kenapa kau suka melawan? Why you always argue with me? Why you did not talk nicely with me? Kenapa selalu marah aku?" Farhan bercakap sendiri.

Gambar-gambar dalam folder yang bernama "My Cherry", semuanya gambar Qistina. Gambar Qistina makan di pantri, gambar Qistina tidur di hospital masa menunggu ayahnya habis pembedahan, gambar Qistina di restaurant Pappa Rich haritu. Semua gambar-gambarnya diambil tanpa pengetahuan Qistina. Farhan tahu yang Qistina pergi Pappa Rich hari itu. Farhan yang nampak Qistina dahulu semasa Qistina menikmati chicken chop di Restaurant Pappa Rich. Farhan sempat ambil gambar Qistina yang menyuapkan ayamnya ke dalam mulut sambil pejamkan mata. Farhan sengaja park keretanya di depan kereta Qistina. Sengaja nak cari gaduh dengan Qistina !

Perbualan bersama Encik Kamaruddin berulang di kotak memori Tengku Farhan.

"Are you serious to marry Qistina?" menyoal Encik Kamaruddin.

"Uncle, why are you asking this?" tanya Farhan sambil senyum.

"Uncle wants to know your opinion and why you agreed to marry Qistina. Uncle tak nak Farhan kahwin dengan Qistina sebab dipaksa. Kalau Farhan tak nak kahwin dengan Qistina, it's okay." kata Encik Kamaruddin.

"No uncle. Farhan... Erm... Farhan betul-betul nak kahwin dengan Qistina, uncle. Even though Qistina and I do not love, Farhan harap kami boleh hidup bahagia. Cinta boleh dipupuk selepas kami berkahwin, uncle. Ada je banyak pasangan di luar sana hidup bahagia selepas kahwin walaupun mereka tak bercinta sebelum berkahwin. Lagipun, Umi, uncle and aunty pun nak kami kahwin juga, kan." jawab Farhan bersungguh-sungguh.

Encik Kamaruddin hanya senyum selepas mendengar jawapan Farhan. Jawapan Farhan memuaskan hati Encik Kamaruddin. Jawapan yang diberi oleh Farhan jelas menunjukkan yang lelaki itu betul-betul nak kahwin dengan Qistina.

"Uncle, if you don't mind, can I ask you one thing?"menyoal Farhan.

"Of course, you can." kata Encik Kamaruddin.

"Can I know more about Qistina?"

"Qistina memang manja. Aunty and uncle memang manjakan Qistina dari kecil kerana she is our only child. Dia tak suka bohong. Dia selalu bertanya uncle and aunty sebelum dia buat sesuatu. Apa-apa keputusan yang kami cakap, dia akan ikut. Sampailah her tertiary level education. Uncle yang suruh Qistina ambil course Corporate Management. Dia tak kisah pun course apa yang dipilih oleh kami. But, uncle tak tahu why this time she disagree with our decision." terang Encik Kamaruddin.

"Well, actually uncle. Perjumpaan Farhan and Qistina memang bermula dari pergaduhan. Tiap-tiap kali kami jumpa, mesti ada yang tak kena. End up kami gaduh." kata Farhan sambil senyum.

"Qistina memang suka melawan. But she is a good girl. Trust me, Farhan. Uncle and aunty tak pernah membesarkan Qistina untuk jadi biadap." kata Encik Kamaruddin lagi.

"I know uncle. I know she is a good and nice girl." balas Farhan sambil memikirkan kejadian di pantri officenya.

Amira duduk termenung di pantri.

"Akak, lama termenung. Kenapa nampak sedih je? Any problem?" tanya Qistina.

"Suami akak." Amira tidak tahu sama ada perlu kongsi masalahnya dengan Qistina ke tak.

"Kenapa dengan suami akak?" tanya Qistina lagi.

"Tak..." Amira masih meragu-ragu untuk memberitahu masalah dengan Qistina.

"What happened akak? You can share with me. Mana tahu Qis boleh tolong akak." pujuk Qistina lagi.

"Suami akak memerlukan duit untuk pembedahan ibu dia. Mak mertua akak perlu menjalani kidney transplant. Suami akak tak ada wang yang cukup untuk tanggung kos perubatan mak dia. Itu yang akak tengah fikir." jawab Amira.

"Akak perlukan berapa?"tanya Qistina.

"Nak RM 30,000 lagi." jawab Amira lemah.

"Akak jangan risau. Qis tolong akak. Nanti Qis transfer duit,akak." cakap Qistina.

"Eh... Qis tak payah. Qis pun baru start kerja. Qis simpan duit itu. Akak akan cari jalan lain." tolak Amira.

"Akak, Qis ikhlas tolong akak. Akak terima ye. Duit kita boleh cari bila-bila masa. Nyawa kita tak boleh dapat bila-bila masa kalau kita hilangnya." kata Qistina.

"Terima kasih banyak-banyak, Qis. Akak tak akan lupa pertolongan Qis."tutur Amira.

Farhan hanya memerhatikan dari luar pantri. Dari kejadian itu, Farhan dapat tahu yang Qistina seorang yang suka tolong orang.

**********************************

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Qistina menjawab salam.

"Qistina?"

"Ye. Saya. Encik ni siapa?" tanya Qistina.

Qistina tidak tahu siapa yang memanggilnya sebab dia tidak menyimpan nombor itu dalam telefonnya.

"Tengku Farhan."

Qistina terkejut dan mematikan panggilannya.

"Apahal lelaki poyo tu call aku? Mana dia dapat nombor aku ni?" gumam Qistina.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Qistina terpaksa menjawab panggilan dari Farhan.

"How dare are you, Nurul Qistina!" bergema suara Farhan.

Siapa tak marah kalau taliannya dimatikan. Betul tak?

"I'm sorry. Network error." Qistina mencipta alasan.

Dia tak nak dimarah oleh Tengku Farhan pagi itu. Kalau kena marah, terus hilang moodnya untuk hari itu.

"Congratulations Nurul Qistina. Finally you done with the project at Kota Damansara." puji Tengku Farhan.

"What a surprise! Dia tak marah kau, Qis. Dia puji kau!" kata Qistina dalam hatinya.

"Thank you. Kan saya dah janji. I will make it happen if I already challenged. Tengoklah siapa. Ini Qistina, Nurul Qistina lah." balas Qistina dengan sombong.

"Eh! Minah ni. Puji sikit dah sombong." katanya geram Farhan dalam hati.

"Welcome. So, what you want as reward?" tanya Farhan.

Farhan tak nak gaduh dengan Qistina. Kalau boleh, Farhan nak berkawan dengan Qistina. Suka Qistina lah tu!

"I don't want anything,Tengku. I just did my job." tolak Qistina.

Sebenarnya, Qistina fikir kenapa tiba-tiba Farhan menjadi baik dengannya.

"When you will come back?" menyoal Farhan.

"This evening."jawab pendek Qistina.

"Get ready tonight! I will come and fetch you at 8pm. We go for a dinner. I will inform your parents." kata Farhan.

"No Tengku. I can't !" separuh jerit Qistina.

Qistina rasa tidak selesa dengan Farhan. Dia tidak mahu keluar berdua dengan Tengku Farhan.

"No excuses, Qistina. Get ready tonight!" arah Farhan dan putuskan taliannya.

"What happened to him? Kenapa tiba-tiba dia ajak aku untuk dinner?" fikir Qistina dan memasukkan bajunya ke dalam luggage miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience