Chapter 17

Romance Series 27651

"Good Morning, my sunshine. Dah bangun. Abang ingatkan nak kejutkan sayang sekejap lagi. Come. Sit here." Farhan memanggil Qistina sambil menarik kerusi.

"Good Morning abang. Sedap bau. Apa abang masak untuk breakfast? Kenapa tak kejutkan sayang? I can help you. We both boleh je masak,kan?" kata Qistina dan menuangkan kopi ke dalam dua cawan.

"Tak pe sayang. Abang nak buat surprise untuk sayang actually. Lepas dah habis prepare kat sini, abang ingat nak kejutkan sayang. But sayang dah bangun pulak." Farhan memberitahu rancangan asalnya.

"I'm sorry husbandku. Kalau abang dah cakap awal-awal sayang tak bangun dan turun."kata Qistina.

"It's not called surprise if I inform you earlier, my sweetheart." Farhan mencedokkan nasi lemak untuk Qistina.

"Thank you abang."

"Most welcome sayang. Taste first. Comment after you taste it"kata Farhan.

"OMG! Sedapnya abang. Pandai jugak abang masak."

"Abang tahu masak simple food je. Bukan macam sayang. Sayang pandai masak."puji Farhan.

"How you know to cook?" soal Qistina.

"Abang selalu tolong umi masak. Kalau abang free, abang tolong umi. I always observe how umi cooks" cerita Farhan.

"Pandai jugak abang. Join la abang makan. Sayang je makan ni. Come." Qistina mencedokkan nasi lemak untuk Farhan.


**********************************

"Apa macam? Kau dah buat apa yang aku suruh?"

"Dah. Dalam fail ni ada semua information yang you nak. Mana payment I?" tanya lelaki itu.

"Nah. Macam aku janji. Ada RM 3000 dalam sampul ni. Kau memang boleh diharap. Servis kau memang first-class." kata seorang perempuan dan menyerahkan sampul warna putih kepada lelaki itu.

"Memang lah. Well, terima kasih. Kalau ada apa-apa roger I. I gerak dulu,bye." lelaki itu tinggalkan perempuan itu.

Perempuan itu mengambil fail warna hitam dan masuk ke dalam bilik. Tiada cahaya dalam bilik itu. Gelap. Hanya lampu meja baca sahaja menyala.

Nama: Nurul Qistina binti Kamaruddin

Umur: 24 tahun

Pendidikan: Bachelors in Corporate Management (First class)

Status: Berkahwin

Nama suami: Tengku Farhan bin Tengku Azman

"Nurul Qistina. Nama yang aku benci. Aku tunggu lama untuk membalas dendam. Bukan setahun, dua tahun. Dah tujuh tahun aku tunggu."


Maklumat Suami.

Nama: Tengku Farhan bin Tengku Azman

Umur: 30 tahun

Kerja: Director of Indah Berhad

Nota: Sayang umi, Professor Alisyah. Anti-perempuan.

"Wow, impressive! Rupanya suami kau anti-perempuan. Tapi macam mana dia boleh kahwin dengan perempuan tak guna ni? Apa-apa pun. Senanglah kerja aku. Senang buat mamat ni untuk percaya nanti. ANTI-PEREMPUAN plus point aku!"

Gambar Qistina dan Farhan dalam tangan perempuan itu. Gambarnya ditampal di papan kenyataan warna hitam. Pangkah besar dilukis atas gambar Qistina guna marker merah.

"Aku akan pastikan rancangan aku buatkan kau merana!" gelak kuat oleh perempuan itu.


**********************************

"Abang, sayang tengok tak ada barang kering dan barang basah dekat dapur. Mari abang. Kita pergi beli barang." ajak Qistina.

"Kejap sayang. Give me 20 minutes. I will complete this work." kata Farhan.

Farhan nampak tertekan. Hampir tiga jam Farhan terperuk dalam bilik mini pejabat di rumahnya. Qistina pergi ke dapur dan buatkan air untuk Farhan.

"Abang, minum air dulu. Abang nampak stressed. Sayang urutkan bahu abang, ye." Qistina mula urut bahu Farhan.

"Sayang, pandai urut. Best lah dapat hari-hari. Boleh tak sayang tolong urut bahu abang setiap hari?" tutur Farhan sambil buat kerja dalam laptop berjenama Apple.

"Sure abang."

Selepas 30 minit.

"Sayang, sorry for taking extra 10 minutes. Go and get ready. We go and buy groceries."

"Okay abang."kata Qistina lalu masuk ke dalam closetnya.

Terus peristiwa masa kemaskan baju di closetnya diingat semula.

"Sayang, abang tolong sayang untuk kemaskan baju,eh. Abang tak ada kerja nak buat." offer Farhan.

"Sayang, abang tengokkan. Sayang tak ada pun baju tidur seksi-seksi. Nanti kita pergi beli, nak tak?" tanya Farhan. Suara Farhan bukan seperti selalu. Suaranya tukar kepada husky voice.

Qistina membulatkan matanya. Bila masa suaminya tengok semua baju? Baru teringat. Farhan yang kemaskan bajunya haritu di rumah semasa Qistina mandi selepas majlis persandingan.

"Abang, kenapa? Sayang tak seksi ke kalau pakai macam ni?" Qistina saja tanya Farhan. Untuk cover malu!

"Sayang selalu seksi di mata abang."Farhan mendekatkan dirinya dengan Qistina. Qistina melangkah ke belakang. Semakin Qistina melangkah ke belakang, semakin dekat Farhan dengan Qistina. Akhirnya Qistina tidak ada ruang untuk anjak ke belakang. Qistina dah sampai ke dinding pun. Jarak antara mereka hanya tinggal sedikit. Hembusan nafas Farhan dirasai oleh Qistina. Farhan menyentuh pipi Qistina.

"Sayang, ingat tak apa umi mintak?"

"Ingat. Nak baby."jawab Qistina mudah.

"So? How? Are you ready?" soal Farhan.

"I already have baby." kata Qistina.

"Dah ada baby?" pelik Farhan. Baby mana pulak ni??

"You are my first baby, abang" balas Qistina. Tanpa menunggu Qistina mencium bibir Farhan. Mereka bercium agak lama.

"Sejak bila sayang pandai bagi kiss?" tanya Farhan. Jari Farhan sentuh bibir merah Qistina.

"Since our first kiss"malu Qistina.

"Sayang! Dah ready ke?" Qistina terkejut mendengar suara Farhan.

"Aah.. ye..."

" Sayang berkhayal ke?"

"Mana ada" Qistina pergi ke meja solek.

Farhan mencium leher jinjang isterinya. Qistina pejamkan mata dan menghayati ciuman hangat dari suaminya.

"A... Abang." suara Qistina tersekat-sekat.

Farhan menghentikan bercium.

"Get ready sayang. I will wait for you at downstairs."


**********************************

Pasaraya Mydin,

"Sayang. Ambil lah barang yang nak. Abang tolakkan troli."

"Abang, nak asam, jeruk mangga."

"No sayang. Ambil lain!" arah Farhan.

"Abang!"

"No! Nanti sayang jatuh sakit macam mana?" bantah Farhan.

"Sayang will buy Gaviscon abang. Kalau sakit perut, sayang minum lah Gaviscon. Apa susah?" balas Qistina bersungguh-sungguh.

"Abang say no means no! That's it!" kata Farhan dan menarik tangan Qistina untuk pergi ke bahagian lain.

"Hish! Abang ni! I hate you." merajuk Qistina.

"I Love You!" jawab Farhan.

"Qis!"

Qistina dan Farhan menoleh ke belakang.

"Riduwan. Apa khabar?" tanya Qistina.

"Sihat. Kau?" balas Riduwan.

"Aku sihat. Ini, let me introduce you my husband, Tengku Farhan. Aku jemput kau ke majlis aku. Kau yang tak datang."

Farhan dan Riduwan bersalaman.

"Sorry lah Qis. Aku busy sikit. I was at oversea. Urusan kerja"jawab Riduwan.

Riduwan sedih sebenarnya. Qistina crush Riduwan dari zaman sekolah lagi. Namun, Riduwan terima hakikatnya. Dia dan Qistina tak ada jodoh. Dia berdoa agar rumahtangga Qistina kekal hingga jannah. Qistina sebenarnya seorang yang sopan santun, bertanggungjawab, suka tolong orang, peramah dan tidak sombong.

"Okay la Qis. Kita jumpa next time, ye. Congratulations anyway. Take care." Riduwan meminta dirinya. Riduwan takut dia akan mengalirkan air matanya kalau berada di situ. Ye lah! Siapa sanggup tengok crush kahwin dengan orang lain, kan? Mesti sedih.

"Sayang nak pergi ladies section kejap. Abang tunggu sini." arah Qistina.

"Abang nak ikut jugak."

"Buat apa abang nak ikut?"

"Nak tahu la brand apa, size apa yang sayang guna. Nanti senang la kalau sayang lupa beli. Abang boleh tolong belikan." Farhan senyum nakal.

"Apa-apalah!" malas Qistina nak layan.

"Sayang. Ini apa? Kenapa panjang sangat?" tanya Farhan sambil menunjukkan sample yang digantung di situ.

"Ini maternity pad lah abang." terang Qistina.

"Kenapa panjang sangat?" soal Farhan lagi.

Hish lelaki aku ni. Perlu ke tanya soalan macam ni? Aduh!

"Tuala wanita ini guna lepas bersalin, faham? Dah tahu jawapan kan? Jom kita pergi ke bahagian lain." Qistina tarik tangan Farhan supaya keluar dari bahagian itu. Makin lama, makin pelik pula soalan yang akan ditanya oleh Farhan.

"So, sayang akan pakai lepas bersalin nanti lah?" tiba-tiba Farhan mengajukan soalan itu.

"Abang! Sayang belum mengandung pun. Abang dah fikir ke situ pulak."

"Abang akan usaha lebih nanti lepas sayang dah habis haid." berbisik Farhan.

"Dah!Dah! Nak bayar." Qistina mempercepatkan langkah ke kaunter untuk bayar. Tak kuasa nak layan usikkan suaminya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience