Chapter 10

Romance Series 27651

"Abang" panggil Professor Shakira.

Encik Kamaruddin membuka matanya dan memandang sekelilingnya. Mesin elektrokardiogram (ECG) menunjukkan jantung Encik Kamaruddin berfungsi dalam tahap yang tidak biasa. Agak perlahan berbanding dengan jantung orang biasa.

"Abang macam mana? Okay tak?" tanya Professor Shakira.

"Abang okay. Mana Qis?" tanya Encik Kamaruddin.

"Kat luar, abang. Macam la abang tak tahu pasal anak kita." kata Professor Shakira.

Qistina seorang yang takut untuk melawat pesakitnya. Dia tak biasa melawat orang kalau di hospital. Selalunya, dia akan melawat orangnya selepas discharge dari hospital. Itulah Qistina...

"Farhan." panggil Encik Kamaruddin.

"Ye uncle. How are you feeling now?" tanya Farhan. Agak gelisah Farhan masa bercakap dengan Encik Kamaruddin.

"Tolong panggilkan Qis, Farhan. Uncle nak cakap dengan anak uncle."

"Qistina. Uncle panggil kau. Masuklah. Berapa lama kau nak tunggu sini? Kau tak kesian kat uncle?" tanya Farhan.

**********************************

"Ayah. Ayah okay tak? Sakit mana-mana tak? Nak panggil doktor ke?" bertubi-tubi Qistina bertanya masa jumpa Encik Kamaruddin.

"Qistina. Relax. Uncle okay. Sihat. Yang kau gelabah ini apahal?" tanya Farhan.

Farhan tahu Qistina gelisah tengok keadaan ayahnya. Farhan juga tahu Qistina sayangkan ayahnya. Anak mana yang senang hati tengok ayah dalam keadaan sakit, masuk wad? Masa itu Farhan rindukan arwah ayah dia. Dia keluar dari bilik Encik Kamaruddin.

"Qis. Ayah nak tanya. Qis, betul-betul tak sukakan Farhan? Farhan tu ayah tengok baik je. Cinta boleh dipupuk selepas berkahwin. Tak semestinya cinta itu mesti wujud sebelum berkahwin. Ayah tahu. Ayah rasakan Farhan mampu jaga Qis, mampu jadi imam Qis. Tolong kahwin dengan Farhan Qis. Demi ibu dan ayah. Ayah nak tengok Qis kahwin sebelum jadi apa-apa dekat ayah. Tolong Qis." Encik Kamaruddin luah luahan hatinya kepada Qis.

Ada betulnya apa yang dicakap oleh Encik Kamaruddin. Tengku Farhan baik, sopan. Tapi kenapa Farhan berkelakuan begitu dengan Qistina? Betul ke Tengku Farhan nak kahwin dengan Nurul Qistina?


**********************************

"Farhan."panggil Qistina sambil melabuhkan punggung sebelah Farhan.

Farhan menoleh ke arah Qistina. Jelas wajah Farhan sedih. Qistina pelik. Kenapa Farhan sebegitu?

"Awak okay tak? Kenapa nampak sedih?" tanya Qistina.

Farhan hanya mengelengkan kepalanya.

"You don't want to share with me? I can hear you what you want to share. Mana tahu saya boleh tolong awak." pujuk Qistina.

"You won't understand Qistina. Only thing I can tell you is value and respect your parents. Don't regret when they are no more in this world." nasihat Farhan.

"Awak rindukan arwah papa awak ke?" Qistina boleh mengagak yang Farhan rindukan seseorang.

"Hmm." Farhan menundukkan kepalanya sambil merenung lantai.

"Farhan." panggil Qistina lembut.

Farhan menoleh ke arah Qistina. Mereka memandang satu sama lain. Lama mereka diam.

"Erm... Kalau awak tak kisah, boleh saya cakap sikit?" tanya Qistina.

Farhan hanya diam dan memandang Qistina.

"Kalau awak ada apa-apa masalah, you can share with me. And I'm sorry for disrespecting you just now. Thanks for your advice" tutur Qistina.

Pasal hal kahwin, Qistina tak nak fikir dan berbincang sekarang. Biar masa yang menentukan semuanya.

**********************************

"Encik Kamaruddin dah selamat. But jangan kacau sehingga ditukar ke ward biasa. He needs rest. He will be shift to normal ward after his condition is stable. Don't inform him any shocking news. Don't make him stress or angry." bagitahu Doktor Chew kepada ahli keluarga Encik Kamaruddin.

"Alhamdulillah. Qis! Mari kita balik dulu. Nak masak untuk ayah." ajak Professor Shakira.

"It's okay aunty. I already bring food for uncle." Professor Shakira dan Qistina menoleh ke belakang. Tengku Farhan berdiri di belakang Qistina sambil senyum.

"Terima kasih banyak Farhan. Menyusahkan kamu je." kata Professor Shakira.

"No worries aunty. Tak apa-apa susah pun. Kebetulan Farhan dekat area sini je. Tu yang Farhan datang ke sini untuk melawat lepas habis kerja tadi."kata Farhan dan menyerahkan makanan kepada Professor Shakira.

"Aunty, pergi cafe dulu. Nak beli air mineral untuk uncle. You guys talk first." Professor Shakira memberi peluang kepada mereka berdua untuk berbual, mengenal hati budi masing-masing.

"Ni. Perempuan buta. Bila kau nak masuk pejabat?" tanya Farhan apabila bayang Professor Shakira hilang.

"Hish. Mamat ni! Baru je aku nak feeling sikit. Dah buat perangai." rungut Qistina dalam hatinya.

"I will be back in 2 days. By the way, my name is Nurul Qistina. Call me Qistina. Not PEREMPUAN BUTA! Faham? Ke awak nak saya tunjuk IC or birth certificate saya? Baru nak percaya nama saya Nurul Qistina?" jawab Qistina acuh tak acuh.

" Aku just tanya satu soalan. Yang kau menjawab panjang tu kenapa? Kalau satu hari kau tak melawan, memang tak sah kan?" jawab Farhan sambil mengelengkan kepalanya.

Qistina tak mengendahkan apa yang Farhan cakap tadi. Qistina buat tak tahu je. Persis orang pekak...

"Make sure kau settlekan your project at Kota Damansara." Farhan memberi arahan.

"I know."mencebik Qistina.

**********************************

Encik Kamaruddin dibenarkan pulang ke rumah selepas seminggu ditahan di wad. Qistina pula di Kota Damansara. Urus projek di sana. Farhan dan Professor Alisyah berkumpul di rumah Qistina atas jemputan Encik Kamaruddin. Selepas menikmati makanan malam, Farhan duduk di luar rumah sambil merenung kolam ikannya.

"Farhan. Are you busy? Boleh uncle cakap?" tanya Encik Kamaruddin.

"Uncle. Sit first." Farhan bantu Encik Kamaruddin untuk duduk.

"Yes uncle? Anything?" tanya Farhan.

"Uncle nak tanya. Are you serious to marry Qistina?"

Muka Farhan berubah. Dia sendiri tidak mempunyai jawapan. Adakah Farhan betul-betul nak kahwin dengan Qistina? Atau Farhan rasa dicabar dengan mendengar apa yang Qistina cakap haritu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience