Chapter 25

Romance Series 27651

"Good Morning Puan. Hari ini puan ada meeting dengan client dari Jepun, pukul 3 petang." Kamariah mengingatkan Qistina.

"Alright. Lepas tu ada apa-apa tak?"

"Tak ada puan." jawab Kamariah.

"Okay." balas Qistina.

"Good morning abang. I have meeting at 3pm with my Japan client." Qistina memberitahu Farhan melalui WhatsApp.

"Okay sweetheart. Be careful. Message me once you are done with your meeting. Take care." Farhan membalas mesej Qistina.

"Kamariah, masuk dalam." Qistina mematikan butang intercom.

"Puan?" Kamariah masuk ke dalam bilik Qistina.

"Nanti awak pun ikut saya ke meeting itu kan?" tanya Qistina.

"Ye puan." jawab Kamariah. Kamariah pelik kenapa Qistina soal macam itu. Bukan ke selalunya Kamariah ikut Qistina ke semua meeting yang dia pergi.

"Boleh tak awak bawa kereta awak? Sebab saya akan pergi ke Pavilion lepas meeting itu." kata Qistina.

"Pavilion? Puan tak akan balik ke pejabat ke?" tanya Kamariah.

"Ke mana pula perempuan ni pergi? Selalu balik pejabat lepas meeting. Aku kena ikut ke mana dia pergi. Tapi macam mana aku nak ikut dia?" Kamariah berfikir.

"Saya tak akan balik ke pejabat. Saya ada kerja lepas meeting." balas Qistina sambil merenung gambar perkahwinan di atas meja.

"Aku kena fikir cara untuk ikut dia ke mana dia pergi nanti." Kamariah mula fikirkan cara untuk melekat dengan Qistina untuk hari itu.

**********************************

"Bihah, boleh tak kau teman aku pergi Pavilion? Aku nak beli barang." soal Qistina kepada Nabihah.

"Pukul berapa kau nak pergi? Bukan ke kau selalu pergi dengan lelaki kau? Kau gaduh dengan Farhan ke?" Nabihah menyoal.

"Pergi pukul 5 la. Lepas meeting aku habis. Aku nak beli barang untuk birthday suami aku." jawab Qistina.

"Okay la macam tu. Ingatkan apa tadi. Jumpa kau kat Pavilion nanti, babe." kata Nabihah.

"Kamariah, jom. Kita gerak sekarang." ajak Qistina.

"Baik puan." jawab Kamariah sambil senyum. Senyuman Kamariah itu macam ada maksud di sebaliknya.

"Aku akan ikut kau la perempuan." getus Kamariah dalam hati.

"Kamariah, awak follow kereta saya, okay" kata Qistina dan masuk ke dalam kereta.

"Err... Puan." Kamariah ketuk cermin kereta Qistina.

"Ye. Ada apa?" tanya Qistina selepas menurunkan cerminnya.

"Tayar kereta saya pancit. Macam mana puan?" soal Kamariah.

"Pancit?"

"Kalau macam itu, datang dengan saya lah. Tapi saya akan pergi Pavilion lepas meeting. Nanti saya hantar awak ke pejabat lepas beli barang dekat Pavilion, boleh?" tanya Qistina.

"Boleh puan. Saya akan call suami saya." balas Kamariah.

**********************************

"Babe!" Qistina jerit sedikit kuat ke arah Nabihah yang sedang menunggu Qistina.

"Apasal kau lambat sangat?" marah Nabihah sambil menjeling Kamariah.

"Sorry. Meeting habis lambat. Dah lama aku tak jumpa kau" Qistina memeluk Nabihah.

"Apa perempuan tu buat kat sini?" Nabihah berbisik dekat Qistina.

"Dia PA aku kan. Mesti lah dia ikut aku ke meeting. Kereta dia pancit, tu lah dia ikut aku. Nanti aku akan hantar dia balik ke pejabat." cerita Qistina.

"Kau suruh dia balik. Aku tak nak dia ikut kita." Nabihah tegas.

"Babe, jangan la macam ni. Kesian lah dia. Nanti aku hantar lah dia. Dah jom. Kita pergi beli barang." Qistina tarik tangan Nabihah.

"Kau nak pergi mana?" nak tak nak Nabihah ikut Qistina.

"Nak beli barang basah." kata Qistina dan masuk ke dalam supermarket Mercato.

Qistina khusyuk pilih barang-barang untuk membuat kek, masak masakan kegemaran Farhan. Nabihah tolong Qistina untuk memilih barang-barang. Kamariah hanya ikut mereka berdua sambil menolak troli.

"Cis! Aku dah macam maid perempuan ni. Geram aku." Kamariah mencebik dan menolak troli.

Qistina masuk ke bahagian ikan. Tiba-tiba tekaknya rasa loya.

"Bihah, aku nak pergi tandas." bagitahu Nabihah. Qistina cuba sedaya upaya untuk menahan loyanya.

"Kejap lagi babe. Pilih ikan dulu. Lepas tu pergi tandas. Tahan la sikit. Dah ambil semua barang kan." Nabihah tak benarkan Qistina untuk pergi ke tandas seorang. Tambahan lagi Kamariah ada di situ. Nabihah rasa tak sedap hati untuk biarkan Kamariah bersama dengan Qistina.

"Babe, aku tak dapat nak tahan ni." Qistina menekup mulutnya dan berlari keluar untuk pergi ke tandas. Kamariah dan Nabihah ikut Qistina tergesa-gesa.

Uwekkk!

Qistina memuntah segala isi perutnya.

"Qis, kau okay tak?" panik Nabihah.

"Aku okay. Kau tak payah risau, Bihah."

"Kau ada rahsiakan apa-apa dekat aku ke?" curiga Nabihah.

"Mana ada. Tak ada lah" Qistina cuba untuk rahsiakan kandungannya.

"Puan, puan mengandung ke?" soal Kamariah.

Kamariah dah mula rasa Qistina mengandung dari cara Qistina berjalan dan makanan yang dimakan.

"Mmm.. mana ada? Tak ada lah" menjawab Qistina.

"Babe, jangan bohong. Kau mengandung ke?" Nabihah tanya serius.

Qistina dah tak ada pilihan untuk merahsiakan kandungannya. Mesti satu hari nanti semua akan tahu. Akhirnya Qistina mengangguk.

"Kamariah, boleh tak awak tolong beli air untuk Qis?" Nabihah suruh Kamariah untuk belikan air. Nabihah tak nak Kamariah lama di situ.

"Hish! Perempuan ni satu. Halau aku. Aku kena plan ni. Aku nak Qistina merana!" gumam Kamariah dan keluar dari tandas.


**********************************

Ting!

"Farhan, kenal tak siapa dalam gambar ini? Tengok la puas-puas. Siapa tahu kau tak dapat jumpa dia lagi!"

"Qistina!" panik Farhan bila tengok gambar Qistina.

Kamariah masuk ke dalam farmasi untuk beli air dan ubat keguguran.

"Hei perempuan! Kau gembira sebab kau mengandung kan. Aku akan hilangkan rasa gembira kau tu dalam sekejap lagi." Kamariah masukkan pil keguguran ke dalam air yang dibeli untuk Qistina.

"Puan, minum air ini dulu." Kamariah menyerahkan botol air kepada Qistina.

"Terima kasih Kamariah." kata Qistina dan membuka penutup botol air untuk minum. Kebetulan dia rasa haus setelah memuntahkan segalanya.

"Kau minum lah air itu. Sekejap lagi aku akan dengar jeritan kesakitan kau! Be ready to enjoy the feel of pain!" kata Kamariah dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience