"Haera ah awak nak masak apa malam ni? "tanya Jungkook yang sedang duduk di meja makan sambil menongkat dagu. Matanya memerhati setiap pergerakan Haera.
"Ermmm, is spagetti okay for you? "tanya Haera yang mula memotong daging.
Pantas Jungkook menganggukkan kepalanya tanda setuju lantas dia bangun lalu menuju ke arah Haera.
"So saya nak tolong apa? "tanya Jungkook lalu mencapai apron.
"Awak tolong duduk diam kat meja makan sana okay, biar saya seorang je yang masak "jawab Haera sambil tersenyum lalu mengambil apron di tangan Jungkook lantas digantungnya semula ke dinding.
"Ala, biarlah saya tolong awak, walaupun saya tak pandai masak tapi saya boleh tolong mana yang patut"omel Jungkook sambil muncungkan kepalanya.
"My rule in the kitchen no one can disturb me while l'm cooking including you"kata Haera lantas menolak badan Jungkook keluar dari dapur.
Jungkook melepaskan tawa lantas tersenyum memandang Haera. "Okay, sayang masak sedap-sedap tau"tambah Jungkook lalu kembali semula ke meja makan.
Haera menjegilkan matanya dan ketawa kecil perlahan dia menyambung semula kerjanya di dapur.
"Jungkook ah cuba rasa ni dah okay ker sos dia? "panggil Haera lantas menyudu sos lantas meniupnya perlahan.
Senyuman tak pernah lekang dari bibir Jungkook, dia melangkah mendekati Haera perlahan dia memegang tangan Haera lantas dibawa ke bibirnya dia menaikkan ibu jarinya memuji kesedapan sos yang baru dia rasa.
Haera ketawa kecil lantas mengacau sos yang mendidih di dalam periuk. Perlahan Jungkook memeluknya dari belakang kepalanya ditongkatkan di bahu Haera. Bibir Jungkook mengucup lembut leher jinjang Haera.
"l want to stay like this forever Haera ah, holding you in my arm cook me a delicious food and joking around"kata Jungkook sambil mengemaskan pelukannya.
Dia ingin masa itu terhenti saat dia merasai kehangatan pelukan Haera dia ingin selamanya begitu. Kehilangan Hyuna betul-betul membuatkannya sunyi dan sepi dan hanya dengan kerja yang sibuk membuatkannya terlupa akan keinginannya yang paling dia perlu dalam hidupnya.
Dan sekarang Haera memenuhi semua keinginannya, dan dia akan buat apa saja agar Haera akan terus kekal dalam hidupnya dia tidak mahu merasai kehilangan lagi cukuplah hanya sekali.
"Awak jangan cakap nak suruh saya tinggal sekali dengan awak"
"Haa, okay jugak tu saya lagi suka kalau kita tinggal bersama"jawab Jungkook sambil mengucup pipi Haera.
Haera berpusing lantas meletakkan tangannya di pinggang Jungkook.
"Tak nak!" jawab Haera sambil menjelirkan lidahnya.
"La kenapa tak nak? Saya nak awak tinggal dengan saya, saya nak setiap kali saya bangun tidur awak orang pertama yang saya nampak lepas tu saya boleh kiss awak macam ni"kata Jungkook lantas mengucup lembut bibir Haera.
Matanya membulat saat bibirnya dikucup Jungkook pantas tangannya menampar lembut bahu Jungkook.
"Awak jangan nak macam-macam okay"kata Haera sambil menggigit bibir bawahnya.
"Don't bite your lips it makes me go crazy"rintih Jungkook separuh berbisik, Haera mematikan perlakuannya.
"l think l need to get my dessert first"
"What desse.... "belum sempat Haera menyambung ayatnya bibirnya diragut kasar oleh Jungkook. Ciuman Jungkook mulai rakus perlahan tangannya menjalar di pinggang Haera pelukannya makin dikemaskan. Jungkook menggigit lembut bibir Haera.
Lantas itu bibirnya mencium pipi Haera lalu turun ke cuping telinganya dan Jungkook menghisap leher Haera meninggalkan tanda lebam di situ. Haera menggenggam kuat baju Jungkook cuba menahan gelora yang mula menaikkan nafsunya.
Perlahan Jungkook meleraikan ciumannya lantas itu dahi mereka bertemu. Nafas mereka masih lagi kencang.
"I need to stop now or else l can't control myself anymore."
Jungkook menjarakkan dirinya pantas matanya melihat tanda di leher Haera. Jarinya mengusap lembut di situ.
Mata Haera membulat lantas menepis tangan Jungkook di lehernya pantas dia melihat dirinya di cermin.
"Jungkook! Awak buat apa ni macamana nak sorok ni mesti orang nampak"kata Haera sebaik sahaja melihat love bite di lehernya.
"Biarlah orang nampak baru diaorang tahu yang awak tu dah berpunya. "kata Jungkook sambil mengenyitkan matanya lantas melepaskan tawa kecil.
"Kalau satu je tak apa awak buat banyak tahu tak susahlah nak sorok"kata Haera sambil memuncungkan bibirnya.
Jungkook ketawa melihat keletah Haera yang masih lagi membelek lehernya itu.
"Jom makan sayang. Saya dah lapar"kata Jungkook lantas menarik tangan Haera menuju ke meja makan. Haera melepaskan keluhan.
"Then siapa yang nak hidangkan makanan? "Jungkook tersenyum kambing mendengar pertanyaan Haera. Haera mencebik lalu menuju ke dapur semula beberapa minit kemudian dia kembali membawa 2 pinggan berisi spagetti.
Dia meletakkan sebiji pinggan yang berisi spagetti di hadapan Jungkook. "Thank you for the dish sweetheart"balas Jungkook sambil tersenyum.
"Tak payah nak sweetheart sangat lepas makan awak basuh pinggan okay"jawab Haera selamba lantas mula makan tanpa melihat Jungkook yang memandangnya.
"Okay okay"kata Jungkook sambil melihat Haera makan dengan penuh berselera,dia ketawa kecil melihat betapa comotnya bibir Haera.
"Awak ni kan makan comot macam budak kecil tahu tak"kata Jungkook lalu mengesat tepi bibir Haera dengan napkin.
Mata Haera membulat dengan perlakuan Jungkook lantas itu tersenyum kecil lalu menyambung makanannya. Dia meneguk air kosong cuba menyingkirkan perasaan malu yang mula bersarang di hati.
'Hai tahulah dah lapar behave la sikit Park Haera. Buat malu je'bisik hatinya lalu memandang Jungkook sekilas.
Jungkook tersenyum dia tahu apa yang bermain di kepala Haera pasti dia sedang malu sekarang.
'Haera.. Haera awak ni comel lah' bisik hati Jungkook.
__________
Jungkook melangkah menuju ke arah Hyuna angin sejuk pantai betul-betul membuatkan badannya menggigil namun apabila melihat senyuman di wajah Hyuna dia rasa sejuk yand dirasai sejak dari tadi terus menghilang.
"Jungkook ah sini lah! "panggil Hyuna. Jungkook berlari anak menuju ke arah Hyuna lantas memeluknya erat.
Ketawa Hyuna bergema di telinga Jungkook. Ibarat melodi yang sungguh merdu yang takkan jemu didengarnya.
"Awak tak sejuk ke? "tanya Jungkook sambil melihat Hyuna tangannya melingkar kemas di pinggang Hyuna.
"Takpun sebab awak kan ada kalau saya sejuk saya boleh peluk awak macam ni"jawab Hyuna sambil mengemaskan pelukan mereka.
Jungkook ketawa kecil lalu meleraikan pelukan mereka lantas memegang tangan Hyuna lalu berjalan seiring melihat ombak yang memukul pantai.
Hyuna merangkul lengan Jungkook erat lantas melentokkan kepalanya di bahu Jungkook.
"I love this feeling Jungkook being here with you was the moment ever"bisik Hyuna sambil mendongakkan wajahnya memandang Jungkook.
"Then saya akan selalu bawa awak ke sini"jawab Jungkook sambil tersenyum.
Hyuna membalas senyumannya Jungkook membawa tangannya ingin memegang wajah Hyuna namun dalam sesaat Hyuna hilang dari pandangannya lantas dia berpusing mencari kelibat Hyuna namun hanya dia sahaja yang berada di situ.
Reaksi wajahnya mula berubah risau namun selepas itu dia kebingungan kerana dia bukan lagi berada di pantai dia sekarang berada di tepi jalan dan bertambah bingung saat dia melihat di tangannya ada sejambak ros merah dan kotak berbalut hadiah.
"Jungkook ah! "panggil Hyuna di seberang jalan. Pantas Jungkook mendongakkan wajahnya melihat Hyuna yang tersenyum gembira.
Namun selepas itu mata Jungkook membulat saat melihat badan Hyuna melayang setelah dilanggar lori..
"Hyuna ah!!!! "
"Hyuna.. Hyuna.. Hyuna ah"erang Jungkook yang masih memejamkan matanya.
Haera pantas bangun lalu melihat Jungkook yang memanggil nama Hyuna,peluh mula menitik di dahinya.
"Jungkook! Jungkook bangun! Jungkook ah"panggil Haera sambil menggerakkan badan Jungkook.
"Jungkook!" mata Jungkook terbuka saat mendengar Haera memanggilnya kuat. Dadanya berombak kencang. Nafasnya laju. Lantas itu dia bangun terduduk airmata membasahi pipinya bagaikan air hujan.
Haera berasa sayu melihat keadaan Jungkook. Ini kali pertama dirinya melihat betapa terlukanya Jungkook.
"Hyuna ah.. Hyuna ah"bisik Jungkook sambil memegang dadanya. Esakan Jungkook mula kedengaran.
Pantas Haera membawa kepala Jungkook ke dadanya tangannya menepuk lembut belakang Jungkook.
"Ssshh... Ssshhh... Everything gonna be alright"pujuk Haera sambil menggosok belakang Jungkook.
Jungkook mengemaskan lagi pelukan, Haera sedar bajunya mulai basah dek air mata Jungkook namun dia tidak kisah asalkan emosi Jungkook mulai stabil.
Haera menyelimutkan comforter di badan Jungkook lantas dia membawa secawan coklat panas lalu diletakkan di tangan Jungkook.
"Hot chocolate is better when you stressed out or when you had a bad dream"kata Haera bersama senyuman.
Jungkook memandang Haera bersama riak wajah yang kosong, reaksi seperti waktu dia mula-mula kehilangan Hyuna dahulu.
Jungkook pun tidak tahu bagaimana dia boleh mimpikan Hyuna sudah lama Hyuna tidak menjengah tidurnya.
Dan sekarang dia lebih sensitif saat Haera melihat bagaimana dia terluka. Matanya mula berkaca perlahan dia mengesat lembut air mata di tubir mata lantas menghirup perlahan air coklat di tangannya.
Selepas dia menangis tadi Haera membawanya duduk di sofa di dalam biliknya pantas Haera membuka lampu utama menerangi bilik itu.
"Are you feeling better now? "tanya Haera yang duduk di sebelahnya.
Jungkook memandang Haera lalu dia tersenyum sinis.
"Why are you so calm Haera? I call another woman name in my dream"Haera tersenyum mendengar kata-kata Jungkook.
"So awak nak saya awak marah ker? How can l get angry with you Jungkook its not my place to get angry"jawab Haera perlahan.
Lantas itu dia membawa kepala Jungkook lantas diletakkan di bahunya.
"Saya rasa terseksa sangat setiap kali saya mimpikan dia Haera. Its like her torturing me. Saya ingat lepas jumpa awak dia tak menjengah lagi dalam mimpi saya tapi saya silap she always there she haunted me"kata Jungkook sayu.
Haera menolak perlahan Jungkook lalu mengadapnya tangannya mengesat airmata di pipi Jungkook.
"Maybe because you hold on to tight about your past Jungkook. Sehingga dia mula menghantui awak. "
"Awak cakap apa ni"
" Saya cakap apa yang saya rasa Jungkook"
"Apa yang awak rasa tu terjadi pada saya juga Jungkook. The only thing that l need to do is find a way to make it disappear " Haera memandang Jungkook perlahan.
"Dan awak pun perlu buat itu jugak cari jalan untuk dia tidak menghantui tidur awak lagi"kata Haera.
"Its was hard Haera!! I want to be happy with you but she block me and l don't know how to do it"kata Jungkook sedikit kuat namun nadanya sayu.
Haera bangun lalu dia menuju ke meja tidur Jungkook lantas mengambil frame gambar di atas meja lalu dibawanya menuju ke sofa.
Jungkook membulatkan matanya saat melihat frame gambar miliknya dengan Hyuna di atas meja dalam genggaman Haera.
"Awak nak buat apa tu Haera? "tanya Jungkook.
Haera tersenyum sinis. "Something that you will angry to me Jungkook and l'm sorry about it but l had to do it for you"kata Haera lalu melemparkan gambar itu ke lantai.
"No!!"kata Jungkook kuat saat matanya melihat frame gambar itu berkecai di lantai.
Pantas Jungkook bangun lalu menarik tangan Haera digenggamnya kuat jelas dia cukup marah dengan tindakan Haera.
"Awak buat apa ni ha!! "Haera mengerutkan dahinya saat genggaman Jungkook menyebabkan tangannya mulai sakit.
Dia pasti tangannya akan lebam nanti lantas itu sekuat hati dia menolak badan Jungkook menjauhinya.
"Woojin was someone that important to me"
Jungkook memandang Haera tajam saat dia mendengar nama yang dia tidak pernah dengar meniti di bibir Haera.
"Macamana pentingnya Hyuna pada awak begitu juga Woojin pada saya. And l lose him same like you did Jungkook. "kata Haera perlahan.
"Semua tu susah lebih-lebih saya punca pemergian dia."
"Awak nak tahu apa saya buat untuk lupakan dia, saya buang semua barang-barang dia ,gambar dia dan semua yang melibatkan dia saya buang semua tak ada tinggal satu pun"Haera menarik nafas panjang lalu menyambung ayatnya.
"And then l feel free Jungkook, he is not one of my nightmares anymore."
"Dan selagi awak masih simpan semua barang milik awak dan Hyuna selagi tu awak terkandas dalam masa silam awak Jungkook dan sampai bila-bila awak takkan boleh move on." kata Haera lantas meninggalkan Jungkook sendirian dalam bilik.
Share this novel