Bab 7

Fanfiction - KPOP Series 6292

Haera menguap sambil menggosok matanya,tangannya tergapai-gapai mencari handphonenya di meja tidur.

"Hello?" kata Haera setelah menekap telefon ke telinganya.

"Yah!! Park Haera dah pukul dah berapa ni? Janji nak tolong oppa!!!"

Haera menjauhkan telefon dari telinganya setelah mendengar suara Seokjin menjerit.

Pantas dia menepuk kuat dahinya "alamak lupa lah aku kena tolong Jin oppa hari ni. Aishhh macamana boleh terlajak tidur ni"
Bebel Haera sendiri.

"Oppa,sorry saya baru bangun tidur saya pergi restoran oppa sekarang ok!"kata Haera lantas memutuskan panggilan tidak mahu berlama mendengar bebelan Seokjin.

Pantas dia meninggalkan katil lalu menuju keĀ  bilik air.Mengenakan blouse putih beserta seluar slack bewarna hitam dia pantas mencapai beg tangan serta kunci kereta lalu keluar dari rumah.

Kelam kabut Haera keluar dari kereta setelah sampai di hadapan restoran milik Seokjin. Tangannya pantas menyimpulkan rambutnya tinggi dan terus berlalu menuju ke dapur restoran.

"Argghh!! Oppa!! Sakitlah" Haera mengaduh setelah dahinya merah dijentik Seokjin.

"Lain kali datang lambat lagi! Berapa kali dah oppa cakap please be punctual ini tak selalu datang lambat!"marah Seokjin sambil bercekak pinggang matanya tepat memandang Haera.

"Sorry oppa saya terlajak tidur"kata Haera lemah sambil menundukkan kepalanya tidak mahu melihat riak marah wajah Seokjin.

"Tu lah ayat yang sama yang oppa dengar,terlajak tidur! Terlajak tidur! Lepas ni oppa nak carikan awak boyfriend!"kata Seokjin langsung membuat Haera mendongakkan kepalanya dan memandang Seokjin.

"Kenapa nak carikan boyfriend kat saya pulak? Tak ada kena mengena langsung dengan terlajak tidur"

"Ada. Nanti bila awak bangun lambat sekurang-kurangnya boyfriend awak tu ada untuk kejutkan awak!"tingkah Seokjin.

"Tapi....." "No argue anymore oppa akan pastikan yang boyfriend awak tu bukan spesis yang sama macam awak kuat tidur. And now pergi siapkan sos dulu malam ni kita ada special reservation and oppa nak semuanya perfect!"pintas Seokjin mematikan kata-kata Haera lantas dia mengangguk lemah.

"Kalau dah membebel macam makcik tua"bisik Haera sambil berlalu dan mula membuat kerja.

"Oppa dengar awak kutuk tu. Behave Haera nanti oppa potong gaji."

"Okay! Sorry oppa"kata Haera sambil tersenyum paksa.

Dia akui bekerja dengan Seokjin kadang membuat darahnya naik sebab Seokjin seorang yang serius bila bekerja dia mahukan kesempurnaan dalam setiap hidangan yang diberikan kepada pelanggan restorannya.

Jadi dia selalu di marah malah pernah ditengking oleh Seokjin akibat kesilapan yang dibuat di dapur.

Namun oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang kulinari dia sabarkan sahaja hatinya itu.

Seokjin menggelengkan kepalanya dengan karenah Haera walaupun gadis itu selalu menaikkan kemarahannya namun dia memuji kecekalan Haera,dia lebih kuat mental berbanding pekerjanya yang lain.

Tidak pernah menunjukkan yang dia lemah walau berkali-kali dimarahi olehnya.

Malah masakannya memang boleh dipuji walaupun dia tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kulinari namun skill yang dia ada boleh dipuji.

Itu yang membuat dia lebih rapat dan menyayangi Haera. Baginya Haera seperti adik kandungnya sendiri.

Jam menunjukkan pukul 7 pm,restoran mulai sesak dengan pengunjung yang rata-rata hadir bersama keluarga mereka.

Haera sibuk menghias hidangannya. Kejap-kejap dia mengelap peluh di dahi menggunakan tuala kecil.

"Haera pelanggan tu dah sampai kalau dah siap bawakkan hidangan tu ke meja 10!" jerit Seokjin dan Haera menganggukkan kepalanya.

Segera dia menyuruh pelayan membawa keluar lamb steak bersama udang bakar dan dicurah sos pekat ciptaannya itu.

Dia tersenyum berpuas hati dengan hidangannya.

Perlahan dia meneguk air kosong menghilangkan dahaga sejak dari tadi.

__________

Hoseok tersenyum memandang Jungkook yang kelihatan ceria. Sudah lama dia tidak melihat riak ceria di wajah Jungkook selalunya dia lebih dingin dan sukar tersenyum.

Namun malam ini dia berbeza seperti ada perkara yang baik berlaku pada dirinya.

"Hari ni special kan dah lama kita tidak makan bersama-sama" kata ibu Jungkook bersama senyuman di wajahnya sempat dikerling suaminya disebelah.

"Haah,special sebab dah lama tak bersua muka dengan Hoseok"tambah ayah Jungkook dan mereka ketawa kecil.

" Maklumlah orang dah berjawatan besar sekarang ni" bidas Jungkook sambil menjeling Hoseok.

" Nak buat macamana, demi keluarga"kata Hoseok.

"Ermm,tak sabarnya nak rasa makanan kat sini perut dah lapar dah" kata Hoseok sambil memegang perutnya.

"Kamu ni tak berubah langsung masih sama macam dulu"kata ayah Jungkook sambil menepuk bahu Hoseok.

"Sebab tu tak ada perempuan nak kat dia still act like a child" kata Jungkook sambil ketawa lantas mencapai air kosong lalu meneguknya perlahan.

"Amboi sedap betul kenakan Hoseok dah kamu tu bila lagi nak beri menantu kat omma? Omma teringin tau nak dapat menantu" perlian ibu Jungkook membuatkan dia tersedak.

Hoseok ketawa terbahak-bahak melihat reaksi Jungkook. "Tulah kenakan aku lagi kan dah dapat balik pedas giler aunty punya ayat"kata Hoseok sambil ketawa yang bersisa lalu menunjukkan ibu jarinya kepada ibu Jungkook.

Jungkook hanya menjeling tajam. " Omma ni tak ada benda lain nak cakap ker buat hilang mood jew"kata Jungkook sambil memuncungkan bibirnya.

"Omma bukan apa kamu kan dah 28 tahun omma masa seusia kamu dan beranakkan kamu tahu tak, carila perempuan yang sesuai Jungkook untuk dibuat menantu" kata ibu Jungkook sambil mengusap lembut tangan Jungkook.

"Yelah omma nanti Jungkook carikan menantu untuk omma yer"katanya sambil tersenyum paksa sempat dijeling Hoseok yang cuba menahan tawa.

Setelah itu hidangan mereka pun sampai, Hoseok ternganga melihat setiap hidangan yang diletakkan di atas meja,mulutnya sudah tidak boleh bersabar lagi setelah pelayan itu berlalu dia terus menyuapkan makanan ke mulutnya.

"Wah sedapnya, masakan Jin memang tak pernah mengecewakan" kata ibu Jungkook yang memuji masakan Seokjin.

"Aunty! Jungkook! Hoseok! Dan Uncle!" sapa Seokjin setelah berdiri disisi meja mereka.

Ibu Jungkook tersenyum melihat kelibat Seokjin di sisinya.

"Seokjin! Masakan kamu memang sedap sosĀ  ni memang lazat" puji ibu Jungkook sambil menepuk dada Seokjin.

Seokjin tersenyum manis " Sos ni bukan saya yang buat tapi anak buah saya yang buatkan" kata Seokjin sambil tersenyum.

"Yeke? Boleh aunty jumpa dia tak? Sedaplah sos dia aunty nak tahu apa ramuan yang dia isi" kata ibu Jungkook teruja.

"Omma!" tegur Jungkook melihat reaksi ibunya.

"Its okay Jungkook lagipun she is friendly so tak ada masalah kalau aunty nak jumpa dengan dia. Sekejap ye aunty saya panggilkan dia"kata Seokjin lalu berlalu pergi.

"Omma you did it again"kata Jungkook namun ibunya hanya mengangkat bahu tanda tidak endah lantas meneruskan suapannya.

Beberapa minit kemudian Seokjin muncul kembali bersama seorang perempuan yang menbontoti langkahnya.

" Aunty ini Park Haera,dia lah yang buatkan sos tu" kata Seokjin namun apabila Jungkook mendengar nama yang disebut Seokjin dengan drastiknya dia menoleh dan matanya membulat melihat Park Haera dihadapannya. Garpu di tangannya hampir terlucut.

Ibu Jungkook terus bangun lalu menjabat tangan Haera setelah gadis itu memperkenalkan dirinya.

"Park Haera shi?" Haera terus berpaling setelah mendengar namanya dipanggil dan dia terkejut melihat Jungkook di hadapannya.

"Jung..Jungkook?" kata Haera terkejut.

"Kamu berdua ni saling kenal ker?" tanya ibu Jungkook ingin tahu.

Haera memandang Jungkook kelat seolah-olah meminta lelaki itu tidak bercerita hal sebenar pertemuan mereka kepada ibunya.

"Actually she was a friend of mine omma, did you lie to me? You tell me you were a doctor how come you become a chef?" tanya Jungkook sambil memandang Haera tajam.

Semua berpaling memandangnya. "Ya saya memang doktor saya cuma part time je kat restoran ni"jelas Haera sambil memandang Jungkook.

Ibu Jungkook tiba-tiba ketawa lantas dia memegang lembut tangan Haera.

"Kalau Haera ni calon menantu omma memang omma setuju" kata ibu Jungkook sambil mengenyitkan mata kepada Jungkook.

"Omma! Kami kawan je lah" kata Jungkook cuba meyakinkan ibunya.

"Did l miss something Jungkook? You never tell me about her. But l'm agree with your mom. Dia calon menantu yang sesuai" kata Hoseok sambil tersenyum.

"Excuse me, can l know what is this conversation about?"tanya Haera sambil tersenyum paksa mendengar perbualan mereka.

"Mereka bergurau je awak jangan ambil hati tau" kata Seokjin sambil ketawa cuba menenangkan Haera.

Haera tersenyum sambil menerangkan apa ramuan yang diisinya untuk membuat sos itu kepada ibu Jungkook.

Dan Hoseok perasan yang Jungkook tidak mengalihkan pandangannya. Matanya memandang Haera tanpa berkelip. Dan dia tersenyum melihat senyuman terukir di bibir Jungkook.

"Terima kasih Haera sudi berkongsi resipi,aunty harap ini bukan pertemuan terakhir kita,betulkan Jungkook?" kata ibunya sambil tersenyum.

Jungkook dan Haera saling berpandangan.
"Yup ,you will meet again with her omma" kata Jungkook sambil memandang tepat anak mata Haera.

Namun baru sahaja ibu ungkook ingin bertanya soalan kepada Haera tiba-tiba seorang lelaki di hadapan meja Jungkook jatuh pengsan. Bunyi pinggan yang pecah menarik perhatian mereka.

Pantas seorang perempuan, salah seorang ahli keluarga lelaki itu cuba mengejutkan lelaki yang pengsan itu namun tidak berhasil.

"Tolong someone please call ambulance"jerit perempuan tadi.

Tanpa membuang masa Haera terus menuju ke arah lelaki yang terbaring tidak sedarkan diri itu. Namun apabila melihatkan keadaan lelaki itu pantas dia mengambil briefcasenya dari kereta.

"Saya seorang doktor biar saya tengok apa masalah dia" kata salah seorang lelaki yang agak berusia cuba untuk membantu.

"Dia terlibat dalam kemalangan 3 hari lepas dan dia mengadu dadanya mula sakit sejak pagi tadi." kata perempuan itu.

Jungkook melihat Haera yang masih memerhati keadaan lelaki itu. Dan dia tidak pernah melihat riak wajah Haera yang serius.

Seokjin membontoti langkah Haera dan berdiri di tepi Haera.

"Saya rasa mungkin tulang rusuk dia patah"kata lelaki berusia itu sambil tangannya menyentuh dada lelaki yang sakit dan terdengar erangan kecil dari bibir lelaki itu menahan kesakitan.

"Tunggu dulu biar saya cuba tengok" kata Haera lantas duduk mengadap lelaki yang sakit itu. Mereka semua memandang pelik melihat Haera kerana dia masih lagi memakai pakaian chef.

"Saya juga seorang doktor" katanya ringkas. Hoseok dan Jungkook mula merapati Haera ingin melihat apa yang akan dibuat Haera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience