Bab 3

Fanfiction - KPOP Series 6295

Haera mencari-cari handphone miliknya,habis dia menggeledah rumahnya namun tidak juga jumpa. Perlahan dia mengetuk kepalanya "Kau ni kan dari dulu lagi tak pernah nak berubah suka letak barang merata tempat"bebelnya sendiri sambil mencapai handbag dan berlalu keluar.

Dia terpaksalah membeli handphone baru sekiranya handphonenya  yang lama itu sudah tidak jumpa.
Haera memasuki klinik dengan riak muka yang sedih.

"Selamat pagi"ujar Haera sambil menundukkan kepalanya tanda hormat kepada Soohyun dan Yoongi. Lantas itu dia menuju ke bilik rawatannya.

Soohyun dan Yoongi terpinga-pinga melihat cara Haera yang  seperti ada masalah." Kenapa pulak dengan Haera tu?"tanya Yoongi sambil memandang Soohyun.

Soohyun mengangkat bahunya tanda tidak tahu dan setelah itu Yoongi masuk ke bilik Haera.

"Dah kenapa ni monyok pagi-pagi buta?"tanya Yoongi lantas duduk di hadapan Haera."Oppa handphone Haera hilang"luah Haera sedih.Haera terlalu menyayangi handphonenya itu.

"Hurmmm,kenapa cuai sangat ni? Awak letak kat mana? Dia ni kan bila lah nak berubah suka letak merata-rata barang dia"bebel Yoongi sambil menggelengkan kepalanya.

"Oppa jangan cakap macam tu saya tengah sedih ni"tambah Haera lagi."Dah la banyak gambar dan video masa saya kerja kat hospital dulu dalam handphone tu"kata Haera sayu.Yoongi hanya mengelengkan kepalanya sahaja.

Dia seorang saja yang tahu kenapa Haera berhenti bekerja di hospital dan dia tahu betapa pentingnya segala gambar dan video dalam handphone Haera itu. Mujurlah dia sempat membuat copy untuk Haera sebab dia tahu Haera seorang yang cuai.

"Oppa dah buat copy untuk gambar dan video tu semua so tak payah nak buat muka macam ayam berak kapur kat sini"kata Yoongi membuatkan Haera terus memandangnya dengan mata yang bercahaya.Bibirnya terus mengukir senyuman.

"Thank you oppa! I love you!"ucap Haera lantas memeluk Yoongi erat.Yoongi ketawa kecil lantas membalas pelukan  Haera,Haera yang dianggapnya seperti adik kandung sendiri.

"Lain kali cuba hati-hati jangan letak merata-rata barang tu lepas tu bila hilang muka monyok macam ni"usik Yoongi sambil mencubit pipi Haera.

"Yer oppa!"ujar Haera sambil tersenyum." Okaylah oppa pergi dulu kerja elok-elok"kata Yoongi lantas keluar dari bilik Haera.

                                             +

Jungkook tekun mendengar pembentangan dari Taekgu salah seorang staff dari Marketing department.Dia tidak sabar untuk menyelesaikan projek minyak wangi yang baru dikeluarkan oleh syarikatnya.

"Kita akan menggunakan model dari luar negara kerana projek ini akan sampai ke pasaran luar negara so saya dah survey beberapa orang model yang terkenal yang memenuhi kriteria yang syarikat kita mahukan"jelas Taekgu kepada semua yang berada di dalam bilik meeting.

"Kenapa perlu guna model luar negara kenapa tak gunakan model dalam negara?"pertanyaan Jungkook membuatkan Taekgu terdiam,matanya memandang Jungkook tepat.

"Bukan ker produk kita ni untuk pasaran ke luar negara so kenapa perlu gunakan model dari sana this is our company produk and this is Korea.Let them know the beautiful of Korean woman"ujar Jungkook lagi.

"Tapi en. Jungkook saya dah contact model-model tu kalau kita tiba-tiba cancel apa kata management mereka?"kata Taekgu sedikit risau.

"Thats your problem Han Taekgu shi. Lain kali sebelum buat apa-apa keputusan berbincang dahulu thats why we have a word MEETING AND DISCUSSION so siapa yang kat dalam bilik ni setuju kita gunakan model dari negara kita please raise your hand?"ujar Jungkook sambil memandang semua staff yang ada di dalam bilik itu.

Perlahan-lahan mereka mengangkat tangan tanda setuju dengan cadangan Jungkook,Taekgu mengeluh perlahan kertas di tangannya dicampak kasar.Dia akui kesilapannya dan akibatnya itu yang meresahkannya.

Jungkook tersenyum sinis lantas bangun."Meeting kita stop di sini"ujarnya sambil memandang Taekgu sekilas lalu keluar dari bilik itu.

Jungkook membuka butang baju kemejanya lengannya disingsing paras siku dia menyandar di kerusinya perlahan sambil memejamkan mata. Perlahan dia mengurut  kepalanya. Riak keletihan jelas terlihat di wajahnya.

"TOK!! TOK!!" Jungkook menghela nafasnya kasar apabila mendengar pintu ofisnya di ketuk,mengganggu masa rehatnya itu.

"Masuk!" Ujar Jungkook lantas membetulkan duduknya.
Hoseok masuk bersama senyuman yang tak pernah lekang daripada wajahnya." Jungkook!!"panggil Hoseok sambil membuat tarian lucu lantas menuju ke arah Jungkook.

"Yah Hobi! Stop it!" Kata Jungkook cuba menahan ketawa melihat gelagat Hoseok."So childish"tambah Jungkook lagi melepaskan tawanya saat melihat Hoseok yang masih lagi membuat tarian lucunya.

Hoseok tersengih sambil duduk di hadapan Jungkook. Matanya melilau memandang segenap ruang ofis Jungkook." Yah, Jungkook kenapa ofis kau ni langsung tak berubah cuba lah tukar sikit cat dinding ni kelam kusam je aku tengok!"bebel Hoseok sambil menggelengkan kepalanya.

"Aku tahu lah kau tu baru balik sini tapi awal sangat lah untuk kau start membebel Hobi. Chill dulu boleh?"kata Jungkook kepada sepupunya itu.Selama 2 tahun ni Hoseok berada di Jepun menguruskan syarikat keduanya yang berpangkal di Tokyo.Jarang sekali dia dapat berjumpa dengan sepupunya itu.

"Ahhh,penatnya!" Hoseok mengadu sambil menyandarkan badannya di kerusi.Jungkook memandang Hoseok yang nampak keletihan." Still jeg-lagging? Dari Jepun je kot!" Kata Jungkook sambil tersengih sinis.

"Apa kau ingat tak letih! Lepas meeting sana balik sini meeting lagi. Penat tau tak!"bebel Hoseok lagi.
Jungkook ketawa mendengar bebelan Hoseok.

"Dah jom kita pergi lunch!"ajak Jungkook membuatkan Hoseok yang nampak keletihan kembali bertenaga,dia tersengih menampakkan giginya.

"Kita pergi restoran Seokjin okay? Wah,dah lama tak rasa masakan dia. Rindunya!!"ujar Hoseok teruja." Jom! Cepat!!"kata Hoseok lagi lalu menarik Jungkook keluar dari ofisnya.Jungkook tersenyum dengan gelagat Hoseok lantas mereka beriringan keluar dari ofis.

"Kau memang suka ea duduk kat meja ni? Dari dulu sampai sekarang duduk sini je tak pernah lagi aku tengok kau duduk kat meja lain"kata Hoseok sambil memandang ke arah Jungkook. Dia tersenyum nipis.

"Aku suka duduk kat sini,lagipun view dia cantik dari sini kau boleh tengok orang lalu lalang kat luar ni,kau boleh tengok semuanya dengan jelas"kata Jungkook sambil memandang ke luar restoran.

"Atau kau masih nampak bayangan Hyuna?"Jungkook memandang tepat wajah Hoseok,riak wajahnya tegang apabila mendengar nama Hyuna keluar dari bibir Hoseok.

"Tak adalah aku tak fikirkan dia pun"balas Jungkook lantas tersenyum kecil matanya masih memandang Hoseok.

"4 tahun dah Jungkook you have to move on cari perempuan lagi then get settle."kata Hoseok mengundang tawa bagi Jungkook.

" Hobi kau cakap memang senang kalau semua ni semudah apa yang kau cakap l've be really glad but its more hard than you ever imagined Hobi"ujar Jungkook sambil tersenyum pahit.

Hoseok mengeluh perlahan,dia tahu sukar untuk Jungkook melupakan bekas kekasihnya itu. Tapi dia mahu  Jungkook berubah dan mencari pengganti Hyuna.

Sudah 4 tahun peristiwa itu berlaku namun Jungkook masih lagi dibelenggu oleh masa silamnya.Hatinya masih terperangkap dalam penjara yang dibinanya sendiri.

"Aku selalu inginkan kau mencari pengganti Hyuna sekurangnya kau lebih happy dan bahagia aku tak minta untuk kau lupakan Hyuna kerana aku tahu dia takkan pernah hilang dari ingatan kau tapi Jungkook hidup ni perlu diteruskan dan aku bukan selalu pun dapat jumpa kau but please for me try meet a girl and then move on"kata Hoseok seumpama belati menusuk jantung Jungkook.

Move on memang itu yang dia tengah mencuba sekarang namun semua tu terlalu sukar baginya selagi Hyuna masih menghantui tidurnya selagi itu dia sukar untuk move on.

"Hoseok!!"jeritan SeokJin mengendurkan suasana tegang antara Jungkook dan Hoseok.Hoseok tersenyum sambil menuju ke arah Jin lantas memeluknya erat."Yah!! Hyung,rindunya!!"kata Hoseok yang masih lagi memeluk SeokJin.

Namun apabila mereka sedar yang semua pelanggan di restoran itu memandang pelik ke arah mereka,cepat-cepat mereka meleraikan pelukan.

Jungkook hanya tersenyum melihat gelagat Hoseok dan Seokjin." Hi Jungkook!"sapa Seokjin lantas duduk di sebelah Jungkook."Kenapa? Malulah tu,korang ni tak mengira tempat kalau dah berjumpa tak tengok dah sekeliling"bebel Jungkook.

Hoseok tersenyum kelat." Nak buat macamana excited aku dah lama tak jumpa dengan hyung."balas Hoseok selamba.

"Aishh,biarlah diaorang nak cakap apa lagipun bukan selalu pun aku boleh jumpa Hoseok,dia ni busy memanjang"kata Seokjin sambil tersenyum kecil.

"Haa,tu makanan korang dah sampai"kata Seokjin sambil memandang ke arah waiter yang menghantar makanan Jungkook dan Hoseok.

"Wah sedapnya hyung! Semua ni hyung masak ker? "tanya Hoseok teruja saat matanya melihat makanan yang dihidang di atas meja. "Terima kasih hyung! I love u" kata Hoseok sambil membuat flying kiss kepada Seokjin.

Seokjin buat-buat menangkapnya, Jungkook ketawa melihat gelagat mereka lantas itu mereka makan bersama-sama sempat Jungkook melontarkan pandangannya ke luar dan matanya seperti dapat melihat bayangan Hyuna yang melambai ke arahnya dengan senyuman manis. Jungkook tersenyum pahit. Hakikat Hyuna sudah tiada lagi di dunia ini begitu sukar baginya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience