Sebaik sahaja sampai di rumah Jungkook,Haera tidak berenggang darinya. Kalau tak memeluknya dia pasti akan memegang tangan Jungkook.
Jungkook menjadi pelik melihat kelakuan Haera yang terlebih manja itu.
Sekarang mereka berdua sedang menonton filem,Haera memeluk kemas Jungkook dan kepalanya diletakkan di atas dada Jungkook dan dengan jelas dia dapat mendengar degupan jantung lelaki itu.
Mereka berbaring sambil berselimut,Jungkook mengusap lembut rambut panjang Haera.
"Should l move in with you?"tanya Haera tiba-tiba.
Mendengarkan soalan Haera, Jungkook tersenyum sampai ke telinga.
"Why so suddenly? Sebelum ni awak tak nak pun bila saya ajak"kata Jungkook lalu mencium ubun-ubun Haera.
"Ermm, sebabnya satu minggu depan saya kembali bekerja kat hospital semula takut nanti saya busy saya tak ada masa dengan awak. Kalau saya duduk kat sini sekurang-kurangnya ada masa kita berjumpa.
Kedua sebab saya rasa sunyi bila awak tak ada"kata Haera perlahan.
Dia mendongakkan wajahnya lalu mengucup pipi Jungkook sekilas.
Jungkook ketawa dengan tingkah Haera.
"Awak ni kenapa tiba-tiba jadi manja macam ni ha?"tanya Jungkook sambil mengusap pipi Haera.
"2 days l locked myself in a house just me and my fucking problem. Its stressed me out so bad. Couldn't let anyone reach me because its was so hard for myself to faced it. But l was wrong. If l let you in maybe it doesn't hurt this much"kata Haera dalam nada suara yang sayu.
"Sakit sangat Jungkook sakit dia sampai dah tak ada airmata yang keluar"kata Haera dengan reaksi wajah yang kecewa dan terluka.
"I'm sorry that l didn't tell you anything is not that l don't want to but l don't know where to begin. Because the beginning is already fucked up."tambah Haera lagi.
Perlahan Jungkook mengangkat tubuh Haera lalu diletakkan di pangkuannya.
Tangan Haera memeluk leher Jungkook.
"Sebab saya jadi manja macam ni saya tak nak hilang awak macamana saya hilang Woojin. Dalam 2 hari tu saya ada berfikir apa yang jadi kalau awak tiba-tiba tak ada hilang macam yang saya buat, saya rasa saya tak sanggup nak hadapinya. Jadi saya buat keputusan saya nak duduk sini dan cipta memori kita berdua. Saya nak kita buat macam-macam tapi saya nak buat semua tu selepas saya bagitahu awak satu rahsia."Haera menarik nafas panjang.
Dia mengusap lembut pipi Jungkook lalu mencium dahi Jungkook lama.
Lantas itu dia membuka rahsia yang selama ini dia simpan kepada Jungkook.
Jungkook mengenggam erat tangan Haera sepanjang Haera bercerita tentang masa silamnya.
"I want to get a revenge for me,dan dia tak layak digelar ayah. He will suffer like l did Jungkook ah saya akan pastikan hidup dia sengsara"
Jungkook melepaskan keluhan panjang setelah dia mendengar semua cerita tentang Haera. Tangannya yang menggenggam tangan Haera sejak tadi dilepaskan.
Matanya dipejam rapat dia mula mengepalkan tangannya cuba menahan amarah. Dia tidak menyangka ayah Haera begitu kejam terhadap anaknya sendiri.
"Do you want me to help you?"tanya Jungkook sambil memandang tepat anak mata Haera.
Haera tersenyum kecil sambil tangannya mengusap lembut pipi Jungkook.
"No need sayang,l have someone who capable to do that job for me,dan sekarang dah tiba masanya untuk dia lunaskan hutang budi pada saya"kata Haera lalu memeluk Jungkook.
"Jom tidur, hari ni saya penat sangat"Jungkook tersenyum mendengar suara manja Haera.
"Jom"jawab Jungkook lalu mencempung tubuh Haera lalu menuju ke bilik tidurnya.
Haera membuka matanya perlahan,dia rasa segar sedikit tubuhnya selepas mendapat tidur yang cukup. Matanya melihat wajah Jungkook yang masih lena disebelahnya.
Haera mengukir senyuman kecil lalu dia mengemaskan pelukan cuba menghangatkan tubuhnya yang mula kesejukan.
Dia dapat mendengar dengan jelas degupan jantung Jungkook.
Mindanya mula teringat akan Woojin.
"I miss you Woojin hope you rest in peace"bisik Haera.
"Awak dah bangun?"tanya Jungkook dengan suaranya yang serak. Tangannya menggenyeh matanya perlahan.
"Hurmm..Baru je bangun,tapi saya nak peluk awak lagi tak puas"kata Haera lalu mengemaskan pelukannya.
Jungkook menarik wajah Haera lalu menatapnya lembut,jarak wajah mereka begitu rapat sehingga Jungkook dapat rasa nafas Haera di wajahnya.
Dan tanpa membuang masa Jungkook meragut bibir Haera,ciuman mereka lembut tangan Haera yang berada di dada kiri Jungkook mula merasakan degupan jantung Jungkook semakin laju.
Selepas beberapa saat mereka melepaskan ciuman mereka.Haera membuka perlahan matanya.
Dia melihat ke dalam anak mata Jungkook dia tahu apa yang lelaki itu mahukan namun dia belum bersedia lagi.
"Its okay sayang if you not ready l won't force you,okay?"kata Jungkook seperti dapat membaca apa yang Haera fikirkan.
Jujur Jungkook kadangkala tidak dapat menahan gelora nafsunya yang satu setiap kali Haera berada dalam dakapannya namun dia tidak mahu memaksa Haera dia tahu wanita itu trauma akan peristiwa hitam yang menimpanya sewaktu dia remaja. Dia akan menunggu sehingga Haera bersedia.
"I'm sorry Jungkook beri masa pada saya,saya janji bila dah bersedia..."
Jungkook meletakkan jarinya di bibir Haera.
"Its okay,ambil lah seberapa banyak masa Haera saya akan tunggu sampai awak sedia okay?"
Haera tersenyum mendengar jawapan Jungkook.
"Okay,sekarang saya nak awak pergi mandi dulu lepas tu saya turun bawah buat sarapan"kata Haera lalu mengucup bibir Jungkook sekilas lalu turun dari katil pantas menuju ke pintu bilik.
Jungkook hanya tersenyum melihat Haera yang cepat-cepat melarikan diri darinya.
"Haish,comel betul dia"
Jungkook mula membuka selimutnya dah setelah dia melihat benjolan pada seluar pendek yang dipakainya barulah dia tahu kenapa Haera cepat-cepat melarikan diri tadi.Jungkook tersenyum menampakkan giginya lalu bangun menuju ke bilik air membersihkan dirinya.
Dari jauh dia dapat melihat kelibat Jimin yang duduk dibangku berhadapan wad icu.
Haera melepaskan keluhannya dia belum bersedia untuk bersemuka dengan Jimin.
Dia berpaling untuk pergi dari situ namun baru beberapa langkah dia menapak tangannyaa di tarik lembut.
"We need to talk Park Haera"keras suara Jimin tanda dia marah akan Haera.
"We talk when l was ready to face you Park Jimin tapi sekarang mental saya belum cukup kuat untuk bersemuka dengan oppa. Jaga diri dan omma saya akan cari oppa bila saya dah ready nanti"kata Haera lalu menepis tangan Jimin lalu pergi dari situ.
Haera meraup wajahnya perlahan pertemuan dia dengan Jimin tadi mula mengusutkan fikirannya,dia berada di rooftop hospital ketika itu cuba menenangkan fikirannya yang kusut.
"Haish,l really need Jungkook right now"bisik Haera sambil teringatkan lelaki itu,lelaki yang berjaya buatkan dia lupa tentang masalahnya.
"Rara ah"
Haera berpaling melihat gerangan yang memanggil namanya serentak itu jantungnya berdegup kencang.
"Shit"
sorry for late update guys author is busy
Share this novel