Bab 25

Fanfiction - KPOP Series 6295

Haera duduk sambil menggenggam kedua tangannya.Fikirannya tepu dengan masalah tentang omma.

Dia tersentak saat professor Cha menghulurkan secawan kopi,dengan perlahan dia menyambut huluran itu lantas meneguk perlahan kopi panas di tangannya.

"Rara ah,hari tu omma ada bagitahu Yoongi yang omma nak kamu bekerja semula di hospital ni,ada Yoongi bagitahu kamu?"tanya professor Cha.

"Tak ada pun omma,oppa senyap je mungkin dia lupa kot"

"Habis tu apa jawapan kamu kalau omma nak kamu bekerja di hospital ni semula? Kamu sudi tak?"

Pertanyaan Professor Cha dibiar sepi lantas dia berfikir tentang masa silam dia,tentang Woojin dan Woohyun dan omma yang masih di wad icu. Haera tersenyum kecil.

"Okay Haera akan bekerja semula kalau itu yang omma nak. Cukuplah dua tahun Rara buat omma rindu. Hehehe"Professor Cha menarik nafas lega tatkala mendengar jawapan Haera. Dan sebenarnya itu yang dia teringin dengar dari mulut Haera.

Dia tahu gadis itu banyak menanggung beban di bahunya namun wajah cerianya tidak mampu menutup segala derita yang ditanggung. Professor Cha tahu akan rahsia tentang masa silam Haera tapi dia memilih untuk mendiamkan diri.

"Baguslah lega omma dengar jawapan Rara. Tak adalah omma asyik rindukan Rara."

Haera membalas kata-kata professor Cha dengan senyuman kecil.

"Pasal ibu kamu,omma akan letak nama dia dalam senarai untuk dapatkan penderma jantung. Cuma omma nak Haera kuatkan semangat ya jangan risau omma akan pantau kesihatan ibu kamu"

Haera menganggukkan kepalanya setelah mendengar kata-kata dari professor Cha.
Perlahan dia mengenggam tangan professor Cha sambil memandang segenap wajahnya.

"Rara sentiasa percayakan omma,pasal Rara omma jangan risau,Rara okay je"kata Haera lembut lantas memeluk lengan professor Cha.

Jungkook tersenyum memandang ke arah Haera dan lantas itu dia berlalu menuju ke tandas untuk membasuh muka segarkan matanya yang mengantuk.

"Hobi kau jalan tu jangan cepat sangat boleh tak,penat aku kejar kau ni"bebel Taehyung sambil berjalan laju untuk seiring dengan Hoseok.

"Kau ni lambatla Tae,dah lah lama aku tunggu kau bersiap tadi mengalahkan perempuan tahu tak"kata Hoseok sambil bercekak pinggang matanya mencerlung ke arah Taehyung.

"Lama apa sejam je kot"kata Taehyung sambil muncungkan bibiirnya.

"Sejam je kot kau cakap,kalau orang nak mati dah mati dah kalau tunggu kau bersiap..."

"Arghh! Hyung sakitlah!" Hoseok dan Taehyung mengaduh saat kepala mereka diketuk Seokjin.

"Tau pun sakit korang tahu tak ni hospital jangan bising boleh tak ni bergaduh macam budak kecil. Tu semua orang tengok kita malulah sikit"bebel Seokjin perlahan sambil menggelengkan kepalanya.

"Yela,sorry hyung tak sengaja. Hehehe"kata Taehyung sambil menggosok belakang lehernya.

"Jomlah wad icu dah dekat"kata Seokjin lalu mereka membelok ke kanan dan dari jauh mereka dah nampak kelibat Haera dan Jungkook serta beberapa orang doktor di hadapan wad icu.

"Korang datang"sapa Jungkook yang masih berpakaian semalam,dia tidak pulang ke rumah lagi demi temankan Haera.

Perlahan Taehyung menghulurkan satu beg kertas kepada Jungkook.

"Nah aku tahu kau mesti tak balik lagi ni aku ada bawak baju kau so kau boleh la tukar"Jungkook tersengih lalu menyambut huluran Taehyung.

"Thanks bro you are the best"kata Jungkook lalu memaut lembut bahu Taehyung yang sudah tersenyum.

Mereka memerhati Haera dan beberapa orang doktor tengah berbincang nampak begitu serius sekali,Seokjin berasa sayu melihat Haera yang jelas tertekan.

"Kau okay tak ni Haera? Kau tidur tak semalam? Teruk eye bag kau"tegur Jieun.

"Kau rasa aku ada masa untuk tidur, dengan keadaan omma aku macam ni."

"Jangan paksa diri kau Haera,nanti tak pasal-pasal kau yang jatuh sakit. Jimin kan dah ada tunggu kat dalam kau balikla dulu mandi rehat pastu kau datangla semula." Haera mengeluh panjang.

Haera melepaskan keluhan.

"Aku nak cakap something dengan Jimin lepas tu aku baliklah"ujar Haera sambil menutup mulutnya yang menguap.

Dalam kerancakan perbualan antara Haera dan Jieun ada seseorang yang matanya tidak lepas dari memandang ke arah mereka.

Taehyung memandang tepat wajah milik gadis yang sedang berbual dengan Haera.

Entah kenapa saat gadis itu berkalih ke arahnya sebentar tadi seakan magnet matanya melekat di wajah gadis itu dan yang lagi meresahkan jantungnya mengepam dengan laju.

'Takkanlah aku sukakan dia pulak,haishh, tak pernah aku rasa macam ni biar betul'bisik hati Taehyung.

Sungguh dia hairan akan perasaannya ketika itu padahal bukan dia tak pernah berjumpa dengan wanita yang lebih cantik dan seksi daripada gadis itu bahkan kerjayanya sebagai ceo dan juga model umpama sebagai tiket untuk dia berdamping dengan mana-mana perempuan yang dia suka.

Namun dia bukanlah kaki perempuan baginya hati perempuan bukanlah alat untuk dipermainkan.

Sebab itu dia lebih suka membujang namun sekarang dia tahu gadis itulah yang ditunggu selama ini walau fikirannya cuba menidakkan namun hatinya kuat mengatakan gadis itu adalah jodoh yang ditunggu selama ini.

"Kau tengok sapa Tae?"tegur Hoseok sambil memeluk tubuhnya.

"Aku tengok Haera kenapa?"soalan Taehyung disambut dengan senyuman nakal.

"Yeke kau tengok Haera,ke kau tengok perempuan depan Haera tu"kata Hoseok sambil ketawa.

"Mana adalah"jawab Taehyung lantas berdehem kecil.

"Yela tu,tapi kan cantiklah perempuan depan Haera tu,manis je muka dia tergugat pulak hati ni"acah Hoseok sambil memandang Taehyung.

"Kau ni kan pantang nampak perempuan cantik semua nak! Tu kan kawan Haera tak payahla nak mengada-ngada usha dia"marah Taehyung.

Hoseok tertawa kecil melihat air muka Taehyung.

"Aku dah cakap kau memang pandang perempuan tu eleh tak nak mengaku konon aku usha nanti melepas kau. Maklumlah siapa yang tak nak kan dengan wajah tampan aku ni"kata Hoseok sambil mengelus wajahnya itu. Taehyung mencebik.

"Tak payah kalau dia tengok aku lagi terpikat aku kan worldwide handsome. Hehehe"

"Jin oppa!"

Mereka melangkah mendekati Haera setelah gadis itu memanggil mereka.

"Jungkook mana?"tanya Haera sekilas

"Dia pergi tukar baju"jawab Hoseok,Haera menganggukkan kepalanya.

"Haa,kenalkan ni kawan Haera,Kang Jieun nama dia"kata Haera sambil memandang Jieun.

Jieun tersenyum malu saat dia diperkenalkan dengan jejaka yang handsome di hadapannya.

Dan matanya terpaku saat melihat salah seorang daripada mereka.

'Kim Taehyung!'bisik hati Jieun girang. Mahu tak girang dia macam Haera lah sukakan Kim Taehyung. Dari dia belajar di universiti lagi dia selalu follow story tentang Taehyung.

Mujurlah syarikat Taehyung hanya keluarkan pakaian lelaki sahaja kalau ada pakaian wanita mahu tiap-tiap bulan dia beli baju keluaran syarikat milik Taehyung.

"Hai,saya Hoseok tapi boleh panggil Hobi"kata Hoseok sambil menghulurkan tangannya.

Jieun tersenyum sambil membalas huluran tangan Hobi.

"Dan saya Seokjin boleh panggil Jin oppa"kata Seokjin sambil mengenyitkan matanya.

"Baik Jin oppa"

"Dan saya..."

"Kim Taehyung" mata Taehyung membulat saat namanya meniti di bibir Jieun.

"Saya kenal awak,saya Jieun"

Haera ketawa melihat gelagat Jieun. "Dia macam saya Taehyung,she fan of you,kau ni agak-agaklah namak sangat kau teruja jumpa Taehyung"usik Haera sambil menyiku lengan Jieun.

Jieun tersengih menampakkan kedua lesung pipitnya membuatkan gadis itu tampak lebih manis di mata Taehyung.

"Well nice to meet you Kang Jieun shi"kata Taehyung bersama senyuman manis sambil menghulurkan tangannya kepada Jieun.

sorry for the late updated..busy sikit..next chapter will released next week..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience