Bab 30

Fanfiction - KPOP Series 6224

Yoongi memandang Jimin yang masih mengelamun jasadnya sahaja yang ada di situ namun rohnya entah ke mana.

"Nah,kopi untuk kau"kata Yoongi sambil menghulurkan secawan kopi kepada Jimin.

Lambat-lambat Jimin menyambut huluran kopi Yoongi.

"Berdasarkan cerita kau Haera dah tahu appa kau masih hidup,jadi dia pun tak nak jumpa kau. Kalau akulah jadi dia kau ni dah lunyai kena tumbuk dengan aku"kata Yoongi berbaur kemarahan.

Jimin berpaling menatap wajah dingin Yoongi.

Dia menelan air liurnya kasar,panahan mata Yoongi betul-betul membuatkan dia takut. Itu belum lagi Haera.

"Kau dah tahu dia benci sangat dengan appa kau kenapa lah kau rahsiakan perkara penting macam tu daripada dia kan dah mendapat sekarang,dia pun tak nak jumpa kau"balas Yoongi sambil menyilangkan kakinya lalu menghirup kopi yang berada di tangan.

"Ha..Habis tu aku nak buat apa sekarang?"tanya Jimin perlahan.

"Ermm,kau tunggu jela adik kau tu lembut hati datang jumpa kau sendiri. Sekarang ni kau hadaplah silent treatment yang dia bagi kat kau"kata Yoongi lalu bangun lantas mencapai dompet dan kunci keretanya.

"Kau nak pergi mana?"tanya Jimin sekilas.

"Aku nak pergi jumpa Haera sekejap. Dia mesej aku nak jumpa. Oklah kau kalau lapar order jela kalau malas ramen ada dalam almari dapur tu"kata Yoongi lalu pantas menuju ke pintu.

Jimin melepaskan keluhan lantas dia menyandarkan badannya ke sofa matanya dipejam sambil jarinya mengurut kening.

'Aduh,menyesal aku tak cerita perkara sebenar. Haera maafkan oppa'bisik hati Jimin.

Yoongi meletakkan beg berisi makanan di hadapan Haera membuatkannya yang tengah ralit bermain handphone mendongakkan kepalanya.

"Yoongi oppa!"panggil Haera ceria, Yoongi mengukir senyuman,syukur Haera masih ceria walau ribut melanda dalam hidup wanita itu.

Perlahan Yoongi duduk di tepi Haera beg makanan di letakkan di sisinya.

"Lama awak menghilang ingatkan tak ingat oppa dah"jawab Yoongi sambil meletakkan tangan di kepala bangku jarinya mula bermain dengan rambut Haera.

"Saya busy sikit,Jimin ada datang jumpa oppa tak?"tanya Haera.

Yoongi melepaskan tawanya." Jimin tu oppa tengok macam orang mati bini pun ada. Ada je kat rumah oppa tak reti-reti nak balik nak halau pun kesian kang meraung pulak nanti"kata Yoongi.

Haera hanya tersenyum mendengar kata-kata Yoongi.

"Habis tu sampai bila awak nak pulaukan Jimin,awak tahu kan dia tak tahu apa-apa cuma silap dia satu je tak cerita kat awak yang appa awak masih hidup"tambah Yoongi lagi.

"Hurmm biarlah dulu Jimin tu,biar dia rasa sakit dulu siapa suruh dia rahsiakan oppa jangan risaulah dia kan doktor psikologi takkan semudah tu dia nak mengalah"kata Haera sambil menatap Yoongi.

"Nakal ea,kesian Jimin dah appa awak macamana dah tahu dia kat mana?"tanya Yoongi.

Haera mengenyitkan matanya kepada Yoongi.

"He with Charles"Yoongi tersengih mendengar nama Charles keluar daripada mulut Haera.

"Well if he with him then he really living in a hell that man was handsome but devil living inside him"Haera menganggukkan kepalanya tanda setuju.

"Oppa ingat tak apa yang jadi pada gangster yang bunuh Woojin?"tanya Haera.

"Ingatlah tragik sungguh kematian dia,sampai oppa takut tengok Charles masa tu,tak nak tengok dah lepas ni scene macam tu oppa seminggu tak tidur malam."kata Yoongi sambil menggelengkan kepalanya.

Masakan mereka lupa apabila lelaki itu diseksa dahulu sebelum dibunuh oleh Charles dengan kejam. Dan semua itu dibuat dihadapan mereka,supaya mereka tahu yang Charles akan lindungi orang yang pernah selamatkan nyawanya,dan berikan hukuman setimpal kepada orang yang menyakiti mereka.

Itulah akibatnya apabila syaitan yang tersembunyi dikejutkan, Charles bukanlah seseorang yang boleh dilayan sambil lewa. Dan kini giliran appa Haera pula yang menjadi mangsanya.

"So Jungkook macamana pulak?"tanya Yoongi sambil membuka beg  berisi makanan dan menyerahkan sandwich kepada Haera.

"He really love me to the point he accept me even he know the sin l have done in the past."Haera tersenyum kecil.

Jungkook sama macam Woojin,gila! Ya mereka berdua gila sebab masih lagi cintakannya walaupun mereka tahu perkara yang sebenar tentangnya.

"Walaupun oppa tak tahu dosa apa yang awak lakukan tapi kalau Jungkook terima awak seadanya jangan lepaskan lelaki macam dia,dan oppa doakan awak bahagia dengan dia sampai bila-bila"kata Yoongi sambil mengusutkan rambut Haera.

Ya Yoongi tak tahu tentang dosanya itu. Hanya Woojin dan Jungkook sahaja yang tahu.

Dan dia tak pernah menyesal melakukannya kerana manusia keparat seperti itu tidak layak untuk hidup.

Jieun sudah berdiri dihadapan syarikat milik Taehyung namun dia dalam dilema nak masuk ke tak nak.

Dia berhajat nak pulangkan kot yang Taehyung pinjamkan padanya sewaktu mereka makan malam bersama-sama.

Namun makan malam itu terganggu selepas dia menerima panggilan kecemasan dari hospital dan jelas riak wajah Taehyung kelat selepas dia ditinggalkan semasa mereka sedang makan.

Dan kerana kesejukan malam Taehyung pinjamkan kotnya kepada Jieun dan tanpa banyak bicara Jieun ambil kot itu dan terus keluar daripada restoran.

Dan sekarang perasaan bersalah menghantuinya.

"Hish,nak masuk ke tak nak,kalau masuk kang tebal tak muka aku"bisik Jieun sambil mundar-mandir dihadapan syarikat milik Taehyung.

"Ah,lantaklah dia nak fikir apa pun janji aku pulangkan kot dia ni"kata Jieun dan akhirnya dia melangkah jua masuk ke dalam syarikat itu.

Saat dia melangkah masuk dia terpegun dengan ciri-ciri moden yang ada di dalam bangunan itu.

Perlahan dia menuju ke kaunter pertanyaan.

"Hello cik,tumpang tanya kalau nak jumpa Encik Kim Taehyung kena buat appointment ker?"tanya Jieun.

"Cik ni siapa ya?"tanya perempuan yang berada di kaunter pertanyaan itu.

"Saya kawan Encik Kim Taehyung"jawab Jieun.

"Nama cik apa?"

"Kang Jieun"

"Sekejap saya cuba hubungi Encik Kim"kata perempuan itu lalu mengangkat telefon dan mendail nombor.

"Hello Encik Jang,ni dari kaunter pertanyaan ada seorang perempuan namanya Kang Jieun dia cakap dia kawan Encik Kim dan nak berjumpa dengannya"kata perempuan itu.

"Oh ya Encik Kim ada dekat set penggambaran,okay saya akan beritahu cik Kang"kata perempuan itu lalu meletakkan gagang telefon.

"Cik Kang Jieun jom ikut saya,saya tunjukkan dimana Encik Kim berada"kata perempuan itu lalu menuju ke arah lif.

Dan Jieun hanya membontoti langkah perempuan itu.

Jieun tiba di tingkat 5 sebaik sahaja dia keluar dia menuju ke hujung koridor lalu membelok ke kanan dan sebaik sahaja dia membuka pintu kelihatan ramai orang yang sedang sibuk membuat persediaan untuk penggambaran.

Dan dari jauh dia dapat melihat Taehyung sedang sibuk dengan sesi penggambarannya.

"Cik Jieun tunggu kat sini ya sekejap lagi Encik Kim dah siap jadi cik Jieun bolehla berjumpa dengannya"

Jieun hanya menganggukkan kepalanya lalu dia menunduk hormat.

"Terima kasih"ucap Jieun sekilas.

Matanya memerhati dan menghayati keindahan di hadapan matanya.

Dia memuji kekacakan Taehyung yang segak bersut kelabu gelap yang sedang membuat beberapa posing.

Jieun tidak sedar berapa lama dia menunggu Taehyung sehingga dia mula rasa lenguh di kaki kebetulan dia memakai kasut tumit tinggi hari ni.

Sengaja pakai sebab datang ke syarikat kan takkan dia nak pakai selipar crocodile yang dia selalu pakai semasa di hospital.

Sebaik sahaja Taehyung siap penggambaran Jieun menuju ke arahnya.

Dan apabila Taehyung bertentang mata dengan Jieun nampak aura dingin lelaki itu.

'Dia merajuk lagi ker dengan aku?'bisik hati Jieun.

Namun bila Jieun lihat Taehyung hanya berlalu pergi jadi betul lah jangkaannya yang lelaki itu masih merajuk.

"Its okay Jieun ah,you will find the right man after this just admire him like before don't raise your hope up"pujuk hati Jieun dan tanpa membuang masa dia keluar dari bilik itu.

Taehyung and Jieun scene the next chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience