Haera tersenyum menampakkan giginya yang putih, langkah kakinya semakin laju menuju ke pintu masuk Green Cafe.Dia berpakaian simple sahaja mengenakan tight jeans lusuh dan baju sweater berwarna pink rambutnya yang panjang dibiarkan lepas.
Sebaik sahaja dia masuk matanya tertancap pada sesusuk tubuh wanita yang berada di meja hujung di tepi dinding dan sibuk bermain dengan handphonenya.
"Kang Jieun!!!"sergah Haera."Yah!!! Park Haera!! Kau ni kan selalu terkejutkan aku macam ni"marah Jieun sambil mengurut dadanya."Kalau aku sakit jantung macamana?!"marah Jieun lagi. Haera hanya ketawa kecil melihat reaksi Jieun.
"Kau ni kan bagi ayat samalah macam oppa aku"katanya sambil ketawa."Apa gelak-gelak! Kau ingat kau cantik gelak macam tu"marah Jieun lagi.
"Olorh,Kang Jieun kita dah marahlah buruknya muka dia muncung macam ni"ejek Haera sambil mencubit pipi Jieun."Yah!! Sakitlah!!"marah Jieun sambil mengusap pipinya.
"Haa..Kau ni kenapa tiba-tiba muncul kat sini? Semalam aku call kau kenapa tak angkat?"bebel Jieun.Haera menarik muka sedih." Macamana aku nak angkat handphone aku hilang"Jieun menggelengkan kepalanya.
"Padan dengan muka kau,tu la barang selalu letak merata-rata"bebel Jieun." Kalau dah hilang kenapa kau tak beli handphone baru? Kau kan gaji besar takkanlah handphone pun tak boleh nak beli"ejek Jieun sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.
"Tak adalah sebesar gaji kau,aku nak cari dulu handphone tu aku tak habis cari lagi kat rumah aku tu"kata Haera.
"Jieun,kenapa aku tengok kau sekarang ni makin garang? Kadang macam singa pun ada aku tengok gaya kau ni"tanya Haera sambil tersenyum.Jieun mengeluh perlahan.
"Ni semua sebab kau punya pasal lah,kalau kau tak berhenti professor Cha takkan pressure aku tak adalah aku garang macam ni. Haera ah aku sebenarnya stress kau kan tahu professor Cha tu adore kau sangat,kau tu ibarat right hand dia tiba-tiba kau berhenti of courselah dia macam hilang punca dan yang tinggalnya aku ni. Yang selalu menjadi tempat dia melampiaskan kemarahan dia."luah Jieun sedih,Haera mula menjadi serba salah.
"Sorry Jieun ah tapi kau tahu kan reason aku berhenti"kata Haera sayu sambil menggenggam tangan Jieun.
"Ya,aku tahu tapi Haera sampai bila kau nak kerja kat klinik tu,sayang kau tahu tak skill kau tu sepatutnya kau guna skill yang kau ada untuk selamatkan orang kau tahu kan CS bukan ramai sangat pakar yang ada kat Korea ni."kata Jieun lagi.
"Tu bag galas yang kau bawak selalu tu kau ingat aku tak tahu apa yang ada dalam beg kau tu semua emergency kit kan,mahal kot semua tu tapi kau beli juga sebab apa kau tak give up lagi kan untuk jadi CS semula"tambah Jieun.
Haera mengeluh perlahan."Kau ni semua benda kau tahu sejak bila kau tukar profesion ni daripada doktor bertukar jadi detektif ni"kata Haera sambil tersengih.
"Tengok tu ubah topik lagi,asal aku membebel je ubah topik. Ikut kau lah Haera aku dah banyak kali nasihat kau, kau kan dah besar panjang macam ni kau fikirlah sendiri lagipun tu kan hidup kau aku boleh nasihat je."luah Jieun lagi.
"Yer Jieun sayang aku fikirkan bagi aku masa ok"kata Haera memujuk Jieun."Bagi masa kau cakap Haera,tak cukup lagi ker masa kau ambik? Dah 2 tahun dah Haera,kau nak tunggu sampai bila 5 tahun? 10 tahun?"bebel Jieun lagi.
Haera paling tak suka kalau Jieun dah start membebel dia akan jadi sama macam Jimin,abangnya."Haishh,kau ni kalau dah start membebel sama je macam Jimin oppa.Tak boleh nak berhenti."kata Haera.
"Okay Jieun kali ni aku fikir masak-masak seriously nanti aku dah bersedia aku balik semula bekerja kat hospital tu"sambung Haera lagi memujuk Jieun.Jieun mengangguk perlahan,bibirnya mengukir senyuman.Berpuas hati dengan jawapan Haera.
"Okay,aku tunggu kalau tahun depan masih macam ni,siap kau"gertak Jieun,Haera ketawa melihat reaksi wajah Jieun."Yalah,So kau cakap kau stress kan apakata malam ni kita pergi club"ajak Haera sambil tersengih.
Mata Jieun bercahaya mendengar ajakan Haera,bibirnya mengukir senyuman dia sudah lama tidak ke club disebabkan kekangan kerja yang tidak mengira masa.
Kebetulan pula esok dia cuti,bolehla dia menerima ajakan Haera itu."Okay aku setuju,tapi kita pergi sekali ok aku ambil kau malam ni"kata Jieun.
"Ok tapi kau jangan pulak tinggal aku,kau tu pantang dah jumpa lelaki hensem terus tak ingat aku. Berapa kali dah aku kena lastly aku kena balik sendiri."Jieun membuat muka tidak bersalah mendengar kata Haera.
Dia akui dia selalu tinggalkan Haera."Haish,nak buat macamana diaorang goda aku dulu"kata Jieun sambil ketawa.
"Banyaklah kau punya goda,oklah aku balik dulu masa lunch kau pun dah nak habis kan so kita jumpa malam ni ok! Bye babe"ujar Haera lantas meninggalkan Jieun yang masih lagi tersenyum.
+
Haera mengenakan dress ketat berwarna merah paras paha,dia mengenakan makeup yang simple dan rambutnya yang panjang diikat toncang manakala Jieun mengenakan dress berwarna sky blue namun dressnya lebih pendek jika dibandingkan dengan Haera.
Mereka memasuki club dengan wajah yang ceria maklumlah sudah lama mereka tidak enjoy. Mereka terus menuju ke bar lantas memesan minuman. "Vodka satu kau Haera nak apa? "tanya Jieun. "Bagi aku coke la" Jieun tergelak kecil "Yah kita kat club ni apasal kau order coke pulak?" Kata Jieun sambil memandang Haera pelik.
"Haish kau ni,aku ni nak standby je mana tahu kau tinggal aku kejap lagi lepas tu bila aku pun sama macam kau nanti drunk, orang ambil kesempatan kat aku macamana?"kata Haera sambil mengangkat kening kepada Jieun.
"Kau ni kan no fun lah"kata Jieun lantas meneguk vodka. Haera melepaskan tawanya. Sambil menikmati minumannya Haera melihat suasana di dalam club.
Ramai orang yang sedang menari di dance floor dan apabila dia memandang ke arah satu sudut dia tersenyum seakan dia nampak sesuatu yang menarik di situ.
Jungkook meneguk minumannya sambil melihat ke segenap ruang club. Hoseok dan Taehyung sibuk dengan date mereka.
Hoseok memandang Jungkook sambil tangannya memaut erat pinggang seorang wanita yang seksi yang dikenali sebagai Minji.
"Why? Did you jealous? Go find a woman Kookie"ujar Hoseok sambil tersenyum menampakkan giginya. Taehyung sedang sibuk mencium Sumi wanita yang dilihatnya berkali-kali keluar bersama Taehyung.
Jungkook membuat reaksi meluat,setelah itu pandangan matanya terpaku melihat sesusuk tubuh yang dikenali. 'Park Haera'bisik hati Jungkook lantas itu bibirnya mengukir senyuman.
Dia memerhatikan Haera yang masuk ke dalam club bersama temannya,dan saat mata Haera memandang ke arahnya cepat-cepat dia melarikan pandangan matanya.
Bimbang kalau Haera perasankan dia memerhatikannya. Dari ekor mata Jungkook tahu yang Haera sudah perasan kehadirannya di club itu.
Jungkook melihat Haera dan temannya menari di dance floor,jantungnya berdebar-debar saat Haera melakukan tarian yang seksi, dengan dress yang ketat itu Jungkook dapat lihat lekuk tubuh Haera yang mengiurkan. Rambutnya yang diikat toncang menampakkan lehernya yang jinjang.
Jungkook mula rasa kelainan pada dirinya sendiri. Sebelum ini ramai perempuan seksi yang mahukannya namun mereka tak pernah mampu menggoncang nafsu lelakinya. Namun apabila Jungkook melihat Haera, dia rasa sesuatu yang sudah lama terpadam dari hidupnya.
Apa yang dirasakannya sekarang, dia ingin mendekati Haera dan ingin memeluk Haera namun disebabkan egonya niatnya itu dipadamkan sahaja. Dia cuba menahan gelora di hatinya lantas bangun menuju ke bar.
Dalam pada dia ingin memesan minuman Jungkook nampak ada seorang lelaki memasukkan sesuatu dalam minuman Haera dan belum sempat dia berbuat apa-apa Haera muncul lalu meneguk minumannya itu.
Jungkook mencari kelibat lelaki tadi, dan dia lihat dalam keramaian orang di dalam club itu anak matanya menangkap senyuman sinis yang dilemparkan oleh lelaki itu.
Cepat-cepat dia berpaling ke arah Haera namun gadis itu sudah hilang dari pandangannya,Jungkook mencari semula lelaki itu namun dia juga sudah hilang dari tempat dia berdiri tadi. Jungkook mula risau akan keselamatan Haera.
Dia mencari Haera di segenap ruang dalam club namun tidak jumpa,lantas itu dia menuju ke arah tandas jika Haera menuju ke situ.
Dari jauh dia melihat lelaki tadi memerangkap Haera ke dinding,dan Jungkook nampak Haera mula lemah dan kakinya seperti tidak mampu berdiri lagi.
Bibir lelaki itu mula mendarat di leher Haera dan langsung Haera cuba menolak badan lelaki itu tetapi kudratnya tidak kuat apabila lelaki itu menangkap kedua tangan Haera lalu memerangkapnya dan Jungkook mula berasa marah, perlakuan lelaki itu harus diberi pengajaran dan tanpa dia sedar tangannya menarik lengan lelaki itu menjarakkannya dari Haera lalu menumbuk kuat muka lelaki itu.
"Dasar jantan tak guna! "kata Jungkook lalu mendarat beberapa lagi tumbukan di muka lelaki itu. Orang ramai mula mengerumuni mereka. "Jungkook kenapa ni? "tanya Taehyung yang tiba-tiba muncul disitu.
Dia terkejut kerana sudah lama dia tidak melihat Jungkook marah sebegini. "Lelaki tak guna ni buat perkara tak senonoh dekat perempuan tu! "kata Jungkook dengan riak muka yang bengis.
Taehyung memandang ke arah perempuan yang dimaksudkan Jungkook dan bibirnya mengukir senyuman. "Kau settlekan hal perempuan ini dan aku settlekan hal lelaki tu" kata Taehyung sambil memandang ke arah lelaki yang ditumbuk Jungkook terbaring di lantai tidak sedarkan diri, darah keluar dari bibirnya dan mukanya juga lebam.
Reaksi bengis di wajah Jungkook mula mengendur apabila pandangannya jatuh ke arah Haera yang sudah terduduk lemah di tepi dinding.
Dan Taehyung tersenyum sinis melihat reaksi wajah Jungkook,Sepanjang 4 tahun ini dia tidak pernah melihat Jungkook marah sebegini dan ada sesuatu kelainan tentang perempuan itu kerana dia berjaya membuat Jungkook melepasi zon selamatnya.
Jungkook meletakkan satu tangannya di belakang Haera dan satu tangannya lagi di bawah lutut Haera lalu mendukungnya sempat dia mendengar suara lemah Haera yang memanggil namanya. "Jungkook shi? "Jungkook hanya tersenyum kecil lalu membawa Haera keluar dari club itu lalu menuju ke keretanya. Lantas itu dia memandu pulang ke rumahnya.
Share this novel