Bab 24

Fanfiction - KPOP Series 6295

Haera memandang sekujur tubuh yang berbaring di atas katil. Tampak jelas wayar yang berselirat di badan milik ommanya itu.

Bunyi mesin pernafasan jelas kedengaran, Haera melepaskan keluhan perlahan dia duduk di kerusi di sebelah katil.

Matanya mula berkaca, dia cuba menahan tangis. Jimin sudahpun pulang tinggallah dia sahaja yang menemani ommanya.

Dan Jungkook pula tidak mahu meninggalkan dia sendirian khuatir akan keadaan emosi dirinya.

Perlahan Jungkook memegang bahunya cuba memberi kekuatan buatnya. Haera berpaling melihat Jungkook yang tersenyum memandangnya.

"Saya tunggu awak kat luar ya"kata Jungkook sepatah. Dia cuba memberi ruang buat Haera bersama ommanya.

Haera mengangguk perlahan lantas matanya membontoti langkah Jungkook yang menghilang dari pandangannya.

Perlahan Haera memegang tangan Ommanya.

"Omma, saya dah tak ingat bila kali terakhir saya pegang tangan omma. Saya tahu saya banyak berdosa dengan omma tapi semua tu terlalu sukar buat saya omma."

Airmata Haera mula mengalir, dia cuba menahan esakannya. Tidak mahu menganggu pesakit lain yang berada di icu.

"Omma apa yang omma buat tu sakit sangat sampai saya mula bencikan omma. Dan apabila saya selalu mimpikan peristiwa malam tu saya semakin bencikan omma"kata Haera lagi sambil mengesat airmatanya kasar.

"Appa, omma nak tahu apa yang appa buat pada saya malam tu? Dia... Dia rogol saya omma.. Dia pukul saya"Haera menarik nafasnya perlahan cuba menahan sebak di hati.

"Dia cuba bunuh saya omma, how could he as a father kill me. How could he.. Dan omma sampai hati tak tolong saya pada malam tu. Kalau omma halang apa yang appa nak buat kat saya malam tu, saya takkan bencikan omma sampai macam ni. Dan Jimin oppa, saya terpaksa rahsiakan semua yang berlaku daripada dia sebab saya tak nak dia pun bencikan omma.. Did you know its was so hard to keep everything hidden from him. I love him so much.. So much that l can't let him getting hurt because of me..  Saya tak nak oppa menangis disebabkan saya. Saya taknak dia rasa serba salah disebabkan saya. Jimin oppa, hatinya lembut omma jika dia tahu pasti dia akan salahkan diri dia sebab tak dapat melindungi saya. "Haera mengepal tangannya. Bahunya terhincut-hincut saat dia sudah tidak dapat mengawal emosinya.

Dia juga terluka dan sakit dan apabila dia membuka cerita tentang peristiwa malam itu dia sangat terluka dan dia masih ingat kata-kata Jimin kepadanya.

'Did you know Haera? The higher you build walls around your heart,the higher you fall if someone tears them down. Dan oppa takut saat itu awaklah yang paling terluka'

Haera ketawa sinis saat kata-kata Jimin berlayar di mindanya.

Ya betul kata Jimin dan sekarang dialah yang paling terluka ibarat hatinya di siat-siat.

"Saya lega lepas dengar appa kena langgar dengan lori dan dia mati, tapi seandainya dia masih hidup..." Haera tertawa sinis. " l will kill him by my own hands omma. I swear l will kill him. Dan saya harap omma tak simpan apa-apa rahsia dari saya. If you do l will never forgive you omma"ucap Haera dalam suaranya yang serak.

Dan tanpa Haera sedar yang Jimin berada di belakangnya. Dan tanpa Haera sedar yang Jimin sudah mendengar luahan hati Haera.

Airmata Jimin mengalir laju dia tidak pernah menyangka betapa deritanya adik kesayangannya itu. Dan tanpa membuang masa dia terus berlalu dari situ bersama airmata yang tidak henti mengalir.

"Ting! Tong! " Berkali-kali loceng dibunyikan sehingga Yoongi menyumpah seranah orang yang berani mengacau waktu tidurnya ketika itu.

Dengan perasaan marah dia bangun dari katilnya lalu menuju ke pintu rumahnya.

"Aku pasti akan belasah siapa yang kacau waktu tidur aku ni!! "bebel Yoongi sambil menggosok matanya.

Dengan pantas dia membuka pintu rumahnya kasar baru sahaja dia ingin membuka mulut, kelakuannya terhenti saat dia melihat keadaan Jimin.

Jimin yang berdiri di hadapan matanya yang basah dengan air mata dan tanpa membuang masa dia menarik Jimin ke dalam pelukannya.

Tangisan Jimin mula kedengaran. Perlahan dia memeluk erat Yoongi sambil badannya terhincut-hincut menahan tangis.

"Sshhh, everything gonna be alright"pujuk Yoongi sambil menggosok belakang badan Jimin.

Perlahan Yoongi membawa 2 mug berisi coklat panas lantas keluar dari ruang dapur menuju ke ruang tamu rumahnya. Perlahan dia meletakkan secawan mug di hadapan Jimin dan dia menghirup perlahan minumannya.

Dia mengeluh perlahan melihat keadaan Jimin yang masih lagi bersedih. Hidungnya kemerahan disebabkan dia menangis tadi.

"Kenapa kau tak beritahu aku apa yang terjadi kepada adik aku Yoongi, kenapa kau rahsiakan segalanya daripada aku? "tanya Jimin sedikit keras lantas meraup kasar wajahnya.

"Sebab aku tahu kau akan jadi macam ni, Jimin ah Haera terlalu sayangkan kau dan dia kenal kau macamana sebab tu dia rela sengsara seorang diri. Dan kalau aku di tempat Haera pun aku takkan beritahu kau, tengoklah kau sekarang. Menangis macam budak kecil" kata Yoongi sambil menggelengkan kepalanya.

"tapi aku abang dia, abang kandung dia sepatutnya dia beritahu aku, tak simpan rahsia daripada aku tapi... Tapi dia rahsiakan segalanya Yoongi, sedangkan kau... Kau tahu segalanya dan aku... Macam orang bodoh tak tahu apa-apa"rengek Jimin bersama airmata yang mulai mengalir semula.

"Dia terlalu sayangkan kau Jimin, kau patut bersyukur ada adik yang sangat sayangkan kau. Dan sekarang aku tengah mengantuk ni dan aku tak nak dengar dah pasal ni so aku nak kau pergi ke hospital tenangkan emosi adik kau tu. Dan kau akan pura-pura yang kau tak dengar apa-apa luahan rasa dari adik kau tu."kata Yoongi lalu bangun lantas menuju ke arah Jimin.

Perlahan dia meletakkan tangannya di bahu Jimin, " Just wait Jimin, one day she will tell her stories willingly to you dan aku minta maaf kalau aku menyinggung perasaan kau tapi aku nak kau tahu, yang kau adalah orang yang sangat penting dalam hidup Haera. You have to know that okay? "

Jimin mengeluh perlahan lalu menganggukkan kepalanya tanda memahami apa yang dimaksudkan oleh Yoongi."Aku tumpang tidur sini dululah Yoongi, esok baru aku pergi hospital semula. "Ujar Jimin perlahan.

"Okay, kau tidur kat sofa nilah, tunggu kejap aku ambil selimut dengan bantal"kata Yoongi lantas menuju ke biliknya. Jimin meraup lemah wajahnya, perlahan dia menghembuskan nafasnya. Fikirannya tepu dengan kekesalan.

Dia kesal kerana telah menengking adiknya di hospital tadi tanpa mengetahui perkara sebenar. Dan dia lagi kesal kerana tidak mampu melindungi keselamatan adiknya.
Haera adalah ahli keluarga yang dia paling sayang dan apabila dia tahu akan perkara yang sebenar sukar untuk dia menerima kenyataan itu.

Lamunannya terhenti apabila Yoongi melangkah menuju ke arahnya sambil membawa selimut dan bantal.

"Sudahlah tu Jimin, jangan kau fikirkan sangat nanti stress pulak. Kau buat tak tahu je, aku takut nanti Haera perasan pulak tengok perangai kau pelik semacam."kata
Yoongi sambil meletakkan selimut dan bantal di hadapan Jimin.

"Kau okay ker tak ni? "Tanya Yoongi sambil bercekak pinggang. Jimin memandang Yoongi sekilas lantas menganggukkan kepalanya "Aku okay dah, kau tak payah risaulah"kata Jimin.

"Okaylah kalau macam tu, aku masuk tidur dululah. Kau jangan lupa nak tutup lampu pulak. Bukan apa aku nak jimat elektrik kalau tak pakai tutup nanti membazir."bebel Yoongi sambil menguap. Lantas dia berlalu menuju ke biliknya.

Jimin membetulkan baringannya. Tangannya mencapai selimut lalu menutup tubuhnya separa dada. Perlahan dia membuka galeri telefonnya lalu menatap gambar yang diambil bersama Haera.

Jimin tersenyum pahit, lama dia menatap gambar itu senyuman yang terukir di bibir Haera direnung lama seakan tidak puas.
"Oppa minta maaf, oppa janji akan jaga awak lindungi awak sampai mati. Itu janji oppa"bisik Jimin dalam sebak. Seakan baru terjaga dari mimpi yang lena. Kebenaran yang diketahuinya seakan mimpi ngeri yang akan menghantuinya sehingga nafasnya yang terakhir.

Haera masih duduk di sisi omma,bunyi mesin di dalam bilik icu itu ibarat irama yang sudah sebati dalam dirinya perlahan dia membuka fail perubatan omma satu persatu report kesihatan dibaca dengan teliti.

Satu keluhan dilepaskan perlahan dia memicit kepalanya lantas itu dia menapak keluar dari wad icu.

Haera melutut di hadapan Jungkook yang sudah terlena di atas kerusi sambil memeluk tubuhnya kepala dia sandarkan ke dinding.

"Sorry Jungkook sebab saya awak terpaksa tidur kat sini"kata Haera sambil tersenyum.

"Rara ah"Haera berpaling saat dia mendengar namanya dipanggil.

"Omma"panggil Haera lembut. Matanya redup memandang professor Cha. Dia serasi memanggil wanita itu sebagai omma.

Jungkook terjaga saat telinganya mendengar suara Haera.

Terus sahaja professor Cha memeluk Haera. Rindu itu yang dia rasakan sudah 2 tahun gadis itu menyepikan diri tanpa berhubung dengannya.

"Omma rindukan kamu Rara,kamu tak rindukan omma ker?"

Haera yang masih menahan tangis dari tadi terburai jua. Dia memaut rapat tubuh professor Cha lantas melepaskan tangisnya.

Tersedu Haera di bahu professor Cha. "Ssshh,semua akan baik-baik sahaja Rara,awak kena banyak bersabar."kata Professor Cha sambil tangannya mengusap lembut belakang Haera.

Jungkook hanya memerhati 2 insan yang hanyut dalam emosi di hadapannya.

Hati Jungkook tersentuh saat dia melihat Haera menangis teresak-esak. Kalaulah dia dapat menghilangkan kesedihan gadis itu dia sanggup buat apa sahaja asalkan Haera tidak lagi menangis dan bersedih.

Dah lama tak update sbb busy but now l'm back..tolong readers yg baca cerita ni okay atau tak sebab skrg author dh kehabisan idea...hehehe

Share this novel

MardyAli
2020-11-25 20:48:47 

new chapter akan release esok

seokjin
2020-11-25 20:43:07 

best giler tp bila nak update lg nie


NovelPlus Premium

The best ads free experience