Bab 1

Fanfiction - KPOP Series 6224

2017...
4 tahun kemudian...

Jungkook baru sahaja selesai mandi,dia keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah.
Setelah itu dia berdiri di hadapan cermin berdiri.
Menilik tubuh badannya sambil mengesat lebihan air di badannya.

Jungkook menyentuh rantai di lehernya,rantai yang sepatutnya dihadiahkan kepada Hyuna tetapi dia mengambil keputusan untuk memakainya.

4 tahun sudah berlalu namun Hyuna tidak pernah hilang dari hatinya walhal selama 4 tahun ini begitu ramai wanita yang cuba memikatnya namun Jungkook tidak melayan walau seorang kerana mereka hanya memandang wang dan rupa.

Jungkook menyarungkan pakaian ke tubuhnya setelah bersiap dia keluar dari biliknya. Dari tingkat atas dia lihat Mrs. Ahn tengah sibuk menyiapkan breakfast untuknya.

Mrs. Ahn ibarat ibu kedua baginya kerana wanita itu yang membesarkannya dari kecil dan sentiasa disisinya semasa ketiadaan ibunya.

Dia tahu Mrs. Ahn mempunyai anak dan kedut di wajahnya semakin dimamah usia,kadang dia selalu menyuruh agar wanita itu berhenti kerja sebagai pembantu rumahnya dan berehat namun Mrs. Ahn enggan dia lebih suka bekerja dan bila bekerja dia rasa lebih sihat.

Mrs. Ahn sudah bercerai dengan suaminya sudah lama jadi hanya dia yang bersusah payah membesarkan 2 orang anaknya dan Jungkook amat kagum dengan semangat Mr. Ahn.

Jungkook hanya mengenali anak sulungnya iaitu Park Jimin dan tak pernah berjumpa dengan anak perempuannya yang seingatnya muda setahun daripadanya.

Park jimin adalah seorang doktor physchology dan dia adalah doktor yang merawat Jungkook sewaktu dia kemurungan dahulu.

Namun setelah bertahun menghadiri sesi bersama Jimin mereka telah menjadi kawan baik.

"Mrs. Ahn buat breakfast apa pagi ni?"tanya Jungkook sambil menghirup kopi yang telah disediakan di atas meja.

Mrs. Ahn tersenyum memandang Jungkook."Pancake saja Jungkook dengan syrup strawberry"jawab Mrs. Ahn sambil tersenyum,perlahan dia meletakkan pinggan yang berisi pancake di hadapan Jungkook.

Jungkook membalas senyuman Mrs. Ahn lalu makan dengan perlahan." Ermm,sentiasa sedap!"puji Jungkook tersenyum." Makan elok-elok pancake tu masih panas lagi"tegur Mrs. Ahn.

"Saya dah besarla bukan kecil lagi tau Mrs. Ahn"kata Jungkook sambil memandang Mrs. Ahn." Yelah tu Jungkook"balas wanita itu sambil menggelengkan kepalanya.

"Okaylah saya dan kenyang saya pergi kerja dulu ya"ujar Jungkook selepas selesai makan lalu menuju ke arah Mrs. Ahn lantas mencium dahi wanita itu." Don't stay late,balik awal dan berehat okay?"Mrs. Ahn menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

Begitula rutin Jungkook,dia pasti akan mencium dahinya dahulu sebelum pergi bekerja Jungkook yang dianggap seperti anaknya sendiri.Anak matanya mengekori pergerakan Jungkook yang sudah pun keluar dari rumah.

Dia tahu Jungkook sudah banyak berubah dalam tempoh 4 tahun ni,dan dia tahu sukar untuk kembalikan Jungkook yang dulu sebelum kemalangan itu berlaku.

Dia rindukan gelak tawa Jungkook tapi dia tahu suatu hari nanti pasti akan ada seseorang yang akan mengubah hidup Jungkook.

___________________________________________________

Park Haera berlari keluar dari rumahnya dia melihat jam di tangan sambil mengutuk dirinya kerana lambat." Aduh! Kenapa la alarm tu tak bunyi aku rasa semalam aku dan set dah!"bebelnya sambil menekan telefonnya.

"Ala patutla aku buat silent kenapalah aku ni careless sangat"bebelnya lagi sambil mengetuk kepalanya. Dengan pantas dia masuk ke dalam kereta lalu bergerak menuju ke destinasinya.

Han Minhyuk kejap kejap melihat jam di tangannya, sudah pukul 10 pagi namun kelibat Park Haera tidak kelihatan." Yah Minhyuk,Haera tak datang lagi ker?"tanya Soohyun yang tiba-tiba munculkan diri sambil melihat ke luar klinik.

"Mesti dia tak sedar tidur,macam kau tak tahu Haera tu macamana"balas Minhyuk sambil berlalu dari situ setelah dia melihat ada pesakit masuk ke dalam klinik.

" Pastikan dia belanja kita lunch nanti sebab dia datangp kerja lambat!"laung Minhyuk sambil masuk kebilik rawatan.
Soohyun hanya menggelengkan kepalanya.

"Sorry unni saya lambat!"sergah Haera termengah-mengah sambil berpaut pada kaunter pendaftaran." Yah, Park Haera awak ni selalu lambat entah kali ke berapa dah datang lambat!"marah Soohyun sambil mengetuk kepala Haera.

"Ouchh! Unni sakitla"Haera mengaduh sambil menggosokkan kepalanya." Ouchh! Unni sakitla" ajuk Soohyun dengan mimik mukanya sekali.

"Unni!!"marah Haera Soohyun hanya tersengih menganjing." Hari ni belanja kitaorang lunch, Minhyuk dan unni. Sebagai denda awak datang lambat, lagi satu beli kat restoran Good Korean ok"kata Soohyun sambil mengenyitkan matanya.

"Unni mahal la kat situ!"kata Haera sedikit kuat." Serve you well! Siapa suruh masuk kerja lewat"balas Soohyun tanpa menoleh ke arah Haera,lantas masuk ke bilik rawatan Haera hanya mengeluh perlahan.

Park Haera menunggu makanan yang diordernya siap sambil menunggu dia sempat membaca buku dia sahaja duduk di tempat tersorok agar tiada lelaki gatal yang mengacaunya.

Park Haera adalah adik kepada Park Jimin dan dia juga merupakan seorang doktor,2 tahun sebelum ni dia bekerja sebagai doktor di Hospital Seoul dan tiba-tiba ada satu kemalangan yang berlaku menyebabkan dia berhenti bekerja di situ.

Tiada seorang yang tahu sebab apa dia berhenti bekerja di hospital termasuklah abangnya sendiri.Haera seorang yang selalu ceria namun dia juga seorang yang pandai menyimpan rahsia dan bijak bermain emosi.

Dari jauh dia nampak seorang lelaki muda yang makan berseorangan lelaki yang sama dilihatnya beberapa kali ketika dia berada di restoran itu,namun dia tidak pernah bersemuka dengan lelaki itu.

Lelaki itu tidak pernah berada di meja lain selain meja yang dia duduki sekarang meja itu berada ditepi cermin dan dari meja itu dia boleh melihat dengan jelas keadaan di luar restoran itu.

Haera terasa ingin tahu kerana lelaki itu sentiasa memandang ke luar ke arah lampu isyarat seperti ada seseorang yang dikenalinya berada di situ.

Lamunannya terhenti tatkala Seokjin duduk di hadapannya." Dah siap dah makanan awak oppa tolak duit gaji awak ya" kata Seokjin sambil meletakkan makanan yang siap dibungkus di hadapan Haera.

Haera mengeluh perlahan " Oppa tak baiklah buat macam tu"kata Haera sambil memandang Seokjin.

"Hujung minggu ni jadi tak kerja dengan oppa? Ada tempahan sambutan hari jadi, oppa kekurangan pekerja"ujar Seokjin sambil tersenyum memandang Haera.

Haera kerap kali membuat part time di restoran milik keluarga Seokjin salah satu sebab dia sanggup habiskan cuti hujung minggu di restoran itu adalah dia suka memasak sudah 2 tahun dia part time di restoran itu,dan sebab itulah dia menjadi rapat dengan Seokjin.

"Boleh tapi oppa bayar double ok?"kata Haera sambil tersenyum penuh makna." Haish, yelah-yelah tapi datang awal ok?" Haera menganggukkan kepalanya."Double tu jangan lupa sebab hari ni oppa dah tolak gaji saya"ujar Haera sambil tersengih.

"Oppa boleh saya tanya sesuatu tak?"tanya Haera, Seokjin menganggukkan kepalanya"Tanyalah tapi satu soalan saja"ujarnya pantas.

"La kenapa satu soalan ja? Baru nak tanya lebih"kata Haera sambil memuncungkan bibirnya."Satu soalan ja kalau lebih awak akan tanya soalan mengarut oppa tak nak layan banyak lagi kerja kat dapur tu dari melayan awak merapu"bebel Seokjin.

"Yelah satu soalan ja"Kata Haera sambil membetulkan duduknya."oppa perasan tak ada seorang lelaki yang selalu duduk kat meja tepi cermin tu meja yang hujung sekali tu? Oppa kenal tak lelaki tu? Saya selalu nampak dia duduk kat meja tu"tanya Haera.

Seokjin sedikit terkejut mendengar soalan Haera.
Tapi dia tetap menjawab soalan Haera." Oh,lelaki tu" Seokjin berpaling melihat lelaki yang dimaksudkan Haera.Dia masih disitu sambil meneguk minumannya.

"Tu Jungkook, Jeon Jungkook CEO Gracio Corporation."jawab Seokjin ringkas."CEO? Daebak!"Seokjin tersenyum mendengar jawapan Haera." Kenapa tanya? Terpikat ker?"usik Seokjin sambil ketawa.

Seokjin akui Haera seorang yang cantik,dia mempunyai tubuh badan yang tinggi dan langsing rambutnya ikal mayang panjang separas pinggang,baginya Haera mencukupi pakej seorang wanita sempurna.

Sepanjang perkenalannya dengan Haera dia tak pernah nampak dia keluar bersama lelaki dan ada juga lelaki yang mengoratnya tapi langsung dia tidak melayan.

"Tak adalah saya saja je tanya"ujar Haera sambil tersenyum." Tapi kalau awak terpikat dengan dia awak kena kerja keras sikit ya kena ready fizikal dan mental"sambung Seokjin lagi.

"La kenapa?"tanya Haera ingin tahu." Well 4 tahun lepas dia kematian tunangnya and untill now he still mourning about her"jawab Seokjin ringkas." Okaylah oppa pergi dulu hati-hati yer"kata Seokjin lantas berlalu dari situ,meninggalkan Haera yang masih terpinga-pinga.

Haera memerhatikan lelaki itu yang melangkah keluar dari restoran lantas itu dia tersenyum seperti ada sesuatu yang menarik dalam fikirannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience