Bab 2

Fanfiction - KPOP Series 6292

Jimin asyik memandang ke skrin komputernya begitu tekun menyiapkan report pesakitnya,sesekali dia menanggalkan cermin matanya sambil mengurut lembut dahinya.Jimin menggeliat membetulkan urat kerana duduk terlalu lama.

"Oppa!!!"jerit Park Haera tiba-tiba setelah dia membuka pintu mengejutkan Jimin."Yah! Park Haera!!" Marah Jimin sambil mengurut dadanya,Haera hanya ketawa kecil melihat telatah abangnya itu.

"Awak ni kan selalu kejutkan oppa macam tu kalau oppa sakit jantung macamana?"marah Jimin." Ala small matter je tu kalau oppa sakit jantung saya ada setakat nak operate jantung oppa tu tak ada hal lah"usik Haera lagi.

"Dia ni kan kalau tak menjawab tak boleh ker. Ada je jawapan dia" bebel Jimin sambil menarik pipi Haera.

"Oppa!! Sakitlah oppa!" Haera mengaduh sambil cuba melepaskan pipinya dari cengkaman tangan Jimin.
"Padan muka siapa suruh menjawab"bebel Jimin sambil tersenyum.Haera mengurut lembut pipinya yang kemerahan.

"Ha! Kenapa datang sini? Lama dah awak tak datang sini"tanya Jimin sambil menyambung kerjanya.Haera bangun lantas berdiri di sebelah Jimin.

"Saja nak kacau oppa,oppa tu selalu ja sibuk mengalahkan doktor kat hospital"bebel Haera sambil memicit bahu Jimin.

"Wah,leganya nasib baiklah oppa ada adik boleh tolong picitkan bahu oppa"puji Jimin sambil menikmati urutan Haera,dia begitu letih kebelakangan ni bukan senang bekerja sebagai doktor physchology,kebanyakan kes pesakitnya memang mencabar.

"Oppa jom pergi makan laparlah!"ajak Haera manja." Yelah tu lapar padahal sengaja nak suruh oppa balik awal kan"ujar Jimin sambil menarik hidung Haera.Haera hanya ketawa.

"Jomlah serius ni saya lapar jomlah oppa"pujuk Haera lagi." Yelah jom selagi tak setuju selagi tu dia pujuk dah pergi ambik briefcase oppa atas meja kopi tu"arah Jimin sambil menutup suis komputernya manakala Haera mengambil briefcase milik Jimin di atas meja kopi.

Sempat matanya menilik fail yang ada di atas meja kopi dan dia terkejut saat matanya tertancap pada satu fail yang tertera nama Jeon Jungkook.

"Jom Haera!"laung Jimin yang sudahpun berada di pintu, Haera membontoti langkah Jimin sambil mindanya berfikir tentang fail yang dilihatnya tadi.

___________________________________________________

"Wah, sedapnya!"kata Haera selepas meneguk segelas soju."Yah! Park Haera awak kan drive tak elok minum soju"marah Jimin sambil mengambil gelas di tangan Haera.

"Saya dah besarlah lagipun oppa kan ada boleh tolong drive"kata Haera cuba merampas semula gelas di tangan Jimin namun tak berjaya.Jimin menggelengkan kepalanya.

"Memang dah besar tapi perangai macam budak tak nak balik rumah"sindir Jimin mengundang senyuman kelat di wajah Haera.

"Sebab dah besar lah kena duduk sendiri tak boleh harapkan oppa"jawab Haera selamba."Hmmm,menjawab lagi,oppa bukan apa omma tu dah tak sihat macam dulu kalau awak ada boleh tengokkan dia"kata Jimin sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.

"Oppa ni kan cakap macam tak tahu apa-apa kan, saya kan tak mesra dengan omma tu suruh tinggal sekali pulak"marah Haera.Jimin mengeluh perlahan.

"Oppa tahu tapi sampai bila nak macam ni? Omma tu dah insaf dia dah minta maaf tak boleh ker awak cuba berbaik dengan omma? Lagipun dah lama sangat awak tak balik,omma selalu tanya pasal awak"tambah Jimin lagi.

"Oppa,memang saya dah maafkan omma tapi untuk terima dia macam dulu susahlah oppa bagi saya apa yang omma buat tu terlalu sakit dan susah nak lupa"luah Haera simpati.

"Thats why oppa cakap trying. Take it slow step by step,jika rasa susah berhenti dulu then continue lagipun oppa kan ada,oppa sentiasa ada untuk awak"kata Jimin lagi sambil mengusap lembut bahu Haera.

"Yelah-yelah nanti saya fikirkan"kata Haera mengalah
"Haa.. Macam ni lah adik oppa"kata Jimin lagi sambil tersenyum.

"Dah cepat makan tu dah lewat ni"bebel Haera sambil memerhatikan Jimin yang mula menyambung suapannya.

Setelah Haera menghantarnya pulang tadi Jimin terus menuju ke bilik ommanya,sebaik sahaja dia membuka pintu bilik ,ommanya masih belum tidur.

"Jimin kamu dah balik?"tanya omma yang bangun lantas duduk di birai katil." Kenapa omma belum tidur lagi? Dah lewat ni? Esok omma kerja tak?"tanya Jimin sambil duduk disisi ommanya.

Jimin mengambil tangan ommanya lalu menggenggam erat.Jelas nampak urat mula timbul di tangan tuanya.
"Kerja. Adik kamu ada telefon? Dia sihat tak?"tanya omma sambil membalas genggaman tangan Jimin.

"Ada,dia sihat je omma macam tak tahu adik tu macamana"jawab Jimin sambil tersenyum. Omma mengeluh perlahan,dia sudah tidak tahu bagaimana cara untuk memujuk hati anak perempuannya itu.

Dia sentiasa berdoa agar suatu hari nanti anak perempuannya itu akan berubah.Akan lebih mesra dengannya.

"Omma baik omma tidur,esok nak kerja pagi esok saya hantarkan ya"Kata Jimin lagi dan omma mengangguk setuju.Perlahan omma bangun laju berbaring semula di katilnya,Jimin pantas menarik selimut menutupi ommanya separas dada lalu mencium dahinya.

"Selamat malam omma"ucap Jimin lalu menutup suis lampu dan keluar lalu menuju ke biliknya.

Haera terjaga tepat pukul 4 pagi.Mimpi yang sama menghantuinya,berpeluh-peluh badannya beserta deruan nafasnya yang laju. Dia cuba menenangkan hatinya dan lantas itu bangun menuju ke dapur.

Dia membuka almari untuk mencari ramyun namun kecewa kerana ramyun sudah habis.Dia mencapai dompet dan sweater lalu menapak keluar menuju ke kedai 7eleven yang berdekatan dengan rumahnya.

Dia pantas menikmati ramyun tanpa mempedulikan sekelilingnya.Dia tahu ada seorang lelaki yang duduk disebelahnya namun dia tidak ambil endah lalu makan dengan cermat.

Namun dia mula rasa tidak selesa bila lelaki itu asyik memandangnya dan lantas itu dia berpusing memandang lelaki itu.

Matanya membulat saat dia melihat dengan jelas lelaki di sebelahnya.'Jeon Jungkook apa dia buat kat sini?'tanya Haera dalam hati,sempat dikerlingnya jika lelaki itu pun makan ramyun sepertinya namun dia tak nampak apa-apa selain botol minuman di hadapan lelaki itu.

Haera menelan air liur saat mata lelaki itu berkalih daripada memandangnya dan melihat ramyun yang dipegangnya.

"Boleh awak buatkan ramyun yang awak tengah makan tu untuk saya satu?"tanya Jungkook lalu memandang Haera.Haera yang masih terkejut dengan pertanyaan Jungkook diam membisu.

"Awak!"kata Jungkook sambil melambaikan tangannya di hadapan Haera.Haera berdehem kecil sambil melurutkan rambutnya yang panjang."Ermm,boleh awak nak perasa yang sama atau yang lain?"tanya Haera sambil memandang Jungkook.

"Perasa yang sama macam yang awak makan tu"jawab Jungkook sambil menghulurkan wang kepada Haera.Haera mengambil wang dari tangan Jungkook perlahan cuba untuk tidak menyentuh tangan lelaki itu.

Setelah ramyun itu siap dia meletakkannya di hadapan Jungkook."Terima kasih cik...." "Park Haera"sambung Haera pantas."Terima kasih Haera shi"kata Jungkook lalu makan dengan cermat. Kali ni giliran Haera pula memerhatikan Jungkook.

Dia akui Jungkook memang handsome dia selalu nampak gambar Jungkook berpakaian formal dan tidak pernah melihatnya berpakaian kasual seperti ini. Hanya mengenakan jogger dan sweater.Rambutnya sedikit kusut namun bagi Haera dia masih kelihatan handsome.

Haera terus melarikan pandangannya apabila Jungkook melihat ke arahnya. Cepat-cepat Haera makan dan terus bangun lalu keluar dari kedai 7eleven.

Jungkook hanya memandang Haera yang laju keluar dari kedai 7eleven itu dan tanpa Haera sedar dia telah meninggalkan handphonenya di atas meja.

Jungkook terus mencapai handphone milik Haera dan terus keluar lalu mencari kelibat Haera namun dia sudah hilang dari pandangan."Macamana aku nak bagi semula handphone ni dekat dia?"bisik Jungkook lantas masuk semula ke dalam kedai dan menghabiskan ramyunnya itu.

Sesampainya di rumah Jungkook terus merebahkan badannya di atas katil,perlahan dia menyeluk poket sweaternya lalu mengeluarkan handphone milik Haera.

"Tak apa ker aku bukak handphone dia nanti dia cakap aku kacau privacy dia pulak"bisik Jungkook sambil menilik handphone milik Haera.

Dia menekan pad kekunci dan terkejut kerana tiada password. "No password"gumam Jungkook lalu membelek handphone Haera,dia tahu caranya salah tapi perasaan ingin tahu menyebabkan dia mengabaikannya.

Dia akui pertama kali melihat Park Haera di kedai tadi dia memuji kecantikan wanita itu walaupun masa tu Haera tidak mengenakan make up,dia adalah natural beauty.

Dan cara Haera yang tidak terkejut tatkala melihatnya membuatkan dia rasa wanita itu lain daripada wanita-wanita yang pernah dia jumpa.Dari cara Haera dia tahu yang Haera mengenalinya.

Jungkook membuka gallery dan banyak gambar-gambar pemandangan dan makanan dan Jungkook pelik tak ada satu pun gambar Haera.Dia ternampak satu folder gambar yang bertajuk 'My precious life' lalu menekannya.

Jungkook terpana melihat begitu banyak gambar yang memperlihatkan Haera memakai kot putih.Jungkook tersenyum" Rupanya dia seorang doktor"bisik Jungkook.

Jungkook ternampak satu video yang menunjukkan Haera yang memakai kot putih bermain gitar di hadapan kanak-kanak yang memakai baju hospital.

Jungkook mendengar setiap bait-bait lagu yang dinyanyikan Haera sambil memejamkan matanya cuba untuk memahami maksud lagu itu.

Dan tanpa dia sedar dia tertidur dibuai kelunakan suara Haera,Jungkook tidur dengan lena tanpa mimpi yang menakutkan tentang tunangnya yang kadangkala membuatnya terjaga di tengah malam. Kali ni bayangan Hyuna langsung tidak menjengah mimpinya seperti selalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience