Bab 18

Fanfiction - KPOP Series 6224

"Beratnya Jimin ni,badan tak adalah tough mana tapi beratnya badan dia, oppa tolonglah papah Jimin ni sekali"bebel Haera yang cuba mengimbangi badannya yang sedang memapah Jimin.

Yoongi melepaskan tawanya lantas menuju ke arah Haera lalu membongkok lantas dia menarik kedua-dua tangan Jimin melingkar di lehernya lantas mengendong Jimin menuju ke bilik tamu di rumah Haera.

Perlahan dia meletakkan Jimin di atas katil lantas membaringkan Jimin. Haera membuka jaket yang dipakai Jimin serta baju T-shirt bersama dengan seluar jeans yang dipakainya kemudian memakaikan Jimin dengan pakaian yang baru.

Yoongi hanya memerhati perlakuan Haera yang sedaya upaya menukarkan pakaian Jimin.

"You could be the best wife if you married Haera"kata Yoongi sambil tersenyum.

Haera berpusing ke arah Yoongi lantas memberi reaksi wajah yang keliru dengan ayat Yoongi.

"Apa? "tanya Haera sepatah.

"See, awak tukarkan baju Jimin macam dia tu suami awak je. Soo sweeet"perli Yoongi sambil ketawa.

"Shut up oppa l kill you if you say one more word"ugut Haera lantas menyudahkan kerjanya.

"Ahhh, dah siap. Siap awak oppa pagi esok! "marah Haera lantas menyelimutkan Jimin.

"So oppa nak stay over atau nak balik? "tanya Haera sambil berjalan seiring dengan Yoongi keluar dari bilik tamu.

"Stay overlah oppa tidur kat ruang tamu"jawab Yoongi lantas melabuhkan punggungnya ke sofa.

Haera mengambil tempat di sebelah Yoongi lantas membetulkan uratnya yang mulai lenguh setelah memapah Jimin.

"Kenapa awak tak nak beritahu Jimin perkara yang sebenar? Oppa dah tak larat nak sorokkan semua ni daripada dia"tanya Yoongi lantas berpaling memandang Haera.

"Dia risaukan awak Haera, awak satu-satunya adik yang dia ada"Haera tersenyum kecil.

"Saya tak boleh beritahu dia oppa, saya sayang sangat kat Jimin oppa dan sebab itu saya rahsiakan semuanya dari dia dan tanggung sengsara ini seorang diri. "

Haera memandang Yoongi sayu, matanya mula berkaca.

"Jika dia tahu dialah orang yang paling terluka dan saya takut dia akan bencikan omma, cukuplah saya seorang saja yang pinggirkan omma,saya tak nak Jimin juga begitu dan rasa apa yang saya rasa. Saya tahu Jimin berhati lembut ,saya takut dia akan lebih terluka daripada saya oppa. "
Yoongi memaut bahu Haera lembut lantas menggosok lengannya perlahan.

"Untuk sekarang oppa simpan lagi rahsia awak tu tapi bila dah tiba masanya Jimin perlu tahu juga"ujar Yoongi lantas tersenyum kecil.

"He need to know Haera, walau sakit mana pun dia perlu laluinya dan sama ada dia akan membenci omma atau tak itu semua terpulang pada dia"

"As his sister you need to tell him, sebab oppa tahu Jimin macamana. So promise me one day you will tell him everything"

"Hmm?"kata Yoongi lembut. Haera menganggukkan kepalanya sahaja.

"Okay oppa l will someday. Dah lewat dah saya masuk tidur dulu kalau nak selimut dalam almari di bilik Jimin tu ada selimut lebih"ujar Haera sambil menutup mulutnya yang menguap.

"Okay"jawab Yoongi ringkas lantas melihat susuk tubuh Haera yang menuju ke biliknya lantas itu dia mengeluh perlahan.

"Her life was so complicated "bisik Yoongi lantas berbaring lalu memejamkan matanya.

_________

Jimin membuka matanya perlahan, pantas dia memegang ubun-ubun kepalanya lantas itu dia mengerang kesakitan.

Dia bangun lalu menyandarkan badannya ke kepala katil.

"Aku kat mana ni? "tanya Jimin sendirian lantas memandang segenap ruang bilik.

Dia mengeluh perlahan saat dia mula menyedari yang dia berada di rumah adiknya.

Perlahan dia menuruni katil lantas membersihkan dirinya di bilik air.

Dia menyalin pakaian baru yang dia sengaja tinggalkan di rumah Haera untuk saat emergency macam ni.

"Oppa dah bangun? "tanya Haera yang sedang menyiapkan sarapan pantas Jimin menarik kerusi lantas duduk di hadapan Haera.

"Are you okay? "tanya Haera sambil mengerutkan dahinya.

Jimin menggelengkan kepalanya perlahan.

"Kepala opa sakit sangat"

"Haish oppa minum banyak mana semalam?"tanya Haera lantas berlalu menuju kabinet lalu mengambil ubat dan menuang segelas air kosong dan diletakkan di hadapan Jimin.

"Eat it you feel better then"ujar Haera lantas menyambung semula kerjanya.

"Awak ker yang papah oppa semalam? "tanya Jimin setelah menelan ubat tadi.

"Habis tu siapa? Dah lah berat , badan tak adalah tough mana"rungut Haera sambil menjeling Jimin.

"Memanglah berat oppa kan lelaki awak tu perempuan tapi siapa yang call awak oppa rasa masa oppa minum awak tak ada pun kat situ? "

"Aku yang call dia"jawab Yoongi mencelah sambil mrngambil tempat di sebelah Jimin.

Jimin memandang Yoongi pelik lantas itu dia menarik kolar baju Yoongi.

"Kau tidur sini ker semalam? Kau tidur kat mana? "

"Haishh kau ni aku tidur kat ruang tamu lah! Takkan kau tak nampak"kata Yoongi lantas merentap kasar bajunya dari pegangan Jimin.

Jimin tersengih sambil menggaru kepalanya.
"Aku ingatkan kau tidur dengan Haera"bisik Jimin perlahan di telinga Yoongi.

"Kau dah gila ker! Takkan aku nak tidur dengan adik kau. Agak-agaklah gurau tu jangan melampaui batas."kata Yoongi terkejut mendengar ayat Jimin.

Jimin ketawa saat melihat reaksi wajah Yoongi. "Kau patut tengok mimik muka kau tu memang lawaklah"balas Jimin yang masih tidak berhenti ketawa. Suka benar Jimin mengusik Yoongi.

"Siap kau Jimin! "jelingan mata Yoongi mematikan tawanya. Bukan dia tidak mengenali Yoongi jelingan itu bermaksud 'don't ever crossed the line' jika dia terus mengusik Yoongi lagi padah dia akan dapat nanti.

"Apa ni bising pagi-pagi makan cepat breakfast tu lepas tu oppa berdua sila balik ya sebab sekejap lagi saya nak masuk kerja"kata Haera sambil tersenyum.

"La bukan ker awak cuti ker hari ni? "tanya Yoongi sambil menjamah makanannya.

"Hmm, memang cuti tapi tukar dengan unni sebab dia ada hal hari ni"jawab Haera ringkas. Lantas itu dia menjeling Jimin.

"So Park Jimin shi, dare to tell me what happened last night?"tanya Haera sambil memeluk tubuhnya.

Jimin tersenyum paksa sambil memandang Haera dia meletakkan chopstick perlahan lalu mengeluh.

"I'm sorry Haera, oppa janji tak buat lagi"kata Jimin sambil mengangkat tangan kanannya seperti bersumpah. Bibirnya mengukir senyuman kecil.

"Haera menyandarkan badannya ke kerusi.
Dia mengecilkan matanya memandang Jimin tajam.

"Okay oppa dah siap makan so oppa balik dulu"kata Yoongi tiba-tiba lantas mengenyitkan matanya kepada Haera lalu bangun.

"Good luck buddy"ucap Yoongi lembut sambil menepuk bahu Jimin lantas itu dia pergi meninggalkan mereka berdua di meja makan.

Tanpa berfikir panjang Haera mencapai senduk di atas meja lantas mengetuk kepala Jimin.

"Arggghh! Haera sakitlah! "kata Jimin sambil menggosok kepalanya yang kesakitan.

"Padan muka! Oppa tahu tak yang saya geram dengan oppa berapa kali saya cakap yang oppa tu tak boleh minum you are easily get drunk. See what happened last night. Kalau Yoongi tak ada macam mana? "bebel Haera sambil menarik pipi Jimin.

"Okay,ni last oppa minum promise"kata Jimin sambil cuba melepaskan dirinya daripada Haera.

"Saya tak percaya kat oppa macam saya baru kenal oppa hari ni"kata Haera lagi.

"Dan kalau awak kenal oppa sepatutnya awak tahu kenapa oppa jadi macam tu"ayat Jimin membuatkan Haera terdiam.

Haera mengeluh perlahan masakan dia tidak tahu perangai Jimin, mereka membesar sama-sama sejak dari kecil apa kegemaran Jimin dan apa yang dia tidak suka semua itu dalam fikiran Haera.

Jimin takkan mudah membiarkan dirinya dikawal oleh alkohol walhal dia tertekan sekalipun namun bila perasaannya membuak-buak ingin tahu tentang peristiwa pahit yang terjadi 11 tahun lepas dan Haera mendiamkan diri dan kadang mengelak dari soalan itu terus di utarakan Jimin mula menjadi marah dan hilang kawalan.

Dan salah satu caranya adalah mabuk, walau dia tahu dia bukanlah seorang yang kuat minum hanya segelas dua sahaja mampu membuatkan dia mabuk.

"For 100 times Park Haera you did it again. Be quiet didn't solve anything"marah Jimin sambil meraup wajahnya kasar.

"Okay saya akan beritahu oppa tapi bukan sekarang l promised you this time l will tell you one day. Hmmm? "pujuk Haera sambil memaut lengan Jimin.

" Okay, oppa pegang janji awak tapi jangan lama-lama oppa bukan seorang yang penyabar. Ingat tu"kata Jimin sambil memandang Haera.

Dia tersengih memandang Jimin lantas dia menarik tangan Jimin lalu menuju ke ruang tamu.

"Ada masa lagi ni sebelum saya masuk kerja, oppa temankan saya dulu okay saya nak ajak oppa pergi suatu tempat. Oppa tunggu saya bersiap kejap ya"kata Haera lantas laju menuju ke biliknya. Jimin hanya menggelengkan kepalanya melihat kelakuan Haera.

__________

"So kenapa ajak oppa datang sini? "tanya Jimin sambil melihat ke arah sebatang pokok di hadapannya namun dia pelik saat matanya melihat papan tanda yang tertulis nama Cha Woojin.

"Cha Woojin? "
Haera tersenyum kecil mendengar soalan daripada Jimin.

"So saya rasa oppa dah dengar pasal Woojin dari Yoongi oppa kan? "pertanyaan Haera membuatkan mata Jimin membulat memandangnya.

"Macam.. Macamana awak tahu? "tanya Jimin sambil memandang Haera terkejut.

Haera melepaskan tawanya saat melihat reaksi wajah Jimin.

"Haish oppa of courselah saya tahu sebab orang yang mabuk ni mereka akan bercakap perihal sebenar. And you do tell me too about this oppa when you were drunk. "kata Haera lantas melangkah mendekati pokok itu lalu meletakkan tangannya di situ.

"Masa saya belajar di universiti saya selalu lepak kat sini dengan Woojin dan sebab itu pokok ni amat bermakna buat saya oppa sebab banyak kenangan saya dengan Woojin kat sini."kata Haera sambil memandang Jimin sekilas.

"Saya nak lindungi awak Haera, saya cintakan awak dan saya tak menyesal jika saya mati demi awak Haera"

"Itu kata-kata terakhir Woojin sebelum dia mati oppa. "

"My job was dangerous because l have been in the wrong place at the wrong times oppa. Thats why l left the hospital"kata Haera lagi lantas melabuhkan punggungnya lalu menyandarkan badannya ke pokok.

Jimin mengikut Haera lantas duduk di sebelahnya pantas dia memaut bahu Haera perlahan mendekatinya.

"Haera kematian Woojin adalah takdir yang kita tidak jangka dan oppa berbangga dengan dia sebab dia selamatkan awak. He is too brave"kata Jimin sambil tersenyum sinis.

"Dan oppa juga marahkan awak sebab rahsiakan hal ini daripada oppa"

"You are the only sister that l have and l love you so much Haera and l don't want you to keep everything to yourself Haera. Its hurting me to see you in pain."

"Did you know Haera? The higher you build walls around your heart,the higher you fall if someone tears them down. Dan oppa takut saat itu awaklah yang paling terluka"kata Jimin membuatkan Haera memandangnya sayu.

"Oppa kita dah lama tak berkomunikasi serius macam ni tapi apa yang oppa cakap betul dinding yang saya bina di sekeliling hati saya sangat tinggi dan orang pertama yang runtuhkannya adalah Woojin, memang saya rasa lega selepas dia tahu semua tentang rahsia saya tapi bila dia pergi sakit tu tak terungkap oppa,its hurt when someone you trust the most leave you forever."

"Dan saya perlukan masa untuk saya mula percayakan orang semula. Oppa saya sayangkan oppa dan saya tak nak oppa sedih pasal saya, dan itu adalah alasan yang buatkan saya rahsiakan segalanya daripada oppa."

Jimin tersenyum mendengar kata-kata Haera. "But l was your family and l need to know Haera and that way l can protect you"kata Jimin lembut.

Haera meletakkan kepalanya di bahu Jimin. "Oppa semua tu sakit sangat terlalu sakit sehinggakan untuk ingat semula apa yang terjadi boleh buat luka yang sudah berparut berdarah semula. Just give me more times and then l will tell you, l promised"ujar Haera lembut tangannya memaut lengan Jimin kemas.

"Oppa akan tunggu ,oppa akan selalu bersedia untuk dengar setiap apa yang berlaku. Oppa akan selalu ada untuk awak okay? "kata Jimin lantas itu mereka berbalas senyuman.

Haera tahu lambat laun dia terpaksa bercerita juga. Cuma dia belum cukup kuat untuk membuka peristiwa pahit itu semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience