Bab 10

Fanfiction - KPOP Series 6292

"Siapa nama majikan omma tu oppa?"tanya Haera sebaik sahaja mereka sampai di hadapan rumah Jimin,lantas itu Jimin mengeluh lalu menjentik dahi Haera.

"Ouchh! Oppa kenapa ni? Sakitlah!"Haera mengaduh lantas menjeling Jimin tajam.

"Oppa ni kadang-kadang geram dengan awak tahu tak selama omma kerja sebagai pembantu rumah awak tak pernah nak ambil tahu kat mana dia kerja? Siapa majikan dia? Oppa tahu masalah awak dengan omma tapi boleh tak lepas ni berubah. Take care lah sikit dengan omma tu"bebel Jimin sambil menyikat rambutnya dengan jari. Matanya memandang Haera geram.

Haera terdiam saat terkena bebelan Jimin,salahnya juga kerana luka lama yang masih bersarang di hatinya membuatkan dia lupa tentang perasaan Jimin.

" Okay,l'm sorry oppa. I'm promise l will change"kata Haera lembut sambil memegang lengan Jimin.

Jimin menggelengkan kepalanya lantas menarik tangan Haera masuk ke dalam rumah.

"Jangan nak tarik muka depan omma kalau awak buat Haera siap awak oppa kerjakan"amaran Jimin membuatkan Haera kecut perut.

Dia tahu perangai Jimin jika dia marah,memang dia tidak pernah angkat tangan terhadapnya tetapi Jimin akan menggugutnya dengan cara lain.

Sebab itu kalau boleh dia tak nak Jimin marahkannya.

"Baik oppa,l will do anything for you"kata Haera lantas tersenyum kepada Jimin.

Jimin melepaskan keluhan lantas itu menarik Haera menuju ke dapur.

Kelihatan omma sibuk menyediakan juadah di dapur setelah mendengar bunyi tapak kaki omma mendongakkan wajahnya dan bibirnya mengukir senyuman tatkala pandangan matanya melihat Haera.

"Omma! Wah banyaknya lauk omma masak"tegur Jimin bersama senyuman di wajahnya, dia begitu teruja melihat makanan yang telah siap terhidang di atas meja.

"Haera,awak dah balik?"tegur omma sambil memandang Haera.

Haera menarik nafas perlahan,cuba menenangkan hatinya.

Itulah kelemahan Haera,setiap kali dia melihat wajah omma peristiwa pahit yang pernah dia alami menjengah di minda.

Semua terimbas kembali saat-saat dia memerlukan pertolongan tapi tiada seorang pun yang mendengar dan tiada seorang pun yang sudi menghulur bantuan.

Imbas kembali....

11 tahun yang lalu...

Haera berlari menyelamatkan diri,tidak di peduli luka di lututnya dan tidak dipeduli lebam yang memenuhi badannya yang dia tahu dia perlu menyelamatkan dirinya.

Dia begitu bencikan hidupnya yang saban hari dipukul oleh appanya sendiri. Ya, omma dan appa sudah lama bercerai namun appa sudah kembali dan dia begitu bencikan Haera.

Baginya Haera adalah punca penceraian mereka. Dan dia kembali hanya dengan niat yang satu,untuk memusnahkan hidup anak perempuannya itu.

Haera mengetuk pintu pagar rumahnya.

"Omma!! Omma!! Buka pintu omma!!" laung Haera namun tiada balasan.

Jantung Haera semakin berdegup laju saat telinganya mendengar derapan kaki yang semakin lama semakin mendekat.

"Omma!! Buka pintu ni omma!! Tolong omma!!" rayu Haera sambil menangis.

"Perempuan tak guna!! Mana kau nak lari ha!!" marah appa bersama riak wajah yang bengis.

"Omma!!" jerit Haera lagi sambil menggoncangkan pintu pagar rumahnya.

"Pangg!!" dengan tangan terketar-ketar Haera menyentuh pipinya yang sakit akibat ditampar oleh appa.

"Ikut aku!! Aku nak kau ikut aku balik!! Dasar perempuan tak guna!! Siap kau aku kerjakan" jerit appa sambil menarik tangan Haera namun dia cuba melawan,tangannya kuat memegang besi pagar tidak mahu tewas di tangan appa.

"Taknak!! Saya tak nak ikut appa!!"tangis Haera sambil menggunakan segala kudrat yang ada melawan appa.

Lantas itu pandangan matanya jatuh pada omma yang berdiri di tepi tingkap,melihatnya yang meraung meminta pertolongan dengan pandangan kosong. Dan jantung Haera bagaikan terhenti saat omma menutup tingkap rumahnya lantas menutup lampu.

Bagaikan dikhianati pegangan tangannya pada besi pagar mulai melonggar. Dan serentak itu tubuhnya ditarik kasar oleh appa.

Sakit yang dirasa di badannya tidak mampu menandingi sakit di hatinya kala itu.

'Omma! Sampai hati omma buat saya macam ni,its okay andai esok saya masih hidup saya takkan boleh lupa apa yang omma buat hari ni. Saya perlukan pertolongan omma tapi omma langsung tak endah. Thanks omma kerana khianati saya'luah hati Haera bersama tangisan yang tiada henti.

Sekarang....

Haera memejamkan matanya rapat lantas membukanya perlahan, dia memandang omma lantas tersenyum.

"Ya,saya dah balik"kata Haera ringkas sambil tersenyum lantas memandang Jimin yang kala itu mengangkat keningnya dan mereka berbalas pandangan.

"So semua makanan ni nak bawak ke meja makan kan"kata Haera lantas mengambil 2 pinggan hidangan lantas diletakkan di atas meja makan.

"Haera,tak apa omma boleh buat. Awak baru balik kerja mesti tengah penat"kata Omma sambil tangannya menarik lengan Haera.

"Ding!! Dong!!" bunyi loceng mengejutkan mereka.

"Rasanya Jungkook tak pun Baekhyun tu. Biar saya bukakan pintu"kata Jimin lantas berlalu ke pintu dan Haera seakan kebingungan tatkala mandengar nama Jungkook.

"Asal kerap sangat aku dengar nama dia ya, ker ilusi semata-mata"bisik Haera lantas melangkah membontoti Jimin.

"Yah,Jungkook! Kau makin handsome sekarang ya"ujar Jimin sambil menepuk bahu Jungkook. Dia hanya ketawa mendengar usikan dari Jimin.

Lantas itu ketawanya mati saat matanya memandang seorang gadis yang amat dikenalinya.

Jimin berpaling melihat arah pandangan Jungkook dan melepaskan tawa kecil saat Jungkook memandang Haera.

"Itu adik aku,Park Haera!"kata Jimin membuatkan Jungkook terus memandang Jimin.

"Adik kau! Kau tak pernah cerita pun kau ada adik sebelum ni"kata Jungkook lantas tersenyum saat Haera menyedari kehadirannya.

"She was precious to me and thats why l don't bickering about her to anyone"kata Jimin lantas mengenyitkan matanya kepada Jungkook.

Langkah kaki Haera terhenti saat dia melihat Jungkook berdiri di sebelah Jimin. Hatinya mula berdebar,Jungkook mengenakan knitting sweater bewarna biru gelap dan slack jeans hitam ketat dan rambutnya dibiarkan kusut namun bagi Haera Jungkook  tetap hensem di matanya.

Haera menelan air liurnya saat dia melihat senyuman sinis di wajah Jungkook.

"Oppa, Jungkook ni majikan omma ker?"tanya Haera sambil melangkah mendekati mereka.

"Haah,tapi macamana awak tahu nama dia?"tanya Jimin.

Haera mencebik. "Siapa lah yang tak kenal CEO Gracio Corperation oppa"tambah Haera lagi.

Jimin menggaru belakang lehernya dan tersengih.

Jungkook tersenyum sambil memanah tepat anak mata Haera

"Actually l do know her Jimin,your sister"kata Jungkook sambil tersenyum sinis.

Jimin memandang Jungkook lantas mengangkat keningnya sebagai isyarat agar Jungkook meneruskan bicaranya.

"Aku terserempak dia dah banyak kali,kali pertama dekat kedai serbaneka dan a second time at a clu.."

"Dekat restoran" pintas Haera lantas menuju ke arah Jungkook,lantas itu menarik lengannya.

"Jangan awak sesekali cakap jumpa saya dekat club ya. Kalau awak cakap siap awak"bisik Haera perlahan tidak mahu Jimin mendengarnya.

"Dekat restoran?"Jimin bertanya. Pantas Haera menganggukkan kepalanya.

"Haah,restoran yang saya buat part time tu oppa"jelas Haera lagi.

"Ooo.."

"Oppa!!"sergah Baekhyun tiba-tiba sambil memeluk Jimin dari belakang.

"Jagi!! Bila awak sampai?"tanya Jimin lantas mengucup pipi Baekhyun.

"Dah lama dah cuma tadi saya pergi ke bilik air"kata Baekhyun sambil tersenyum. Tangan melingkar di pinggang Jimin.

"Rara!! Lama sangat tak nampak dia ni. Susah betul nak jumpa sekarang busynya mengalahkan kerja kat hospital"tegur Baekhyun sambil mencubit pipi Haera.

"Unni!! Sakitlah!! Sama je dengan oppa suka cubit pipi saya. Kalau macam ni lama-lama boleh jadi tembam tau pipi saya lagilah tak ada lelaki yang nak jadi boyfriend saya"bebel Haera sambil menepuk bahu Baekhyun.

"Saya ada,saya boleh jadi boyfriend Haera"kata Jungkook selamba sambil memandang Haera bersama senyuman sinis.

Jimin dan Baekhyun memandang Jungkook pelik.

Namun deringan telefon meredakan suasana,Haera menelan air liurnya setelah mendengar kata-kata Jungkook.

Dengan pantas Haera mengangkat telefonnya.

"Hello?" "Rara ah" Mata Haera membulat saat dia mendengar suara si pemanggil.

Di hujung talian professor Cha menarik nafas panjang saat Haera menjawab panggilannya.

Jimin melihat air muka Haera yang berubah tatkala menjawab panggilan telefonnya.

"Can we meet tomorrow Rara ah?"tanya Professor Cha.

"Saya ada sesuatu yang nak di bincangkan dengan awak"tambahnya lagi.

"Okay saya free pagi esok nanti saya send alamat ya"jawab Haera ringkas.

"Okay,kita jumpa esok. Take care Rara"ujar Professor Cha lantas mematikan talian.

Haera menarik nafas panjang lantas memandang Jimin.

"Siapa tu Haera?"tanya Jimin dan Jungkook memandang wajah Haera.

"Kawan saya masa kerja kat hospital dulu dia ajak jumpa"jawab Haera sambil tersenyum.

"Jomlah kita makan perut saya dah lapar ni"tambah Haera sambil tersengih.

Lantas itu mereka melangkah menuju ke meja makan. Namun belum sempat Haera melangkah membontoti Jimin tangannya ditarik oleh Jungkook.

"Siapa kawan awak tu lelaki atau perempuan?"tanya Jungkook bersama reaksi wajah yang mengelirukan Haera.

"Its none of your bussiness Jungkook"

"Did l tell you that night when we were busy kissing each other that you are my women, so if its your bussiness then its mine too Park Haera shi"bisik Jungkook di telinga Haera.

Wajah Haera merona merah saat Jungkook menyebut perihal malam itu.

"Jungkook! Stop it!" marah Haera lantas cuba meleraikan pegangan tangan Jungkook.

"Really Haera? I know you like it when l mention about how hot our kiss right?" usik Jungkook sambil bibirnya menyentuh lembut cuping telinga Haera.

"Okay, fine yang telefon tadi professor saya masa kerja kat hospital dan dia seorang perempuan. Puas hati?" kata Haera sambil mencebik.

Jungkook tersenyum mendengar pengakuan Haera. 'Bagusla kalau perempuan kalau yang call tadi lelaki aku takkan izinkan kau berjumpa dengan dia'bisik hati Jungkook lantas menarik tangan Haera.

"Jom kita makan Rara ah"kata Jungkook sambil mengenyitkan matanya kepada Haera.

Rara adalah nama timangan yang diberi oleh orang yang rapat dengannya dan apabila Jungkook memanggilnya dengan panggilan Rara dia merasakan sesuatu yang berlainan di hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience