Bab 20

Fanfiction - KPOP Series 6224

"So mind to tell me why the gorgeous Jeon Jungkook with you Park Haera shi?"tanya Soohyun sambil memandang ke arah Haera tajam.

Sungguh dia sangat terkejut saat melihat Jeon Jungkook yang dia minat selama ini ada di kliniknya dan lebih terkejut apabila dia melihat tangan Jungkook menggenggam erat tangan Haera.

Haera berdehem kecil pantas dia menarik tangan Soohyun lalu dibawanya ke satu sudut.

"Baik awak cakap dengan unni kenapa Jungkook pegang tangan awak? "

"Jangan cakap... Jangan cakap perempuan yang berjaya pikat hati Jungkook adalah awak?! "kata Soohyun dalam nada terkejut.

"Haera ah kenapa dia boleh minat kat awak kenapa bukan unni? "kata Soohyun lagi bersama mimik muka yang sedih.

Haera menggaru kepalanya yang tidak gatal sungguh dia tidak punya ayat yang boleh menenangkan perasaan Soohyun ketika itu.

'Adui, kenapalah Jungkook datang sini kan aku dah tak ada ayat nak explain kat unni'bisik hati Haera.

"Unni, sorry sebenarnya saya tak tahu nak cerita kat unni. Saya tahu unni minat sangat kat Jungkook dan sebab tu saya tak tahu nak explain macamana kat unni. Sorry sangat"kata Haera cuba memujuk Soohyun.

Lantas itu Soohyun menjeling Haera tajam lalu berlalu mendekati Jungkook.

Secara drastiknya dia terus tersenyum memandang Jungkook,Minhyuk dan Yoongi menahan tawa saat melihat reaksi wajah Soohyun yang teruja melihat Jungkook.

"Jungkook shi saya Kim Soohyun unni Haera, saya nak minta sesuatu boleh kita bergambar sekeping pun tak apa. Sebenarnya saya fan awak, saya selalu follow your story. Dan bila jumpa awak depan mata saya jadi teruja so boleh kita bergambar sekeping pun tak apa"kata Soohyun yang tersipu malu.

Jungkook yang melihat kelakuan Soohyun hanya menggangguk kepalanya perlahan dia melemparkan senyuman lantas itu dia terkejut saat Soohyun menarik lengannya dan dalam sesaat dia sudah berdiri di sebelah Soohyun. Dia memandang ke arah Haera dan melihat reaksi wajah Haera dia mengeluh perlahan.

Dia faham akan maksud Haera yang menyuruhnya memenuhi permintaan Soohyun.

Setelah itu dia tersenyum menampakkan giginya bergambar bersama Soohyun.

Haera tertawa kecil saat dia melihat Jungkook yang melayan karenah Soohyun. Lantas itu dia menuju ke arah bilik rawatan yang menempatkan pesakitnya yang membuat kecoh di klinik sebentar tadi.

Minji yang terbaring lesu di atas katil memandang ke arah pintu saat dia mendengar bunyi pintu dibuka.

Pantas dia memusingkan badannya ke arah lain apabila dia melihat Haera yang berada di muka pintu.

Haera melabuhkan punggungnya di kerusi yang diletakkan di tepi katil Minji.

"Awak okay dah? "tanya Haera lembut namun Minji tidak sedikitpun menoleh ke arahnya.

"Minji shi, saya harap awak kuat sebab saya tahu betapa sakitnya hati awak sekarang dan takdir tu kita tak boleh nak ubah."airmata Minji mula mengalir saat mendengar kata-kata nasihat daripada Haera.

"Sebab saya pernah mengalaminya Minji shi. Jadi saya faham apa yang awak rasa"pengakuan Haera membuatkan Minji terus berpusing memandang Haera.

Airmata Minji semakin lebat mengalir. "Dia bukan setakat pukul saya malah dia merampas kesucian saya. Saya pernah berada ditempat awak masa saya berumur 16 tahun. Ia terlalu menyakitkan saat saya dipukul dan dipaksa tanpa rela.Terlalu sakit sampai saya pernah berfikir untuk bunuh diri. Mungkin bila saya mati saya takkan rasa sakit lagi. "luah Haera sambil menyeka airmatanya perlahan.

"Saya masih ingat malam tu cuaca sejuk dalam pertengahan musim sejuk, dia kurung saya dalam bilik stor tanpa pakaian sejuk yang boleh menghangatkan badan saya. Sejuk sangat masa tu Minji sampai menusuk ke tulang. Kemudian dia pukul saya, dia pukul sampai beberapa tulang rusuk saya patah dan dia rampas kesucian saya."

"Masa awak berumur 16 tahun mungkin awak tak rasa apa yang saya rasa,saya terpaksa ke sekolah dengan lebam yang banyak di badan saya.Sakit sangat
Minji."

"Tapi awak tahu,sekarang ia dah tak sakit lagi.Semuanya akan berlalu. Kalau awak bertahan sekarang semuanya akan berlalu juga Minji. Saya pernah laluinya dan semuanya telah berlalu dan sekarang saya gembira dengan hidup saya. Dugaan itu bukan melemahkan kita sebenarnya ia menguatkan kita. That nightmares sometimes comes but at least now l'm stronger to face it. Dan awak pun sama Minji"kata Haera sambil menangis.

Perlahan Minji bangun lantas memeluk Haera erat.

"Saya minta maaf, saya minta maaf sebab lukakan awak"kata Minji lantas Haera tersenyum kelat lalu menepuk belakang Minji.

"Its okay, everything gonna be okay, you have to be strong Minji shi"kata memujuk Minji yang mula menangis kuat.

Namun tanpa Haera sedar, Jungkook telah mendengar semua luahan hati Haera, dan airmatanya mula menitis perlahan.

Dia tidak pernah menyangka Haera lalui semua itu.

'Haera ah kenapa awak sorokkan semua ni daripada saya, kenapa awak sengsara seorang diri'bisik hati Jungkook.

__________

Jungkook tersedar lambat dari tidurnya dan saat dia membaca mesej daripada Haera berkali-kali dia mengutuk dirinya kerana tidak sedar dari tidur.

Dengan pantas dia terus menuju ke bilik air membersihkan dirinya. Setelah itu dia menyalin pakaiannya. Dia mencapai 2 3 helai pakaian lain lalu di masukkan ke dalam beg.

Dengan tergesa-gesa dia mengambil kunci kereta serta dompet lalu terus menuju ke kereta.

Selama hampir 3 jam memandu akhirnya dia sampai juga ke destinasinya. Pantas tangannya mendail nombor Haera.

"Hello awak kat mana? Saya minta maaf sebab bangun lambat"

Haera tersenyum saat mendengar alasan daripada Jungkook.

"Sekarang baru saya faham apa perasaan Jin oppa,Unni dan Minhyuk oppa"

"Haa? "

"Sebab saya selalu bagi alasan yang sama macam awak bagi kat saya sekarang kat diaorang"

Jungkook tertawa kecil mendengar jawapan Haera.

"Saya kat bilik seminar di Sokcho Medical Center. Kalau awak tak tahu kat mana tanya kat kaunter pertanyaan kat bawah ya"

"Okay"balas Jungkook lantas dia mematikan taliannya.

Jungkook tiba tepat pada masanya sebaik sahaja dia melihat kelibat Haera terus sahaja dia memeluk erat tubuh Haera seakan rindu yang sudah lama tersimpan di hatinya.

Dia masih teringat-ingat setiap luahan hati Haera kepada Minji semalam sebaik sahaja dia mendengar semuanya dia tidak sanggup kalau Haera melihatnya menangis lantas itu dia terus berlalu dari klinik tanpa meninggalkan apa-apa pesanan kepada Haera kenapa dia pergi setelah mengajak Haera makan malam bersama.

Dan hampir semalaman dia berfikir tentang rahsia Haera, dan dia berkeputusan untuk mendiamkan diri sahaja biarlah Haera sendiri yang membuka rahsia itu kepadanya secara rela hati bukan kerana paksaan.

"Jungkook ah are you okay? "tanya Haera setelah Jungkook memeluknya agak lama.

"Hmmm"balas Jungkook sambil mengemaskan lagi pelukan.

"l miss you Haera ah"kata Jungkook sebak cuba mengawal perasaannya ketika itu.

Peristiwa semalam bermain di mata dan kata-kata Haera masih terngiang-ngiang di telinga.

Haera melepaskan tawa kecil. "Awak kita kan dah jumpa semalam"

"Saya tahu tapi hati saya rindukan awak sangat-sangat"kata Jungkook lantas meleraikan pelukan,tangannya masih melingkar di pinggang Haera.

Perlahan dia mengusap pipi Haera lalu mengucup bibir Haera kejap.

"Endure with it. From now l will kiss you whenever and wherever l want Mrs. Jeon to be"kata Jungkook sambil tersenyum menampakkan giginya.

Haera ketawa kecil lantas itu mencubit kedua belah pipi Jungkook.

"We will see. Dah saya ada kerja lagi ni. Awak pergi duduk dulu seminar tu start dalam pukul 10"kata Haera sambil tersenyum lantas berlari meninggalkan Jungkook setelah namanya dipanggil.

Jungkook hanya mengeluh lantas mula masuk ke dalam bilik seminar.

Dia mengambil tempat di barisan ke empat,sempat dia melihat ke segenap bilik seminar itu dan agak teruja apabila ramai yang menghadirinya dan kebanyakan daripada mereka adalah pesakit-pesakit dari hospital.

Seminar bermula dengan ucapan pembuka majlis dan 2 orang doktor mula memberi ceramah.

Jungkook rasa terhibur dan tidak merasa bosan sepanjang seminar itu kerana penceramah itu berjenaka menyebabkan isipati seminar itu menarik.

Dan selama hampir 1 jam lebih barulah Haera mula memberi ceramah. Jungkook membetulkan duduknya lantas meneguk air perlahan. Matanya memerhati setiap pergerakan Haera.

"Apa khabar semua, saya doktor Park Haera dijemput hadir hari ini untuk memberi ceramah kepada anda semua sempena kempen kesihatan hindari penyakit merbahaya. Dan saya tahu ramai di antara anda semua yang hadir hari ini menghidapi penyakit-penyakit kronik."

"Seperti yang doktor Kang Geum Rim dan doktor Han Kijoon beritahu tadi kita perlu mempraktikkan pemakanan yang sihat sebab ia sangat penting bagi mengelakkan penyakit itu terus merebak dan merosakkan organ dalaman kita. "

"Dan saya disini ingin menyentuh soal semangat anda sebagai pesakit untuk melawan penyakit itu".

"Saya tahu kamu semua pasti down dan putus asa setiap kali keputusan kesihatan yang kamu jalankan itu semakin merosot dan kamu seakan berputus asa untuk melawan penyakit yang semakin hari semakin merosakkan diri kamu. "

"Tapi, kita harus kuat untuk melawan penyakit itu. Dan inner strength kita harus kuat barulah kita boleh berjuang."

Seorang perempuan mengangkat tangan seakan ingin bertanyakan soalan kepada Haera.

"Saya Oh Hana, saya menghidap leukimea tahap ketiga,doktor? Semua ni terlalu menyakitkan, sehingga satu tahap saya hampir berputus asa lebih lagi setiap kali saya buat kemoterapi. Sakit sangat doktor"

Haera memandang sayu ke arah Oh Hana lantas itu dia turun dari pentas lalu menuju ke tempat duduk Hana.

"Saya tahu ia sangat menyakitkan tapi awak harus kuat Hana shi, dan saya akan bercerita pada awak tentang seorang kawan saya. "kata Haera sambil tersenyum.

"Nama dia Kang Jieun, dan dia menghidapi sakit jantung kronik, dia seorang yang sangat kuat walaupun dia tahu dia tiada harapan untuk hidup. "

"Dia anak yatim piatu dan untuk buat pemindahan jantung perlukan duit yang banyak dan masa tu tak ada penderma, dan semasa dia kritikal dia masih tersenyum sambil berkata sesuatu kepada saya"

"Dia cakap apa? "Haera tersenyum mendengar soalan Hana.

"Dia cakap, aku masih berharap Tuhan makbulkan doa aku, aku berharap ada seseorang yang sanggup dermakan jantung untuk aku,selagi kita masih bernafas, the miracle will happen"

"Then it did happen, in the last stage of her life, God grant her wish. Ada seseorang yang mahu dermakan jantung kepada Kang Jieun. Dan pembedahan itu berjaya dan guess what she was a doctor now. "

"So Oh Hana jangan sesekali berputus asa okay, and pray to God to make your illness disappear. "

"Miracle can happen, l see it with my eyes Hana"kata Haera sambil tersenyum.

Hana memandang Haera dengan mata yang berkaca. Hatinya tersentuh dengan kata-kata Haera.

Dan Jungkook melepaskan tawanya, melihat Haera yang mengusap tangan Hana.

"Sometimes l think that l don't deserve you Haera, you are too kind"kata Jungkook perlahan.

Setelah 30 minit Haera memberikan ceramahnya, majlis pun bersurai.

Dan Haera menutupnya dengan dendangan sebuah lagu dari penyanyi yang semakin popular.

Jungkook mendengar setiap bait-bait lagu itu sambil hatinya memuji kemerduan suara Haera.

Lagu itu bertajuk Someday dari IU.

English Translation

Someday, I hope these tears will stop
Someday, after this darkness clears up
I hope the warm sunshine dries these tears

When I feel that I’m getting tired
Of seeing myself exhausted
I want to throw away the dreams
That I've worked so hard to keep

Every time I feel that
I lack more than what I have
I lose strength in my legs and fall down

Someday, I hope these tears will stop
Someday, after this darkness clears up
I hope the warm sunshine dries these tears

I comfort myself, saying "it'll be alright"
But day by day, little by little
I start to grow afraid

I tell myself "believe in me"
All the while not believing myself
Now I don't know how much longer I can hold out

If I wait, someday it will come
Although the night is long, the sun rises
Someday, my pained heart will get well

I hope someone will help me now
I hope the heavens will please help me
More and more, I don't have the confidence
To overcome it all by myself

Someday, I hope these tears will stop
Someday, after this darkness clears up
I hope the warm sunshine dries these tears
(Dries these tears)

If I wait, someday it will come
Although the night is long, the sun rises
Someday, my pained heart will get well
(Someday will get well)

Someday
Someday

Dan saat mata mereka bertemu Jungkook pasti Haera adalah jodohnya bukanlah Hyuna. Haera adalah masa depannya, dan Hyuna adalah masa silamnya.

'You heal my wound Haera and from now l want to heal your wound too. 'bisik hati Jungkook sambil matanya masih memandang anak mata Haera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience