Bab 19

Fanfiction - KPOP Series 6292

Jungkook melonggarkan tali lehernya lantas menghempaskan badannya kasar ke sofa, lalu dia memejam matanya rapat cuba untuk tidur setelah 2 malam tidurnya terganggu.

Sejak dia bermimpi tentang Hyuna 3 hari lepas, bayangannya menjengah saban malam. Dengan kekangan kerja yang banyak badannya mulai berasa letih dan tanpa disedari dia terlena.

Hoseok hanya memerhati Jungkook yang sedang berdengkur kecil. Dia tahu Jungkook tidak mendapat tidur yang cukup kerana lingkaran gelap dibawah matanya cukup jelas terlihat.

Dia hanya membiarkan sahaja Jungkook tidur di situ sedang dia sibuk bermain dengan handphone.

Perlahan Jungkook mendesah lantas mula membuka matanya perlahan. Badannya ditegakkan sambil menggosok matanya dia memandang ke arah Hoseok yang duduk bertentangan dengannya.

"How your sleep? "tanya Hoseok perlahan lantas meletakkan handphone miliknya di atas meja kopi.

"Bad l can't barely sleep Hobi"kata Jungkook sambil meraup wajahnya.

Hoseok memberi Jungkook segelas minuman.

"Minum ni baru kau rasa lebih bertenaga"

Jungkook mengambil gelas di tangan Hoseok lalu diteguknya sampai habis.

Dia mengeluh perlahan lantas memicit lembut dahinya.

"Aku rasa baik kau balik tidur Jungkook kau nampak letih sangat. Meeting pukul 3 nanti aku seorang je yang pergi nanti aku bagilah excuse apa pun"kata Hoseok lagi. Jungkook hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Kau nak aku hantar kau balik ker? Ada masa lagi ni"

"Its okay aku suruh driver aku hantar"kata Jungkook lantas bangun lalu menuju ke mejanya dan mencapai handphone serta kot lantas memberi isyarat kepada Hoseok lantas keluar dari ofisnya.

"Jungkook!"panggil Hoseok.

"Aku rasa baik kau jumpa dengan Jimin doktor yang rawat kau dulu. Mana tahu dia boleh bantu kau"kata Hoseok sambil menepuk lembut bahu Jungkook.

"Aku ingat aku dah tak perlu jumpa dengan dia"kata Jungkook sambil tersenyum sinis.
"Tapi..."Mata Jungkook mula berkaca.

"Hei, everything gonna be alright. Okay sekarang aku drive kau pergi jumpa Jimin ya?"kata Hoseok sambil memaut lengan Jungkook lalu berhenti di hadapan meja setiausaha Jungkook.

"Ms. Han tolong batalkan semua appointment saya dan Jungkook petang ni. He is not feeling well"kata Hoseok.

"Baiklah Mr. Jung"jawab Ms. Han lantas menunduk hormat.

Setelah itu mereka berdua menuju ke lif.

__________

"Dah berapa lama kau tak boleh tidur Jungkook? "tanya Jimin sambil menaip sesuatu di laptopnya. Hoseok menjadi pemerhati sambil menghirup kopi.

"Dah 3 malam Jimin, dan mimpi yang sama"Jungkook mengeluh.

"Aku rasa Hyuna marahkan aku sebab aku dah ada pengganti dia, dia macam nak ingatkan aku macamana perasaan aku saat kehilangan dia"

"Kau kena lawan Jungkook cuba kau kerap luangkan masa dengan adik aku mungkin mimpi tu takkan menghantui kau lagi. "kata Jimin lagi.

"Aku tak tahu Jimin, aku tak tahu nak buat apa lagi"kata Jungkook sambil meraup kasar wajahnya, dia mengeluh panjang.

Sakit itu yang dia rasakan sekarang apabila bayangan Hyuna seolah-olah menghantuinya cuba memberi amaran betapa sakitnya kehilangannya.

Dan Jungkook cukup letih apabila setiap kali memejam mata wajah Hyuna menjengah di minda.

Dan dia sudah tidak sanggup lagi. Haera ada menelefon dan menghantar mesej kepadanya namun satu pun dia tidak jawab.

Dia takut untuk lukakan wanita itu setelah tangan Haera lebam disebabkannya saat Haera bermalam di rumahnya.

"I hurt her, your sister Jimin, and l'm scared to face her. Dia buang gambar aku dan Hyuna dan frame tu pecah dan secara drastik aku rentap tangannya kuat. And it leave a bruised. I'm so sorry Jimin. Hae.. Haera dia tak marah aku tapi aku serba salah sebab aku lukakan dia dan.. Dan aku takut kalau aku jumpa dia lagi aku akan lukakan dia. Aku tak nak Jimin, aku tak nak lukakan dia"kata Jungkook sayu, matanya berkaca dan perlahan air mata yang ditahan mengalir jua.

Jimin mengeluh perlahan, matanya berkalih memandang Jungkook dan Hoseok berselang seli.

"Aku rasa aku tak boleh selesaikan masalah kau Jungkook kali ni yang boleh selesaikannya adalah Haera."

Jimin tersenyum memandang Jungkook.
"You have to close your eyes to old ends and open your heart to new beginnings. And your new beginnings started with Haera Jungkook"kata Jimin mengundang senyuman di bibir Hoseok.

"Jimin betul Jungkook kali ni kau kena nekad untuk lupakan Hyuna dan itu adalah kunci untuk kau bahagia semula Jungkook"kata Hoseok lagi.

Jungkook memandang Jimin sayu. "Kau tak marahkan aku Jimin? "soalan Jungkook membuatkan Jimin ketawa kecil.

"Kalau Haera tak marahkan kau siapalah aku ni nak marah kau Jungkook. Haera nampak je macam tu tapi hati dia lembut dia mudah untuk maafkan orang"Jungkook tersenyum mendengar kata-kata Jimin.

"Thanks Jimin, your words really help me"kata Jungkook sambil memandang Jimin.

"So belanja aku makan"kata Jimin

"Dekat restoran Jin ya"tambah Hoseok lantas itu mereka ketawa kecil.

__________

Jungkook menuju ke arah klinik lantas membuka pintu perlahan, namun dia terkaku melihat adegan di hadapan matanya.

Dia mulai cemas saat melihat pekerja di klinik itu sedang cuba menenangkan seorang pesakit yang memegang pisau lantas mengacunya ke arah Haera.

"Kenapa kau selamatkan aku! Aku sepatutnya mati bukannya masih hidup! "kata pesakit itu yang berwajah pucat.

"Bertenang Do Minji shi, letakkan pisau tu dulu semua ni boleh dibawa berbincang"kata Haera cuba menenangkan Minji.

"Bawa bincang!  Kau buat lawak ke apa?! Kalau boleh bawa bincang aku tak bunuh diri lah! Dia dah ambik semua yang aku ada, dia rogol aku! Sakit kau tahu tak! Aku dah tak ada apa-apa lagi! Aku malu sebab aku dah kotor! Semua orang hina aku! Jijik dengan aku! Lebih baik aku mati je! "kata Minji lantas menikam dirinya sendiri.

Namun belum sempat pisau itu mencucuk perutnya Haera lebih pantas bertindak lalu memegang mata pisau itu menahannya dari mencucuk perut Minji. Darah mula mengalir dari celah tangan Haera.

"Kau adalah manusia paling bodoh yang pernah aku jumpa, sakit memang sakit semua orang tahu dipaksa tanpa kerelaan kita memang sakit, tapi sekurang-kurangnya kau masih hidup dan guna peluang yang ada ni untuk heret orang yang buat kau macam ni masuk penjara."Haera merampas pisau itu lantas melemparkannya jauh dari Minji.

Selangkah demi selangkah dia mendekati Minji.

Minji yang terkejut dengan perlakuan Haera mengundurkan dirinya. Riak takut bercampur terkejut tampak jelas di wajahnya.

Manakala Jungkook pula melangkah mendekati Haera dan dia bertambah cemas saat melihat darah berlumuran di tangan Haera.

"Mesti kau fikir aku tak tahu apa-apa, tapi aku tahu apa perasaan kau masa tu Do Minji shi, bunuh diri takkan boleh selesaikan masalah kau hanya biarkan dia terlepas dan nanti dia akan buat perkara yang sama pada perempuan lain. Kau nak macam tu? "

Haera mengeluh panjang, matanya tidak lari dari memandang Minji.

"Semua akan baik-baik sahaja Minji shi setiap masalah dan dugaan yang kita lalui semuanya ada jalan penyelesaian. Mungkin sekarang kau rasa terseksa rasa sakit tapi semua tu akan berlalu. Dan satu hari nanti kau akan fikir betapa bodohnya aku bila aku cuba bunuh diri dulu"

"Jika kau rasa nak menangis, menangis sepuas hati jangan simpan-simpan kau akan rasa lebih lega Minji shi. Menangis bukan tanda kita lemah cuma ia satu cara untuk kita buktikan yang sebenarnya kita kuat"

Sebaik sahaja mendengar kata-kata Haera, Minji terus terduduk lantas menangis sekuat hatinya. Pantas Minhyuk menarik tangan Haera lalu dibawanya ke bilik perubatan manakala Soohyun menenangkan Minji.

"Tak sangka dia seorang doktor yang bagus walaupun masih muda, kalau aku ada anak lelaki aku jodohkan saja dengan dia"kata seorang mak cik di situ, Jungkook berdehem kecil saat mendengar ayat dari mak cik itu.

"Haera tu kepunyaan aku sesuka hati je cakap macam tu"bisik Jungkook lantas terus masuk ke dalam bilik rawatan yang Haera masuk sebentar tadi.

Minhyuk yang sedang membersihkan luka Haera terkejut saat pintu terbuka kuat namun dia lebih terkejut saat matanya melihat Jungkook yang berada di pintu.

Haera yang melihat reaksi wajah Minhyuk yang terkejut terus memandang ke arah pintu.

"Jung.. Jungkook? "

Pantas Jungkook menuju ke arah Haera lalu melihat tangannya yang masih berdarah.

Manakala Minhyuk memandang Haera dan Jungkook berselang seli.

"Saya rasa awak patut berhenti jadi doktor Park Haera awak selalu bahayakan diri awak"kata Jungkook yang memandang Haera tajam.

"Ermmm, Mr. Jeon saya tengah merawat Park Haera boleh awak tunggu di luar? "kata Minhyuk sambil tersenyum memandang Jungkook.

"Boleh saya tunggu disini? Saya hanya tengok sahaja"kata Jungkook membalas senyuman Minhyuk.

"Kalau macam tu tak apalah"jawab Minhyuk lantas menyambung kerjanya.

Setelah siap membalut tangan Haera, Minhyuk mendekati Haera lantas berbisik di telinganya.

"You better tell me everything Park Haera dan jangan tertinggal sikitpun okay oppa nak tahu semuanya"

Minhyuk menunduk hormat kepada Jungkook lalu keluar dari bilik rawatan.

Jungkook mengeluh panjang lantas dia mengambil tangan Haera yang berbalut itu lantas diciumnya lembut.

Haera terkedu dengan perbuatan Jungkook. Serta-merta jantungnya mula berdegup laju.

"Why you keep hurting yourself? "tanya Jungkook sambil memandang anak mata Haera tepat.

"Ni kerja saya dan saya suka dengan kerja saya ni dan saya akan buat apa sahaja untuk selamatkan orang "

" Tapi perasaan saya macamana? Nak gugur jantung saya tengok scene berani mati macam tu awak tahu tak? Kalau perempuan tu tikam awak macamana? "marah Jungkook tanpa mengalihkan pandangannya.

"Jungkook ah perempuan tu dia masih lemah, dia dah hilang banyak darah sebab dia cuba bunuh diri dengan mengerat pergelangan tangannya. So kudrat dia tak kuat"kata Haera cuba menenangkan Jungkook.

"Habis kenapa tangan awak banyak keluar darah? Kalau betul kudrat dia tak kuat"Haera mengeluh panjang.

"Sorry, cuma tadi saya geram sangat dengan dia so saya terpegang mata pisau tu kuat. Sorry ya Jungkook"kata Haera bernada simpati.

"Awak ni kan kalau tak buat saya risau tak boleh ker? "kata Jungkook sambil mencubit pipi Haera.

"Arggghh! Sakit! "kata Haera sambil menepis tangan Jungkook lantas itu mereka ketawa kecil.

"Saya minta maaf saya tak jawab call awak tak balas mesej awak"

"Its okay, saya ingatkan awak masih marahkan saya sebab pecahkan frame gambar awak"kata Haera sambil tersenyum kecil.

"Saya tak marah dah, awak comel sangat tak sampai hati saya nak marah"

Perlahan Jungkook menggenggam tangan Haera.

"Awak balik kerja pukul berapa? "

"Dah nak balik ni shift saya dah habis pukul 7 tadi cuma saya stay lagi disebabkan pesakit tadi"jawab Haera.

"Jom kita pergi makan dulu lepas tu...."

"Lepas tu saya nak balik esok pagi-pagi saya kena pergi Sokcho"kata Haera sambil tersenyum.

"Buat apa kat sana? "

"Saya ada seminar so pagi-pagi lagi saya kena bertolak"

"Tapi tangan awak kan luka tak baik lagi"Haera tersenyum mendengar ayat yang keluar dari bibir Jungkook.

"Luka ni sikit jela awak jangan risau saya tak apa-apa."kata Haera

"Kalau awak nak pergi juga saya nak ikut"kata Jungkook mengejutkan Haera pantas Haera memandang wajah Jungkook.

"No? "

"Yes, l will follow you to keep you from getting hurt my princess"kata Jungkook sambil tersenyum.

Dia membawa juntaian rambut Haera lantas dibawa ke belakang telinganya lalu mengucup pipi Haera lembut.

"You are my princess"

"Hey lovebird ni tak habis-habis lagi dating"kata Yoongi yang tiba-tiba munculkan diri.

Pantas Yoongi menuju ke arah Haera lalu menarik tangan Haera yang terluka sambil membelek nya. Jungkook yang tidak mengenali Yoongi terkejut dengan tindakannya itu.

"Oppa? "

"Awak ni kan berapa kali oppa cakap hati-hati ni nasib baik luka kat tangan je nak tercabut jantung oppa bila Soohyun call tadi tahu tak"bebel Yoongi sambil melepaskan keluhan panjang.

Setelah itu dia memandang Jungkook.

"Hai saya Yoongi, Min Yoongi best friend Haera but l treat her like my sister so you dan't have to worry about that"kata Yoongi sambil menghulurkan tangan.

Jungkook berdehem kecil lantas menyambut huluran tangan Yoongi.

"Saya Jeon Jungkook"Yoongi tersenyum.

"Nice to meet you Jungkook"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience