"Kau perasan tak apa yang aku nampak?" tanya Soohyun. Minhyuk memandang ke arah pandangan mata Soohyun.
"Apa yang kau nampak?"tanya Minhyuk kebingungan sambil tangannya memegang report pesakit.
"Aku tengok si Haera ni macam ceria semacam je dari tadi asyik tersenyum-senyum, kau rasa kenapa?"tanya Soohyun lagi lantas menjatuhkan pandangannya kepada Minhyuk.
Minhyuk memerhati tingkah Haera dan dia akui setiap yang diperkatakan oleh Soohyun.
Dia mengukir senyuman.
"Mungkin ada berita baik kot atau..."
"Atau...." sambung Soohyun.
"Dia dah ada boyfriend?"kata Minhyuk sambil tersengih.
"Hahaha...funny, dia tu spesies pelik sikit kau tahu tak sepanjang aku kenal dia tak pernah aku nampak dia dengan mana-mana lelaki selain daripada Jimin"ujar Soohyun separa berbisik.
Minhuk menganggukkan kepalanya.
"Aku dah lama tak nampak Jimin"kata Minhyuk lagi.
"Dia sibuk kot,aku pun sama dah lama tak nampak dia"
"Unni! Korang borak apa? Amboi mentang-mentang patient kurang korang curi tulang ya"kata Haera sambil tersenyum.
"Banyaklah curi tulang kitaorang bercakap pasal awak"kata Soohyun sambil mencebik.
"Kutuk saya lah tu"Haera memuncungkan bibirnya.
"Haera ah ada berita gembira ker? Oppa tengok awak happy semacam je hari ni"tanya Minhyuk sambil membetulkan cermin matanya.
Haera tersenyum lantas melepaskan tawa kecil, perlahan dia menganggukkan kepalanya.
"Apa dia? Ceritalah" kara Soohyun teruja.
Mereka mendekatkan wajah mereka dengan Haera. "Rahsia!" kata Haera sambil ketawa.
"Yah, Park Haera! Ceritalah dengan kitaorang pun nak berahsia ker?"kata Minhyuk sambil mencuit lengan Haera.
"Belum tiba masanya lagi nanti saya cerita ok?"kata Haera ringkas sambil melihat jam di tangannya.
"Jom kita lunch dah tengahari ni,oppa belanja okay?"kata Haera sambil mengenyitkan matanya kepada Minhyuk lantas menarik lengan Soohyun menuju ke pintu masuk klinik.
"Park Haera! Kenapa pulak oppa yang kena belanja?" laung Minhyuk sedikit kuat. Namun Haera hanya melemparkan jelingan kepada Minhyuk disertai gelak tawa dari Soohyun.
Mereka memilih restoran yang berdekatan dengan klinik mereka. Haera menarik mukanya masam, sambil menjeling Minhyuk yang tersenyum sinis kepadanya.
"Tak aci! Kalau saya yang belanja korang pilih restoran Good Korean tahu tak mahal makanan kat situ, kalau oppa belanja pilih restoran ni. Tak aci!"bentak Haera sambil menjeling Minhyuk.
Minhyuk menggelengkan kepalanya.
" Patutlah awak tak ada boyfriend perangai macam budak-budak"kata Minhyuk sambil menjeling Haera.
"Hallo ramai tau lelaki yang minat kat saya cuma saya je yang tak nak"kata Haera sambil menyilangkan tangan di dadanya.
Soohyun ketawa kecil mendengar kata-kata Haera.
"Yalah tu Haera"jawab Soohyun lantas menjatuhkan pandangannya ke televisyen di restoran itu.
Matanya teruja saat iklan yang ditayangkan di televisyen memaparkan wajah Jeon Jungkook.
"Wah Jungkook lah, Haera ah unni minat tau kat dia ni sebab dia cukup pakej untuk future husband unni"kata Soohyun lantas menyiku lengan Haera.
Haera hampir tersedak tatkala mendengar nama Jungkook meniti di bibir Soohyun.
Matanya tertancap pada televisyen, lantas itu jantungnya mula berdegup laju saat melihat betapa hensemnya Jungkook memperagakan minyak wangi keluaran syarikatnya itu.
Tanpa dia sedar mulutnya ternganga melihat iklan itu.
"Agak-agaklah Haera, oppa tahu lah yang Jungkook tu hensem sekurang-kurangnya tutuplah mulut tu. Nanti lalat masuk" kata Minhyuk sambil ketawa.
Soohyun tergelak sama mendengar kata-kata Minhyuk manakal Haera menjeling Minhyuk tajam.
"Oppa ni kan selalu macam tu buat hilang mood je"cebik Haera lantas matanya melihat Jungkook semula.
"Hai la Jungkook,hensemnya kau"puji Soohyun.
"Unni,nak tanya boleh? Unni tahu ke pasal Jungkook ni?"tanya Haera ingin tahu.
"Of courselah unni tahu, unni dah lama admire dia maklumlah dia kan jutawan, hensem pulak tu" jawab Soohyun teruja.
Minhyuk menggelengkan kepalanya melihat tingkah Soohyun.
"Ala kau minat dia pun dia tak pandangla level macam kita ni Soohyun" kata Minhyuk.
"Kau tak tahu apa-apa pasal dia jangan cakap sembarangan tau. Bekas tunang dia yang meninggal tu pun orang biasa je bukan orang kaya, sebab tu aku minat dia. Jungkook tak berlagak macam sesetengah orang kaya yang lain"kata Soohyun sambil menjeling Minhyuk.
"Yelah tu"jawab Minhyuk ringkas. Haera hanya mengangguk sahaja, ada benarnya kata Soohyun kerana sewaktu pertemuannya dengan keluarga Jungkook, mereka mesra dan tidak sombong terhadapnya.
"Bekas tunang dia meninggal sebab apa unni?"tanya Haera.
Haera begitu ingin tahu tentang bekas tunang Jungkook namun dia segan untuk bertanya kepada Jungkook sendiri.
Khuatir Jungkook menganggapnya sebagai seorang yang penyibuk.
Setelah mengetahui Soohyun serba tahu tentang Jungkook dia mengambil kesempatan itu untuk mengorek rahsia.
"Dia meninggal sebab terlibat dalam kemalangan dan yang lebih menyayat hati kemalangan itu berlaku di hadapan matanya Haera."kata Soohyun dalam nada sayu.
Haera dan Minhyuk tekun mendengar cerita daripada Soohyun.
"So lepas incindent tu yang unni tahu dia tak pernah bercinta or rapat dengan mana-mana perempuan lain, dia jadi makin pendiam and mostly to the woman."tambah Soohyun lagi.
"So dia ni jenis yang setia pada yang satu la?"tanya Minhyuk.
"Yup,aku ada kawan yang kerja dekat syarikat dia dan kawan aku cakap dia tak layan pun mana-mana perempuan yang cuba nak rapat dengan dia so kalau dia tiba-tiba je take interest in any women after this we can assume that women was lucky enough"kata Soohyun sambil tersengih.
"Dan aku tak sabar nak tahu perempuan jenis yang macamana yang boleh cairkan hati dia"tambah Soohyun lagi.
Haera mula berdebar setelah mendengar cerita daripada Soohyun tentang Jungkook.
Air mukanya berubah lantas itu dia berpaling mengadap Soohyun.
"Unni, maksudnya kalau Jungkook tu tiba-tiba je rapat dengan seorang perempuan then likely flirting with her so its mean that he really like her am l right?"tanya Haera beserta debaran di hatinya.
"Yup, l think so,Jungkook jenis yang setia once he like a woman dia takkan layan dah perempuan lain"
"So kalau seorang lelaki asyik kacau dan cakap ayat-ayat yang romantik tu tandanya dia suka kat perempuan tu lah"tanya Haera.
"Mostly macam tu la"sambung Minhyuk.
"Matilah aku"bisik Haera perlahan sambil merebahkan badannya ke kerusi.
"Dah kenapa tiba-tiba muka monyok ni?"tanya Soohyun pula.
"Tak ada apa-apalah,so thanks unni for a interesting story about Jungkook"kata Haera sambil tersenyum.
Setelah itu makanan mereka sampai. Minhyuk dan Soohyun terus menjamah makanan, manakala Haera berfikir tentang Jungkook.
"Jadi itulah maksud dia malam tu, habislah kau Park Haera"keluh Haera separuh berbisik lantas menjamah makanannya.
__________________
"Haera!!" panggilan Jimin mengejutkan Haera yang baru sahaja keluar dari klinik.
"Oppa!! Oppa buat apa kat sini?" tanya Haera.
"Oppa dari mana ni?"tambah Haera lagi.
Jimin melangkah mendekati Haera sambil tersenyum menampakkan giginya.
"Oppa baru balik dari jumpa klien tadi,so alang-alang dah dekat dengan klinik awak oppa singgahlah"kata Jimin sambil menarik tangan Haera.
"Jom, temankan oppa"
"Pergi mana?"tanya Haera sambil memaut lengan Jimin.
"Haish,banyak tanyalah awak ni. Ikut jelah"kata Jimin mengundang tawa di bibir Haera.
"Cakaplah suruh teman shopping"kata Haera sambil menggelengkan kepala melihat Jimin yang mengerutkan dahi ralik menilik barang di tangannya.
"Haera,cepatlah tolong oppa pilih"kata Jimin sambil menunjukkan dua tembikar yang berbeza bentuk dan warna kepada Haera.
"Ni mesti nak bagi dekat Baekhyun kan?"tanya Haera sambil tersenyum, Jimin hanya tersengih apabila Haera menyebut nama kekasihnya itu.
"Yup! You right, so cepatlah tolong oppa yang mana cantik?"gesa Jimin sambil memandang Haera.
"Dua-dua pun cantik tapi ambil yang warna emerald tu Baekhyun kan suka warna hijau."
"Thats why l really need your advice you are the best sister"ujar Jimin sambil tersenyum.
Haera menarik nafas lega,kadang dia pelik dengan kegemaran kekasih abangnya itu yang begitu minat pada barang-barang antik.
Sambil menunggu Jimin membayar dan membungkus tembikar itu,Haera melihat-lihat ke barang-barang yang lain namun tak ada satu pun yang menarik minatnya.
"Jom,oppa dah siap"kata Jimin lantas menarik tangan Haera.
Mereka keluar dari kedai antik itu lalu berjalan beriringan. Jimin meletakkan tangannya di bahu Haera.
"Now that l know why until now l don't have a boyfriend"kata Haera sambil menjeling Jimin.
Jimin mengangkat keningnya lalu membalas pandangan Haera.
"Apa awak cakap?"tanya Jimin.
"Oppa ni selalu letak tangan dekat bahu saya kalau orang tengok mesti diaorang ingat yang saya ni girlfriend oppa habis tu bila lah saya nak ada boyfriend"kata Haera sambil memuncungkan bibirnya.
Jimin melepaskan tawanya setelah mendengar kata-kata Haera.
"Nak buat macamana oppa dah terbiasa kalau tak ada orang yang nakkan adik oppa ni,oppa kenalkan kawan oppa kat awak ya"kata Jimin sambil mencubit pipi Haera.
"Oppa!! Sakitlah!!" marah Haera sambil menggosok pipinya itu,Jimin ketawa melihat tingkah Haera.
"Buy me an ice cream"kata Haera sambil mencebik.
Jimin tersenyum."Nantilah oppa belanja ice cream kita balik rumah oppa dulu sebab...."
"Sebab...."sambung Haera.
"Hari ni omma jemput majikan dia untuk makan malam, so oppa ajak Baekhyun sekali jadi awak pun kena ada jugak"kata Jimin sambil tersenyum.
"Tak naklah,oppa je la pergi"kata Haera lalu melangkahkan kakinya namun baeu dua tiga tapak dia ditarik oleh Jimin.
"Nope,majikan omma kawan oppa so better you been there too because you can get to know him,mana tahu kalau dia berkenan dengan awak bolehlah dia jadi boyfriend awak"kata Jimin tersenyum sambil menarik tangan Haera.
"Nonsense"kata Haera lantas cuba meleraikan pegangan tangan Jimin.
"Degil betul la dia ni,jom oppa tak kira awak kena ikut oppa!"kata Jimin sedikit keras suaranya.
Haera menarik nafas perlahan.
"Okay saya ikut, tapi don't expect me to be lovey dovey with omma"kata Haera lantas menjeling Jimin.
"Okay, adikku sayang. Dah jom! Kita dah lambat ni"kata Jimin sambil menggelengkan kepalanya.
Permintaan adiknya itu mengganggu fikirannya namun dia perlukan kehadiran Haera malam itu jadi dia turutkan sahaja kemahuan adiknya itu.
Share this novel