Taehyung terasa kekok saat berdua-duaan dengan Jieun di cafe walhal ketika itu ramai yang makan di cafe.
"Awak dah breakfast?"tanya Jieun.
Dalam diam dia berterima kasih dengan Haera kerana menyuruhnya membeli kopi di cafe dan sempat mempelawa Taehyung untuk menemaninya.
Hai,hati Jieun apa lagi berbunga-bungalah peluang dapat berdua-duaan dengan Taehyung jangan dilepaskan.
"Belum lagi. Awak dah breakfast?"
Jieun menyambut soalan Taehyung dengan gelengan kepalanya.
"Baguslah kalau macam tu kita boleh breakfast sekali, tu pun kalau awak sudi"seloroh Taehyung sambil tersenyum.
"Saya okay je kenapa awak cakap macam tu?"
"Yela mana tahu awak segan dengan saya"
Jieun tertawa kecil. "Saya okay je entah-entah awak tu yang segan"
Taehyung memandang wajah Jieun yang tersenyum ke arahnya.
Sungguh dia berdebar bukan mudah untuknya makan semeja dengan perempuan berdua-duaan pula tu tapi denggan Jieun dia rasa lain macam.
Dia ingin mengenali gadis itu dengan lebih rapat. Dan dia tahu apa yang Jieun katakan tadi semua betul. Ya sungguh dia segan pipinya yang mula memerah merisaukannya takut Jieun perasan perubahan wajahnya.
"Kalau makan semeja dengan wanita secantik awak memanglah segan tapi tak apakan kalau saya mencuba,nanti lama-lama hilanglah segan tu"jawab Taehyung sambil tersenyum.
Jieun sudah melompat-lompat dalam hati, yalah dia dah menyimpan perasaan kepada Taehyung dah lama. Tapi dulu hanya sekadar minat tapi sekarang dia rasa dia nak upgrade minat dia tu dia nak mula sayangkan Taehyung.
Harap-harap dia sudi yalah, dia kalau nak dibandingkan dengan Taehyung bagai langit dengan bumi.
Taehyung berharta,kacak dan semualah sedangkan dia biasa-biasa saja.
"Awak ni kita beriya cakap macam-macam boleh pulak dia termenung fikirkan siapa tu? Harap-harap tengah fikir pasal saya"cuit Taehyung menyedarkan Jieun dari lamunannya.
Jieun tersenyum kambing sambil memandang ke arah lain. Malulah tu.
"Hehehe. Mana adalah saya tengah fikir pasal patient saya perasanlah awak ni"kata Jieun sambil menuju ke kaunter untuk menempah makanan.
Taehyung yang tersengih membontoti langkah Jieun.
'Tunggu Jieun aku akan buat kau jatuh hati dengan aku'bisik hati Taehyung bersama senyuman.
Jimin memandang Haera yang berborak bersama Seokjin dan Hoseok,satu keluhan dilepaskan. Perlahan dia meraup kasar wajahnya.
Sungguh dia serabut saat itu fikir tentang Haera juga fikir tentang omma. Airmata yang mula bergenang disapunya perlahan.
'Maafkan aku Yoongi tapi aku tak boleh sabar lagi'bisik Jimin
Perlahan kakinya melangkah menuju ke arah Haera.
"Rara ah boleh oppa cakap sesuatu dengan kamu?"tanya Jimin secara tiba-tiba membuatkan Hoseok dan Seokjin memandang ke arahnya.
"Sekarang ker oppa?"tanya Haera.
"Haah sekarang" kata Jimin lalu melangkah menjauhi mereka.
"Jin oppa,hobi oppa saya pergi kat Jimin sekejap ea,tunggulah dulu rasamya Jungkook akan siap sekejap lagi.
"Pergilah Haera,lagipun kiteorang tunggu Taehyung sekali ni lama sangat pergi beli kopi. Buat kopi agaknya dia tu"perli Seokjin sambil ketawa.
"Hai,ulat bulu dah naik daun sebab tu lah lambat"tambah Hoseok sambil ketawa.
"Hish korang ni macam-macam lah okaylah saya pergi dulu ya bye"kata Haera lalu berlalu pergi mengikut Jimin yang langkahnya semakin jauh meninggalkannya.
Jimin yang duduk di salah satu bangku di taman hospital direnungnya sayu.
Haera seperti dapat meneka apa yang ada dalam fikiran lelaki itu.
Dia mengeluh perlahan dia meletakkan tangan ke dadanya saat jantung mula mengepam laju.
Debaran mula terasa pelbagai persoalan terbit di mindanya.
Dia takut luahan hatinya semalam didengar oleh Jimin.
Dia belum bersedia untuk bercerita segalanya kepada Jimin itu gusar akan kemarahannya nanti.
Perlahan dia menapak merapati Jimin, lantas melabuhkan punggungnya disebelah Jimin.
Jimin yang menyedari kehadiran Haera membetulkan duduknya matanya terus memandang ke sisi wajah adik kesayangannya itu.
Perlahan dadanya mulai sebak amaran Yoongi pagi tadi bermain-main di mindanya.
Namun Jimin sudah tidak boleh bersabar lagi,hatinya sakit memikirkan tentang Haera. Rahsia yang dia simpan selama ini betul-betul menyakitkan hatinya.
Betul-betul mencabar amarahnya sebagai seorang lelaki dan abang kepada Haera.
"Oppa nak tanya sesuatu kat awak,dan oppa nak awak jujur dengan oppa"tegas kedegaran suara Jimin.
Dada Haera berombak kencang,risau telahannya dari tadi tepat.
"Apa yang appa buat kat awak 11 tahun dulu?"
BUKK!!
Terasa jantung Haera seakan terhenti mendengar soalan Jimin.
"Op..ppa"
"Please Haera,oppa nak awak jujur jangan seksa oppa macam ni"kata Jimin sayu.
Airmatanya mula bergenang di tubir mata menunggu saat saja untuk jatuh ke pipi.
Lantas itu Haera ketawa,dia ketawa terbahak-bahak sambil mengelap airmata.
Jimin memandang pelik melihat Haera yang ketawa macam orang gila.
"Oppa... Oppa mesti dah dengar semalam kan luahan hati saya" kata Haera dalam sisa tawanya sambil memandang tepat anak mata Jimin.
"Its still early for you to know that,kenapa tak sabar sangat ni oppa? Sepatutnya oppa perlu pura-pura tak tahu jadi semua masih dalam kawalan saya"tambah Haera lagi,wajahnya tiada reaksi kosong dan kali ni Jimin terkejut dengan perubahan Haera.
Jimin masih lagi membisu. Matanya masih memerhati segenap ruang wajah Haera seolah mencari jawapan disitu namun dia gagal.
Haera mengalihkan pandangan wajahnya lalu bangun lantas mengadap Jimin.
"Its funny right,bertahun saya simpan seorang diri tapi akhirnya oppa tahu juga, now you know the real truth so oppa nak benci omma ker?"tanya Haera sambil berpeluk tubuh.
"Rara ah..."
"Don't oppa save it,for now listen to me, apa yang oppa tahu pura-pura tak tahu walau di hadapan omma, cukuplah saya seorang yang bencikan dia not you too. Dan appa l will never forgive him. Saya tahu oppa adore appa sangat-sangat sebab dia terlalu sayangkan oppa berbeza dengan saya. He like a hero to you but for me he was the devil"kata Haera penuh kebencian.
"You know what the devil get? They rotted in hell"tambah Haera lagi.
Haera tersenyum sinis kepada Jimin. Lantas itu dia mendekatkan wajahnya ke telinga Jimin.
"Tell him to runaway oppa. Kalau saya jumpa dia saya akan bagi dia rasa apa itu neraka"bisik Haera. Jimin membulatkan matanya jantungnya mula berdegup laju.
'Takkanlah dia tahu yang appa masih hidup?' kata hati Jimin.
Sudah dua hari Haera mengurungkan dirinya di rumah. Selepas perbualannya bersama Jimin dia tidak lagi mengunjungi hospital.
Ya dia ada sebab kenapa dia tidak pergi ke hospital sewaktu dia mahu ke taman hospital untuk berbincang dengan Jimin dia ternampak kelibat lelaki yang paling dia benci. Appa! Dia nampak lelaki itu menyorok selepas nampak kelibatnya.
Dan masa itu hatinya hancur kerana Jimin tahu yang appa masih hidup.
Namun Jimin rahsiakan daripadanya.
Dia tertawa sinis setiap kali teringatkannya.
"Oppa not you too oppa"bisik Haera sambil membelek gambarnya bersama Jimin.
Dua hari ni dia bagaikan orang gila kerana lelaki yang dia sangka sudah mati hidup semula.
Dua malam juga dia tak boleh tidur kerana mimpi ngeri itu datang semula.
Haera menarik-narik rambutnya sakit di kepalanya mula menyengat.
Dia memeluk lututnya duduk di penjuru bilik.
Setelah hampir 5 minit dia memejamkan matanya. Perlahan matanya terbuka lalu mendongakkan wajahnya memandang syiling bilik.
"Lets play a game appa."bisik Haera lantas itu ketawa sinis.
"You just woke up the monster inside of me appa then let me show you who l really am"
Share this novel