Bab 6

Fanfiction - KPOP Series 6295

"Awak buat apa ni? Bangunlah! "marah Haera lantas menolak dada Jungkook. " To make you agree with my condition" kata Jungkook berbisik.Dia mendekati wajah Haera sambil tersenyum sinis. Dia suka melihat reaksi Haera sebegitu.

Haera memejamkan matanya rapat dan apabila dia merasa nafas hangat Jungkook di pipinya dia mencengkam baju Jungkook kuat. "Saya setuju! "kata Haera bersama deruan nafasnya yang laju.

Perlahan dia membuka matanya dan melihat renungan mata Jungkook yang sukar untuk Haera tafsirkan. Lantas itu Jungkook bangun lalu berdehem kecil dan dia melemparkan senyuman kepada Haera.

"Its more easy than l thought. Nah, ambil semula handphone awak! Pesan saya lepas ni jangan letak merata-rata dan please put a password you make people roamed your privacy so easily"kata Jungkook lagi.

Haera mengambil handphonenya dari tangan Jungkook. "Awak ada buka gallery tak? "tanya Haera lagi.

"You know curiousity kill the cat"kata Haera lantas bangun. " Awak marah ker? " tanya Jungkook, Haera berpaling memandang Jungkook.

"Awak dah tengok dah kan tak ada maknanya lagi kalau saya nak marah awak"jawab Haera selamba.

"So you are a doctor?" tanya Jungkook Haera  memandang Jungkook lalu duduk di hadapannya.

"Kind of"jawab Haera. "Which hospital? " tanya Jungkook lagi lantas memberi sepenuh perhatiannya kepada Haera.

Haera membawa rambutnya yang panjang ke hadapan dan jarinya bermain di hujung rambutnya, Jungkook hanya memerhati setiap perbuatan Haera.

"Dulu saya bekerja di hospital then saya resign sekarang saya bekerja di klinik Kim Soohyun,dia adalah unni masa saya study dulu, lebih kurang macam share partner lah"jelas Haera ringkas, Jungkook mengangguk perlahan.

"Awak ada boyfriend? "tanya Jungkook tiba-tiba,mata Haera membulat memandang Jungkook terkejut dengan soalan cepumas itu.

"Ermm, tak ada. Saya masih single lagi"jawab Haera perlahan sambil melarikan pandangannya.

"Good"kata Jungkook tersenyum. " Haa?? " Haera terpinga-pinga mendengar jawapan Jungkook.

" Maksud saya bagusla awak tak ada boyfriend kalau awak ada dan dia tahu awak tidur di rumah lelaki lain mesti dia marah kan"jelas Jungkook pula.

"Semalam awak ke yang tukar baju saya? "tanya Haera mengundang senyuman nakal di bibir Jungkook.

"Yes l am"jawapan Jungkook terus sahaja membuatkan Haera tidak senang duduk seperti cacing kepanasan.

" Jadi awak tengok semua.. " "Yes l have see everything.  Macam mana saya nak tukar pakaian awak kalau saya tak tengok"pintas Jungkook.

"Awak ni kan!!"marah Haera kepada Jungkook mukanya mula merah kerana malu setelah Jungkook mengaku yang dia melihat tubuhnya tanpa seurat benang.

Haera menutup mukanya tidak mahu bertentang mata dengan Jungkook. "Saya nak balik"kata Haera lantas bangun namun sempat dihalang oleh Jungkook.

"I'm sorry, saya terpaksa tukar pakaian awak semalam. Tapi awak jangan risau sebab masa saya tukar pakaian awak tu saya tutup lampu utama yang menyala hanya lampu tidur.So you can assume that l don't see everything. I'm sorry again okay" kata Jungkook cuba memujuk Haera.

"Jom saya hantar awak balik"kata Jungkook lantas menarik tangan Haera.Haera mengambil semua barang miliknya dan membontoti langkah Jungkook.

"Rupanya rumah kita tak adalah jauh mana kan"ujar Jungkook sebaik sahaja keretanya berhenti di hadapan rumah Haera.

Haera melemparkan senyuman paksa kepada Jungkook, lantas itu dia membuka pintu kereta namun gagal kerana Jungkook masih tidak membuka alarm kunci keretanya.

Jungkook tersenyum sinis, "Awak sila buka pintu saya nak keluar" kata Haera sambil memandang Jungkook.

Jungkook menarik tangan Haera mendekatinya, " Jangan lupa janji awak dengan saya bulan depan" kata Jungkook dan menatap wajah Haera.

Haera mengangguk perlahan dan selepas itu dia keluar dari kereta Jungkook sempat dia berpaling dan melihat senyuman sinis dilemparkan oleh Jungkook sebelum keretanya meluncur keluar dari perkarangan rumahnya.

Haera melepaskan keluhan perlahan. "Kenapalah nasib aku malang sangat hari ni,menakutkanlah Jungkook tu,haishh!"bebel Haera lantas mengetuk-ngetuk kepalanya yang mulai sakit lantas masuk ke dalam rumahnya.

_________________

Taehyung yang masih lagi mengantuk membuka pintu rumahnya setelah berulang kali loceng di tekan.

Jungkook tertawa melihat mulut Taehyung yang ternganga kerana menguap dan jarinya menggosok matanya perlahan.

"Yah Jeon Jungkook!!" marah Taehyung apabila ketawa Jungkook terburai.

Taehyung meninggalkan Jungkook yang masih ketawa lantas masuk ke dalam rumah lantas menghempaskan badannya ke atas sofa di ruang tamu.

Jungkook membontoti langkah Taehyung lantas duduk bertentangan dengannya.

"Pukul berapa kau balik semalam? Yang kau mengantuk sampai macam ni. Jam dah pukul 12 tengahari Taehyung" ujar Jungkook sambil mengeluarkan handphonenya.

"Pukul 4 pagi! Aku mengantuk ni kalau kau tak ada benda penting nak cakap dipersilakan keluar kita cakap dekat office esok" kata Taehyung lantas memejamkan matanya.

Jungkook menggelengkan kepalanya lantas itu dia bangun lalu menuju ke pintu namun baru beberapa langkah lengannya ditarik Taehyung.

Jungkook mengerutkan keningnya memandang Taehyung. "Aku basuh muka kejap kau tunggu kat sofa"kata Taehyung sekilas lantas menuju kebiliknya.

Taehyung kembali dengan dua cawan kopi panas dan meletakkannya di hadapan Jungkook.

"Kopi je Taehyung"kata Jungkook lantas memandang Taehyung.

"Kau ni banyak songehla kopi je nak makan kau order je macam tak biasa pulak"bidas Taehyung sambil menghirup kopinya.

"So apa cerita semalam lepas kau settlekan perempuan tu?"tanya Taehyung ingin tahu.

Jungkook tersenyum dan fikirannya terbayangkan hal pagi tadi,Taehyung memerhatikan reaksi wajah Jungkook yang tersenyum seorang diri.

"Yah, Jeon Jungkook! Ceritalah ni tak tersenyum-senyum dari tadi"kata Taehyung sedikit kuat suaranya.

Mata Jungkook memandang Taehyung lantas dia meletakkan kopinya ke atas meja.
Lantas itu menyikat rambutnya lembut dengan jarinya.

"Ermm,aku bawak dia balik rumah aku semalam"kata Jungkook sekilas Taehyung ternganga mendengar ayat Jungkook matanya membulat memandang Jungkook.

"What!! Kau bawak dia balik rumah kau? Wahh, daebak!! Jungkook ini kali pertama kan kau bawak balik perempuan ke rumah selepas kehilangan Hyuna"kata Taehyung sambil tersengih.

Jungkook tersenyum sambil memandang Taehyung." Mesti perempuan ni special kan. Siapa nama dia?"tambah Taehyung lagi.

"Park Haera nama dia, Taehyung ah ni dia lah perempuan pertama yang mampu buat aku tak tentu arah"kata Jungkook sambil memikirkan tentang Haera.

" Aku excited pulak rasa bila dengar kau cakap macam tu. Dah lama aku nak tengok kau senyum macam ni happy macam ni Jungkook, take this chance to be happy Jungkook you deserve to be happy."kata Taehyung lantas bangun dan duduk disebelah Jungkook.

Tangannya memaut lembut bahu Jungkook,dia tersenyum mendengar kata-kata Taehyung.

"Kau rasa kalau aku pikat dia tak apa ker?"tanya Jungkook lantas memandang Taehyung.

Taehyung membalas pandangan Jungkook lantas mengeluh.

"Jungkook ah, aku tahu Hyuna cinta pertama kau,tapi hidup ini perlu diteruskan and now you found someone that can shake your heart. Someone that bring back old feeling inside of you. Aku rasa Hyuna mesti nak kau bahagia Jungkook and now its your time. Get to know her Jungkook l'm support you" ujar Taehyung sambil menepuk bahu Jungkook.

Jungkook tersenyum lantas menggigit bibir bawahnya cuba menenangkan hatinya yang mula berdebar.

"She was a doctor Taehyung"kata Jungkook sambil tersenyum.

"Wah, Jungkook bertuahlah kau dapat tackle doktor nanti senanglah kalau aku sakit boleh pergi hospital yang dia bekerja"kata Taehyung teruja.

"No ,she worked in a clinic"ujar Jungkook sekilas. "Laa,ingatkan dia kerja kat hospital"

"No,her senior own that clinic,like share partner"tambah Jungkook lagi.

"Tapi kan Haera ni lain dari perempuan yang pernah aku kenal"kata Jungkook sambil tangan bermain di dagunya.

"Lain macamana?"tanya Taehyung ingin tahu. "Dia masa tengok aku dia tak macam perempuan lain yang teruja tengok aku dia just look at me with an undescribable gaze,even she knows me. Dan setiap kali aku cuba dekat dengan dia,dia cuba nak lari."kata Jungkook.

"Mungkin dia malu kot,yelah kau kan jutawan full package,dah la berduit ,handsome pulak tu"usik Taehyung sambil tersenyum.

"Banyaklah kau punya handsome"kata Jungkook lagi. "Jungkook kalau kau nak tahu pekerja wanita kat syarikat kau tu semua nak kat kau,cuma kau je tak pandang diaorang"kata Taehyung sambil memuncungkan mulutnya.

Jungkook tersenyum mendengar kata-kata Taehyung."So bulan depan majlis perkahwinan Jung Nari kau kan diwajibkan bawak date so kau nak bawak siapa?"tanya Taehyung sambil kepalanya dilentokkan ke bahu Jungkook.

"Aku bawak Haera"ujarnya sekilas membuatkan Taehyung ketawa kecil.
"Wah,so eager are you!"usik Taehyung sambil menumbuk dada Jungkook.

"So you can meet her again Taehyung"kata Jungkook sambil ketawa.

"Okay,that day l want to dance with her you can't stop me"kata Taehyung lagi.

"Nope that day she was mine you can't take her away from me"

"Kita tunggu Jungkook"kata Taehyung sambil ketawa.

"l can feel love is in the air"usik Taehyung sambil ketawa.Jungkook tersipu malu.

"Thanks Jungkook"ujar Taehyung membuatkan Jungkook memandangnya.

"For what?"tanya Jungkook pelik. "For try to be happy again"kata Taehyung sambil tersenyum memandang Jungkook dan serentak itu bayangan Hyuna menjengah kotak mindanya.

'Hyuna,l want to be happy again with her'bisik hati Jungkook lantas itu dia tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience