Bab 22

Fanfiction - KPOP Series 6292

"Jungkook ah kenapa awak tempah satu bilik je? "tanya Haera sambil memandang wajah Jungkook.

"Well, l want to cuddle with you tonight"bisik Jungkook di telinga Haera. Bulu romanya mula meremang, setiap sentuhan dari Jungkook pasti mebuatkannya tidak keruan. Jantungnya mula berdegup laju. Pantas Haera menolak badan Jungkook menjauhinya.

'Cuddle dengan aku, duduk dekat macam ni pun aku tak boleh nak tahan. Jantung oh jantung janganlah berdegup laju sangat nanti dia dengar nanti'bisik hati Haera sambil mengurut dadanya perlahan.

"Why"tanya Jungkook sepatah

"Why what? "Jungkook tersenyum lantas menarik Haera mengadapnya, dia memandang wajah Haera dengan senyuman yang masih lagi lebar.

"Its too obvious how my touch could make your heart beating so fast princess "ayat Jungkook membuatkan pipinya merona merah. Cepat-cepat Haera memegang kedua belah pipinya dengan telapak tangan cuba menghilangkan debar di hatinya.

Jungkook ketawa kecil melihat reaksi wajah Haera. "You are too cute"kata Jungkook sambil mengusap pipi Haera.

"Saya ambil kunci ni ya"kata Jungkook kepada penyambut tetamu di hotel yang dia menginap.

"Jom kita pergi ke bilik kita"bisik Jungkook lantas mengenggam tangan Haera lalu menuju ke lif.

"Calm down,l will not do anything to you"bisik Jungkook ke telinga Haera. Tangannya memaut pinggang Haera rapat dengannya.

"But l will do a lot of thing to you soon"kata Jungkook lagi lantas menongkat dagunya ke bahu Haera.

Haera yang seakan terkejut dengan ayat yang terkeluar dari mulut Jungkook menolak badan Jungkook agar menjauhinya.

"Awak ni kenapa cakap macam tu nanti orang dengarlah"Jungkook tertawa kecil saat Haera bersuara.

"Haera ah kalau saya kiss awak kat dalam ni pun tak ada orang tahu tau tak"kata Jungkook sambil menolak Haera rapat ke dinding lif lantas memerangkapnya dengan kedua belah tangannya di sisi Haera. Wajahnya sengaja didekatkan dan Haera dapat rasa hembusan nafas hangat Jungkook di wajahnya.

Haera menelan air liurnya kasar. Perubahan wajah Jungkook membuatkannya tidak tentu arah. Tangannya mengenggam kemas baju Jungkook. Sungguh waktu itu jantungnya semakin berdegup laju. Matanya tidak beralih dari memandang Jungkook.

Jungkook memandang Haera dengan penuh rasa cinta, dia akui hatinya sangat bahagia sekarang setelah sekian lama dia sengsara akhirnya Tuhan makbulkan doanya.

Namun belum sempat bibirnya bertaut dengan bibir Haera pintu lif telah terbuka lantas itu dia mengeluh perlahan.

"Kita dah sampai"jawab Haera ringkas lalu menolak tubuh Jungkook dan menapak laju keluar dari lif.

Jungkook tersenyum kecil. "You safe here but not in our room"bisik Jungkook perlahan lantas membontoti langkah Haera.

.

**********

Woohyun mengurut dahinya perlahan, dia menyibukkan dirinya dengan kerja agar mindanya tidak berfikir tentang masalah yang dia hadapi.

Perkahwinannya hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi namun perasaannya tidak segembira bakal pengantin lelaki yang lain yang tidak sabar untuk menamatkan zaman bujangnya.

Semuanya kerana Haera. Setelah dia bertemu semula dengan Haera dinding yang dia bina selama ini roboh dalam sekelip mata. Dia cuba membuang jauh rasa cintanya terhadap wanita itu.

Namun dia gagal, wajah Haera kerap kali menjengah mindanya. Membuatkan hatinya sakit dan lukanya berdarah semula.

Perlahan dia membuka laci lantas mengeluarkan sepucuk sampul surat.

Wohyun membuka sampul itu lantas menilik isi dalamnya. Dia tersenyum tawar saat melihat gambar milik Haera yang masih lagi dia simpan.

Gambar yang ditangkap semasa mereka sekolah , semasa mereka belajar di universiti dan semasa mereka bekerja bersama.

Jarinya mengusap wajah Haera yang tersenyum bahagia disampingnya. Matanya mula berkaca hatinya diruntun sayu.

"l love you so much Haera, so much that l had to let you go"bisiknya bersama airmata yang mula membasahi pipinya.

Setelah itu dia meraup wajahnya perlahan lantas tersenyum sinis. Dia akui dia kalah dalam emosinya. Dia berlagak kuat selama ini namun pada malam ini dia tidak mampu menahan lagi rasa sakit di hatinya.

"Tok! Tok! Tok! " Woohyun membetulkan duduknya sambil menyimpan semula gambar milik Haera ke dalam laci miliknya.

"Masuk"jawab Woohyun ringkas.

"Saya tahu awak masih lagi dekat ofis dan tak balik lagi sedangkan saya cuba hubungi awak tapi awak langsung tak angkat call saya"bebel Jung Nari sambil menapak masuk ke dalam ofis Woohyun dan berhenti betul-betul di hadapan meja kerja Woohyun.

Woohyun tertawa kecil melihat reaksi wajah Nari yang sedang merajuk itu. Setelah bersama dengan Haera sekian lama dia belajar sesuatu dari wanita itu, sekarang dia pandai menyorokkan emosinya. Supaya orang tidak tahu apa yang ada di fikiran dan di hatinya.

"Sorry jagi, saya sibuk dengan kerja sampai tak sedar dah malam."kata Woohyun lantas bangun lalu menuju ke arah Nari. Tangannya cepat memegang tangan Nari dan senyuman tak lekang dari bibirnya.

"Woohyun, saya tahu awak sibuk tapi bila saya call awak angkatlah, saya risau kalau sesuatu jadi kat awak"tambah Nari sambil memuncungkan bibirnya.

Woohyun tersenyum mendengar bebelan Nari.

"l'm sorry, telefon saya silent sebab tadi ada meeting. You know my mom right? She very strict"pujuk Woohyun sambi merangkul pinggang Nari.

Pantas Woohyun mengucup dahi Nari berharap agar Nari tidak merajuk lagi.

"I let this one slide okay, dah jom kita pergi makan saya lapar dah ni"ujar Nari seakan termakan pujukan Woohyun.

"Okay, tapi kita nak makan kat mana?"tanya Woohyun.

"Awak ingat tak yang saya nak kenalkan awak dengan kawan-kawan dan sepupu saya, saya dah buat reservation dekat restoran so kita makan kat situ lagipun sepupu saya baru balik dari Sokcho pagi tadi so alang-alang dia dah ada kat Seoul saya ajak dia sekali. "jawab Nari sambil memaut lengan Woohyun.

"Jadi sebab tu lah awak sampai cari saya kat ofis? Pandai ya awak"kata Woohyun sambil tersenyum.

Perlahan mereka masuk ke dalam lif.

"Saya excited nak jumpa dengan sepupu saya. Dia baru je ada girlfriend tau"kata Nari penuh teruja.

"Kenapa, ni kali pertama ker dia ada girlfriend? "tanya Woohyun. Nari hanya tersenyum kecil.

"Taklah cuma dia pernah hilang orang yang dia sayang, bekas tunang dia mati dalam kemalangan jalanraya dah 4 tahun berlalu dan sekarang baru dia ada pengganti. And that's why l'm too excited to meet her"kata Nari lagi.

"Then we go meet her, but later stay at my place okay? "kata Woohyun separuh berbisik di telinga Nari.

"Okay"jawab Nari sambil tersenyum.

**********

"Nampaknya kita saja yang sampai dulu"kata Taehyung sambil tersenyum.

"Hmmm, l think so"jawab Haera sepatah.

"Kenapa tak datang sekali dengan Jungkook? "tanya Taehyung. Haera hanya tersenyum mendengar soalan Taehyung.

"Dia cakap dia nak datang dengan Hoseok dan kebetulan pula saya ada hal sikit tadi jadi saya sampai dulu"jawab Haera sambil memandang Taehyung.

"Kenapa saya tak jumpa awak dulu ya"tambah Haera, Taehyung membuat reaksi keliru akan kata-kata Haera.

"Maksud awak.... "

"Kalau saya jumpa awak dulu mesti saya dah jadi girlfriend awak dah sekarang"tambah Haera lagi membuatkan Taehyung memandang Haera pelik.

Dia agak terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut Haera. Perlahan dia berdehem kecil cuba meredakan suasana yang dia rasakan semakin hangat.

Haera ketawa melihat reaksi wajah Taehyung.

"Taehyung ah saya gurau jela"kata Haera dengan sisa tawanya.

"Awak patut tengok muka awak, kelakar sangat"tambah Haera lagi.

Taehyung ketawa kecil mendengar ayat Haera. "Jungkook is right when he tell me about you being naughty and now l know why he said that"kata Taehyung sambil tersenyum menampakkan giginya.

"Taehyung, bila awak nak ada girlfriend? "tanya Haera sambil tangannya mencapai segelas air lalu diteguknya perlahan.

"Well l don't have time for that"balas Taehyung ringkas.

Haera tersenyum mendengar kata-kata Taehyung.

"l know that you have trust issue."

Taehyung memandang Haera tajam, hatinya mulai rasa ingin tahu apa yang ada di fikiran Haera.

"You sure have known me well"

"Thanks to one of my patient that so obsessed with you"

"Kita berdua ada masalah yang sama Taehyung, trust issue"kata Haera.

"Awak cakap macam semua tu mudah je"kata Taehyung lantas memeluk tubuhnya.

Pandangannya tertumpu kepada Haera. Dia akui Haera seorang yang cantik dan itu mungkin sebab utama Jungkook jatuh hati padanya.

Namun setelah berbual dengan Haera baru dia tahu wanita itu seperti apa yang diperkatakan oleh Jungkook.

Dia lain daripada mana-mana wanita yang pernah Jungkook jumpa dan perwatakannya berbeza daripada Hyuna.

"Memang semua tu susah tapi tak adalah susah mana Taehyung. All you had to do was take a one step closer"

"Saya tahu cerita awak, awak hilang ibu dan bapa awak sejak dari kecil lagi dan salah satu sebab awak susah nak percayakan perempuan adalah disebabkan keluarga awak dan saya lalui perkara yang sama macam awak Taehyung malah lebih teruk lagi"

"And see now all my pain they are not hurt me the way it did before. Like l do it with Jungkook now. I open up to him and everything that burden me has fled away"tambah Haera lagi.

Taehyung ketawa kecil mendengar kata-kata Haera lantas dia bangun lalu duduk di sebelah Haera.

Tangannya memegang kepala kerusi Haera matanya tidak lepas dari memandang anak mata Haera. Wajahnya didekatkan.

"So lets be friend Haera, awak tahu terlalu banyak tentang saya dan mungkin awak boleh selesaikan masalah saya. "

Haera tersenyum lantas berbisik di telinga Taehyung.

"Well we could be a really good friend"

Haera menghulurkan tangannya dan seakan memahami maksud Haera,Taehyung menyambut huluran tangan Haera.

"Friend"

"Friend"

Mereka ketawa bersama namun dikejutkan dengan bunyi deheman dari Jungkook.

"Apa yang gembira sangat tu? "tanya Jungkook bernada cemburu.

"Well,kitaorang borak-borak je"jawab Taehyung selamba.

"Jealous ker? "tanya Taehyung mengejek.

"Jauh sikit dari Haera Taehyung ah. "kata Jungkook lantas menarik badan Taehyung yang duduk di sebelah Haera.

"Jangan sesekali mengorat dia"tambah Jungkook lagi lantas mengambil tempat di sebelah Haera.

"Awak, kami kawan jela. "kata Haera sambil menggelengkan kepalanya melihat tingkah laku Jungkook.

"Seriously saya takut awak jatuh hati pada Taehyung dah la awak puji dia kemain lagi hari tu"kata Jungkook sambil memuncungkan bibirnya.

Taehyung dan Hoseok hanya ketawa melihat gelagat Jungkook.

"Kau ni macam budak kecil lah Jungkook"kata Hoseok.

"Haah, biarlah Haera nak kawan dengan aku. Aku tak ngorat dia lah. Aku pun ingat kawan lagi tahu tak. Tak payah nak drama sangat okay"tambah Taehyung sambil ketawa.

"Apa bising-bising ni? Dari luar dah dengar suara korang"sampuk Seokjin yang baru sahaja sampai.

"Oppa!! "panggil Haera.

"Haera ah"jawab Seokjin lantas menuju ke arah Haera lalu menarik pipinya.

"Yah! Hyung jangan lah buat Haera macam tu"marah Jungkook kepada Seokjin.

"Kenapa pula,aku kenal dia lagi lama dari kau kenal dia tau tak"jawab Seokjin selamba.

"Jangan risaulah Jungkook, aku anggap dia macam adik aku sendiri je. Kau tu kawal sikit perasaan cemburu kau tu"tambah Seokjin lagi lantas mengambil tempat di sebelah Haera.

Haera hanya ketawa melihat keletah Jungkook yang cemburu itu.

"Saya sayang awak sorang je sekarang so jangan jealous okay"bisik Haera kepada Jungkook yang tengah masam mencuka.

"Siap awak kejap lagi"gertak Jungkook.

"No you will not do anything to me"

"How you sure about that? "bisik Jungkook nakal.

"Because you love me too much"jawab Haera sambil tersenyum manis. Jungkook membalas senyuman Haera. Dia tahu dia memang rasa cemburu melihat keakraban Haera dengan kawan-kawannya namun apabila melihat senyuman di bibir Haera, rasa cemburu itu menghilang.

Sepertinya Haera punyai kuasa magis dalam sekelip mata dia boleh berubah kerana wanita itu.

"Enough you two lovebird. Kita dah nak makan ni"jawab Hoseok dengan mimik wajah yang meluat.

Jungkook ketawa melihat Hoseok.
"Carilah girlfriend Hobi so kau tak jealous dengan aku"jawab Jungkook sekilas.

"Tak naklah nanti aku jadi macam kau, dah ada girlfriend pun tetap jealous jugak"balas Hoseok selamba. Serentak itu mereka ketawa mengejek Jungkook.

"Sorry guys kitaorang lambat sikit"jawab seorang perempuan yang tiba-tiba munculkan diri.

"Nari noona!"jawab Hoseok sambil memeluk perempuan itu.

"Hoseok! Lama tak jumpa dengan adik noona ni. Wah, dah makin gemuk dah sekarang"kata Nari sambil ketawa.

"Noona!!"marah Hoseok sambil mencebik namun dia tetap memeluk perempuan itu.

Haera tersenyum melihat betapa akrabnya mereka dapat mengagak yang perempuan itu adalah kakak Hoseok.

Namun senyumannya mati, wajahnya terus berubah saat melihat Woohyun di sisi Nari.

"Woohyun ah"panggil Haera, matanya mula berkaca.

Woohyun yang mendengar namanya dipanggil terus mencari arah suara itu dan dia juga seperti Haera wajahnya terus berubah saat matanya tertancap kepada wajah Haera.

"Rara ah"jawab Woohyun. Dan kerana wanita bernama Park Haera. Luka lama di hatinya berdarah kembali.

Tanpa Haera dan Woohyun sedar, semua yang berada di situ memandang mereka berdua. Namun mereka hanyut dalam kisah silam mereka.

Ternyata pertemuan kedua bersama Haera membuatkan hati Woohyun tergugat.

'Why we have to meet again Rara ah'bisik hati Woohyun dan tanpa disedari airmatanya menitis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience