Bab 13

Fanfiction - KPOP Series 6292

Haera melajukan langkah kakinya lalu terus masuk ke dalam restoran Good Korean, dia terus mendekati seorang lelaki yang sedang duduk sambil menghirup kopi panas.

Melihat wajah lelaki itu serta-merta matanya bergenang. Deruan nafasnya masih lagi laju dan peluh mula menitik di dahinya.

Tangannya mula mengenggam kuat tali beg tangannya. Dan jantungnya mula berdegup kencang saat mata lelaki itu memandang matanya.

" Rara ah"ujar lelaki itu lembut sambil memandang Haera seperti rindu yang selama ini tersimpan terungkap jua. Matanya memandang Haera yang mula berlinangan air mata.

Perlahan dia bangun lalu berdiri di hadapan Haera.

"Awak tahu kenapa saya tak nak jumpa awak sebab inilah awak mesti akan menangis bila pandang muka saya"

"Woohyun ah saya minta maaf"kata Haera sambil menangis. Woohyun menggelengkan kepalanya sambil mengesat air mata di pipi Haera.

"Don't say sorry Rara ah, itu semua bukan salah awak. Cuma takdir yang sudah tertulis, Woojin pergi meninggalkan kita semua. Dan pemergian dia bukan kesalahan awak so jangan salahkan diri okay"kata Woohyun sambil tersenyum memandang Haera.

Matanya berkaca, sungguh dia cintakan Haera namun disebabkan Woojin juga cintakan Haera dia tidak sanggup merampas  Haera dari tangan Woojin iaitu adik kembarnya.

Walau betapa kuatnya rasa cintanya kepada Haera namun dia lebih menyayangi Woojin dan tidak mahu melihat senyuman hilang dari wajah adik kembarnya itu disebabkan oleh dia.

Namun kehilangan Woojin memberi tamparan besar kepada Woohyun pada awalnya dia meletak segala kesalahan kepada Haera lantas dia melarikan diri merantau jauh ke negeri orang.

Namun setelah fikirannya kembali rasional dia mula menerima kehilangan Woojin dan tidak menyalahkan Haera lagi.

Dan sekarang dia sudah cukup kuat untuk berdepan semula dengan Haera.

Namun sekarang apabila memandang wajah Haera hatinya mula dipagut sayu saat melihat air mata yang membasahi pipi Haera.

"Jom duduk dulu, ada benda yang saya nak cakap dengan awak"kata Woohyun lantas menarik tangan Haera lalu mereka duduk, Haera mengesat airmata di pipinya dan dia meneguk segelas air kosong untuk meredakan gelora di hatinya tika itu.

Perlahan Haera menjatuhkan pandangannya ke wajah Woohyun. Hatinya mula sebak saat dia menyedari betapa irasnya wajah Woojin dan Woohyun. Dan kebenaran itu membuatkan hatinya bertambah sakit.

Haera membalas senyuman Woohyun, setelah berjumpa dengan professor Cha baru dia tahu akan kepulangan Woohyun. Woohyun dan Woojin adalah anak kepada professor Cha. Dan mereka berdua sangat rapat dengan Haera.

Disebabkan itu professor Cha menganggap Haera seperti anaknya sendiri. Namun setelah pemergian Woojin dia menjauhkan diri dari professor Cha menyalahkan dirinya kerana menyakiti hati wanita itu.

"Awak masih cantik macam dulu Haera, so tell me did you have a boyfriend now?"

"Dalam banyak-banyak soalan awak tanya saya soalan tu?" tingkah Haera sambil mengerutkan dahinya.

Woohyun tertawa kecil menampakkan sebaris giginya yang putih.

"Woojin pernah cakap dengan saya sekiranya dia tiada di sisi awak dia suruh saya jaga awak pastikan yang awak bahagia Haera thats why l ask that question to you sebab saya tahu saya tak mampu nak jaga awak macam sekarang bila awak tengok muka saya je awak dah menangis"kata Woohyun sambil memandang anak mata Haera.

"I'm sorry Woohyun, its just hard to absorbed everything that happened."kata Haera sambil tersenyum.

Haera melihat pelayan menghantar makanan lalu dihidangkan di atas meja.

"Awak ingat lagi makanan kegemaran saya? "tanya Haera. Woohyun tersenyum kecil. Dia tahu lamb steak adalah makanan kegemaran Haera lantas itu dia mengambil pinggan Haera lalu mengerat daging steak itu.

Haera hanya memandang perbuatan Woohyun sempat dia menilik rupa lelaki itu yang kelihatan lebih matang dan rambutnya sedikit panjang dan dibiarkan kusut. Namun Woohyun tetap tampan di matanya.

"Dah siap, awak dah boleh makan." kata Woohyun lalu menghulurkan pinggan tadi semula kepada Haera.

Dia akui personaliti antara Woohyun dan Woojin tidak banyak bezanya namun dia lebih sukakan Woojin kerana dia lebih suka mengusik Haera berbanding Woohyun yang lebih pendiam.

"Did you wanna keep on staring at me? "tanya Woohyun lantas bertentang mata dengan Haera.

Haera melarikan pandangan matanya. "Siapa pandang awak"balas Haera ringkas lantas menyuapkan sepotong daging ke mulutnya.

Woohyun tersenyum memandang Haera. Lantas itu dia pun menyuapkan makanan kemulutnya.

"Woohyun ah professor Cha cakap awak dah nak kahwin betul ke? "tanya Haera sambil memandang Woohyun.

"Haah, saya balik Korea pun atas sebab tu"

"Awak kahwin dengan first love awak ker? Yang awak pernah cerita dulu? "tanya Haera lagi.

Woohyun menjatuhkan pandangannya kepada Haera.

Satu ketika dulu dia pernah memberi hint kepada Haera tentang siapa cinta pertamanya namun Haera tak pernah perasan yang orang yang dimaksudkan oleh Woohyun adalah dirinya sendiri.

Woohyun sedikit kecewa namun dia tidak menyalahkan Haera dalam hal itu kerana dia tahu di mata Haera hanya ada Woojin sudah tentu Haera tidak perasan akan dirinya yang sudahpun jatuh hati pada Haera.

"My first love is out of my league Rara ah. Even l tried so hard she will not love me the way l love her. So its better this way l'm just pray that she find her own happiness. "kata Woohyun sambil tersenyum dia tidak memandang wajah Haera khuatir perasaan yang disimpan selama ini diketahui oleh Haera.

"Woohyun ah jangan cepat mengalah mana tahu bila awak dah luahkan perasaan pada dia, dia pun ada perasaan yang sama pada awak"ujar Haera.

Woohyun melepaskan tawanya perlahan.

"Tak Rara, dia sudah dimiliki, hati dia sudah dimiliki dan saya tak boleh buat apa-apa. Kadang-kadang orang yang kita cinta tak semestinya dia akan cintakan kita semula. Saya berputus asa dengan dia bukan sebab saya cepat mengalah. Cuma saya tahu dari awal lagi saya sudah kalah. So l let her go. She will happy even without me"jelas Woohyun lagi.

"Its okay Woohyun, semua akan baik-baik saja. Lagipun bakal pengantin tak elok sedih-sedih macam ni nanti hilang seri pengantin tu"kata Haera lantas mengusap tangan Woohyun di atas meja.

Woohyun tersenyum kecil dan memandang tangan Haera yang memegang tangannya erat. Jantungnya mula berdebar hanya sedikit sentuhan dari Haera membuatkan hatinya tidak tentu arah.

Lantas itu Woohyun memejam matanya rapat cuba untuk merasai saat terindah baginya kala itu.

Dia membuka matanya perlahan dan memandang wajah Haera.

'Kau sangat cantik Haera tapi aku bukanlah orang yang boleh bahagiakan kau, kerana muka aku serupa dengan Woojin. Itulah hakikat yang paling menyakitkan. Aku tak sanggup lihat kau menangis apabila memandang muka aku'bisik hati Woohyun.

Woohyun membalas pegangan tangan Haera. Matanya memandang sayu ke arah Haera dan dia tersenyum paksa.

"lts okay saya dah boleh terima, awak jangan risau okay"

"Sekejap saya ada sesuatu yang nak diberi kepada awak"kata Woohyun lantas mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.

Kotak baldu diletakkan di atas meja, Haera memandang Woohyun keliru.

"Saya dah lama simpan hadiah ni untuk awak tapi sebab niat saya memang nak beri kepada awak jadi saya harap awak terima"kata Woohyun.

"Tapi... "

"No, no more excuse just take it Rara"kata Woohyun lagi. Haera tersenyum kecil lalu menganggukkan kepalanya perlahan.

"Okay saya terima"

"Tapi saya nak awak buka bila saya tiada okay?. Jangan buka sekarang. "ujar Woohyun lagi.

Haera melepaskan tawanya perlahan setelah mendengar kata-kata daripada Woohyun.

Perlahan tangannya memegang kotak baldu bewarna pink itu.

Hatinya mula mengagak hadiah apa yang diberi oleh Woohyun.

"Rara ah boleh awak janji dengan saya sesuatu? "tanya Woohyun tiba-tiba.

Haera mengangguk perlahan.

"Janji dengan saya yang awak bahagia jangan sedih-sedih and mostly don't shut people out. Don't hiding your feeling. " Haera memandang Woohyun riak wajahnya berubah serius setelah mendengar kata-kata Woohyun.

"Woojin pernah beritahu saya yang dia tahu rahsia pasal awak dan dia tak cerita apa-apa pun pada saya tapi saya masih ingat yang Woojin begitu sedih masa tu dia menangis teresak-esak sambil memanggil nama awak Rara. He really care about you Rara, so as his twin l want you to fulfill his wish. Please be happy Rara and lead a good life"

"Saya tahu awak menderita walau Woojin tak pernah beritahu saya apa-apa tapi saya selalu perhatikan awak dulu. Kadang-kadang awak seperti berada dalam dunia awak sendiri, dan saya cemburu dengan Woojin sebab awak lebih percayakan dia daripada saya tapi tak apa sekurang-kurangnya Woojin ada untuk awak"

"Woohyun ah, saya... "

"Its okay Rara, l understand if l'm in your place l will do the same thing."

"Tapi sekarang semua sudah berubah, dan saya tak mampu untuk jaga awak sepertimana yang Woojin pesan kepada saya."kata Woohyun lagi.

Haera meletakkan kedua belah tangannya ke atas meja lalu menjatuhkan pandangan kepada Woohyun.

"Woohyun ah, its okay saya boleh jaga diri saya sendiri dan awak tak perlu risau pasal saya. Woojin.... " Haera menarik nafas panjang lalu menyambung ayatnya.

"Woojin dia lelaki pertama yang tahu tentang masa silam saya, kalau awak nak tahu kami belum sempat bercinta pun tapi kami masing-masing tahu antara saya dan dia, kami berkongsi perasaan yang sama. Woojin pernah luahkan perasaannya pada saya tapi tapi masa tu saya takut untuk serahkan hati saya pada dia dan pada hari kejadian tu saya nak luahkan perasaan saya pada dia saya nak beritahu yang saya ingin bersama dengan dia tapi semuanya berlaku terlalu pantas dia pergi sebelum saya sempat luahkan apa-apa saya tak sempat beritahu kepada dia yang saya sayangkan dia. Its was too fast and too hard for me Woohyun."

"Bahagia tu ada kat mana-mana Woohyun tapi buat masa sekarang saya sudah cukup bahagia dengan diri saya sendiri, don't worry l will not shut people out"kata Haera sambil tersenyum.

"Lega saya dengar, Rara ah saya kena pergi dulu saya ada hal lagi ni, nanti jangan lupa datang ke majlis perkahwinan saya ya kad saya dah hantar ke alamat rumah awak" kata Woohyun sambil tersenyum lantas itu dia bangun.

"Okay saya pasti akan datang"tambah Haera sambil tersengih menampakkan giginya.

Woohyun membalas senyuman Haera lantas keluar dari restoran. Haera menarik nafas panjang lalu matanya memandang kotak baldu di atas meja.

Dengan pantas dia membuka kotak itu dan matanya membulat saat dia melihat seutas rantai berloket batu permata bewarna pink itu.

" lni bukan ke rantai yang Woohyun nak bagi pada first love dia ke?"tanya Haera sambil memegang rantai itu.

"Jadi selama ini akulah first love dia"kata Haera bersama debaran di hati.

Tanpa membuang masa Haera berlari keluar dari restoran dan cuba mencari bayang Woohyun, matanya mula berkaca saat mengetahui kebenaran itu. Dia pernah nampak rantai itu dalam kereta Woohyun 2 tahun lalu dan dia perasan perubahan riak wajah Woohyun saat dia membuka kotak berisi rantai itu.

Namun apabila Woohyun berkata rantai itu untuk first love dia, Haera menyimpan semula rantai itu dan dia masih ingat kata-kata Woohyun.

" My first love, she will know that l love her once l give this necklace to her, and l will give this to her no matter what happened even if she is not love me back"

Airmata Haera mula mengalir dipipinya perlahan. Dia cuba mencari bayang Woohyun dan setelah dia nampak kelibat Woohyun di seberang jalan tanpa berfikir panjang dia terus melintas jalan namun seakan tersedar dari mimpi dia berpaling saat telinganya mendengar bunyi hon dan sebuah kereta meluncur laju ke arahnya.

Haera terkejut saat badannya ditarik dan dia jatuh terbaring di tepi jalan. Jantungnya berdegup laju dan nafasnya tidak keruan. Matanya yang dipejam rapat dibuka perlahan.

Haera memegang kejap baju orang yang menariknya tadi dan saat dia memandang wajah lelaki itu, matanya membulat.

"Jungkook"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience