"Selamat menjamu selera!"kata Jimin sambil mula menjamah makanannya.
"Makanlah Jungkook jangan malu-malu"kata Mrs.Ahn sambil tersenyum.
Jungkook hanya mengangguk sambil matanya memandang Haera kejap.
Haera hanya memandang makanannya lantas menguis perlahan,fikirannya memikirkan tentang professor Cha,seperti dia dapat mengagak apa yang mahu dibincangkan olehnya.
Lantas itu Haera menghela nafasnya cuba untuk mengosongkan fikiran.
"Kenapa tak makan Haera?"tanya omma lantas itu Haera mendongakkan kepalanya.
"Saya nak makan lah ni"jawab Haera lantas tersenyum lalu menjamah makanan.
"Takkan malu kot dengan Jungkook"bisik Jimin di telinga Haera.
"Oppa,tak adalah. Pandai-pandai je"kata Haera sambil menggelengkan kepala.
"So,amacam Jungkook?"tanya Jimin membuatkan Jungkook memandang Jimin pelik.
"Amacam apa?"
"Adik aku ni lah. So amacam? Berkenan tak?"tanya Jimin selamba.
"Argghh! Sakitlah!" Jimin mengaduh saat Haera menyiku lengannya.
"Padan muka! Tanya lagi soalan pelik-pelik kita ni tengah makan behave sikit oppa"marah Haera lantas menjeling tajam Jimin.
Jungkook hanya tersenyum namun dia suka melihat wajah Haera yang mula merona merah akan pertanyaan Jimin membuatkan dia ingin mengusik Haera.
"Aku berkenan. Kalau kau okay aku nak lamar dia jadi girlfriend aku"kata Jungkook sambil mengenyitkan matanya kepada Haera.
Semua di meja makan itu tersedak setelah mendengar pengakuan jujur oleh Jungkook.
Mrs.Ahn mengukir senyuman bersyukur kerana Tuhan memakbulkan doanya untuk melihat anaknya dan Jungkook bahagia.
Haera memandang Jungkook tidak berkelip lantas itu dia berdehem cuba menenangkan gelora di hatinya.
"Well Jungkook shi l don't like your joke"kata Haera sambil menyuapkan makanan ke mulutnya.
"But l'm not joking right now"kata Jungkook sambil memanah tepat anak mata Haera.
Jimin melepaskan tawanya. "Aku setuju je kau jadi adik ipar aku Jungkook"kata Jimin seakan memerli Haera.
"l deal with you after this oppa"
"Nope for tonight he is mine deal with him tomorrow"sampuk Baekhyun sambil tersenyum kepada Jimin.
Jungkook dan Jimin melepaskan tawa mereka.Haera mencebik lantas itu menjeling Jimin lalu menghabiskan makanannya.
Setelah siap mandi Haera melihat dirinya di hadapan cermin hanya mengenakan bra dan underwear dia nampak dengan jelas parut terbakar di belakangnya itu,parut yang sentiasa mengingatkannya akan peristiwa pahit yang pernah dia alami.
Dia tak pernah terdetik di hati untuk membuang parut itu,walau teknologi perubatan semakin canggih,parut itu sahaja yang tinggal sebagai kenangan saat dia kehilangan segala yang dia sayang dari hidupnya.
" Woojin ah,l miss you so much"ujarnya sambil jarinya menyentuh parut itu.
"So Jungkook l think those nightmares didn't come anymore isn't it?"tanya Jimin sambil memandang Jungkook.
Tangannya mencapai kopi diatas meja.Jungkook tersenyum sambil matanya memandang keluar.Kala itu mereka berada di balkoni.
Baekhyun dan Haera masing-masing membersihkan diri mereka manakala Mrs.Ahn mengemas dapur.
"I met with Haera and after that l never dream of it"Jungkook membalas sambil tersenyum.
"Aku tak sangka kau dah kenal dengan adik aku. Tapi aku suka kalau kau dengan dia bercinta sebab kau jenis setia so l'm okay with it"kata Jimin lantas bangun lalu berdiri di sebelah Jungkook. Tangannya memaut lembut bahu Jungkook.
"But Haera is different Jungkook, aku tak pernah dapat baca fikirannya. Kadang aku rasa dia tu macam ada dua personaliti."
"Maksud kau..."
"Masa dia umur 16 tahun ada sesuatu yang berlaku kepada dia,masa kejadian tu aku tak ada kat rumah aku ada camp selama 1 bulan. Dan bila aku balik dia buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi aku tahu dia terluka dan trauma tapi dia sorokkan semua tu dari aku mungkin dia tak nak aku risau. Dia tak pernah ada boyfriend mungkin dia takut atau masih tak boleh lupakan kejadian tu. She act tough but l know her heart was fragile she could break anytime. Aku pernah cuba untuk buat dia cerita segalanya pada aku tapi gagal. Aku adalah abang dia tapi dia belum cukup percayakan aku untuk ceritakan segala yang tersirat di hati dia."kata Jimin.
"Kejadian apa?"tanya Jungkook ingin tahu.
"l think that answer its better you hear it from her. Its not my place to tell you Jungkook. Aku tahu kau boleh buat dia jatuh cinta dengan kau sebab aku nampak di mata dia yang dia berminat dengan kau. Make her trust you Jungkook, trust you enough to open up her deepest secret"bisik Jimin sambil menepuk bahu Jungkook.
"Aku cuba"
"Korang borak apa ni?"tanya Baekhyun sambil duduk di kerusi.
"Adalah hal lelaki jagi,perempuan tak boleh tahu"kata Jimin sambil tersenyum.
"Oppa jom tidur,dah lewat ni"kata Baekhyun sambil mengenyitkan matanya kepada Jimin.
Jungkook tersenyum faham akan maksud Baekhyun.
"Pergilah Jimin, so l take my leave now"kata Jungkook lantas melepaskan tawanya.
"Enough with your wild thought Jungkook"kata Jimin sambil tersengih.
"Aku balik dulu okay"
"Oppa saya balik dulu ya nanti kalau ada apa-apa call l always be there for you"kata Haera yang munculkan diri secara tiba-tiba.
"Ha,bagus Jungkook kau hantarkan adik aku balik"kata Jimin kepada Jungkook.
"lts okay l'm just walking its not that far"kata Haera lantas berlalu namun belum sempat sampai ke pintu tangannya ditarik Jungkook.
"lts not safe to walk at this time,l send you home"kata Jungkook tanpa melepaskan pegangan tangan.
"Its okay Jungkook, l can manage"ujar Haera namun Jungkook menarik tangan Haera sedikit kuat lantas memaut kedua-dua bahunya.
"Awak selalu macam ni tak nak dengar cakap saya. Kat luar tu banyak orang jahat kalau jadi apa-apa macamana"Â
"Jungkook sebelum ni pun saya dah biasa sorang-sorang tak ada apa-apa pun awak jangan risau saya ada black belt taekwando so saya boleh pertahankan diri saya"kata Haera membuatkan Jungkook melepaskan keluhan.
"No,sebelum ni masa saya tak kenal awak,but now l know you and l will protect you. Dan sekarang saya hantar awak balik rumah no more argue" kata Jungkook lantas menjeling Haera lalu memegang tangan Haera keluar dari rumah Jimin.
"Kalau ya pun,lepaslah tangan saya ni"bentak Haera lantas menarik muka masam.
"Nope! Saya suka pegang tangan awak lagipun saya kan your future boyfriend so kita kena praktik dari sekarang"kata Jungkook sambil tersenyum.
"l'm not agree to that yet. Jangan mimpi lagi nak jadi boyfriend saya"kata Haera sekilas.
"Belum lagi tapi awak akan jadi Haera. Saya akan pastikan awak akan jadi milik saya"kata Jungkook lantas memanah tepat mata Haera.
"Kita tengok je nanti"kata Haera sambily melemparkan senyuman sinis kepada Jungkook.
Haera membiarkan sahaja tangannya dalam genggaman Jungkook tak guna juga kalau bertekak dengannya , Jungkook seorang yang pantang mengalah.
Haera memejamkan matanya dan tanpa sedar dia terlelap. Dan tangannya masih dalam genggaman Jungkook.
Jungkook memandu dengan cermat tanpa melepaskan tangan Haera,dia menoleh melihat Haera yang sudahpun terlelap lantas melepaskan tawa kerana baginya wajah Haera ketika tidur begitu comel.
Jungkook memberhentikan keretanya di hadapan rumah Haera. Dia ingin mengejutkan Haera namun terhenti saat Haera menggenggam tangannya kuat dan dia dapat lihat kerutan di wajah Haera.
Lantas itu Haera mendesah seperti dia mengalami mimpi buruk.
"Haera, bangun kita dah sampai ni"kejut Jungkook sambil mengusap tangan Haera.
Peluh mula menitik di dahi Haera dan desahannya semakin kuat.
"Haera! Haera! Bangun!"
"Arghhh" Haera membuka matanya bulat lantas nafasnya mulai kencang.
Matanya melilau memandang sekeliling dan saat dia memandang Jungkook dia cuba meredakan deruan nafasnya.
"Awak okay tak ni?"tanya Jungkook risau tanpa melepaskan tangan Haera.
"Saya okay"kata Haera lantas tersenyum paksa kepada Jungkook. Dia terus membuka pintu kereta lalu keluar.
Angin sejuk malam menjadikan lebih sukar untuk dia meredakan nafasnya yang masih lagi kencang.
Dadanya mulai sakit dan sesak seperti oksigen yang disedutnya tidak mencukupi.
Haera memegang pintu kereta apabila dia mulai tidak dapat mengimbangi badannya.
Jungkook dengan pantas memaut pinggang Haera,wajahnya mulai risau melihat keadaan Haera.
"Awak okay tak ni? You breathing so fast"tanya Jungkook.
"I'm okay,just a little dizzy"kata Haera sambil memegang dadanya yang semakin sakit.
Tanpa berfikir panjang,Jungkook mendukung Haera lalu meletakkannya perlahan di kerusi penumpang lalu memecut laju menuju ke rumahnya.
Dia tidak akan meninggalkan Haera seorang diri malam tu.
Perlahan Jungkook meletakkan tubuh Haera di atas katilnya dengan cermat.
"Give me a plastic bag,hurry"bisik Haera yang memegang dadanya yang sakit,wajahnya mulai pucat.
Nafasnya semakin laju,dengan pantas Jungkook menghulur bag plastic kepada Haera.
Lantas Haera mengambilnya kasar lalu diletakkan di mulutnya. Perlahan dia menyedut nafas melalui hidung dan menghembuskan melalui mulut.
Diulangi sehinggalah nafasnya mulai berombak normal.
Jungkook dengan cermat mengelap peluh di dahi Haera,matanya tidak lari dari memandang Haera risau akan keadaannya.
"Are you feeling better?"tanya Jungkook perlahan.
Haera mengangguk lemah. Jungkook menghulurkan segelas air lalu diteguk Haera perlahan.
"Mind to tell me why you being like this?"tanya Jungkook sambil memandang Haera.
Dia menoleh perlahan,senyuman kelat dilemparkan kepada Jungkook dan airmata mula bergenang di tubir mata.
Haera menarik nafas perlahan lalu memandang Jungkook. Perlahan dia mengenggam tangan Jungkook seakan mencari kekuatan disitu.
"lts just a nightmares. Sesuatu yang sudah lama tak datang tiba-tiba menjengah kembali. Dan saya pun tak tahu kenapa ia datang semula. But thanks Jungkook for helping me"ujar Haera perlahan.
Jungkook membawa Haera ke dalam pelukannya.
"Its okay now, saya ada dengan awak jadi awak tak perlu risau lagi. Its late now awak perlu tidur"kata Jungkook sambil mengusap belakang Haera.
"Can you stay?"
Pertanyaan Haera mengejutkan Jungkook,perlahan dia meleraikan pelukan lalu memandang Haera. Namun apabila melihat reaksi wajah Haera yang mengharap dia menganggukkan sahaja.
Dia tidak pernah tidur dengan mana-mana perempuan selain daripada Hyuna. Dan bersama Haera membuatkan jantungnya mula berdegup laju.
"We just cuddle. Tak apa kan?"tanya Haera lagi.
"Okay,awak tunggu sekejap saya salin pakaian saya dulu"ujar Jungkook lantas berlalu menuju ke bilik pakaiannya.
Haera merebahkan badannya perlahan lantas hidungnya menangkap bau yang ada di katil Jungkook,bau perfume yang dipakai oleh Jungkook.
Tanpa disedari bau itu yang dapat menenangkan kekacauan fikirannya ketika itu.
Haera yang sedang memejam matanya mulai rasa seperti dadanya sakit kembali.
Peristiwa pahit saat kehilangan Woojin kembali berasak-asak memenuhi ruang fikiran.
Tangannya mengenggam comforter kuat dan tanpa disedari airmatanya mengalir seperti air hujan.
Jungkook yang baru siap menyalinkan pakaiannya terus naik ke atas katil saat dia melihat Haera yang menangis ketakutan.
Segera dia memeluk Haera dibawa kepala Haera ke dadanya.
"Ssshhh,everything gonna be alright. I be here for you"kata Jungkook lantas mengusap rambut Haera.
Haera yang menangis memeluk Jungkook erat,tangannya melingkar di pinggang Jungkook seakan tidak mahu dilepaskan lagi.
Perlahan Haera mulai tenang saat Jungkook menyanyi di telinganya.
Dia terpesona dengan kemerduan suara Jungkook dan tanpa dia sedari matanya mulai memberat dan dia terlena dalam dakapan Jungkook.
Share this novel