"Hello the clumsy Park Haera"kata Jieun yang tiba-tiba munculkan dirinya setelah seminar sebentar tadi tamat.
"Jieun!! I miss you soooo muchh"kata Haera lantas memeluk Jieun kemas.
"Woi behave sikit, ramai orang tengok ni jatuh market aku tahu tak"kata Jieun sambil menolak tubuh Haera menjauhinya. Haera muncungkan mulutnya saat Jieun membetulkan rambutnya. Namun Jieun mengangkat keningnya setelah melihat senyuman dibibir Haera.
"Aku rasa macam faham je maksud senyuman kau tu Haera, kau jual cerita tentang aku lagi kan?" Tawa yang ditahan oleh Haera terburai jua.
"Sooryyy Jieun sayang, but your story was amazing and make me want to put them in my speech"kata Haera sambil ketawa.
"Argghh, Jieun sakitlah! "
"Padan muka kau, sedap sangat jual cerita aku, lain kali minta izin dulu okay"bebel Jieun sambil menarik telinga Haera.
"Kau ni asal tarik telinga aku, sakitlah"marah Haera sambil menggosok telinganya.
"Kau tu pekak aku nak bagi kau dengar dengan jelas amaran aku ni. Don't put my story into any of your speech Park Haera. If you did you know the consequences "Haera mencebik perlahan.
"Kau ni kan memanglah Jieun mengada ngada. Cerita kau tu bagi inspirasi kat orang tahu tak"bebel Haera sambil menjeling Jieun.
"Don't make me angry Park Haera"marah Jieun.
"Okay cut it off, so kau buat apa kat sini?"tanya Haera.
"Ha, alang-alang kau dah tanya so aku nak ceritalah, ada doktor baru kat department aku, hensem sangat kau tahu tak aku rasa macam berbaloi je selama ni aku bersusah payah tertekan dengan professor Cha tu. Dan aku ada kat sini pun sebab dia ada sekali lah."kata Jieun penuh teruja.
Haera terkebil-kebil melihat gelagat Jieun yang mengada-ngada.
"So siapa nama doktor baru tu? "
"Doktor Jang Daniel, half korean, hensem sangat. Aku dah ada kat sini dari kelmarin lagi sebab ada major operation, mereka tak ada pakar so here l am"kata Jieun sambil tersengih-sengih. Haera hanya menggelengkan kepalanya melihat reaksi keterujaan di wajah Jieun.
"Haera ah!! "panggil Jungkook lantas menuju ke arah Haera langkah kakinya sengaja dilajukan.
Manakala Jieun terpaku melihat kehenseman Jungkook, siapa tidak mengenali Jeon Jungkook lebih-lebih lagi Jieun kerana dia juga pengguna setia minyak wangi keluaran syarikat Jungkook.
"Jung... Jungkook? Are you Jeon Jungkook? CEO Gracio Corperation? "tanya Jieun sambil menunding jarinya ke arah Jungkook.
Jungkook mengangguk perlahan. "Saya Jungkook nice to meet you.. "
"Jieun. Kang Jieun"kata Jieun pantas lalu terus menyambut huluran tangan Jungkook. Senyuman manis terukir di bibirnya.
"So inilah Jieun yang awak cerita hari tu? "kata Jungkook sambil memandang Haera.
"Haah, and she is the one who left me that night at the club"kata Haera sambil memandang sinis Jieun.
Jieun tertawa kecil setelah dapat menangkap maksud perbualan Haera dan Jungkook.
"Jadi korang kenal masa kat club hari tu ker? "kata Jieun sambil ketawa.
"So kau patut berterima kasih dengan aku Haera kalau aku tak tinggal kau malam tu kau tak kenal lah dengan Jungkook ni"kata Jieun lagi.
"Shut up Jieun aku kenal dia sebelum tu lagi"kata Haera lagi.
"So aku assumed korang ni dah couple kan"Haera berdehem kecil sebaik sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Jieun.
"Tell me the whole story next time Haera"bisik Jieun.
"Kat sini rupanya awak Mrs Kang."panggil seorang lelaki yang berlari-lari anak menuju ke arah mereka.
Saat itu Jungkook perasan akan pandangan Haera yang teruja melihat wajah lelaki itu.
"Sorry Mr. Jang saya jumpa kawan saya jadi kitaorang berboraklah kejap kenalkan ni Park Haera dia pernah bekerja di department kita"kata Jieun sambil memperkenalkan Haera kepada Daniel, Jungkook memandang cemburu tatkala melihat pandangan Daniel kepada Haera.
"Nice to meet you"kata Daniel sambil menghulurkan tangan.
"Nice to meet you too"balas Haera langsung menyambut huluran tangan Daniel.
"Dan ini Jeon Jungkook her boyfriend"Jungkook tersenyum mendengar ayat yang keluar dari mulut Jieun.
"Ooh, her boyfriend, so she is taken, by the way l'm Daniel"kata Daniel yang sedikit terkejut apabila Jieun memperkenalkannya sebagai boyfriend Haera.
"Jeon Jungkook"kata Jungkook sambil berjabat tangan dengan Daniel.
Daniel melemparkan senyuman kecil buat Jungkook selepas itu dia berpaling memandang Haera sekilas dan kemudian memandang Jieun semula.
"It was nice to meet both of you but we have to go right now"kata Daniel sambil tersenyum menampakkan giginya yang putih.
Pantas dia mencuit lengan Jieun. Setelah itu dia menunduk hormat dan Haera dan Jungkook membalas perbuatannya.
"It was nice to meet you too Mr. Jang"kata Haera lantas mendekati Jieun.
"Call aku bila kau dah balik Seoul kita sambung cerita kita yang tergendala ni"kata Jieun sambil memeluk Haera kejap.
"Okay"jawab Haera sepatah.
"You own me a big story this time Haera ah"kata Jieun sambil tersenyum.
Haera ketawa mendengar ayat dari bibir Jieun.
"Dah,blah cepat aku nak pergi dating pulak ni"kata Haera sambil memaut lengan Jungkook.
"Show off really Park Haera? Fine,be happy dear"kata Jieun sambil menggelengkan kepalanya.
"Jom Mr. Jang"panggil Jieun lantas mereka berdua berlalu dari situ meninggalkan Jungkook dan Haera.
"So my lady,ke mana kita selepas ini? "tanya Jungkook sambil menggenggam tangan Haera. Jarinya mengusap pipi Haera lembut.
"Makan? "jawab Haera sambil tersenyum. Jungkook ketawa perlahan lantas dia mencubit pipi Haera perlahan.
"Cute"kata Jungkook yang masih dengan sisa tawanya.
"So, jom kita pergi makan"tambah Jungkook lagi lalu mengatur langkah menuju ke pintu keluar.
**********
Mereka makan di restoran yang berdekatan dengan hospital, Haera teruja dan tidak sabar saat dia melihat makanannya sampai di mejanya.
"Wah, sedapnya"Jungkook tersenyum melihat gelagat Haera yang baginya begitu comel.
"Awak tak makan ker semalam?"tanya Jungkook sambil melihat Haera.
Haera menjeling Jungkook tajam. Dan Jungkook keliru dengan jelingan mata Haera.
"Kenapa awak jeling macam tu? "Haera melepaskan tawa sinis apabila mendengar soalan Jungkook.
'Haish dia ni lupa ker yang dia dah janji nak makan sama-sama dengan aku semalam lepas tu dia tinggal aku bodoh macam tu je'gumam hati Haera.
"Awak lupa ker semalam awak yang beria ajak saya dinner sekali lepas tu awak pergi macam tu je. Saya balik rumah terus semalam, saya makan ramen je kat rumah sebab tu saya lapar. "kata Haera sambil memandang Jungkook sekilas lalu menjamah makanannya.
Jungkook terkesima mendengar luahan hati Haera.
'Aduh kau ni pun satu nak blah pun cakaplah sepatah dua, haish Haera saya tak tahu nak cakap macamana setelah saya dengar apa yang awak cakap dengan pesakit itu semalam'bisik hati Jungkook.
"Awak, sorry pasal semalam, maafkan saya ya"pujuk Jungkook sambil membuat reaksi muka kasihan. Haera melepaskan tawanya saat melihat reaksi wajah Jungkook yang baginya mencuit hati.
"Okay saya maafkan awak tapi lepas ni bawa saya pergi pantai. Saya dah lama tak pergi pantai."kata Haera gembira.
Jungkook hanya tersenyum menampakkan giginya,hatinya berbunga bahagia kerana dapat menceriakan hari Haera. Setelah itu Jungkook menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.
Sedang asyik Haera menikmati makanannya dia terpandang akan seorang pakcik yang duduk selang beberapa meja darinya, dia dapat lihat dengan jelas wajah pakcik itu yang dimamah usia. Daripada reaksi wajahnya Haera dapat mengagak yang dia sedang menunggu seseorang.
Tak sampai seminit makanan pakcik itu sampai di meja. Dengan senyuman ikhlas dia berterima kasih kepada pelayan restoran itu.
"Appa! "panggil seorang perempuan yang Haera rasa mungkin sebaya dengannya.
Pakcik itu berpaling dan senyumannya makin lebar saat matanya memandang perempuan itu.
"Sumi ah"panggil pakcik itu lalu perempuan itu terus menuju ke arahnya dan memeluknya erat.
"l miss u appa"kata perempuan itu.
'Jadi pakcik itu adalah appa dia, wah, beruntungnya dia dapat ayah yang baik macam tu. Sedangkan aku, aku tak pernah rasa semua tu sejak dari kecil lagi. Appa buat aku macam binatang, kalau aku tahu dia masih hidup lagi, aku akan balas semula apa yang dia buat kat aku'bisik hati Haera.
Dan tanpa dia sedari dia membiarkan dirinya hanyut dalam kepahitan masa silamnya dia membiarkan mindanya mengimbas semula setiap perkara buruk yang dilakukan oleh appanya. Chopstick di tangannya digenggam kuat. Perlahan airmatanya menitis.
Jungkook yang menyedari Haera terhenti dari makan lantas memandang Haera, Jungkook mula cemas saat melihat Haera mula menangis.
"Haera ah awak okay tak ni? "tanya Jungkook sambil tangannya mengelap pipi Haera yang basah kerana air mata.
Haera yang seakan tersedar kembali ke alam nyata mula mengukir senyuman kepada Jungkook.
"Saya okay, cuma saya tergigit lada, saya sebenarnya tak boleh makan pedas"kata Haera cuba menyembunyikan perasaannya.
Dia tidak mahu Jungkook bertanya yang bukan-bukan dia khuatir dia akan bercerita hal sebenar jika Jungkook memaksanya. Dia tak bersedia lagi untuk membuka kepahitan masa silamnya.
Jungkook seakan faham akan maksud Haera hanya mengangguk perlahan. Tidak mahu bertanya lebih. Setelah itu mereka menghabiskan makanan mereka.
Setibanya mereka di pantai, cuaca agak sejuk dan nasib baiklah Jungkook dan Haera sama-sama mengenakan pakaian yang tebal.
Jungkook hanya memerhati setiap tingkah laku Haera, dia begitu teruja saat mereka sampai di pantai.
Haera mengambil getah rambut lalu mengikat rambutnya toncang. Angin sejuk yang menghembus ke lehernya membuatkan bulu romanya meremang dan dia mengemaskan balutan baju sejuk di badannya.
"Awak sejuk ker? "pertanyaan Jungkook membuatkan Haera berpaling ke arah Jungkook. Dia tersenyum menampakkan giginya.
"Sejuk tapi best, udara kat sini segar"kata Haera lantas berlari menuju ke gigi air. Meninggalkan Jungkook di situ.
Jungkook hanya memandang gelagat Haera bersama tawa kecil. Hatinya sangat bahagia ketika itu.
'Haera, awak cantik sangat and l'm lucky enough to meet you such an amazing person you are. Saya akan jaga awak dan lindungi awak dan saya tak akan izinkan siapa-siapa lukai awak'bisik hati Jungkook.
Seraya itu dia menarik nafas panjang lantas dihembus perlahan. Dia membuka matanya perlahan.
Setelah itu senyumannya mati. Jantungnya berdegup kencang. Matanya mengecil saat dia cuba memastikan bahawa adakah Hyuna di hadapannya.
Dan seperti terperangkap dalam dunia ciptaannya Jungkook dengan jelas melihat dirinya sendiri berada di hadapan Hyuna.
Kakinya mulai longlai, sepertinya tidak punyai kekuatan untuk terus berdiri.
"Hyuna ah"panggilnya perlahan sejurus itu dia mulai rebah matanya masih memandang ke arah Hyuna dan juga dirinya.
Dia masih ingat saat itu adalah kali terakhir dia pergi ke pantai bersama Hyuna. Dan dia masih ingat setiap kenangannya bersama Hyuna.
Bagaimana Hyuna tersenyum gembira melihatnya dan suara riang Hyuna seakan-akan masih terngiang-ngiang di telinga.
Dalam pada itu dia teringat kata-kata Jimin.
"You have to close your eyes to old ends and open your heart to new beginnings. And your new beginnings started with Haera Jungkook"kata-kata Jimin terngiang-ngiang di telinganya.
Lantas itu dia melepaskan tawa sinis. Dalam sekelip mata wajah Hyuna berada di hadapannya wajahnya tiada reaksi. Matanya memandang Jungkook tepat.
"Let me go Hyuna, saya cintakan Haera dan saya ingin bersama dengannya. Awak adalah masa silam saya dan Haera, dia adalah masa depan saya. Hyuna l'm begging you please let me go. Saya takkan lupakan awak, awak akan sentiasa ada di hati saya dan sekarang saya nak bahagia bersama Haera"kata Jungkook sayu.
Airmata Hyuna mengalir lebat setelah mendengar kata-kata Jungkook.
Perlahan dia tersenyum tawar seakan memahami maksud Jungkook.
"Saya cintakan awak Jungkook, jangan lupakan saya"kata Hyuna sayu lantas menyentuh pipi Jungkook. Dengan lembut dia mengucup dahi Jungkook lalu bayangnya terus sahaja menghilang.
Jungkook membuka matanya perlahan,matanya berkaca saat melihat Haera yang sedang asyik melukis sesuatu di pasir.
Jantungnya mula berdegup laju, hatinya mula berdebar-debar walaupun Haera berada dihadapannya perasaan rindu terhadap Haera tidak boleh dibendung lagi. Dia ingin Haera berada dalam pelukannya.
Tanpa membuang masa Jungkook terus berlari menuju ke arah Haera. Dia pantas menarik tangan Haera lantas dipeluk erat.
Setelah itu dia meleraikan pelukan,tangannya melingkar di pinggang Haera dan tanpa sempat Haera berkata apa-apa bibirnya dan bibir Jungkook bertemu.
"l love you"bisik Jungkook perlahan lantas mencium Haera lagi.Penuh rasa cinta, penuh rasa sayang, seakan segala rasa cinta dan sayangnya terhadap Haera ditafsirkan melalui ciumannya.
Share this novel