Bab 12

Fanfiction - KPOP Series 6292

Perlahan-lahan Jungkook membuka matanya,sinar matahari mula menerangi segenap ruang biliknya.

Dia mengukir senyuman kecil saat matanya memandang wajah Haera yang nyenyak tidur dalam dakapannya.

Lantas dia mengemaskan pelukan dan membenamkan wajah Haera rapat ke dadanya.

"You are beautiful Haera,terima kasih kerana hadir dalam hidup saya. Saya takkan biarkan awak pergi dari hidup saya dan saya akan lindungi awak Haera."bisik Jungkook lantas mengucup dahi Haera.

Jungkook melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 7:45 pagi dan dia ingin sahaja bermalas-malas di atas katil sambil memeluk Haera namun dia mengeluh perlahan dia perlu pergi ke syarikatnya kerana ada meeting yang perlu dihadiri.

"Sayangnya nak kejutkan awak. Lena sangat awak tidur macam budak kecil"bisik Jungkook lagi sambil tersenyum menampakkan giginya.

Tangannya mengusap lembut pipi Haera dan Haera mengemaskan lagi pelukannya di pinggang Jungkook.

Jungkook melepaskan tawa kecil lantas mengucup lembut bibir Haera.

Perlahan-lahan dia meleraikan pelukan lalu turun dari katil,ditarik comforter menutupi separuh badan Haera.

Jungkook berlalu menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Siap berpakaian Jungkook menuju ke dapur,hari ini Mrs.Ahn mengambil cuti jadi dia perlu menyediakan breakfast sendiri.

Dia meletakkan roti ke dalam toaster lalu memanaskan kuali untuk menggoreng telur.

Apabila semua sudahpun siap dia menghidangkannya di atas meja makan.

Lantas itu dia membuka peti sejuk lalu mengeluarkan satu kotak jus oren.

"Awak dah bangun? Duduklah hari ni untuk breakfast saya buat roti je"kata Jungkook kepada Haera.

Matanya memandang tubuh Haera yang baginya kelihatan seksi kerana Haera telah menukar pakaian dan memakai pakaiannya.

T-shirt miliknya kelihatan besar dikenakan di badan Haera. Namun mampu mengoncang nafsu lelakinya itu.

Namun Jungkook segera memandang ke arah lain sebelum keinginannya yang satu itu meronta-ronta.

Haera mengambil tempat di hadapan Jungkook pantas dia mencapai segelas air kosong lalu meneguknya perlahan.

"Are you feeling better?"tanya Jungkook sambil mengangkat keningnya.

Haera mengangguk perlahan lantas itu dia mengukir senyuman.

"Awak nak pergi kerja dah ker?"tanya Haera

"Haah,saya nak pergi kerja sekarang masih awal lagi,erm awak tak kerja ker hari ni?"

"Saya shift petang"tambah Haera lagi.

"Sekejap lagi saya hantarkan awak balik ya"kata Jungkook sambil tersenyum.

"Jungkook? Pasal hal semalam saya harap awak tak bagitahu Jimin oppa. Saya tak nak dia risau"kata Haera.

Jungkook lantas duduk lalu memandang Haera,tangannya disilangkan ke dada.

"Boleh awak beritahu saya kenapa awak boleh jadi macam semalam?"tanya Jungkook.

"Erm,its was panic attack. Keep happened wherever l had a nightmares. For me its just a normal thing"kata Haera lantas mengambil sekeping roti lalu mencalit jem di atasnya.

"But for me its not a normal thing Haera"

"Awak tak kenal saya Jungkook,untuk semalam saya berterima kasih atas bantuan awak tapi please sampai sini je,jangan tanya saya apa-apa lagi"

"Then let me know you, kita masing-masing tak kenal sepenuhnya tapi saya nak kenal awak Haera dan saya bukan seorang lelaki yang mudah untuk rapat dengan perempuan dan awak adalah orang pertama yang hati saya izinkan untuk dekat dengan saya. Please give me a chance. And please trust me Park Haera"kata Jungkook.

Haera melepaskan tawanya setelah mendengar kata-kata Jungkook.

Dan Jungkook memberi reaksi pelik kepada Haera.

"Saya ada buat lawak ker sekarang?"

Haera hanya tersenyum dan matanya memanah tepat anak mata Jungkook.

"You asking me to trust you Jungkook but did you know trusting someone was the hardest task for me to do. Even for myself l find it hard to trust in me. I know your story Jungkook for losing your fiance and l know how much you were change these past years..."

"Mesti awak fikir yang saya tak tahu apa-apa tentang awak kan,saya tahu semua tu betapa dalamnya luka awak tapi cerita kita tak sama Jungkook,in your story maybe you never losing trust in people but in mine it did."

"And its hurt me so much Jungkook. So please jangan tanya apa-apa lagi tentang masa silam saya." kata Haera lagi sambil melepaskan keluhan. Matanya dipejam rapat.

Jungkook menarik nafas panjang lantas bangun lalu mengambil tempat disebelah Haera.

Tangannya memegang kedua bahu Haera kejap. Lantas itu dia mengusap pipi Haera lembut.

"That night when we kissed l already told you that you are my woman and l will never let you go.  I really mean it Haera."

Jungkook memegang tangan Haera. Matanya tidak berkalih dari memandang Haera.

Haera menelan air liur,dia tahu Jungkook cuba untuk memaksa dia membuka kisah masa silamnya dan dia tahu satu hari nanti cerita tentangnya akan terbongkar jua.

Tapi buat masa sekarang dia belum bersedia untuk berkongsi dengan Jungkook,dia perlu percayakan Jungkook dulu namun percayakan seseorang adalah amat sukar baginya setelah kepercayaannya kepada kedua-dua ibu bapanya musnah sekelip mata.

Dan atas sebab yang sama dia tidak bercerita tentangnya kepada Jimin. Hanya dia seorang sahaja yang tahu kesengsaraan yang dia sorokkan selama ini.

"Awak suka saya ker?"pertanyaan Haera menjadikan degupan jantung Jungkook berdegup laju.

"Kita baru kenal tak sampai dua minggu dan awak buat saya macam kita dah kenal lama Jungkook."tambah Haera lagi tanpa memberi ruang untuk Jungkook menjawab soalannya.

"l don't know Haera,with you its different. Saya selesa dengan awak dan awak buat saya keluar dari penjara yang saya cipta sendiri. Awak betul saya terluka dan luka saya tak pernah sembuh dan bila bayang Hyuna menjengah luka itu berdarah semula.
Dan saya hanyut dalam dunia saya sendiri tak pernah bagi peluang kepada sesiapa untuk rawat luka saya.
Dan awak..."

" Hanya dalam waktu yang singkat awak mampu porak perandakan hidup saya. You bring back the old feeling inside of me Haera. And for that reason l can't let you go"

"Saya tahu situasi kita berbeza tapi kita sama-sama terluka cuma cara dan bagaimana itu berbeza. Saya takkan paksa awak kita boleh ambil masa untuk sama-sama mengenali diri masing-masing. Dan mungkin satu hari nanti awak mula percayakan saya."kata Jungkook sambil tersenyum.

"You pretend that everything is okay but the truth is your heart was fragile it could break anytime Haera. So give me a chance to heal your wound. Take your time Haera"kata Jungkook lagi.

Mata Haera mula berkaca, 'Jungkook-ah kenapa ayat kau bagi sama macam Woojin, kau buat hati aku makin terseksa'bisik hati Haera sambil memandang Jungkook yang masih tersenyum kepadanya.

_____________

Sepanjang meeting berlangsung,Hoseok dan Taehyung asyik memerhatikan Jungkook,fikirannya bagaikan tiada di situ hanya jasadnya sahaja yang tinggal.

Taehyung menggelengkan kepalanya saat dia melihat Jungkook tersenyum seorang diri.

Hoseok melepaskan tawa kecil.

"Jeon Jungkook are you still here?"tanya Taehyung yang duduk selang satu kerusi darinya.

Jungkook berdehem kecil lalu membetulkan duduknya.Matanya memandang Taehyung seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Kau dah berangan sampai mana?"bisik Taehyung.

"Mana ada aku berangan,pandai je kau ni Tae"balas Jungkook ringkas lalu memberi fokusnya semula kepada perbincangan mereka.

Namun senyuman sinis yang dilemparkan oleh Taehyung membuatkan Jungkook malu kerana perbuatannya itu tertangkap.

Selama ini dia tidak pernah berkelakuan sebegitu.

Dia sentiasa fokus akan kerjanya tak pernah membiarkan hal peribadi dicampur-adukkan dalam hal kerja walaupun dia menerima tamparan besar atas kehilangan Hyuna.

Dah entah bagaimana dia boleh hilang fokus kala itu,dia akui fikiran penuh dengan bayangan Haera,senyuman Haera dan suaranya bermain-main di minda pantas Jungkook menggelengkan kepalanya perlahan cuba membuang jauh bayangan Haera yang mengganggu fokusnya itu.

Hoseok mencapai cawan kopi lalu menghirupnya perlahan,mereka berada di ofis Jungkook setelah meeting selesai.

Mata Hoseok memandang Jungkook lantas itu dia tersenyum kecil melihat keletah Jungkook yang berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"So this is new to me"ujar Hoseok ringkas. Jungkook dan Taehyung memandangnya perlahan.

"What new?"tanya Taehyung. Hoseok melepaskan tawa kecil.

"New that the golden boy here lose his focus for a first time in a meeting."ujar Hoseok sambil memandang Jungkook.

Jungkook mengerling Hoseok dan berdehem kecil.

"Apa yang kau fikir Jungkook? Cuba bagitahu aku"tanya Hoseok.

"Tak payah tanyalah Hobi dia ni tengah angau dengan seseorang."

"Siapa? Dengan Park..Park Haera ker?"tanya Hoseok teruja.

"Macamana kau tahu kau kenal dia ke?"

"Pernahlah jumpa dia sekali kan Jungkook"kata Hoseok lagi lalu mengenyitkan matanya kepada Jungkook.

"Tak ada apalah Hobi kau jangan dengar cakap Taehyung"balas Jungkook lantas mengeluarkan handphonenya.

Dia bermain handphone kejap cuba meredakan hatinya kala itu juga dia tidak mahu kawannya mengasak pelbagai soalan kepadanya.

"Ignore me okay Jungkook kalau kau ada masalah kau jangan cari aku. Walau teruk macamana masalah kau jangan harap aku nak fly jauh-jauh untuk kau Jungkook. Kau ingat ni. "gertak Hobi membuatkan Jungkook memandangnya lantas mengeluh perlahan.

"Okay... Okay. Suka kan gertak aku macam ni kau ni memanglah Hobi" Taehyung melepaskan tawa melihat reaksi kawannya itu.

"Ala bukan susah pun,aku tanya kau jawab its not that hard"kata Hobi lagi.

"Fine,so sekarang kau nak tahu tentang apa?"kata Jungkook lantas menghempaskan badannya lembut ke sofa.

"Apa yang ada di fikiran kau sampai kau hilang fokus tadi?"tanya Hoseok sambil memandang Jungkook.

"I don't know,everything was about her Hobi..."

"She was mysterious"kata Jungkook sambil mengeluh.

"Kenapalah masalah cinta kau ni complicated sangat Jungkook"tambah Taehyung setelah sejak dari tadi diam membisu.

"Entahlah Tae,aku pun tak reti nak cakap start dari Hyuna dan sekarang Haera pula"jawab Jungkook bersama riak wajah yang sedih.

"Chill lah Jungkook,ni baru permulaan kau ada kitaorang kan so we will support you. Dan yang aku nak sekarang kau bagitahu aku segala yang kau tahu pasal Haera."kata Hoseok sambil tersenyum.

Jungkook menarik nafas dan menghembusnya perlahan,matanya memandang Hoseok dan Taehyung lalu menbetulkan duduknya.

"Haera dia macam takutkan sesuatu. Sesuatu dari masa silamnya dan dia belum cukup percayakan aku untuk buka cerita tentangnya. Aku sekarang tengah cuba untuk buat dia percayakan aku tapi aku tak tahu caranya macamana..."

"Dia lain sangat dari Hyuna,bila aku pandang mata dia semalam aku nampak yang dia betul-betul terluka cuma dia sembunyikan kesengsaraannya seorang diri. She holding on her pain without anyone knows even her own family"kata Jungkook. Hoseok menggangguk perlahan.

"Aku pun terluka atas kehilangan Hyuna tapi antara aku dan dia, luka dia lebih dalam Hobi. But she doesn't let me in ,she don't tell me anything"tambah Jungkook lagi.

"Tapi sekurang-kurangnya dia masih mampu tersenyum dan ketawa Hobi,sesuatu yang membuatkan hati aku inginkan dia"kata Jungkook sambil tersenyum.

"She was all over my mind but l don't know if she felt the same just like me. I can't read her mind Hobi"

"She was a difficult one, kau kena kerja keraslah nampaknya Jungkook"kata Taehyung.

Hoseok tersenyum mendengar kata-kata Taehyung.

"Cuba kau dekatkan diri kau dengan dia. Maksud aku kau cuba ambil tahu tentang hidup dia sedikit demi sedikit. Kau buat dia sedar yang kau seorang yang boleh dipercayai dan tak mudah mengalah. Haera mungkin ada masalah untuk percayakan orang lain,dan sebab itu dia tutup pintu hati dia supaya orang lain tak mampu robohkan dinding yang dia bina di sekeliling hati dia. Tapi kau lebih memahami dia Jungkook, macam kau pernah cakap pada aku waktu kau sendirian kau rasa sunyi, dan kau perlukan seseorang untuk isi kekosongan hati kau dan Haera mungkin sama macam kau cuma tak pernah ada seseorang pun yang berani dekat dengan dia. Take this chance Jungkook know her better and break her walls. We will support you"nasihat Hoseok membuatkan Jungkook dan Taehyung ternganga.

"Wah, aku tak pernah sangka mulut kau berguna jugak ya Hobi"

"Well you know me now. Banyak pasal aku kau tak tahu Tae"ujar Hoseok sambil membetulkan juntaian rambut di dahinya.

Jungkook tersenyum menampakkan giginya.

"Thanks Hobi you help me a lot"kata Jungkook sambil memandang Taehyung dan Hoseok.

"Kalau kau berterima kasih sangat dengan aku belanja aku makan,now dekat resoran Jin."kata Hobi sambil tersengih.

"Yalah,aku belanja jadi kau makan banyak-banyak okay"kata Jungkook sambil tersenyum.

Hatinya mula rasa lega setelah mendengar nasihat Hoseok dan dia mula yakin dia mampu buatkan Haera membuka pintu hati untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience