Bab 15

Fanfiction - KPOP Series 6292

Jungkook meletakkan keretanya di hadapan syarikat. Perlahan dia keluar lantas menuju ke arah Haera lalu membuka pintu kereta untuk Haera. Sebaik sahaja Haera keluar dari kereta dia teruja melihat syarikat milik keluarga Jungkook. Sebelum ini dia hanya melihat di televisyen sahaja namun hari ini dia dapat melihat dengan matanya sendiri.

"Lets go"kata Jungkook lantas menarik tangan Haera. Namun cepat-cepat Haera menepis tangan Jungkook.

"Kenapa awak tepis tangan saya? "tanya Jungkook sambil memandang Haera.

"Ini kan company awak kalau awak pegang tangan saya nanti diaorang cakap apa"kata Haera sambil mengerutkan dahinya.

Jungkook tersenyum kecil lantas dia menyikat rambutnya dengan jarinya.

"Its okay, just let them stare l don't mind at all"ujar Jungkook lantas memegang tangan Haera kemas lantas itu mereka masuk ke dalam syarikat milik Jungkook.

Sebaik sahaja tiba di lobi Haera mula berasa malu apabila pekerja-pekerja di syarikat itu terutamanya pekerja wanita yang memandangnya pelik. Namun apabila dia melihat air muka Jungkook yang selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku pantas Haera menundukkan kepalanya. Haera menjatuhkan rambutnya agar wajahnya terlindung.

"Ms. Han ini adalah tetamu saya selama dia berada di ofis saya jangan benarkan sesiapa masuk okay? "kata Jungkook sebaik sahaja mereka tiba di hadapan meja setiausahanya.

Pantas Ms. Han menganggukkan kepalanya dan menunduk hormat kepada Haera. Haera membalas perlakuan Ms. Han sambil melemparkan senyuman.

Jungkook menarik tangan Haera masuk ke dalam ofisnya. Haera ternganga melihat betapa besarnya ofis Jungkook.

"Wow, besarnya ofis awak"kata Haera sambil matanya memandang ke segenap ruang ofis Jungkook.

Jungkook melepaskan tawa melihat riak wajah Haera yang teruja itu.

Lantas itu dia menarik tangan Haera lalu memeluknya erat.

Haera yang terkejut pantas cuba meloloskan dirinya namun Jungkook mengemaskan lagi pelukan.

"Jungkook nanti kalau orang masuk macamana? "kata Haera perlahan.

"Let them stare. I just need to hug you for a little while"kata Jungkook sambil menghela nafasnya.

Haera tersenyum kecil,dia dapat mendengar dengan jelas degupan jantung Jungkook yang laju.

Perlahan dia menggosok belakang Jungkook.

Jungkook tersenyum dengan perlakuan Haera.

Selepas itu Jungkook meleraikan pelukan dan menatap wajah Haera.

Perlahan tangannya membetulkan rambut Haera dan dibawanya kebelakang telinga Haera.

"You are beautiful"bisik Jungkook sambil memandang mata Haera.

Haera menelan air liurnya perlahan, pujian Jungkook betul-betul mendebarkan hatinya.

Haera menolak lembut dada Jungkook tidak mahu situasi tika itu lebih janggal.

"Awak cakap awak ada meeting pukul 4 sekarang dah hampir pukul 4 dah, saya tunggu awak kat sini okay"kata Haera sambil memandang wajah Jungkook.

"Did you try to avoid me? You can now but not tonight"bisik Jungkook sambil tersenyum sinis.

Haera mengeluh perlahan, dia sedaya upaya menahan gelora di hatinya namun jika Jungkook terus berkelakuan romantis sebegini dia khuatir dia tidak mampu menahan lagi.

"Kalau awak cakap bukan-bukan saya cancel nak tidur di rumah awak malam ni Jeon Jungkook"ugut Haera sambil memeluk dadanya.

Jungkook melepaskan tawanya.
"Owh, dah pandai ugut ya sekarang awak belajar daripada Jin hyung ker? "usik Jungkook.

"Sikit-sikitlah tapi Jin oppa is champion bab ugut mengugut ni"kata Haera sambil ketawa.

Jungkook mencapai tangan Haera lalu di genggamnya erat.

"Awak tunggu sekejap ya, kalau awak bosan awak boleh ambil buku di rak tu dan baca. Reading sometimes can kill the time"kata Jungkook.

Haera mengangguk perlahan sambil matanya memandang ke arah rak yang ditunjukkan oleh Jungkook.

"Saya pergi dulu"kata Jungkook lantas mengucup dahi Haera lalu keluar dari ofisnya.

Haera memerhati segenap ruang bilik,dia kagum melihat decoration ofis Jungkook berlatarkan warna kelabu dan hitam.

Perlahan Haera melangkah menuju ke meja kerja Jungkook,dia melihat pelbagai fail berselerak di atas meja Jungkook lantas itu dia mula menyusun fail-fail itu agar lebih kemas.

Dalam pada dia menyusun fail tangan Haera terpegang frame gambar yang di terlingkupkan di atas meja.

Perlahan dia mengambil frame gambar itu dan langsung matanya membulat melihat gambar Jungkook bersama seorang gadis.

Gadis itu memeluk erat pinggang Jungkook bersama senyuman yang lebar.

Dia akui Jungkook di dalam gambar itu sangat bahagia berbeza daripada Jungkook yang sekarang.

"Kau sangat cantik patutlah Jungkook jatuh cinta dengan kau, sedangkan aku tak cantik macam kau. Kenapa kau pergi awal sangat? Kalau kau ada lagi sekarang mesti kau dan Jungkook sangat bahagia entah-entah dah ada anak kan. Maafkan aku kalau aku lukakan hati Jungkook sebab aku tak macam kau hidup aku dah musnah masa aku remaja lagi dan aku tak boleh undurkan masa untuk betulkan semua tu. Dan sebab yang sama l'm shut people out."luah Haera sambil melepaskan tawa sinis.

"Dan Woojin adalah orang pertama yang tahu tentang masa silam aku. Dan dia juga menangis selepas tahu semua itu. Mesti Jungkook pun sama kalau dia tahu. "

"Aku cuba akan buat Jungkook bahagia, tapi maafkan aku sekiranya aku buat dia menangis"tambah Haera lagi sambil tersenyum.

Perlahan dia meletakkan semula gambar itu di atas meja lantas menyudahkan kerjanya.

Haera melangkah menuju ke tingkap, dia melontarkan pandangannya keluar melihat deretan kereta di atas jalan, dia menghela nafasnya perlahan lantas menyeka airmata yang berada di tubir mata.

Sesak itu yang dia rasakan sekarang, Haera ketawa sinis fikirannya tepu dengan kenangan pahitnya.

"Macamana aku boleh bertahan sehingga sekarang ya"bisik hati Haera.

__________

"Masuklah"kata Jungkook yang sedang membawa 2 beg pakaian milik Haera masuk ke dalam rumahnya.

Haera tersenyum saat hidungnya menghidu bau aroma vanilla musk sebaik sahaja dia berada di ruang tamu.

"Jungkook ah, mana bilik saya? "tanya Haera lantas Jungkook berpaling mengadapnya.

"Bilik kita actually"kata Jungkook sambil mengenyitkan matanya kepada Haera lalu melangkah menuju ke biliknya.

"Tapi... "kata Haera yang masih terpinga-pinga lalu terus membontoti langkah Jungkook.

"Saya.. Dan awak tidur sekali dalam satu bilik? "tanya Haera sebaik sahaja memaut lengan Jungkook.

"Yup"jawab Jungkook ringkas lantas duduk di birai katil.

"Awak dan saya tidur sekali atas katil ni. And why you are too suprised? Kita kan pernah tidur sekali sebelum ni"jawab Jungkook lalu menarik tangan Haera.

Tanpa sempat menjawab ayat Jungkook dia sudah pun duduk di sebelah Jungkook.

"Memangla pernah tapi masa tu darurat"

"Takpalah untuk malam ni masa darurat saya so its okaylah kalau kita tidur sekali"

"Jungkook tak bolehla macam tu nanti kalau jadi apa-apa macamana? Saya muda lagi tahu tak"kata Haera sambil memuncungkan bibirnya.

Jungkook ketawa kecil. "Kalau jadi apa-apa antara kita malam ni saya akan bertanggungjawab saya tak akan tinggalkan awaklah"kata Jungkook.

"Ouchhh!! Haera sakitlah!! "jerit jungkook apabila Haera mencubit kedua-dua belah pipinya.

"Padan muka cakap bukan-bukan lagi, orang tengah serius dia main-main"Haera menjeling Jungkook tajam yang ketika itu sedang menggosok pipinya yang kemerahan.

"Saya seriusla ni saya tak main-main pun"kata Jungkook lagi. Haera menggelengkan kepalanya lantas bangun,dia menuju ke beg pakaiannya dan membawanya keluar dari bilik.

"Awak nak pergi mana? "tanya Jungkook sambil memaut lengan Haera lalu mengambil beg pakaian Haera dari tangannya.

"Okay, l'm sorry we just cuddling like that night okay l won't do anything to you l promise"pujuk Jungkook sambil mengusap tangan Haera.

"Kalau awak buat apa-apa siap awak Jungkook"ugutan Haera membuatkannya tersenyum.

"Okay saya tak buat apa-apa so sekarang awak pergi bersihkan diri dulu saya nak tengok apa ada dalam peti sejuk untuk awak masak dinner kita"

"Saya yang kena masak? "tanya Haera namun Jungkook membuat muka comel lalu menganggukkan kepalanya.

"Awaklah yang masak saya mana tahu hal masak-memasak ni. Makan je saya tahu"jawab Jungkook sambil tersengih. Haera mengeluh perlahan.

Namun belum sempat dia membalas ayat Jungkook, dia sudah pun keluar dari bilik.

Selesai sahaja mandi Haera menukar pakaian lantas mengeringkan rambutnya.

Setelah itu dia keluar dari bilik air lantas menuju ke cermin dia mengenakan seluar tight warna hitam dan T-shirt bewarna pink rambutnya yang sudah kering disimpul kemas.

Dia melihat segenap ruang bilik Jungkook dan matanya tertancap ke sudut dinding yang dipenuhi gambar.

Kakinya melangkah mendekati dinding,bibirnya mengukir senyuman saat melihat gambar yang ditampal di dinding itu.

Bermula dari Jungkook kecil sehingga dia dewasa. Haera tertawa kecil saat melihat gambar Jungkook sewaktu dia kecil.

"Comelnya dia patutlah dia hensem dari kecil lagi pun dah hensem"bisik Haera sambil jarinya bermain pada gambar Jungkook yang masa itu mungkin dalam lingkungan umur 4 atau 5 tahun.

"Wah, gambar Taehyung dan Hoseok pun ada, mesti diaorang berkawan dari kecil ni"tambah Haera lagi.

Haera menghela perlahan nafasnya saat melihat gambar Jungkook bersama bekas tunangnya.

Dia mula rasa cemburu namun dia sedar dia tidak sepatutnya berasa begitu.

"Awak tengok apa? "tanya Jungkook tiba-tiba. Haera pantas mengalihkan tangannya lalu memegang hujung bajunya.

"Saya tengok gambar awak la"jawab Haera.

"Tengok ni gambar Hoseok,masa ni dia menangis sebab kena prank dengan Taehyung"tunjuk Jungkook ke arah satu gambar Hoseok yang sedang menangis.

Haera ketawa melihat air muka Hoseok itu. "Siapa yang ambil gambar ni?"tanya Haera bersama tawanya.

"Sayalah"jawab Jungkook sambil tersengih.
"Tapi kenalah gambar ni masa awak ambil betul-betul masa tengah muka dia berkerut macam tu"tambah Haera lagi bersama sisa tawanya.

Jungkook memerhati arah pandangan Haera, dia tahu Haera sudahpun nampak gambarnya bersama Hyuna namun sedikit pun dia tidak bertanya siapakah Hyuna.

"Saya puji awak hensem sebab dari kecil sehingga awak sekolah dan sampai sekarang awak masih hensem"kata Haera sambil memandang Jungkook.

"Haera ah awak tak tanya pun siapa gadis yang selalu bersama saya dalam gambar"kata Jungkook.

Haera tersenyum kecil. "Saya tahu dia mesti bekas tunang awak kan"

"Saya dah tahu buat apa saya tanya lagi"tambah Haera lagi.

"But she is beautiful you really love her right? What a lucky girl she is,because she own your heart even until now"kata Haera membuatkan Jungkook memandangnya serius. Dia tidak menyangka Haera akan berkata begitu.

"Jungkook bukan senang kita nak lupakan orang yang paling kita sayang dalam hidup kita, saya tahu awak masih fikirkan dia dan masih cintakan dia tapi saya boleh puji awak sebab awak cuba untuk hidup bahagia setelah kehilangan dia. And along the way you found me."

Jungkook terus memeluk Haera erat. "Sekarang baru saya akui awak sebagai adik Jimin"kata Jungkook sambil membenamkan wajahnya ke leher Haera.

"Your words are deep meaning just like your brother Haera"

Haera tergelak kecil lantas menolak lembut dada Jungkook lalu memegang kedua pipi Jungkook.

"Dia ni kan orang tengah feeling serius selalu je nak rosakkan mood orang"Jungkook tersengih lantas memaut kedua tangan Haera lalu digenggamnya erat.

"Don't leave me like Hyuna please stay by my side forever"

"Senyuman Haera mengendur setelah mendengar nama bekas tunang Jungkook.

"See even her name beautiful too"

"Bagi saya fikir dulu kalau awak mengada-ngada dan selalu cakap merepek saya tinggal je awak"jawab Haera selamba lantas memandang semula gambar Jungkook dan Hyuna.

"Awak tinggal saya siap awak"ugut Jungkook lantas memeluk Haera dari belakang.

"Saya teringin nak tengok gambar awak masa kecil dan masa awak sekolah"Haera gelisah mendengar kata-kata Jungkook.

Dia masih teringat saat dia dipukul tanpa belas kasihan oleh ayahnya sendiri. Bagaimana badannya lebam setiap kali pergi ke sekolah. Haera memejam rapat matanya cuba mengusir bayangan masa silamnya.

"Jungkook ah awak lapar kan saya pergi masak dulu ya"kata Haera sambil meleraikan pelukan lantas memandang Jungkook sekilas lalu keluar dari bilik.

Namun reaksi wajah Haera cukup buat Jungkook mengeluh. "You did it again Haera how long you gonna keep it to yourself about your past. You avoid me again"bisik Jungkook lantas meraup wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience